Tuesday, March 31, 2009

usia meningkat tua.

Bismillah,
Assalamualaikumwarahmatullah..


gambar yang dicuri dari blog nik
Hadith Rasulullah :
"Aku berpuasa pada hari Isnin kerana hari kelahiranku"
Disini rasulullah mengajar kita, berpuasa itu adalah sebagai tanda bersyukur. Bersyukur masih bernafas, dan sebagai ibadah kita kepada Allah di hari kelahiran. Semakin meningkat usia, semakin kene bersyukur, dan semakin kena banyakkn ibadah dalam memantapkan iman..
Jadi disini, ada dua perkara. yang pertama ialah esok juga bermulanya episod pendietan sy, =P.. Yang kedua ialah ahli rumah esok mkn kat rumah je.. teringat sambut birthday masa tahun satu dulu, makan kat pizza.. tahun lepas sambut dgn kek coklat.. tahun ni pula sambut dengan maarad.. amacam?? best tak birthday2 saya, hehe..


Hari ini, sgt suka membuat pengumuman birthday esok. sekali de seorang teman mengingatkan, "jgn suke2, taktahu lagi jumpe ke tak esok tu, jumpe ke tak usia 21 tu, mlm ni ke bertemu ajal, siapa yang tau", terus membuat diriku terdiam seketika.. Dan petang tadi pening sangat, makan ubat, risau sambil berdoa semoga dipanjangkn usia, dapat khirij bersama sahabat2 seperjuangan, ambil master, jadi pensyarah, kawen, bukak nurseri.................... dan byk lg cita2 sy..


Alhamdulillah bertemu juga usiaku dengan angka itu.. Antara ucapan2 yang saya terima,
Dalilah : Sanah Helwa..

Azimah : dah tua.. dah tua... (sambil memberi hadiah itu) *sgt berharga dan sgt hargai, terime kasih

Tasya : Sanah helwa ya jamilah.. semoga dirahmati Allah selalu.. kita khirij sama2..

Husna : Hepi birthday ciksantun ke-21..

Kak cheq : Aid milad saidah ciksantun.. semoga mengekalkan kesantunan..

tok : HEPI BESDAY to YOU.

alexanderwathern: Moga bertambah ilmu, iman dan amal!
alexanderwathern: Hepi besday 2 ustazah!

abusyafiq: semoga Allah memberkati umur perjalanan shafiqah

pemuda umno: happy birthday syafiqah..haha..

nazirah : Selamat hari lahir. Moga dimurahkan rezeki, dan jadi kaya, leh
belanje sy lepas tu.

khadijah nizam : Hepi Besday.. Dah tua dah ni.. bile nak kawen??

junior 1 : Selamat hari lahir ciksantun.. Semoga Allah
merahmatimu..teruskan satu ummat ye.

Nik : Selamat hari lahir.. Moga makin tua ni, makin igt kubur la ye
ustazah.. Sama2 berdoa untuk keredhaannya di dunia dan akhirat.. ameen.. sama2
la bermuhasabah.. setiap kali masuk usia baru ni, apa yang paling penting ialah
bermuhasabah.. k, selamat..


terima kasih kepada anda semua.. byk lg yg tak copy paste masuk cni ni.. eceh, bajet fames la ni, haha.. terime kasih wani, qalbi, nabilah, shaheera, n semua la.. adek2 juniorku, teman2, sahabat2 serumah, sahabat2 seperjuangan, akak2.. beruntunglah diri ini mengenali anda semua.. yang terlupa, tidak mengapa, bukanlah ukhwah itu terletak pada ingatan seseorang itu pada birthday orang tu.. sekali kita bersahabat, selamanya kita bersahabat.. trime kasih..

apa pun, abah ngn mak saya tetap yang pertama.. semalam mak ngn abah call kat madinah.. harini g mekah, mungkin penat sgt.. Selamat menjadi tetamu Allah, dan selamat beribadah.. Semoga dirahmati dan diberkati.. Terima kasih kerana menjaga diri ini sehingga besar begini berusia 21 tahun.. siapalah diri ini tanpa kedua orang tuaku ini.. tahniah kerana telah mnjadi mak dan abah yang terbaik untukku.. (selain bersyukur pd Allah, emaklah org yg selayaknya diucapkn tahniah)

Usia sudah menjangkau sepertiga usia rasulullah, namun apakah yang telah saya lakukan untuk islam?? apakah yang telah saya lakukan untuk umat islam?? muhasabah di hari kelahiran, uhuk3..

tabah..

Assalamualaikum..

Mlm ni ingatkan nak cerita tentang hari pertama maarad siang tadi.. tapi tergendala disebabkan hati yang turut bersedih dan hiba sebaik sahaja membaca entri seorang sahabat dunia akhirat sy, nabilah huda..


Baca blog ini, -aku sayang dia-

Dan video Asma' kene cucuk jarum nak ambil darah.. keh3 comel jer..

video



Hari ini dua entri psl wanita tabah.. Cinta dan Air Mata .. dan crite nabilah ini.. Semoga diriku dapat menjadi tabah seperti mereka.. KAGUM dengan kamu semua..

Friday, March 27, 2009

walimah..

Assalamualaikum...


Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup...


Jom tgk gambar..



macam kenal kan ruang tamu rumah siapa nih...




ni nama nya tengkolok..
fuhhh.. pakai ni, macam hang jebat laa..
hei jebat!! turun kau.. jom lawan kalau anak jantan... =P





ni namanya kerusi malas.. ish2..
kerusi dari sejadah...




yg ni lak bunga dari telekung..
namanya bunga sakura.. =P
bulat2 tu kelopak bunga lah..


hehehe..



hihihi



ni bunga telur.. eh salah, bunga gula-gula...


uish, sapa nye walimah ni?? kat bayt insyirah lak tu.. rumah sayaaaaaa.. budak rumah sy ade nk kawen ke?? nk tau?? tunggu!!!!

Program Suara Palestin

Assalamualaikum.. Pagi jumaat yg indah..








Kekejaman, kemusnahan, kehancuran..

Adakah anda sedar??
adakah anda prihatin??
Apakah tindakan anda??
Apakah sumbangan anda??


Program Suara Palestin
Tarikh : 29 Mac 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Abu Ain
Speaker : Dr. Zainurrashid
anjuran : AMAN Palestin, dgn kerjasama BKPJJ,BKAPJ,MSSJ

Takde kerjasama BKASJ pun, tapi dijemput ye.. hihi..
Iklan je, tak tahu dapat pergi ke tak.. Sebab 30 exam ulum quran..
Kalau rasa macam dah bersedia, habis baca buku malam tu, insyaallah jumpa kat abu ain, hikhikhik..

bersama lah peduli akan nasib umat islam!!

Thursday, March 26, 2009

waktu itu..

Assalamualaikum.. pagi khamis yang indah dan cerah.. Alhamdulillah..

waktu yg dinantikan..
sumber : jordantimes..

Summertime reminder
Jordan switches back to summer time (daylight saving time) today at midnight, when clocks are to be set forward by one hour, placing the Kingdom three hours ahead of Greenwich Mean Time - JT
26 March 2009


maknanya mulai esok, start azam yg satu tu.. diettt!! haha... insyaallah2..
subuh kul 3 pagi, isyak kul 8 mlm.. (rasa2 ada gak tak orang yang tak tidur lepas subuh.. ada la kot)..
berpenat-penatan dan tido awal..
yg penting ialah, tahun ni tak sempat main salji.. sempat main hujan batu je..
tetapi yg paling penting, saya suka bau soifi.. sedap.. udara soifi yang sangat sedap.. sesiapa yang belum merasai, silalah merasainya...

tiba2, teringat satu syiir psl angin masa tahun satu dulu amik madah lughah hayah ramai-ramai,(best sgt, ntah bile nk sekelas lagi).. syiir ni pasal penyair yg rindukan kmpung halaman.. doktor kata kene hafal syiir ni, semua orang la menghafal..

ni.. (dh terjemah la)
diriku ini sangat merindui mu dengan rindu yang bersangatan tiada penghujung..
andai angin yang bertiup ini dapat menerbangkanku kepadamu, nescaya kau akan terkejut melihat diriku yang kurus kerana merinduimu.. =P
namun angin ini tidak akan sedemikian, hanya khabar berita dan rinduku sahaja yang dapat kuterbangkan bersama-sama dengan angin ini..

lumrah manusia..
apabila soifi, nk syita'.. apabila syita', nk soifi... soifi, kehadiranmu dialukan..

Wednesday, March 25, 2009

4 isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia mencintai isteri ke-4 dan menganugerahinya harta dan kesenangan, sebab ia yang tercantik di antara semua isterinya.

Lelaki ini juga mencintai isterinya yang ke-3. Ia sangat bangga dengan si isteri dan selalu berusaha untuk memperkenalkan wanita cantik ini kepada semua teman-temannya. Namun ia juga selalu khuatir kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.

Begitu juga dengan isteri ke-2. Si pedagang sangat menyukainya kerana ia isteri yang sabar dan penuh pengertian. Apabila si pedagang mendapat masalah, ia selalu meminta pendapat dan pertolongan isteri ke-2-nya yang selalu menolong dan mendampinginya saat-saat menghadapi masalah.

Sama halnya dengan isteri pertama. Ia adalah pasangan yang sangat setia dan selalu membawa kebaikan bagi kehidupan keluarganya. Wanita ini yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan perniagaan sang suami.Akan tetapi, si pedagang kurang mencintainya meskipun si isteri pertama ini begitu sayang kepadanya.

Suatu hari si pedagang sakit dan menyedari bahawa ia akan pergi buat selamanya. Ia mengenangkan semua kehidupan indahnya dan berkata dalam hati, "Ketika ini aku mempunyai 4 isteri. Namun apabila aku pergi nanti, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan."


ISTERI KE-4: NO WAY
Lalu si pedagang itu memanggil semua isterinya dan bertanya kepada isteri ke-4-nya. "Engkaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan indah. Nah, sekarang aku akan mati. Mahukah kamu mendampingi dan menemaniku nanti?" Ia terdiam…dan berkata,"tentu saja tidak!!" Jawab isteri ke-4 dan pergi begitu saja tanpa berkata apa2 lagi. Jawapan ini sangat menyakitkan hati si pedagang. Seakan-akan ada pisau terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

ISTERI KE-3: MENIKAH LAGI
Si pedagang itu merasa sedih lalu bertanya pada isteri ke-3. "Aku punmencintaimu sepenuh hatiku dan saat ini hidupku akan berakhir. Mahukah engkau mengikutiku dan menemani hingga akhir hayatku?" Isterinya menjawab, "hidupbegitu indah di sini, aku akan menikah lagi jika kau mati". Bagai disambar petir di siang hari, si pedagang sangat terpukul dengan jawapan isteri ke-3 nya. Badannya terasa semakin sakit.

ISTERI KE-2: SAMPAI LIANG KUBUR
Kemudian ia memanggil isterinya yang ke-2. "Aku selalu berpaling kepadamu setiap kali aku mendapat masalah dan kau selalu membantuku sepenuh hati. Kini aku memerlukan sekali lagi bantuanmu. Kalau aku mati, mahukah engkau mendampingiku?" Jawab isteri ke-2 nya, "Maafkan aku, kali ini aku tak dapat menolongmu. Aku hanya dapat menghantarmu hingga ke liang kubur. Nanti akan kubuatkan makam yang indah untukmu." Si suami bagaikan disepak terajang. Hancur luluh hatinya.

ISTERI KE-1: SETIA BERSAMA SUAMI
Si pedagang ini merasa putus asa. Dalam keadaan kecewa itu, tiba-tiba terdengar suara, "Aku akan tinggal bersamamu dan menemanimu kemana-mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu. Lelaki itu lalu menoleh ke samping, dan mendapati isteri pertamanya di sana. Ia tampak begitu kurus. Badannya seperti orang kelaparan. Merasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau lah akuboleh merawatmu dengan baik disaat aku mampu, takkan kubiarkan engkau kurus seperti ini, isteriku."

HIDUP KITA DIWARNAI 4 ISTERI

Sesungguhnya, kita mempunyai 4 isteri dalam hidup ini. Isteri ke-4 adalah TUBUH BADAN kita. Seberapa banyak manapun waktu dan perhiasan yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, namun semua ini akan hilang dalam suatu batas waktu dan ruang. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap kepada-Nya.

Isteri ke-3, STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN. Saat kita meninggal dunia, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. Sebesar apapun kedudukan kita dalam masyarakat dan sebanyak apapun harta kita, semua itu akan berpindah tangan dalam waktu seketika saja ketika kita tiada.

Sedangkan isteri ke-2, iaitu KAUM KERABAT DAN TEMAN. Seberapa dekat punhubungan kita dengan mereka, kita tak akan dapat terus bersama mereka. Hanya sampai liang kuburlah mereka menemani kita.

Dan sesungguhnya isteri pertama kita adalah JIWA DAN AMAL KITA. Sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia mendampingi kemana pun kita melangkah. Hanya amal lah yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu dan mempunyai waktu, perlakukanlah jiwa kita dengan bijak serta jangan pernah malu untuk berbuat amal, memberikan pertolongan kepada sesama insan yang memerlukan. Betapa kecil pun bantuan kita, pemberian kita menjadi sangat bererti bagi mereka yang memerlukannya..

dari

~tadi jawab aqidah rasa macam nk tergelak je.. kalo ustaz sani ke, ustaz alex ke, ustaz abu-syafiq ke, almukminun ke, ustaz abu syaukah ke tau ni, rasanya saya kena pancung la agaknya.. =P

Monday, March 23, 2009

..

Pagi Isnin yang indah... Alhamdulillah..

blog ini sedang dalam pengubahsuaian.. haha mcm papan tanda kt jalan tu je..
tktahu lah jadi ape nnti.. tggu dan lihat sahaja..

menuju birthdayku yg ke-2.. wahhh, sudah besaaarrr... ish3.
mencapap skit, birthday saya 1 hb 4.. sile kumpul duit banyak2 ye semua org.. =P

mak ngn abah g umrah 28 ni.. moga dimudahkan segala urusan dan selamat sepanjang perjalanan..

exam 25, 30, ngn 11.. seperti yang diatas sebelah kiri tu..

- habis, tak reti2 bace buku??
- nak bace buku lah ni... =P

byknye bnde kene buattttt..

Sunday, March 22, 2009

doa nak kawin

Assalamualaikumwarahmatullah..

sedang berjalan2 menjelajah blog2 orang hirup udara, terberhenti satu blog ni, dan tergelak sorg2.. yg buat saye tergelak itu adalah satu doa,

Doa nak kahwin

Untuk jejaka yang belum berkahwin tapi dah ada pilihan di hati, dah cukup syarat, tapi tak dapat-dapat gak nak kawin (samada bakal mentua tak suka atau pilihan hati tak mahu), cubalah doa di bawah ini:


Ya Allah,


Kalau dia memang jodohku, jodohkanlah. Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak. Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh…. Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain ku.. Kalau dia tidak bisa dijodohkan dengan ku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain. Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku..


Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali… Kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah denganku… Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia denganku… (nak nak sangat ni..!!!.)

AMIN…

Cubalah. kalau tak dapat jugak, akan ku tuliskan doa yang baru..

Wallahu a’lam

-----------------------------------------------------------------------------------------------

haha ni la satu2 nya doa yg zalim pernah sy jumpa..
kalau ikut logik akal, nmpk sgt lelaki tu berusaha jugak berdoa untuk dapatkan org yg dia suka.. Tapi pandangan saya, doa ni terzahir kezaliman.. Walaupun mintak dari Allah, tapi seolah2 tak mahu terima taqdir.. Sampaikn kalau perempuan tu berjodoh dengan org lain, mintak Allah putuskan..
patutkah?? ish3...

Tahniah pd akh ikram - almukminun.. semoga pernikahan dapat menyemarakkan lagi dakwah di medan jihad ini.. muslimin pkpim nikah dengan muslimat gamis.. mantap!! ustaz nikah ngn doktor hospital melaka.. masyaallah jamiil, =)..
nantikn dak permai ade tak nikah dgn dak permata ke, prisma ke.. =P

Saturday, March 21, 2009

sakura ungu

imeem : saujana - saujana
http://www.imeem.com/people/qKWsyL/music/4HttmXdj/saujana-purple-sakura/


Kemuncak fujiyama bersalju
mendingin kalbu yang tersentuh
hijaunya pohon tegak merimbun
meranum rindu yang berlabuh

Sakura ungu mempersona
gugurnya di riba kembara
namun tak mampu menyajikan
walau secangkir nostalgia

tika bertemu dan berpisah
tiada jemu dan gelisah

saujana hanya di pandangan
di hati hanyalah sejengkal
saujana jarak yang memisahkan
di hati tidak berjauhan

utsukushii sakura wa ki kara
ochiteiru
hontou ni kono suto-ri ni uro no
imi
aru no kana

me de tooku mieru kedo
kokoro ni tonari ni iru
kimi mou koko ni inai kedo
kokoro ni kimi ga mieru

bokura wa
aeru nara
sekai wa yoku naru darou..

yang saya quote kan ni adalah bahasa jepun.. dengan pertolongan seorang sahabat yang sedang menuntut di Jepun, terjemahannya telah jadi begini :-


Sakura yang cantik jatuh berguguran dari pohon,



Sungguh kejadian ini punyai maksud yang tersingkap,



Walaupun pandangan jauh di mata,



Tetapi hati ini merasai kamu disisi,



Walaupun kamu tiada disini,



Tetapi hati ini tetap melihatmu..



Jika ditaqdirkan kita bertemu,



Dunia ini pasti jadi lebih baik, kn?? Darou??



p/s : eleh, senang je bahasa jepun ni.. Best kan sore kimi nyanyi jepun, lembut je.. tiba2..... oopps2!!

Thursday, March 19, 2009

Luqmanul hakim

Assalamualaikum.. Pagi Khamis yang indah.. Jatuh cinta dengan stu lagu ni.. Nak buat anda juga jatuh cinta.. Jage2, jgn berebut org nama luqmanul hakim lak..


Citra hidupmu begitu mempesona
Mutiara hikmah nasihatmu berharga
Pada kata yang tersurat
Ada maksud yang tersirat
Suri tauladan buat panduan umat

Kau tersendiri dalam menabur bakti
Punyai misi untuk dicontohi
Ketinggian budi dan keindahan pekerti
Mengangkat dirimu semulia para nabi

C/O
Peribadimu Luqmanul Hakim
Cermin suluh peribadi mukmin
Kerna kepintaran dan kecerdikan kau disegani
Jati dirimu Luqmanul Hakim
Menjadikan kau insan terpilih
Segalanya diharungi dengan gigih
Terkadang dirimu bagaikan tersisih
Di sisi Tuhan kau tak pernah terpinggir

Biarpun lelah mendera
Kau tidak pernah mengalah
Menempuh ranjau penuh tabah
Terpahat memoirmu
Di kanvas sejarah
Tercatat di Al-Quran dalam satu surah

munsyid : mestica

Wednesday, March 18, 2009

tag dari kak ahiasah

Assalamualaikumwarahmatullah..

Hari ni hati ni berkecamuk, remuk, macam kereta yang terbabas terlanggar lori.. Dengar lagu luqmanul hakim pemberian sahabat sy sambil jalan-jalan menjelajah blog-blog orang lain.. Tiba-tiba teringat ada 2 tag yang dah saya simpan. Jadi, pos kali ni nak jawab tag dari kak ahiasah , lagi satu dari nisah, huhu belum lagi..

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Shafiqah Santun..
Kerana cita-cita untuk menjadi santun, cakap dgn penuh sopan santun, lemah lembut.. =P
Mule2 geli, nmpak cam tak thiqah je.. tapi lame2, biase je.. dan nama ni lah melekat apabila orang nk kenal sy.. shafiqah je, santun.. hahaha perasan.. pegi mana2, panggil ciksantun.. org call, 'assalamualikum ciksantun', adehhh.. tp, sy terima je dgn redha..


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://ciksantun.blogspot.com
Masa buat blog ni dulu kerana blog lama saya, shafiqahmawadah, ter'revert' disebabkan tak pandai hendak menukar layout. Mmg sy buat kecoh kt rakan usrah sbb sy nye blog takleh bukak time tu.. lalu buat blog baru ni, dan tktahulah cmna leh tercetusnya dalam fikiran masa tu nk buat ciksantun..
Buat blog ni, main hantam je, letak warne ape2, dan ingat nk sekejap je, untuk permulaan, tp warna dan design itulah yang kekal smpai sekarang, kerana tiada masa untuk menghabiskan waktu menghadap blog ni 24jam tukar2 warna dan design..


3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
dakwah.. dakwah.. cerita pasal program dalam persatuan, tazkirah, pelajaran.. tapi yang saya rasa layak untuk dikongsi la..


4) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
Ya.. Alam maya yg agak aktif, blog sendiri, satuumat, rakanusrah.. dakwah luar mnjadi naqibah mekap je.. alam maya- blog satuumat, n moderator lughah rakan usrah, mencapap2 =P..
satuumat tu, ustaz alex minta untuk terjemahkan dari media jordan ke bahasa melayu tntang nasib umat islam di Jordan.. tugas yang sgt berat, tp insyaallah akan digalas semampu mungkin.. dan sy sgt menerima dgn hati dan jari terbuka.. trime kasih kepada ustaz alex kerana percaya kt sy..


5) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Buat masa ni, belum lagi.. sebab dah semakin sayang ngn blog ni..
dan ada permintaan dari pengunjung, iaitu :
buat satu lg blog yang agak formal, khas cerite tntang agama2, (kalau blog formal, tkde tag2 ye!!) dan
juga satu lg blog yang dikongsi dgn mahasiswa pengkhususan arab di Jordan yg mnceritakan tntang bahasa arab, dan sastera2 arab yang dipelajari..
juga lg satu mematangkan blog ni..
p/s : tok guru nik aziz pun nk start jadi blogger tau.. semoga lebih banyak blog2 yang menuju kearah kebaikan..


6) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
huhu blog kak ahiasah.. cun blog akk ni, warna ungu, sapa la yg ajar akk ni, hik3.. baru berapa bulan, blog tu dh ngetoopp.. banyak ilmu yg sy dapat kt blog tu.. Tapi kalau dia bercakap lebih terasa 'zouq' dakwah dia dari baca penulisan kt blog tu.. betul la apa yang dia tulis mnjawab soalan no 4 sama dengan soalan pada tag ini,
Tengah-tengah kot. yang pasti keaktifan di luar kadang-kadang lebih dari
keaktifan dalam blog ni. mungkin kekangan yang ada sebab rumah tak berintenet.
Lagipun saya ni lebih banyak bercakap dari menulis (orang kata la)

sangat betul!!


Mangsa seterusnya, kalo ada masa je tau..
ainul arina
nisah ishak (tk buat lg tag die, dah tag die balik)
atiqa nasir
atiqah mohani
ikb
kak hajar yahya

kawan2 serumah sume dh selamat ditag oleh kak ahiasah.. hihi

Sunday, March 15, 2009

bola.. iman..

Bola.. bola.. bola..

Tidur bola..
Duduk bola..
Baring bola..
Mandi bola..
Makan bola..
Minum Coca Cola, boikotttt...

Semalam, ade yg bengkak mata kawan-kawan yang gilekan M.U, sebab menangis M.U kalah ngn liverpool 4-1.. Haha teringat mase form 3 dulu, duduk asrama, malam2 turun tgk bola.. England kalah, sok pagi g sekolah mate bengkak..
Penyakit bola ni, buat semua penggila bola sanggup tak tido malam, bersengkang mata sampai ke pagi. Tidak kira lah samaada yang tengok di rumah sahaja ataupun pergi kedai-kedai, tengok dengan kawan-kawan.. lebih seronok kalau pergi ke uncle don, hartamas (promot.. promot..)..tempat lepak ngn kawan2 mase zaman jahiliyyah dulu-dulu.. selalu jumpe ashraf sinclair, firhad.. fuyoo.. Ashraf Sinclair minat arsenal tau, selalu pakai jersey arsenal, no 7.. haha pemilik nombor siapakah itu??

Nak cerita sikit pasal bola.. Bermain bola sepak (lebih maaruf dgn bola je), pemain yang dapat bola berusaha untuk menjaga bola tu daripada diambil oleh orang lain.. Dan berusaha untuk membawa bola tu sampailah ke jaringan gol.. Orang yang daripada kumpulan lain, akan berkejar untuk cuba merampas bola tu dari pihak lawan (kejam betul), dengan mengikut syarat (tidak boleh kene tangan, tak lebih dari garisan)..Dan berterusan sebegitu sehingga minit yang ditetapkan.. Dan juga akan diberi masa tambahan..

Begitu jugalah kehidupan kita, ibarat lah kita berlari mengejar bola tu umpama kita sedaya upaya melakukan amalan baik.. keadaan kita berlari tu umpama kesungguhan kita dalam melakukan ibadah, dan bola yang kita bawak umpamakan iman.. iman ni, akan kita jaga, takkan bagi kat orang lain, kita akan pertahankan, lindung serta suburkan dan sasaran terakhirnya adalah syurga (gol).. Selagi belum masuk gol tu, kita akan berjuang habis-habisan untuk menuju ke tempat jaringan gol.. Jika pemain yang handal-handal, akan cantik sepakan dia untuk masukkan bola dalam gol.. begitu juga sekiranya amalan kita handal, mantap dan hebat, kita akan masuk ke syurga cepat je.. dengan masa tambahan iaitu syafaat daripada Rasul SAW..

Perlunya kita ni hidup dalam jemaah seperti pemain2 bola sepak ini, ade defender, ade goalkeeper dn seterusnya.. mereka akan beermain dalam kumpulan, latihan bersama dalam kumpulan, bersatu dalam kumpulan dan susah senang bersama-sama dalam kumpulan.. jika kalah, satu kumpulan kalah, menang, satu kumpulan menang..
Begitu juga kita ni, perlu hidup dalam kumpulan. Masing2 mempunyai peranan dalam jemaah masing-masing, bersama-sama mempertahankan aqidah dan iman sesama muslim, amar makruf nahi munkar.. Jika sorang hanyut, semua akan hanyut.. nauzubillah..

Berterusan la dalam beribadah, seperti pemain bola yang diberi mase 90 minit, berlari satu padang tanpa henti.. Kite jangan ambil contoh goalkeeper lak, kang tido je..
Tapi saya paling suke goalkeeper, sgt suke Iker Casillas, penjaga gol Real Madrid ngn sepanyol.. Gile saya pada Casillas tu, smpaikn emel pun name kaka casillas.. kaka pemain ac milan.. casillas pemain real madrid.. hr tu frward satu emel kt permai ngn ukhwah.com, sekali terperanjat yg name keluar situ kaka casillas.. selalu keluar name penuh, ni name yg tu lak.. adeh, terbongkar rahsia kegilaanku dulu-dulu, kikikikiki..

kelahiran



an-nur menyuluh,
seluruh alam semesta,
terang yang amat menyilaukan,
pancaindera...

hanya ibunda,
sentiasa memuja,
ikhlas dari lubuk hatiku,
puspawarna....

bertahun dah berlalu,
tinggalkan rasa pilu,
amat sukar disembuh lagi,
menjadikan.... oh sayup....

Kelahiran.. Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu..
Bonda..........

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama..


lagu ni adalah lagu tema cite akukah tanggang.. akukah tanggang ni sempat sy khatamkan mase cuti 3bulan tahun lepas.. sgt sedih cite ni.. rupenye mimpi, adeh.. best btol mimpi ngn fasha sandha yek??

Td tgk cite ampunkan dosaku.. sedih sgt.. kisah seorg ibu yg nk besarkn 3 org anak, terpaksa melacur, nauzubillah..
Boleh ke wanita melacur kerana dharurat?? oh tidak sama sekali.. selama-lamanya pun hukum nye tetap haram untuk melacur.. tidak boleh diqiaskan dengan mane2 hukum untuk buat hukum baru tntg melacur.. smpai akhirat hukumnye tetap haram..

persamaan dari 2 cite ni ialah, jgn jadi anak derhaka.. jadilah anak yg solehah, sntiasa taat mak ayah.. sedangkn kalo seseorg tu masuk islam, ibu bapanye masih kafir pun, kne hormat ibu bapa yg kafir tu.. ni ape tah lg masih islam.. selamanye ttp ibu kita.. rugi selama2nye kalo ibu bape tk redha kite sbagai anak, tk dapat keampunan.. confirm neraka.. wa iyyazubillah..

~merindui emak.. 28mac ni mak ngan abah g umrah..

Saturday, March 14, 2009

Pengharaman babi.

Esok ade i'jaz pengharaman babi.. tapi tak leh pegi, tak daftar sbb ade bnde lebih penting..

Kelas Iijaz Al-Quran (English) berkaitan tajuk:
- Prohibition of pork in Quran
- Men and women are equal but different
Oleh Prof. Dr Fahmi Mahmoud and Ms Nurhana Dato’ Ibrahim

Tarikh : 14 Mac 2009 (Sabtu)
Masa : 10am-12pm
Tmpt : Bayt Afa
Byrn : JD6 seorang


Semua bangsa dari dulu sehinggalah sekarang menganggap babi adalah binatang paling kotor, hina dan menjijikkan..
Buktinya..Kebanyakan org di seluruh dunia apabila menyumpah, mereka akan brkata 'pig'!! Mksdnye disini telah ada kepercayaan turun temurun yang mengatakan babi ialah binatang paling hina.
Islam ialah agama yang benar dan mulia disisi allah SWT.. sbb itulah org yg mulia tidak akan memakan binatang dan daging yang hina lagi menjijikkan..

Babi juga ialah binatang paling kotor dan menjijikan, ia menjadi agen atau pembawa virus yg boleh mnjadi penyakit merbahaya!!
Babi lah pembawa sebenar cacing pita yang boleh membawa maut itu..
Saintis mengisytihar babi sebgai mixxing vessel ataupun bahtera pengumpulan pelbagai kuman..

Babi tiada leher untuk disembelih sepertimana haiwan2 lain, dan ini menyebabkan darah dan kuman dari dlm haiwan itu tidak dapat dikeluarkan..dan dalam islam, darah binatang adalah najis.. (mengapa sembelih kene kt leher)

Dalam islam, babi berkait rapat ngn iblis.. Sewaktu seluruh dunia ditenggelami banjir, iblis juge turut berada dalam bahtera nabi nuh..oleh kerana terlalu lama dalam bahtera, segala kekotoran makanan dan sampah bersepah sana sini.. Nabi nuh meminta pertolongan tuhan untuk membersihkannya, lalu diminta untuk mengusap kepala seekor gajah, dan terciptalah tikus dan memakan segala kekotoran itu.. iblis juge berbuat sedemikian, lalu terciptalah babi.. jadi, babi tercipta atas tangan iblis!!

Virus dari babi amat canggih! ia sentiasa berubah bentuk dan menyerang manusia dalam bentuk yang baru(mutasi), jika manusia dapat mencari penawarnya.. Sistem pertahanan dalam badan anusia tidak mampu mengawal virus2 yang cerdik ini.. Ada juga virus dari kalangan keluarga HIV pada babi ini.. Virus ini dibawa oleh DNA nya dan tak boleh dipisahkan..


p/s: sape yg g ni, nanti habaq mai la ye, ape isinye.. tak bek kedekut ilmu tau.. hik3..

Thursday, March 12, 2009

naqad hadith

"eh, kenape bermuram durja ni??"(geli gile ayat)

"soalan naqad tadi susah la.. susah gile.. rase kalo aristotle ke, plato ke, hidup balik, doktor ali syarak suh jawab pun agaknye dorg tu takleh jawab"

"waa.. susah sangat ke??"

"soalannye daqiq jugak ar, nota arab tu aku bawak ke hulu hilir bace, tak tido, tapi td tengok soalan, rase cm nk terkeluar bijik mata ni"

"hmm doktor tu mmg syadid kn?? takpe, sekurangnye ilmu dari doktor tu dapat"

"hmm kalo dapat markah sikit pun, redha je ar, sebab orang arab pun cakap kalau ambil dengan doktor tu paling tinggi pun boleh dapat 70 je"

"ala.. tu orang arab.. ko, budak melayu, mesti boleh dapat 80 lebih.. berusahalah.. bukan maksudnya, kalo amik ngn doktor syadid, markah sikit, tapi ilmu banyak.. kalo macam tu, jadi lah ungkapan begini 'semakin sikit markah, semakin banyak ilmu' sebab ape?? sebab amik madah ngn doktor mantap yang bagi soalan susah-susah.. faham dalam kelas, tapi susah jawab soalan.. macam tu ke?? sepatutnya amik ngn doktor susah bagi markah dan mantap ilmu nye ni, kita kena lagi berusaha untuk jawab soalan yang mantap-mantap jugak, baru lah ilmu tu mantap sama dengan doktor yang mantap yang bagi soalan mantap-mantap.. yang tu lah baru boleh kate berpuas ngn markah.."


~dapat semangat baru.. walau ape pun, hidup mesti diteruskan.. belajar adab, tak cukup bergantung ngn nota arab dan kata-kata doktor dalam kelas saja.. kena cari sendiri kat maktabah.. murajik yang doktor bagi tu, buku-buku tu la kene hadamkan untuk madah tu.. kalo tak, buat ape doktor bagi murajik tu..

dapat smangat baru juga dari program tadi..
6 perkara mendapatkan ilmu.
1)bijak
2)tekun
3)bersungguh2
4)menyampaikan
5)mendampingi guru
6)istiqomah

* Northrop Frye adalah pengkritik zaman moden dari Paris.. Bukunya yang bertajuk "Anatomy of criticsm" ataupun "Theory of Criticsm" menceritakan tentang falsafah-falsafahnya terhadap kritikan syair2 atau poetry pada kurun ke-19.. Beliau telah memasukkan kebudayaan kebudayan barat kedalam kebudayaan arab ketika di mesir, kerana kebudayaan barat ketika itu sangat berbeza dengan kebudayaan barat.. Kebudayaan barat pada ketika itu, mempunyai drama atau teater (masrahiyyah), ballet (baaliyah), dance (roqsiyyah), yal3ab masrahiyyah (puppet play) dan sebagainya.. Dan ketika itu, mohd saqin telah mengkritik salah satu syair arab di depan pengkritik2 barat, dan ternyata kritikan itu sangat teruk dan memalukan.. disebabkan itulah, mereka telah bersepakat untuk mengembangkan uslub kritikan yang merupakan satu kesenian dalam sastera arab yang diambil daripada kritikan sastera arab lama dan kebudayaan barat moden ketika itu..

uslub yang digunakan diatas ialah sout daakhiliyyah ataupun monolog dalaman..
siapakah yang kata belajar adab senang?? tak sabar dapat kertas naqad hadith..

Tuesday, March 10, 2009

PSM..



Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar...
bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah...
Jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah....
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


cubalah teka.. apakah dia PSM?? jawab2!! Bukan PPSMI ye.. PSM je..
nape ye mlm ni?? adehhh.. bace buku!!

Monday, March 9, 2009

Hari Mekap sePERMAI..

Assalamualaikum..
Pertama dan selamanya mengucapkan syukur pada Allah, kerana dapat juga anak2 mekap saye berkumpul setelah sekian lama. Terima kasih kepada PR kerana memberi ruang kami bermesra2 sepanjang malam dengan ilmu yang masyaallah banyaknya dikongsi dari anak2 mekap saya, GEMILANG!!

Antara yang dibincang :
-menolak orientalis yang mengatakan Rasulullah gila seks..
Ketika ayah Rasulullah meninggal, ayah Rasulullah itu berumur 17 tahun, menunjukkan disini org dulu kawin awal.. tapi Rasulullah kawen umur 25.. kalaulah benar Rasulullah gila seks, mengapakah tidak kawen umur 12 atau 13 atau 14.. dan kenapa kawen ngn janda iaitu saidatina khadijah, dan dapat anak kandung dari siti khadijah saja..

Dan apabila siti Khadijah meninggal, dtg seorang sahabiah kepada Rasul, dan mengemukakan pendapat supaya berkahwen lagi, dan memberi 2 name, iaitu Aisyah dan (wallahualam lg sorg name ni keliru, antara isteri2 rasul juga), tetapi yang dipilih adalah bukan Aisyah.. Dan saidatina Aisyah adalah isteri ke3 Rasulullah..

Kemudian tentang poligami, dimana telah diperintahkan oleh Allah, dibenarkan beristeri 4 orang sahaja.. Ketika ini, Rasul mempunyai 9 org isteri pada waktu yang sama, (ade yg kate 11, sbb 2 org sebelum Saidatina Aisyah), dan nabi tidak menceraikan isterinya, kerana isteri-isteri nabi adalah ummahaat mukminin.. Org lain tidak boleh kawen dengan isteri-isteri Rasulullah selepas kewafatannya, begitu juga tidak boleh kawen dengan mereka apabila mereka diceraikan.. Jadi, apabila nabi menceraikan isterinya, tidak akan ade sesiapa pun yang boleh kawen dan menjaga isteri2 nya itu.. Dan Rasulullah tidak menceraikan isteri-isterinya.. Bukan kerana menzalimi wanita seperti yang dituduh oleh orientalis.. Sebaliknya, lebih menjaga kemaslahatan wanita.
Mulianya rasul kita.. sollallahu ala muhammad..

Dan ilmu baru dari adikku, Mariah :
Dari hadith nabi "Aku berpuasa Isnin kerana hari kelahiranku"..
Disini Rasulullah mengajar kita, supaya berpuasa di hari kelahiran sebagai rase bersyukur. Tetapi budaya yang diterapkan pada kita ialah, sambut birthday dengan makan2, parti, dan sebagainya.

Ini adalah 2 video yang saya nk kongsikan kerana telah berjaya menumpaskan air mata kami.. paling2 yang tak nangis, bergenang la jugak..

satu ni mase kuliah subuh..time kaseh pade adek yg bg kuliah subuh tu, adek Qalbi.



Jangan jadi seperti kera.. Kera ni memanjat pokok tinggi, dan diatas berjuang dengan 3 angin, iaitu angin kencang, ribut dan taufan.. Kera ni akan pegang pokok kuat-kuat takut angin kuat.. Tapi apabila satu angin ni, iatu angin sepoi2 bahasa dtg, dia akan sedap je.. tertido dan terjatu kebawah, mati.. Begitu juga lah kita.. Kita akan bersatu apabila dengan cerita Palestin diserang, rakyat Malaysia dizalimi, mase tu la kite boikot semua, doa, makin syg umat islam.. Tapi, sekarang macam aman-aman sikit, tak boikot pulak, lupa doa n sebagainya.. Jika kite seperti ini, sama lah kita dengan kera yang disebut tadi..


dan yang ni, dari blog PR.. time kaseh pd PR, bersama membangun dan menyemarakkan kerohanian..

Semoga video ini dapat menyuburkan hati-hati yang lemah dan layu..



semakin sayang pade anak-anak mekap mama =P..


k, bace buku naqad hadith.. nk exam..

Saturday, March 7, 2009

Lau kaana rasulullah haiyan fii qalbik..

Jikalau Nabi itu hidup di hatimu, ianya akan dipenuhi dengan kecintaan.
Jikalau Nabi itu hidup di hatimu, ianya akan membiasakan sunnahnya dan adabnya.
Jikalau Nabi itu hidup di hatimu, ianya akan merindukannya dan berakhlak dengan akhlaknya.
Jikalau Nabi itu hidup di hatimu, ianya akan membawa kegigihannya bersama Allah.

Matamu,
Hidupkannya dengan kehidupan mata baginda..
Jangan engkau lihat kepada perkara yang haram.
Telingamu,
Hidupkannya dengan kehidupan telinga baginda..
Jangan mendengar dengannya perkara haram..
Lidahmu,
Basahkan dengan lisan baginda dan kalam Allah,
Jangan engkau tuturkan lidahmu,
Melainkan ianya menyebabkan engkau bertemu dengan Rasulullah.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
Nescya engkau tidak boleh memutuskan silaturrahim yang baginda laranginya..
Jikalau Nabi itu hidup dihatimu,
Nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal..
Nescaya engkau tidak cemarkan hatimu yang hidup dengan rasulullah dengan maki hamun ataupun sikap membenci..walaupun terhadap orang yang mencacimu atau menyakitimu..
Jikalau Nabi itu hidup dihatimu,
Masa itu tidak akan berlalu,
Melainkan engkau akan memohon rahsia kehidupan dengan mengingati Allah Taala.

Hidupkan masjid-masjidmu dengan membaca kalam Allah (Al-Quran)..
Hidupkan jalan-jalanmu dengan adab-adab Rasulullah..
Hidupkan pasar-pasarmu dengan adab serta hukum-hakam Rasulullah,
Yang hidup dengan berzikir, ibadah dan muamalah bersama Allah..
Hidupkan pengertian sebegini,
Nescaya engkau hidup dengan kehidupan
Yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya.
Sehingga Allah menghimpunkanmu,
Dengan kehidupan sebenar dalam alam barzakhmu.
Kemudiannya di hari akhirat bersama Rasulullah..
Kemudiannya di syurga Firdaus yang tertinggi..

Moga-moga Allah menjadikan kita dari mereka yang hidup sebegini.
“Ya Allah, Hidupkan kami dengan kehidupan kekasihmu!”

Ya Rasulallah



Ya Allah..
Cintaku padanya kian jauh,
Rinduku padanya kian hilang,
Namun aku tahu..
Cintanya padaku tak pernah jauh,
Terlalu dekat,
Rindunya padaku tak pernah hilang,
Kian bercambah..
Itulah hakikatnya..

Ya Allah..
Ini semua kerna kelalaianku,
Ini semua kerna kejahilanku,
Aku yang alpa..
Aku yang sombong..
Aku terlalu mengejar dunia,
Hampir aku kehilangannya..
Hampir aku putus asa..
Hanya kerna dunia yang penuh dengan noda,
Dunia yang penuh dengan kata-kata dusta,
Dan dunia yang penuh dengan tohmahan,
Aku masih begini..
Dia kian luput dari ingatanku,
Dia kian terpadam dari hatiku..

Ya Allah..
Masih adakah kemaafannya bagiku??
Masih adakah keampunanmu untukku??
Kerna seketika aku telah melupaknnya..
Dan kini..
Aku kembali menyingkap cintanya,
Menggapai rindunya dari sudut kejauhan,
Agar hati dan perasaan kami bertaut,
Agar jiwa dan diri kami bersatu,
Hanya itu mauhuku..

Ya Allah..
Suburkan kembali cintaku padanya,
Semaikan kembali rinduku padanya,
Agar aku tak lupa padanya,
Agar semangatnya mengiringi perjalananku,
Hanya itu inginku..
Hanya kau.. Hanya kau..
Ya Rasulullah..
Kau cinta dan rinduku..
Itu yang pasti..
Moga-moga aku dapat bersamamu..

Thursday, March 5, 2009

sebuah pelayaran..

Salah satu dari sajak2 yang selamat dihantar pada Mariah kul 5.45ptg tadi.. hik3..





Adakala aku tertanya pada diri..
Layakkah aku menjadi ummatnya?
Benarkah aku pewarisnya?
Cukup kenalkah aku padanya?
Sempurnakah diri untuk meneruskan perjuangannya?
Perjuangan yang aku rasakan sangat kental,
Perjuangan yang penuh dugaan,
Perjuangan yang perlu aku jadikan iktibar..

Namun aku terlena,
Terlena tanpa jaga..
Terlena dari tidur yang panjang,
Tanpa aku sedar aku kian jauh,
Dibawa dalam satu pelayaran,
Pelayaran yang sangat lama,
Aku masih berdiri kaku,
Tidak berganjak,
Tanpa kata,
Tanpa tindakan..
Sehingga musibah mendatang,
Mengahanyutkan aku,
Jauh nun dibawa arus..

Aku terkapai-kapai,
Mengharapkan sesuatu,
Ssuatu yang dapat membantuku,
Sesuatu untukku berpaut,
Namun… Hampa..
Aku terus hanyut,
Akalku buntu,
Fikiranku berkecamuk..

Dan saat itu…
Mulutku berbicara,

Ya Allah..
Ya Rasulullah..
Bantulah hambamu ini,
Dari terus hanyut,
Dari terus lenyap,

Dan seketika..
Aku tersedar,
Tersedar dari mimpi yang panjang..

Aku bangkit,
Dan melihat diriku
Di suatu tempat yang tidak asing bagiku,
Aku meraup wajahku,
Mengucap syukur,
Selawat kupanjatkan ke atas Muhammad,
Aku hanya bermimpi..

Namun..
Apa yang aku rasakan benar-benar terjadi,
Bukan hanyut di bawa arus lautan,
Tapi hanyut dibawa arus dunia yang kian parah,
Dunia yang kian dimamah usia,
Kian ditelan zaman..
Duniaku tak seindah rupa,
Tak secantik bicara..
Dunia itu penuh dengan dosa,
Penuh dengan noda..

Aku tak pernah sedar untuk menginsafi diri,
Tak pernah bangkit memperjuangkan sunnahnya,
Aku hanya memperlekehkannya..
Hidup tak bernyawa,
Nun jauh roh meninggalkan jasad,
Hilang entah kemana..

Kini..
Aku mulai terjaga,
Bukan dari mimpi..
Tapi..
Dari realiti hidup yang sebenar,
Aku bangkit melengkap diri,
Aku bangkit mengagungkan Muhammad,
Demi cinta dan kasihku padanya,
Kerna tak ingin terus kaku,
Di dalam pelayaran penuh liku,
Tak ingin terus hanyut,
Di bawa arus hebat..
Tak ingin dibuai mimpi indah,
Di dunia tanpa noktah..



Juga sila baca sajak ahli falsafah ini... (promot.. promot...)

Tuesday, March 3, 2009

Poster Untuk Saya

Poster untuk saya dari PR(Pembangunan Rohani) ...


Road to Maulid Ar Rasul 1430H

3 Mac 2009, 6 Rabiul Awwal 1430H
-Risalah Hati 1
-Pertandingan mengarang sajak (kalo masuk ni agaknye leh menang tak?)

4 Mac 2009, 7 Rabiul Awwal 1430H
-"Kempen Gandakan Selawat"
-Ihya' Assunnah 1

5 Mac 2009, 8 Rabiul Awwal 1430H
-"Kempen Gandakan Selawat"
-Ihya' Assunnah 2
-Puasa sunat Khamis
-Tayangan Perdana [akhawat sahaja]

6 Mac 2009, 9 Rabiul Awwal 1430H
-Ceramah Khas Maulidurrasul 1430H
-"Kempen Gandakan Selawat"
-Risalah Hati 2

7 Mac 2009, 10 Rabiul Awwal 1430H
-"Kempen Gandakan Selawat"
-Ihya' Assunnah 3

8 Mac 2009, 11 Rabiul Awwal 1430H
-Ihya' Assunnah 4
-"Kempen Gandakan Selawat"
- Hari MEKAP sePERMAI

9 Mac 2009, 12 Rabiul Awwal 1430H
-Puasa sunat hari Isnin
-"Kempen Gandakan Selawat"
-Risalah Hati 3

Jom ber'kempen gandakan selawat'
Masa : 20 minit selepas solat maghrib
Tempat : Sejadah hijau masing-masing
Sasaran : Seluruh umat.


~Suburkan Kembali Cintamu~

Sukan lah.

Sabda Rasulullah : Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.

Hadith diatas menunjukkan bahawa Islam menggalakkan untuk bersukan kerana dengan bersukan kita dapat menguatkan fizikal seterusnya menjana kepada otak yang cergas. Islam menggalakkan umat menjaga kesihatan dan memiliki tubuh badan yang sihat, kerana dengan tubuh yang sihat, kita dapat melaksanakan hal-hak agama dan dunia.

Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, dan bukanlah jalan melukakan perasaan. Pihak menang tidak harus terbawa-bawa dengan kegembiraan sehinggakan menghina pihak lawan, dan yang kalah pula janganlah dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Dan seharusnya diingat bahawa kekalahan itu adalah sebagai pembuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka sentiasa bersabar dan memandang kekalahan itu suatu yang positif dan berusaha kerah penambahbaikan untuk diri mereka.

Namun begitu adab serta etika pemakaian dalam sukan juga perlu dititikberatkan. Seperti pemain bola, jangan lah memakai seluar yang pndek sehingga menampakkan lutut. Bermain bola itu suatu ibadah, dan janganlah mencacatkan ibadah itu, hanya kerana perkara yang remeh, yang semampunya kita buat, namun tidak dilaksanakan. Begitu juga dengan wanita. Justeru, atlit-atlit perlulah mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkenaan batasan islam dan adab dalam bersukan.

Manusia sangat cenderung dalam hiburan dan sukan merupakan salah satu cabangan hiburan. Jadi, sejauh manakah sukan ini dapat membantu dalam berdakwah?? Lihat lah Muhammad Ali yang telah meraih kejayaan yang cemerlang dalam perlawanan tinju, dan beliau melibatkan diri dalam urusan dakwah di Amerika. Ini sedikit sebanyak dapat menaikkan kemuliaan islam di mata dunia.

Contoh lain, lihat sahaja pemain-pemain bola sepak France bagi peminat bola, ramai pemainnya yang telah menganut agama islam, dan mereka tidak segan silu untuk berdoa di tengah-tengah padang sebelum memulakan perlawanan. Tidaklah kita lihat mereka sebagai contoh yang terbaik, tetapi hendak memberi contoh kepada kembangnya islam itu di dalam arena bintang sukan bola.

Janganlah kita mengambil sukan ini sebagai matlamat, sebaliknya sukan adalah satu wasilah kita dalam menjalankan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Wallahu a3lam.