Saturday, January 31, 2009

engkau pembunuh!!

Assalamualaikumlangue

Davos
Erdogan.. marah untuk Gaza kepada Peres..


"Presiden Peres, awak lebih tua dari saya dan suara awak lebih nyaring. Penyebab awak meninggikan suara adalah psikologi dari perasaan bersalah. Saya tidak akan meninggikan suara sebegitu. Apabila bercakap soal membunuh, awak lebih tahu bagaimana untuk membunuh. Saya amat maklum bagaimana anda menembak dan membunuh kanak-kanak di atas pantai....blaa blaa blaaa...saya tidak akan datang ke forum ini lagi sebab kamu semua tak mahu dengar apa yang saya nak cakap" kata Erdogan sambil bangun meninggalkan dewan.

Ini lah satu contoh pemimpin yang berwibawa, mengkritik terus presiden yang nyata perangai macam binatang. Kerana diam diri pemimpin-pemimpin arab lah membuatkan Peres semakin besar kepala dan semakn besar kebinatangannya. Adakah pemimpin arab yang mempunyai hubungan dengan Israel takut negara mereka akan diserang pula disebabkan mengkritik dan menghina Peres dengan perbuatan terkutuk itu??

Bukankah rahmat Allah itu dimana-mana, kasih sayang Allah dimana-mana. Jika Dia mengkehendaki Jordan dibom, perkara itu akan terjadi. Dapat kita lihat bagaimana kepulangan Erdogan ini disambut dengan penuh kemeriahan di Turki, serta menjadi kebanggaan bagi umat Islam. Ini lah jawapan yang telah keluar di media-media, persoalan yang mengatakan kemana pemimpin-pemimpin arab khususnya yang telah berdiam diri mendengar berita-berita saudara seaqidah yang telah ramai syahid angkara yahudi. Bukan lah kalau pemimpin tu menyuarakan sangat tak suke perbuatan yahudi tu, kita akan diserang, tp, pemimpin tu sendiri akan ramai orang sayang. Jelas terpampang kredibiliti dia.

Jangan boikot!!!

Assalamualaikum.. yg ni pun kopi qahwah saadah gak dari ibnu zack.clapclap


Pernah sekali saya terbaca satu tulisan seorang 'ulama' tanah arab (bukan tulisan tapi transkrip kaset).

Katanya, kita boleh membeli barangan Israel selagi mana barangan itu halal. Alasannya,jangan kita haramkan apa yang Allah telah halalkan dan sebaliknya. Hujahnya adalah Nabi saw juga pernah berjual beli dengan Yahudi Madinah.

Saya tak tahulah Bagaimana 'ulama' ini mengaji sirah. Yahudi yang Nabi berjual beli itu adalah Yahudi Madinah yang ada perjanjian sekutu dengan orang Islam. Yahudi ini hidup di Madinah dan berhak kepada perlindungan daripada pemerintahan Islam. Sedangkan Yahudi Zionis yang disebut sebagai 'wajib boikot' ini adalah Yahudi yang menaklukkan tanah-tanah Islam, yang membunuh warga Islam. Dan berdagang dengan mereka hanya akan menguatkan kekuasaan mereka ke atas Baitul Maqdis dan menjerut leher warga Palestin.pika25

Bukankah situasinya terlalu berbeza?

Jikalah dikatakan boikot itu mengharamkan apa yang halal, maka adakah ahlul Madinah sendiri pernah mengharamkan apa yang halal apabila mereka memboikot Telaga Ruumah yang dimiliki Yahudi dan kedai-kedai Yahudi di Pasar Madinah kerana penjual Yahudi menipu dalam jual beli?

Kalaulah memboikot sang penipu dibolehkan, apakah memboikot si pembunuh diharamkan?question

Kita tidak boikot Yahudi kerana agama mereka Yahudi. Kita tidak boikot Zionis kerana nama dia Zionis. Tapi kita boikot dia kerana dia serang dan dera saudara kita.

Begitu juga ada yang cuba merendahkan boikot. Mengatakan bahawa boikot ini tidak ada kesannya. Kalau ada pun sedikit. Lebih kurang begitulah.

Saya rasa cukup ganjil dan aneh. Apakah Allah Taala itu lebih memandang hasil daripada usaha? Jika benar, maka apakah darjat syahid syuhada yang gugur di medan Badar dan Uhud juga berbeza sebab hasil peperangannya (Badar menang dan Uhud kalah) berbeza?

Allah Taala memandang usaha kita. Dipandangnya kesungguhan dan taqwa kita. Soal hasil itu adalah ketentuan Dia. Dia boleh mengekalkan Israel di bumi ini sampai tempoh yang Dia mahu walaupun satu dunia tembak nuklear atas tanah Palestin yang terjajah itu, walaupun satu dunia memboikot dan menghalang perdagangan dengan tanah Palestin yang terjajah itu. Seperti mana dia mengekalkan kerajaan Islam Mameluk Mesir di bawah pimpinan Al Malik Muzaffar Saifuddin Qutuz (Ashairah) walaupun satu dunia (Empayar Monggol dan Kristian) menentang mereka.

Begitu juga Dia boleh menghancurkan Israel itu dengan sekecil-kecil sebab. Walaupun dengan hanya satu dua orang boikot tak makan McD. Sepertimana Dia boleh menghancurkan kerajaan besar Namrud yang dimulai dengan sekecil-kecil sebab; seekor nyamuk memasuki rongga hidung sang raja.

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin

Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang

Had kita untuk membantu Palestin dengan kadar ini ada 5. Doa, boikot, sebaran maklumat, demonstrasi dan derma. Boikot adalah 'serangan' kita kepada Zionis. Derma adalah 'pertahanan' kita kepada rakyat Palestin. Demo sebagai tanda suara kebencian kita untuk didengar. Sebaran maklumat untuk jalinan dakwah itu tidak akan putus.

Ada juga golongan yang menolak demonstrasi. Alasannya tiada dalil hadis dan Al Quran maka ia menjadi haram.

Sebelum jawab saya nak tanya, apa dalil kita jual naskhah Quran? Apa dalil kita jual naskhah sahih hadis? Apa dalil kita jual khat ayat Quran kemudian buat kain gantung dekat Kaabah? Apa dalil kita makan dulu lepas sendawa baru bayar sedangkan kita diajar utk bayar dulu baru pakai barang/makan kita beli? Apa dalil kita bayar zakat fitrah pakai duit (thaman bi al-nuqud al-Mithli) sedangkan jelas disebut segantang makanan ruji bukan duit? Apa dalil kita azan 2 kali sembahyang jumaat sedangkan Nabi buat sekali saja?

Kenapa bila sampai tahap sebegini baru tiba-tiba kita nak cakap, "oh itu sebab masoleh mursalah, sebab uruf, sebab istihsan, sebab istishab, sebab pendapat sahabat, sebab ijtihad etc etc"?

Kenapa? pika16

Kalaulah boikot tak boleh, demonstrasi tak boleh. Apa jalan yang lebih berkesan menentang Zionis dengan tahap kita?

Bila ditanya begini, diam pula. Mengkritik tahu, memberi penyelesaian tidak sama sekali.

Maka benarlah kata bijak pandai:

Setiap pengkritik itu bodoh melainkan dia memberikan penyelesaian atas apa yang dikritiknya..
pika14

hadis palsu zaman moden

Assalamualaikum.. ni sedap ni bace ni.. amik dr ustz alex.. huk3 ustz alex jgn marah yer???

“Slm,kpd smua yg brglr mslim,hri ni pkr meteorologi bhgn bunyi dr Rusia mndpti ssuatu bnyi gnjil sprti ngauman rksasa dr bwh mantel bumi.Menurut para ulama kmungkinan bsr itu suara Dajal y brusaha utk naik ke muka bumi.Oleh itu,kita d sruh sntiase x b’henti azan n solat,sbrkn kpd 10 umat ISLAM...amanat.”



Siapalah pencetus angkara ni ya? Jangan-jangan orang dari ‘line’ telefon tak? Maklumlah, satu orang kena sebar kepada sepuluh orang. Kalau ada sejuta orang pengguna, kan dah jadi 10,000,000 sms? Lagi cepat habis kredit pengguna, lagi untunglah pihak penjualnya. Ini sekadar agak-agak saja, belum ada bukti kukuh pun.



Dari semasa ke semasa pelbagai berita buruk yang boleh menggugat ketenteraman jiwa umat Islam disebarkan melalui cara di atas. Kena sebar kepada 10 oranglah, 7 oranglah. Antaranya berita Masjidil Aqsa dikepung, seolah-olah hendak diserang dan diruntuhkan oleh tentera Zionis sebentar saja lagi. Selang beberapa bulan, masuk lagi mesej yang sama. Entah berapa kalilah Masjidil Aqsa hendak dikepung dan diruntuhkan. : )


Kadang-kadang isinya dalam bentuk fadhilat. Contohnya (lebih kurang):

“Laailahaillallah, Muhammadurasulullah. Kalimah tauhid yang membawa berkat. Sabda Nabi, sampaikan walau satu ayat. Sebarkan kepada 10 orang Islam, insyaallah membawa kebaikan.”



‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini hampir-hampir tidak ada manfaatnya. Jika ada perkataan “sampaikan kepada sejumlah orang” biasanya mengarut saja. Memang baik kita abaikan. Sekiranya anda menulis ataupun mendapat hadis umpamanya, dan mahu disampaikan kepada orang lain, itu memang bagus. Tapi yang berisi arahan supaya sebarkan kepada sejumlah orang, kadang-kadang berupa ugutan pula, jangan dilayan.



Ugutan yang dibuat pun memang melucukan (bagi yang tahu). Samalah halnya dengan surat berantai kisah Syeikh Ahmad yang ‘mengetop’ kisahnya sekitar 70-8-an dulu. Sesiapa yang sebarkan surat itu kepada sejumlah orang, pasti akan mendapat imbuhan keduniaan seperti kenaikan pangkat, mendapat anak dan macam-macam lagi. Siap diberikan contoh kejayaan orang-orang kenamaan yang pernah menyebarkan surat itu. Sesiapa yang tidak percaya dan tidak mahu menyebarkannya pula, akan ditimpa musibah yang besar, juga beserta contoh-contoh mereka yang pernah terkena musibahnya. ‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini pun ada juga yang diselitkan ugutan seumpama ini. Orang awam yang kurang pengetahuan pun bersungguh-sungguhlah menyebarkannya kerana takut terkena musibah. Mana yang lebih bijak, mereka SMS ustaz-ustaz dulu minta penjelasan.



Antara bahaya besar yang kita nampak daripada aktiviti penyebaran ‘hadis-hadis palsu zaman moden’ ini boleh kita ambil daripada cerita ‘Penggembala dengan Harimau’. Penggembala berteriak kepada orang kampung kononnya kambing-kambingnya diserang harimau. Apabila orang kampong tiba, ternyata perkara itu hanyalah dustaan si penggembala. Kali pertama orang percaya, kali kedua orang percaya. Masuk kali ketiga orang buat tak tahu saja walaupun ketika itu memang betul ada harimau menyerang kambing-kambing.



Dalam hal ‘hadis palsu moden’ ini, dikhuatiri satu hari nanti umat Islam sudah hilang sensitif kerana muak ditipu berulang-kali dan akhirnya buat tak tahu saja mesej yang disebarkan sedangkan ketika itu umat Islam memang betul-betul berada dalam bahaya dan memerlukan gerak segera. Memang tidak bertanggungjawab para pencetus ‘hadis palsu moden’ ini.



Kita kembali kepada ‘hadis palsu moden’ yang saya terima di atas. Agak melucukan bunyinya “pakar meterologi BAHAGIAN BUNYI”. Adakah jawatan sebegitu? Jika ada, betullah tu, mungkin saya yang kurang ilmu.



Pakar bahagian bunyi itu kononnya mendakwa terdengar bunyi seperti NGAUMAN RAKSASA dari bawah mantel bumi. Terus PARA ULAMA menyatakan bunyi itu kemungkinan bunyi Dajal yang mahu naik ke atas muka bumi. Oang-orang di Rusia (banyak yang atehis) sana percaya kisah Dajjalkah?



Amboi, amboi, cepat betul pakar-pakar bunyi itu berhubung dengan PARA ulama sedangkan mereka baru mendengar bunyi itu HARI INI! Masa bila pula apabila ada sesuatu penemuan baru, pakar-pakar meteorology Rusia menajdikan ulama sebagai rujukan? Dan para ulama pun begitu pantas sekali memberikan ulasan. Yang mana satu Dajal ni, yang nak keluar dari bawah tanah tu ke... ataupun yang mula-mula menulis mesej di atas? Hebat betul Dajjal, keluar-keluar dari BAWAH MANTEL BUMI, terus capai telefon bimbit dan tulis mesej. : )



Kemudian, bila masa pula Dajjal tinggal di bawah bumi? Saya rajin juga membaca dan membuat nota tentang Dajjal tapi tak jumpa pula kisah Dajjal tinggal dalam tanah, dan mengaum pula bunyinya. Pencetus ini nyata jahil ehwal agama Islam.



Kejahilannya terserlah lagi apabila membuat seruan supaya umat Islam SENTIASA/ TIDAK BERHENTI mengerjakan solat dan berazan. Ajak orang supaya membanyakkan solat itu bagus, tapi olat dan azan ‘non-stop’ tu pernahkah dibuat para pendahulu kita? Boleh jadi si pencetus ini bukan orang Islam, tak mustahil. Lebih-lebih lagi apabila dia menulis “kpd 10 umat ISLAM” dengan perkataan ISLAM diserlahkan berhuruf besar. Cepatlah habis ‘kredit’ orang-orang Islam asyik menyambung rantai mesej palsu. : )



Zaman dahulu, hadis-hadis palsu yang menggesa umat Islam menambahkan amal memang banyak. Antara tujuannya supaya umat Islam leka dengan amal dan ketinggalan ehwal keduniaan menyebabkan musuh-musuh Islam mudah menjatuhkan Islam. Ada juga yang mahu mengukuhkan kedudukan politiknya lalu menyebarkan fadhilat amal yang luar biasa. Tujuannya supaya umat Islam kurang masa untuk meneliti ehwal politik, maka dia akan mengaut apa-apa keuntungan politik.



Contohnya hadis-hadis yang mengatakan jika melakukan satu amal tertentu berterusan ataupun pada masa tertentu, akan mendapat pahala 7 orang nabi. Sekali buat sudah dapat pahala 7 nabi, kalau dibuat setiap tahun, setiap minggu? Wahhh, kalah habis para nabi punya amal!



Begitulah, salah satu kaedah untuk mengenal hadis palsu ialah ganjaran yang dijanjikan itu terlalu berlebih-lebihan. Orang awam pun berlumba-lumbalah mengikut saranan hadis palsu itu sedangkan pada masa yang sama pencetusnya mengaut keuntungan.



shafiqah : ni dh kire hadis plsu cmpur israelliyat sume ni.. keh3pika21.

Wednesday, January 28, 2009

lagu hamas.

Assalamualaikumpika17..




Dgr la lagu ni.. bestpucca_love_16happy!! bersemangat je...pika18

Saturday, January 24, 2009

lagu best.



Bilakah lagi..
Kita semua satu hati...

Bilakah lagi...
Keamanan kan dikecapi..

Bilakah lagi...
Islam kan dijulang tinggi..

Bangunlah wahai umat kita satu hati..

Marilah bersama bersatu berjihad...(menentang kezaliman)
Oh insan sedarlah pembalasan tuhan pasti akan datang..

Jangan takut.. jangan takut berjuanglah untuk keamanan..

Thursday, January 22, 2009

pndftrn PERTAMA

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh...




Kepada mahasiswa dan mahasiswi Jordan yang hendak mengikuti program PERTAMA, pendaftaran telah dibuka dan tarikh akhir pendaftaran ialah pada 31 Januari 2009..

Anda boleh memberi nama, ic serta no telefon kepada wakil perhubungan kami serta terus membuat pembayaran sebanyak JD2.. InsyaAllah sijil akan disediakan..

Akhawat -
Irbid :
1) kawasan duwwar qubah dan zamzam kepada Nor Hanisah Ishak
2) kawasan Hijazi kepada Shafiqah Saharudin
3) sakan kepada Natasya Abdullah

Mafraq : Ummi Saadah

Mu'tah : Bazilah Zaki


*Dan syabab kepada Ahmad Amirul Amin bin Azmi


kerjasama anda penentu
KEMATANGAN IDEOLOGI MAHASISWA MUSLIM..

Wednesday, January 21, 2009

cuit-cuit siber MMY


sekarang ini, adalah zaman teknologi, jadi kite kene lah bergerak sejajar ngn zaman ini, agar tidak dikatakan kolot atau sebagainya.. jadi disini, MMY telah membuka ruang untuk ahli2 nya mempelajari cara membuat blog.. fokus utama adalh blog.. kita hendaklah menyampaikan ilmu walau sdikit, kerana ilmu itu kepunyaan Allah.. ade orang yang pandai berkata-kata, tetapi lemah dlm penulisan.. dan ade juge orang yang mahir dalam penulisan tetapi kurang dalam percakapan..

blog merupakan medium penyampaian maklumat n ilmu yg terbaru dan pantas serta mendominasi dunia maklumat hari ini kerana ianya mudah dan bebas... Jadi, jika bertujuan baik ia menjadi teramat baik dan boleh mempopularkan tuan blog.. Tetapi, jika digunakan sebaliknya akan mendatangkan kesan negatif kepada byk pihak dan boleh dikenakan hukuman..

blog juga digunakan utk pelbagai tujuan daripada hanya sekadar diary atau catatan aktiviti kehidupan harian.. Ia membawa kepada paparan secara intelektual dan kritis dari pelbagai cabangan ilmu dan maklumat..


siapakah yg bg talk tu?? ngeeeee.. =)


dakwah blog dan ikhtilat maya??
Adilkah kite menghukum portal2 islamik hanye dgn ikhtilat maya?? Kalo dikaji, banyak kelebihan dan fungsi portal islamik ini.
Antara fungsi yang paling utama ialah menyelamatkan mereka yang meminati dunia portal dari hanyut di portal2 berbaur Maksiat. sekurangnye, org2 yg minat melayari internet ni, boleh la bukak portal2 islamik atau blog2 yg brisikn ilmiah, drpd asal bukak blog je, msti laman web yg tidak elok...
lalu timbul soalan, boleh ke mengambil ilmu dari ustaz2 kt alam maya??
amat penting untuk kite mengenali tuan blog yang mempunyai blog ilmiah sblum mengambil ape2 dr blog die.. kerana ditakuti, tuan blog itu, adalah dari golongan syiah atau bersimpang aqidah dan fahamannya atau sbgainye.. kita harus tahu tahap pmbelajaran die setakat mane, contohnye, tuan blog itu mgambil jurusan ape, dan sebagainya hingge layak kite meminta ilmu dari die.. dan cukuplah kite mengambil isu itu, dan selebihnya, kite kaji sendiri..
dn dakwah alam maya ni, jgn dijadikn sbgai sumber dkwh utama, sbb menuntut ilmu dan dakwah plg utama ialah bertalaqqi.. cukup la kuliah on9 dan usrah on9 itu sbgai sampingan sahaja, selain kite mengahdiri kelas tafaqquh dan mekap(dikhususkan pada PERMAI).. dan amat penting moderator2 di setiap portal islamik ini, mempunyai perwatakan2 yang sepatutnya untuk mengawal ahli-ahli berdiskusi dan berforum...


tgh2 prgrm, jualan2 tetap ade.. meningktkn ekonomi MMY.. cayok!!

pasni ramai la yg ade blog.. kt bawah akhawat permai tu, makin ramai la ustazah2 ye.. bagus2..


----------------edit----------------------------------------------------------------------------

Sunday, January 18, 2009

PERTAMA

PENGUMUMAN PENTING MAHASISWA JORDAN!!!

Asslamualaikum..
Harap semua sehat dan ceria di bawah lembayung rahmat dan kasihNya..

InsyaAllah MPPM akan mengadakan program :-


PERTAMA
(Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia SeJordan) kali ke3


Tarikh : 12, 13 dan 14 Februari 2009
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tempat : Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan
Anjuran : Biro Pembangunan Minda dan Akademik MPPM Jordan

Apa yang menarik???!!!
* Undangan Khas Ahli Panel dari perwakilan mahasiswa malaysia luar Jordan.. insyaAllah..
* Persidangan selama 3hari dan berkampung di tempat persidangan.
* Resolusi yang akan dihasilkan akan menjadi guideline MPPM bg membantu menitikberatkan masalah umat, =P

Masa yang dipilih adalah awal fasal thani, bertujuan untuk menyemarakkan semangat baru mahasiswa dan mahasiswi di semester baru..
- Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, diharapkan dapat meluangkan dan mengosongkan masa bg sama-sama menyertai program ini..

Jom Join Jom!!!

Ke Arah Kematangan Ideologi Mahasiswa Muslim

Saturday, January 17, 2009

Dunia Baru Islam




Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika rasul ada disisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman Nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panas yang membakar lava

Dicelah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah toifah
Disini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid!!
Ayuhalah para mujahidah!!
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah...
Agar terbangun DUNIA BARU ISLAM!!!

Tuesday, January 13, 2009

teruskn!!!

أين القرون الماضية # ترك المنازل خالية
Dimanakah qurun yang lalu??
ditinggalkan seperti rumah yang kosong..

bait syiir diatas ialah daripada abu al-atahiyah, penyair pada zaman abbasiyah.. penyair menggunakan uslub ritha' untuk menggambarkan kesedihannya... qurun yang lalu disini ialah, zaman kegemilangan islam yang lalu.. dan kini, kite telah meninggalkannye..zaman itu adlah sperti rumah yang usang yang terbiar iaitu, tiada sape lagi di zaman itu..

Adalah menjadi tugas kite sebagai umat islam untuk mengembalikn kegemilangan itu... kerana kegemilangan islam, akan dikembalikan oleh orang islam.. dan kitelah org islam, dan kitelah yang bertanggungjawab... kite sangat berbangga dengan kegemilangan yang lalu, negara islam .. sekarang, berbanggakah kita?? umat islam di palestin, di kashmir, di iran, di afghanistan telah ditindas, dipijak, diinjak, dibom oleh musuh-musuh islam..

Kite adalah penyambung sejarah kegemilangan islam.. dunia ini macam dah terbalik, dulu kite yang mencapai kegemilangan, dan sekarang musuh-musuh islam.. bayangkan orang kafir yang telah mencipta pendrive yang kite pakai skrg.. orang kafir yg menguasai ekonomi dunia..

belajar lah, dan niatkan belajar itu adalah untuk membantu umat islam.. jangan target belajar nak dapatkan muaddal tinggi je, tapi ape yang penting adalah ilmu di belakang muaddal tu, iaitu, ilmu yang kite manfaatkan, dan memberi manfaat pade orang lain.. Ilmu tu Allah yang punye, jangan disimpan je disebalik markah yang tinggi...

semoga ilmu yang kite pelajari, ekonomi, politik, ilmu agama dan lain-lain tu dapat membantu mengembalikan kegemilangan umat islam yang lalu.. takkan lah tidak ade seorang pun darah ibnu rusyd, darah khawarizmi, darah ibnu sina, dan darah keturunan ilmuwan-ilmuwan islam terdahulu dikalangan kita ni yang dapat memikirkan bagaimana caranya untuk kite capai kembali kegemilangan tu.. walaupun kite dapat mencapai semula kegemilangan islam ni bukan pada zaman kite, sekurangnya, kite telah memberi bakti dan tenaga untuk capai kearah tu...waalahu a3lam..

cayok2!!!
ustazah, jgn mls belajar ye.. nnti, leh tolong ajar anak-anak bangsa, bagi sumbangan ilmu..
~huhu dah habis exam.... yok perangi wahhabi... allah wujud tanpe bertempat, aqidah umat islam sejagat.. kerana aqidah, lautan api sanggup kuredahi.. kerana Laa Ilaaha IlAllah, bulan sanggup kujelang, lautan atlantik sanggup kurenang!!! malah lebih dr tu...

Thursday, January 8, 2009

tikam

malam tadi, dua org syabab melayu yang baru balik masjid diserang oleh dua orang arab.. mulenye arab tu meminta duit dan handphone.. dah dua org syabab melayu ni, baru balik masjid, orang pergi masjid mane lah nk bawak handphone ngn duit.. dan katenye, dua org syabab melayu ni melawan dan memberontak sebelum dua orang arab ni kerjakan dorg.. biase ar, lelaki mane leh diam kalo diugut camtu.. faham jek.. katenye gak, nasib baik yang lagi sorang syabab melayu ni, sempat lari, pergi panggil kawan-kawan.. sampai-sampai je budak-budak melayu kt tempat tu, mangsa dh terkulai dan dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan akibat ditikam.. (ni riwayat tak bape btol ni, tp, bole ar, mcm sedap je citenye =) )

termasuk kes mlm td ni, dh 3kali dgr kes berat dan besar tahun ni tentang keselamatan fmily permaiku.. yang dengar la.. yang tak sampai ke pengetahuan dan dirahsiakan, tak tahulah... adakah semakin ramai ahli permai, semakin banyak kes, dan bilangan orang yang dihantar ke hospital??

selalu dibangkitkan akhawat jalan sorang takde muraqib, akhawat balik malam2, akhawat bising tengah jalan tarik perhatian, akhawat pakai baju tarik perhatian.. nak tutup akhawat selalu kene kacau, timbul la kawen tengah belajar lak.. sekarang, dh nmpak dah, syabab dua org pun boleh kene, ape lagi yang akhawat.. (peringatan pade diri sendiri yang sangat-sangat suke jln sorg gak)

bersama-sama lah jaga diri, jangan jalan sorang2 lagi, jaga tingkah laku.. kalo kene kat akhawat, melibatkan maruah.. sama-same hindar diri dari terbukanya walau satu jalan ke arah ini.. "sesiapa yang menjaga agama Allah, Allah akan jage die, sesungguhnya Allah itu sebaik-baik penjaga".. kalo kite membantu kawan kite, menolong die dlm ape jua, smpai hati ke die nk biarkan kite dalam kesusahan?? Apetah lagi Allah, yang sememangnya memiliki sifat Ar-Rahman Ar-Rahim.. kite jage kemuliaan islam, Allah akan jage kite, takkan biarkn kite..

nak keluar rumah, bace lah ayat kursi.. amalkan tiap pagi dan petang bace ma'thurat.. amalkan doa ma'thurat selepas selesai solat fardhu.. bersamalah doakan kesejahteraan diri,keluarga, sahabat dan orang sekeliling.. bersama mantapkan ukhwah kite.. tak kenal pun mangsa tu, tapi boleh terfikir2 dan tak boleh tido malam asik terfikir ape perasaan mak ayah die bile dapat tau.. terfikir2 keadaan die... apekah namenye itu kalau bukan ukhwah??? permaiku... familyku..

kepada ainul, keselamtan akhawat irbid, bukan kerisauan bhgian keselamatan sahaja, tapi kerisauan semua ahli.. bersama lah kite menjaga keselamatan.. ujian-ujian ilahi itu mengeratkan lagi hubungan kite, dan membuatkan perasaan sayang kite membuak-buak bile kite bincang pasal perkara tu.. kite akan kate "pedang ciksantun dah lame tak makan org"..."arab ni dh la beso, mane aci serang pakai pisau".. "main tikam2 lak arab, main2, kecik2 suke ar main tikam".. "pantang nenek moyang aku tikam2 ni", dan banyak lagi.... ni la yg menunjukkan kite dh syg pada permai sebenarnye, hihihi...

dan bende ni juge, Allah nk bagi pengajaran pada kite supaya lebih berhati-hati.. dan ini satu contoh yang kecil je Allah bg kat kite nk bandingkn ngn kalo kite pergi Palestin.. Kalau di Palestin, bukan sahaja ditikam malah dibom.. lafazkan nk pergi Palestin, nk mati kt sane,leh mati syahid n blaaa blaaa, tp org yang dekat disini ditikam, takde sensitiviti langsung... camane nk pergi Palestin??


bukak ni, cite pasal ni gak...
Ainul - Seru kak KK yang risau
Naqeb - Malam yang menginsafkan
Dolah - Tragedi Berdarah di Jordan

~ Auriss Haira ~: Seru kak KK yang risau..

~ Auriss Haira ~: Seru kak KK yang risau..

Tuesday, January 6, 2009

kek..

cube kire jari jejari tu cukup tak 8org??
eh, mne lg satu?? mik gmbr le, tu pn pelik, ape r...


ni kek nyummy2, kek birthday sahabat seperjuangan serumah sy!!


telah tibe 2009, kite makin besar, makin tua, makin banyak dosa..
bermuhasabahlah ape yg telah kite lakukan pada tahun lepas.. akan same je ke ngn tahun ni??
berazamlah, moga dgn azam tu, kite akan berusaha untuk mencapai azam tu samaada mencapai azam baru ataupun menyambung azam tahun lepas..

semoga azam baru ni, membawa semangat baru dalam hidup kite..bertambahnye amalan ibadat kite mentaqarrub diri pada Allah, dan memantapkan lagi iman kite, sekaligus dicop sbagai seorg islam yang bertaqwa..

buat sahabat2 yang usianya telah mencecah 21, sedarlah diri anda sudah tua, haha.. same2 bermuhasabah.. fikir jasa mak ayah yang telah membesarkan kite selame 21tahun ni.. dan juge org2 yg telah banyak berkorban untuk kite..

Saturday, January 3, 2009

AMS GPH!!


AMS GPH... (Ayam Merah Santun, Gerenti Puas Hati!!!!!)

Ayam merah santun ini adalah makanan yang telah disepakati oleh sebilangan rakyat mmy, untuk dijual ketika majlis ceramah maal hijrah dan debat akhir piala presiden permai..

mengapekah masakan ini dinamakan ayam merah santun???
kerana ketika kepak ayam itu digoreng, kepaknye tertutup dan seolah2 telah mnjadi santun dan pemalu.. jadi, masakan ayam ini diberi nama ayam santun...

ini nasi tomato.. syabab yang masak... mcm sedap lak makan hr tu, ntah sape yg masak ye...




ayam masak santun ini telah dimasak oleh chef2 yg cukup berpengalaman dgn masam manis masak2... alhamdulillah.. mule potong2 dan masak selepas maghrib, sehingga kul 1 pagi...best sgt, cm duk kmpung2... ketika ini juga, ramai yg tlh bercerite tntg rewang2 kt kampung2...


ini rupe ayam tgh2 cedok...



dah habissss...


kisah masak kawah ketike mjlis org kawen... ceritenye... org2 kampung masak byk2 dalam kawah, pastu tinggalkn dn tutup ngn penutup.. tibe2 mlm tu, ade org nk g tandas, dan die tgk ade org tgh kacau makanan tu... huuuu... dn byk lg.. tknk cite.. tkuttt...


panas lg, jgn tutup dulu...

sile lah ambil bau je...


inilah ayam masak santun.. hargenye 1dinar sahaja.. dan cara ini adalah peluang yang permai buka untuk mmy, mmj dan permai sendiri untuk meningkatkan ekonomi.. permai ditakuk lama, salah pemimpin?? owh tidak sama sekali...


boikot


kite kene berjihad.. kalau tak mampu, jadi wasilah kepada jihad.. tak mampu, jadi wasilah
kepada wasilah jihad.. kalo tak mampu gak, jadi wasilah kepada wasilah kepada wasilah jihad... tak mampu gak, jadi wasilah kepada wasilah kepada wasilah kepada wasilah jihad........ sehingga seterusnya... ape pun, kene ade saham terhadap jihad...

hulurkan kewangan, bg membantu org palestin... dan BOIKOTTTT!!

hp nokia?? mulan?? koko krunch?? pepsi?? coca cola??? line orange?? maggi?? kfc?? mcd?? johnsons??

yg dh ade, biarkn la...nk buat cmne, dh beli.. hp nokia?? hp dh mmg rosak.. menunggu nk beli yg baru.. sile rosakkn hp anda juga... line orange?? hmmm...

yok boikot... jgn jadikn diri kite salah seorang pembunuh rkyt palestin.. mane yg termampu, kite lakukan... chayo!!!

Friday, January 2, 2009

ayam oh palestin

sedapnye ayam ni, ayam ni, kene sembelih dulu, putuskan urat mari', baru halal untuk dimakan.. kalo ayam ni tersalah potong, takleh makan, jd haram...


ttpi mereka.....
begelimpangan mayat2 di jalanan... ditembak, dibom sesuke hati oleh org israel ni..






ni, kumpulan kitorg, kumpulan 6 mase chicken run hari tu mancabut bulu2 ayam,dan bersihkn untuk dibarbecuekan..


mereka pule, membawa pejuang2 yg telah syahid, dek kekejaman yang tlh dilakukan oleh israel..



manisnya ayam, manisnya ukhwah...
pahitnya berjuang, manisnya syurga..


yang israel ni, tidak ade lgsung sifat belas kasihan.. serupe binatang...
bom sane sini.. tak ukhwah sgguh...


mereka tiada tempat tinggal.. mereka kehilangan keluarga.. menangis, menangis dan menangis...
van yg bawak doktor2 dibom, tkde lg doktor... balai polis dibom... hospital dibom.. pejabat hamas dibom.. kejamnye... perang yg lgsung tak adil.. biar wanita dan anak kecil menangis.. org tua diheret seperti binatang...

saudara2ku di sana, sekali kau dilahirkan sebagai pejuang, akn tetap kekal sbagai pejuang...

اللهم عليك باليهود والمنافقين....
اللهم يا قادر يا قاهر يا قوي يا عزيز ،
اللهم صلِّ وسلم وبارك على نبيك محمد ....
اللهم عبادك المستضعفين في غزة تجبر عليهم اليهود الملاعين والمنافقين الحاقدين
اللهم فانصرهم على أعدائهم وفرج كربتهم وارحمهم ،
اللهم من يجيرهم سواك ومن يرأف بهم إلاك
اللهم بك نثق وبقوتك نؤمن اللهم شرد اليهود والمنافقين واشدد وطأتك عليهم
اللهم شتت شملهم واجعل تدبيرهم تدميرهم
يا الله يا الله
يا ذا القوة والملكوت ليس لنا رب سواك
يا ملجأ المستضعفين دمر الصهاينة وآلاتهم ولا تذر منهم أحدا ومن عاونهم
يا قدير يا جبار ،
سبحانك تقبل منا دعائنا واحم أعراضنا وثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين وردنا لدينك ردا جميلا
يا أكرم الأكرمين .اللهم خالف بين كلمتهم وألق في قلوبهم الرعب وألق عليهم عذابك ورجزك إله الحق
اللهم اهزمهم وزلزلهم يا عزيز يا متين
يا الله يا الله يا الله
أنج المسلمين في كل مكان.


اللهم عليك باليهود ومن عاونهم
اللهم عليك باليهود ومن عاونهم

berdoalah untuk mereka, agar mereka tidak menuntut pembalasan terhadap kite di akhirat nnti akibat kite tak mampu nk berbuat ape2 untuk menolong mereka menyelamatkan tanah kite..



msti bkk!! doa untuk palestin bersama (link langitillahi)