Tuesday, May 26, 2009

Pelangi yang indah..

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahh..



kalau mau pintar.. belajar..
kalau mau berhasil.. usaha!!

bukan mau pintar, pergi jumpa dukun, TOk bayantula ( ye ke?) haha..



"Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya..
Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.."


Selagi hidup, selagi itulah kita kena berjuang. Jangan berhenti di tangah jalan. Berkemungkinan masa kita di akhir2 itu, masa itu sangat berharga.. Berharga itu seperti pelangi, yang hadirnya selepas hujan.. Jika di tengah hujan kita sudah lemah, lemahnya pula seperti tenggelam bagai dihanyut banjir lagaknya, rugilah.. kerana berkemungkinan selepas hujan itu, akan muncul pelangi yang indah. cantiknyaaaa!! kan??


ok, 2 imtihan lagi lepas ni.. 28 aqidah.. 1hb ulum quran.. Doakan ya!!

*Rangka pengisian masa cuti, lantaran kepeningan malam tadi (ijmak sahabat, yg bincang tarbiah watoniah semalam).. 2hb, bersihkan belukar di depan rumah, tanam cili.. haha (lupa nk tgkap gmbar belukar tu)..

k, baca buku..

Sunday, May 24, 2009

Slumdog millionaire

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..


Selepas menjadi pengarah filem menjawab nathar hadith semalam, mahu sy kongsikan apa yang saya belajar, sebagai pendirian.. Peringatan kepada budak adab, jika ambil dengan doktor ali syara', sila selami betul2 dan sungguh2 tentang masrah yakni drama atau teater.. doktor tu mmg suka sangat keluarkan soalan drama, naqad hadith dan nathar hadith, dua2 soalan drama..



Jadi, amat perlu sedikit untuk anda menonton beberapa drama sebagai penambah pengetahuan, dan perlu punyai pendirian tentang hedonisme, iaitu kita bukan hibur secara berlebih-lebihan, tapi hiburan ini yang masuk dalam silibus pelajaran..



Drama mula berkembang di tanah arab pada kurun ke-19.. Pada ketika itu, syair2 telah berkembang piat, sehinggakan kemasyhuran syair2 itu, sedikit sebanyak telah menenggelamkan drama.. Lebih2 lagi, masyarakat arab ketika ini masih lagi hidup berpindah randah, semakin menyukarkan kemunculan drama ini, kerana lakar tempat dan masa pada drama memerlukan tempat yang tetap, dan masa yang lama dan panjang..



Dek kerana drama yang kurang menerpa nama di persada seni, maka malaamih yunani atau 'epik yunani' seperti epik gilgamesh mendapat tempat di hati para pencinta seni, tambahan epik2 ini menggunakan logik akal, berbanding drama yang hanya khayalan para penyair. Lantas, ramai sasterawan barat yang membuat kesimpulan bahawa islam adalah penyebab kepada kemunduran drama, kerana 'alaqah antara penulis skrip dan pelakon umpama Allah dan makhluk.. sangkaan ini ternyata bodoh, mana mungkin penulis skrip disamakan dengan Pencipta.. dan penemuan watak2 telah dijumpai terlebih dahulu di Tanah Arab..


**********************

Ambil yang baik tinggalkan yang mudhorat, fahami hedonisme dalam ertikata sebenar, apa itu hiburan apa itu pengajaran -

“ Kalimat hikmah adalah barang berharga kaum Mukmin yang hilang. Dimanasaja ia menemukannya, ia lebih berhak terhadapnya “ - HR at Tirmidzi & IbnMajah



Dunia remaja sudah tentunya inginkan hiburan, bukan? dan salahkah menggunakan hiburan itu sebagai medium untuk menambah pengetahun dan membuka mata para remaja seperti Taken (yg kitorg tgk ramai2 kat umah Maria).. Adakah ia hedonisme?? Semua yang pergi prgrm itu terpengaruh dengan gejala hedonisme?? Adilkah dek kerana wujud movie2 yang melalaikan itu, kita hukum semua movie itu melalaikan?? Jika kita tidak menyelami hiburan bagaimanakah hendak membanteras hiburan?? Jika maklum bahawa hiburan itu semuaaaaa hedonisme, tiadakah cara untuk menjadikan hiburan itu supaya tidak hedonisme??



***Slumdog Millionaire*** selamba badak



Cerita realiti kanak2 di India yang digelar 'anjing lumpur', hidup di persekitaran yang sangat kotor, tidak sihat, tinggal di kawasan setinggan. Yang sangat membengangkan ialah apabila berlaku pergaduhan antara Hindu dan Muslim, orang islam dibunuh, dikorek mata, rumah mereka dibakar, anak mereka diculik, dengan alasan mereka adalah islam.. Sungguh tidak bermoral!!


Cerita ini banyak menggunakan uslub istirja' iaitu flashback..

kasihanlah anak2 ini..

babak dalam gambar ini adalah yang mengeelikan sekali.. tak caya, tengok.. sungguh menggelikan....... yerksss..


Jamal, salah seorang yang tinggal di kawasan setinggan itu, menyertai 'who wants to be a millionaire', jawab semua soalan dengan betul, dan jawapan itu yang hanya didapati dari pengalaman hidup dia dari kecil ..
Filem ini juga masuk di dalam exam kawan sy sok.. Bittaufiq ya!!
Manfaat atau tidak, anda sendiri nilai..
Antara mesej2 yang saya dapat selepas meninggalkan ym berstatus 'ade ke suh tgk slumdog millionaire tgh2 kepeningan begini' semalaman..

1) akk, hedonisme laa
2) pening ke?? makan la panadol..
3) g la klinik dr aniza.. haha..
4) hedonisme ~ apakah pendirian anda??
5) anti hedonisme = anti slumdog....
6) best cite tu, tengoklaaa..
7) crite apa tu??


Sy hedonisme?? Sungguhkah?? di kala exaammmm~~

Thursday, May 21, 2009

cita-cita yang kepeningan..

Bismillahirahmaanirrahim..
Assalamualaikum..

Berehat sebentar bersama kitkat selepas seharian bermesra-mesraan bersama buku Firaq kesayangan ku.. keh3..

Online ym tadi, dapat la satu link yang sangat2 bermanfaat ketika dalam keadaan lemah ini.. web tu tak lain tak bukan ialah link saifulislam, bertajuk 'hari-hari hitam dalam hidupku'.. Sungguh terkedu dan terkasima kerana tak menyangka ada juga orang yang sebegitu tabah seperti pemilik web itu.

Lantas membuat perbandingan dengan diri sendiri, yang apabila duit zakat lambat masuk, mula sudah tidak tentu arah. Mula merancang perkara bukan-bukan dengan rakan. Hendak bekerja di mat'am abu mahmud la, kerja di kedai Nazek la, jual nasi lemak la, berkata 'habis la kurus la camni' (teori yang sgt salah, =P), dan pelbagai perkara lagi konon hendak menampung kehidupan di sini sehinggakan menyimpan cita-cita hendak bekerja di Lembaga Zakat Selangor untuk membantu melicinkan pentadbiran, poyo je lebih..

Langsung tidak fikir, bagaimana pula keadaan mereka yang ditindas, mereka yang sangat-sangat perlukan wang.. Bagaimana sekiranya nikmat biasiswa itu ditarik terus.. Adakah setabah pemilik blog saiful islam itu?? Baki setahun ini, Insyaallah, bagaimana hendak meneruskan perjuagan di bumi syam ini.

(sengaja dibiarkan tergantung).. malas tulis, jika diteruskan, tak baca buku laa........

______________________________________________________________

ni pula cita-cita saya sebelum 5minit duduk depan laptop.

iaitu, membuka restoran yang didalam itu lengkap dengan tempat sembahyang, tempat bersantai-santai seperti arab dan sebagainya yang akan difikirkan selepas ini.. Cita-cita ini tercetus dek kerana blog budak-budak ngeteh irbid..

Restoran saya itu, akan menggunakan semua barangan HPA, yang mana mereka ini, menjadikan amaln berwudhuk sebagai amalan wajib sebelum memulakan kerja, untuk mendapatkan 'kaf ba ra kaf alif ta nun', insyaallah.. Pekerja-pekerja pula akan diwajibkan untuk solat berjemaah, dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk..




Ya, restoran sy itu, akan disediakan ruang untuk menge'teh' atau menge'kopi', kopi dan teh itu juga adalah keluaran radix. Minum kopi radix seperti di warung-warung di waktu petang dengan pisang panas, perghh.. (daku yg semakin kepeningan).. Mahu ayam goreng juga? Ya, terdapat juga di restoran saya, 'radix fried chicken', yg menggantikan kfc..


Saya sedang mencari rakan kongsi, tapi....... siapakah sanggup kongsi dengan saya???????????........



Shafiqah..... evil boss, HAHAHAHHAHAHHA!! semakin kepeningan..

ok, sambung studi!!

assalamualaikum............

Wednesday, May 20, 2009

..

ni video masa 'MAJLIS SUAI KENAL' Yarmouk..


ni video promot Jordan oleh Hilal..

Sunday, May 17, 2009

persinggahan

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Seharusnya tangan mata serta hati ni dah dikuarantinkan dari mengadap blog, tapi nafsu ni tak tahan nak letak gak lirik lagu yg sedap ni..Insyallah tak lama, sekejap ja sebelum menyambung pembacaan, hehe..
hayatilah liriknya.. sedap, enak dan lazat.. sungguh!!! lagu persinggahan oleh zahran. video di youtube pn ada, cari sendiri ye..

Sekian lama hidup di kegelapan
Teraba-raba tanpa tujuan
Akal dan budi seakan tak berfungsi
Ke manakah diri??



Apa diturut kehendak yang meronta
Menyeksa badan membakar jiwa
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri
Renungkanlah ini



Kita sekadar di persinggahan
Pasti kembali pada Yang Menciptakan
Ombak dan badai lumrah kehidupan insani



Jangan mengeluh jangan berputus asa
Insaflah semua dariNya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia



Pada Ilahi bantuanNya menanti
Iman dan takwa yang sejati
Itulah bekalan diri



Doa senjata mereka yang beriman
Tuhan Pencipta Maha Penyayang
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
Hanya pada Tuhan.




Ya, jangan berputus asa.. Berdoalah pada Allah.. teruskan.. ganbatte!! Beringatlah, kekuatan dan mood itu perlu dibina, dan bukan datang sendiri.. Jika diturutkan malas itu, kelak akan membakar jiwa.. (bg semangat untuk diri sendiri) =P.. Ayuh, persiap untuk berperang di medan peperiksaan.. sediakan umpan sebelum memancing.. sediakan payung sebelum hujan.. sediakan mahar sebelum kawen.. sediakan tugu pertahanan sebelum berperang.. ade kene mengena ke?? --> ciksantun yang memeningkan, haihhhh..

Friday, May 15, 2009

khulasah tazkirah

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Selepas hilang semangat melihat ketebalan nota arab untuk imtihan nihaie semalam, alhamdulillah, dinaikkan semangat itu dengan tazkirah kak aimi yang begitu panas dan mantap.


" man yuridullahu bihi khairan, yufaqqihu fiddin"

Bagaimana dapat merasakan yang diri telah difaqihkan oleh Allah seperti hadith nabi ini? Adakah kita semua telah digolongkan dalam golongan yang Allah mahukan kebaikann keatasnya? Adakah ilmu yang kita pelajari dalam kelas itu, sudah cukup untuk kita menjadi golongan yang nabi sebutkan itu??


UNTUK APA??
Untuk apa kita belajar?? Untuk apa kita menjejak bumi anbiya' ini?? Adakah kerana hendak mendapat title 'oversea'?? Adakah kerana mahukan populariti?? Sudah tentunya segalanya untuk mendapat keredhaan. ya, tidak?? Tapi, bagaimanakah ilmu itu diredhai sekiranya ilmu itu tidak kita praktikkan?? Ilmu itu sendiri, adakah dia redha, sekiranya kita memilikinya, tapi tidak digunakan??

ILMU TANPA AMAL.
Apalah guna sekiranya kita belajar segala macam bidang ilmu di dunia ini, namun tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Semua ilmu ada manfaat tersendiri, tp bagaimana kita mahu kaitkan ilmu dengan mengenal Allah. Ilmu syariah sendiri, yang sudah sememang jalannya kita nampak untuk mengenal Allah, tapi berapa ramai yang mempraktikkan ilmunya? Bidang adab, bagaimana kamu belajar falsafah, dan dengan apa yang dipelajari itu, dikaitkan dengan pencipta? begitu juga ekonomi.


PENDORONG
Apakah yang menjadi pendorong kita berjaga malam untuk membaca buku, dan mengharamkan tidur, masing-masing punyai jawapan..
Sekiranya pendorongmu itu adalah mahu mengejar muaddal yang tinggi, kerana mahukan kesenangan, mengejar pangkat dan ingin bersaing semata, maka rugilah waktu kamu belajar tanpa tidur itu.
Sebaliknya, jika bangun malammu itu semata mahukan keredhaan Allah, menghidupkan sunnah Rasulullah, serta mengelokkan akhlakmumenyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau.


GELOMBANG
Apabila kita berdoa, doakan untuk sahabat-sahabat kita juga. Dalam satu penyelidikan, apabila kita mengingati seseorang, gelombang kita akan sampai ke orang itu, dan berpatah balik ke kita, maksudnya orang itu pun akan mengingat kita juga. (camtu la lebih kurang - selamba membuat fatwa sendiri).. Begitulah juga di dalam doa, apabila kita mendoakan orang lain, gelombang itu akan sampai ke orang yang kita doakan itu, dan dia pun akan mendoakan kita. Apabila kita mendoakan kebaikan orang lain, orang yang kita doakan itu mendapat kebaikan, kita yang berdoa akan lebih-lebih lagi mendapat kebaikan.. Jika semua begitu, kita semua akan berjaya dengan cemerlang.


USAHA vs HASIL.
Ada orang yang usahanya lebih, tapi hasilnya tidak seberapa. Ada juga yang usahanya kurang, tapi result semua gempak. Ada juga yang usaha setimpal dengan hasil.
Kita jangan tertipu dengan natijah imtihan. Ingat, semua itu datangnya dari Allah. Sekiranya Allah mahukan kita mendapat banyak, kita akan dapat banyak, dan bersyukurlah, moga-moga nikmat itu ditambah lagi. Sekiranya Allah mahu kita dapat sikit, kita akan dapat sikit, dan bersabarlah serta renungi balik dimana silapnya. Kesemua yang berlaku ada hikmah.

DOA
Doa itulah senjata orang mu'min. Saat kita tidak punya sesiapa untuk bergantung harap, di dalam hati kita yaqin Allah itu ada, dan bagaimana cara kita hendak berhubung dengan Allah untuk meminta sesuatu? dengan berdoa. Doa!! dan Doa!! semoga ilmu yang kita perolehi diberkati dan dapat kita sampaikan kepada generasi akan datang.


Maaf, ni hanya kesimpulan saja, hihi. Almaklum la semalam duduk sebelah kami, memang dia yang paling bersemangat, duduk depan sekali, kak aimi pun mengadap dia ja, tapi dia juga yang paling banyak gelak.. hua3.. nasib baik akk santun yang duduk sbelah dia, sopan la sikit, duduk tersipu-siputtt.. =P..

Semoga sahabat2 dan akk2 nak khirij, kak ahiasah, kak aimi, kak nadia, kak timah, kak hajar, kak cu, kak amna, dan semua akak2 iqitisod, kak beah, kak ika, kak su, (semua akk2 iqtisod 23 orang), berjaya khirij dengan muaddal dan syakhsiah yang cemerlang..

Pengisian solat hajat perdana - solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin (dituju juga kepada ummi halimaton dan nenek kak ifa), tazkirah, solat isyak, santapan baton,keh3, bukan nak berlagak, tapi sy yg buat air, dorg kate air sedap (bukan nak kate ape la, kn??).. eh2, masak bubur jugak.. tak caya tanya kami.. kan kami?? uhuk3..

Thursday, May 14, 2009

Imtihan oh Imtihan...

Bismillah..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Pagi ni, tiba-tiba merindui untuk menghafal syair.. Pernah suatu ketika dahulu, berborak dengan kawan sambil berbalas-balas syair yg konon bajet dah hafal. hehe tapi memang da hafal pun.. sekali berkata dalam diri, 'kalau yang aku tengah hafal ni adalah ayat quran, banyak dapat pahala' (ye2 je).


الدرس هو الطاعة الله

Belajar adalah keta’atan kepada Allah


ya, adakah belajar disini adalah khusus kepada bidang syariah yang perlukan hafalan-hafalan al-Quran? Kalau begitu, selama ni kami belajar tak dapat pahala la.. begitu?? Jika direnungi ayat ini, ia sebenarnya dapat memberikan motivasi kepada kita, 'belajar adalah ketaatan kepada Allah'.

Jadi, bagaimana yang dikatakan dengan ketaatan kepada Allah itu??
Belajar dengan penuh tekun, dan bukan hanya untuk exam.. Renungi kembali, adakah kita bangun tiap malam untuk bertahajud di kala exam menjelang itu, kerana taatkan Allah, ataupun menjadi hamba exam?? Mana yang kita dahulukan, tahajud atau study? Yakinlah dengan janji Allah, dan sentiasalah berdoa supaya ilmu yang kita dapat dari pembelaran kita, tidak lain adalah untuk lebih mengenali Allah dan untuk ketaatan kepadaNya.

Exam itu dari Allah. Yang disisiNya sangat kecil, tapi sangat besar dan gentar bersangatan bagi kita sehinggakan tidak tidur malam membaca buku. Nampak bukan, kerdil nya kita dengan Allah.


"Setiap yang bernyawa akan merasai mati"

Dalam kesibukan kita membaca buku menjelang exam, jangan dilupa exam besar yang bakal kita hadapi.. final exam ke? tidak, exam di akhirat sana. exam yang setiap orang akan mengetahui natijah dari usaha sepanjang hayat kita yang berpulun untuk lulus. Exam yang tidak akan 'repeat, tahsin, inzar'. Exam yang mana pengadilannya sangat tepat, diperiksa oleh Yang Hakim, Yang Adil.. Bagimanakah penghujungnya??

Selamat berimtihan buat semua! Semoga lulus dengan cemerlang..

Imtihan Nihaie yang menggerunkan :
18/5 - Ulum Askariy
20/5 - Naqad Hadith
23/5 - Aqidah wal Firaq
26/5 - Tarbiah Watoniah
28/5 - Nathar Hadith
1/6 - Ulum Quran

*buat kali pertama takde 2 paper dalam satu hari.. tapi, semput juga ni exam berderet.. Doakan ya!!

Sunday, May 10, 2009

kanak2 zaman sekarang.

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..
mengambil idea ustaz spiderman..=P

Maaf, jika 'slang' sy terbunyi Indon pula, kerana baru selesai melayan Pildacil di Youtube. Pildacil adalah Pemilihan Daie Kecil yang didengar2 khabarnya akan dibuat juga di Malaysia.

Jom tengok,


Terharu?? Seorang yang berusia muda mampu berceramah di hadapan khalayak ramai.. Mampu berdakwah dalam usia yang sungguh muda, sehingga membuatkan menitis air mata sesiapa yang mendengarnya.. Sungguh!! Subhanallah!! Apa bisa Nadia ini dapat berceramah seperti ini jika tidak dari didikan ibu bapa?? Apakah mungkin Nadia ini dapat berceramah di depan umum seperti ini, jika tidak ada rancangan realiti tv Pildacil di Indonesia ini??

Lalu, mari lihat ini pula..


dan ini,


Video budak gelek.. Apa bisa budak ini berpakaian seksi, gelek2 depan khalayak ramai jika tidak dihantar ke pusat gelek oleh ibu bapa mereka?? Boleh pula dia tak pergi belajar bergelek, tiba2 dipanggil oleh Aznil, terus bergelek.. Takjub!! Arab pun kalah..

Video 2, sangat lunak dan merdu suaranya.. Sungguh! Subhanallah!! Soalan yang sama ingin diajukan.. Apa bisa Syaz ini mampu mengumandangkan suaranya seperti ini jika tidak mendapat didikan atau disuruh oleh ibu bapanya? Apa mungkin Syaz ini dapat mengumandangkan suaranya dikhalayak ramai begini jika tidak ada rancangan Bintang Kecil di Malaysia ini??

Harus salahkan negara?? "boleh la indonesia buat macam tu, diorang negara macamane,kita negara macamane".. ai, pergi ke indonesia tu dari Malaysia bukan 2jam sahajakah?? lainlah kalau naik tongkang.. Apa yang beza sangat??
Harus salahkan rancangan realiti tv?? "perosak kanak2 Malaysia adalah dari rancangan tv Macam2 Aznil, tom2 bak, kartun2".. oh, hoo tak boleh, kalau ada pun, ibu bapa boleh melarang anak2 dari menonton cerita2 tu.
Jadi, harus salahkan ibu bapa??
Harus salahkan diri kanak2 tu??

Anak2 kecil ini tidak tahu apa2.. Jika mendapat didikan awal yang baik di rumah oleh Ibu bapa, masalah begini, kurang..


Risau memikirkan bagaimana pula dengan anak2 saya(hehe) akan datang... Kasihanilah kanak2 ini..jangan dibiarkann budaya barat menjajah minda mereka..

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu.


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sungguh!! nilai kasih ibu tiada tolok bandingnya.. apa saja kemahuan, sebolehnya diturutkan sekiranya mampu..
"Ya Allah! Ampunilah diri kami dan ibu bapa kami, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil. Jadikan kami anak yang solehah dalam keluarga yang engkau redhai.. Jadikankah kami penyejuk mata mereka,temukanlah kami jodoh yang boleh menyayangi mereka sepertimana kami menyayangi mereka"..

Friday, May 8, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis.

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah...

Sekian lama menjengah2 ke blog sahabat-sahabat malaysia, selalu gak jumpa iklan ni.. Diam2 je la, tk komen pun.. Sekali ada gak orang mintak letak kat blog ni, haha.. Hei, layan je laaa... Diam tak bermakna tak ambil tahu, hehe.. Iklan ini mula digembar-gemburkan bermula 16 April sehingga kini.. Tapi, dh tarikh tutup daftar dah, hihi..

Ntah camane saya pun leh tersesat diorg suruh iklan kat blog, adehhh (bajet comel la tu, =P).. dari Pembina Melaka.

konvensyen-berakhirnya-agenda-zionis

PWTC, Kuala Lumpur: Persatuan Belia ISLAM Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis bertempat di sini, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seminar sehari ini menyaksikan kehadiran panel-panel hebat yang dijemput khas dari luar dan dalam negara. Butiran lanjut tentang Konvensyen ini adalah seperti berikut.



Hari : Sabtu
Tarikh : 9 Mei 2009 (14 jamadil Awal 1430 Hijriyah)
Masa : 8 pagi - 5 petang
Yuran Penyertaan: RM 10.



Seminar yang bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tahanair agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen. Dengan kerjasama Aman Palestin, antara panelis yang dijemput serta tidak asing dalam isu ini di peringkat antarabangsa adalah seperti Dr. Azzam al- Tamimi (London), Assoc. Prof Dr. Mohsen Salleh (Lebanon) dan juga Dr. Roslan Mohamad Nor.



Konvensyen yang menyasarkan kehadiran lebih 3000 orang turut mengharapkan sokongan dan kehadiran belia dari sekitar Melaka. Bagi para belia yang duduk di sekitar Melaka dan berminat menyertai konvensyen ini, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2... atau e-mail kepada editor [at] pembinamelaka [dot] com selewat-lewatnya sebelum 1 Mei 2009.

calon adik2 baru..

Calon-calon junior ku..

1)

ABDUL HASIF B. ABDUL HALID


2)

AFIFAH BT HAMDAN


3)

AHMAD MUSTAQIM B. YAZIRRUDIN


4)

AHMAD NAQIUDDIN BIN AWALUDIN


5)

AINUL MARDHIAH BT KALAM


6)

AISHAH BT AZIZAN


7)

AMIRUL HAFIZ B AHMAD LUTFI


8)

AMIRUL HAFIZ B. ALI


9)

LIYANA SAFIRA BT SENGARI


10)

MOHD FIRDAUS B. MAZANI


11)

MUHAMMAD FAIZ B. KHALIB


12)

MUHAMMAD HATTA BIN SHAFRI


13)

MUHAMMAD MUZZAMMIL B ABDULLAH


14)

MUJAHID B AZMI


15)

NUR HIDAYAH BT MOHD PAUDZI


16)

NUR PADHILAH BT MUKRI TANJUNG


17)

NURAINNISHA BT SUHAIMI


18)

SITI FAKHRIAH BT YAAKOB


19)

SITI FARHAINI BT MUHAMMAD FAUZI


20)

TENGKU SUHAYLAH BT TENGKU SHAHROM



Tahniah pada yang sudah terpilih ni, dan selamat bertemuduga ya!!

Wahai penuntut ilmu Bumi Syam,
Benar perit hidup berjauhan dengan keluarga, tapi percayalah semoga dengan apa yang kita rindukan ini, dibalas dengan kerinduan dan kecintaan Allah SWT.. Bukankah seluruh alam sehinggakan ikan di laut juga mendoakanmu??

Benar kekadang berasa lemah. Pejamkan mata seketika, kembali bermuhasabah, bayangkan lambaian tangan ibunda dan ayahanda dengan senyuman terukir di bibir melihat kejayaanmu.. Fikirkan kepulanganmu ke tanah air disambut dengan puluhan harapan orang islam.. Fikirkan kejayaanmu itu, dapat membantu umat islam yang tertindas.. Semoga terus thabat dalam perjuangan ini..

Wahai penuntut ilmu Bumi Syam,
Benar kekadang berasa penat dengan ujian ketika menuntut ilmu, tetapi bersabarlah, semoga pengorbanan itu dibalas dengan keredhaan Allah SWT. Bukankah Allah mengengkat tinggi darjat org yg menuntut ilmu??

Wahai penuntut ilmu Bumi Syam,
Kutiplah segala mutiara yang bertaburan di bumi barakah ini. Tidak semua orang punyai rezeki untuk belajar di Bumi Syam ini seperti kamu.
Tajdid semula niatmu, mahu menjadi ustaz/ustazah??jadilah ustaz/ustazah yg mampu mengajar golongan pelapismu dengan ilmu yang penuh mendalam. Orang yang mempunyai ilmu yang mendalam lebih mengenali mad'u, bukan?? jika mahu menjadi akauntan, jadilah akauntan yang sentiasa mengikut syariat, hapuskann riba haram, jgn mengejar kekayaan dunia semata. Jika mahu menjadi doktor, jadilah doktor yang meletakkan al-quran dan sunnah sebgai panduan, hapuskan pengguguran anak dari pasangan haram, ikhlaskan hati dlm bersengakang mata demi menyelamatkan nyawa manusia, semoga semua diredhai..

Ahlan wasahlan adik2 JAIS ku.. Qalbi, najwa, mizah, umi, dh jadi senior bulan 9 ni jgnn duk buli adik2 ya?? huhu akk dapat adik baru lg.. tata korg, nak syg adik2 baru lak.. tapi.......... yang baru, tiba, yang lama, pulang.. sedih, :'(..

Monday, May 4, 2009

surah annisa' ayat 56

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Mari bermuhasabah sebentar, 10minit sahaja dengan surah an-nisa' ayat 56.. Semoga 10 minit itu bermanfaat..
klik ini : nadia daie kecil

video tu ada racun mungkin.. apabila masuk dalam post, die ubah semua kedudukan dan berterabur.. jadi, tidak dimasukkn disini, dan hanya link sahaja..
tazkirah itu, saya terjemah dlm bentuk penulisan :



Ertinya :
Sesungguhnya orang2 yang ingkar terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, akan kami ganti dengan kulit yang lain.. Agar mereka benar2 merasakan azab.. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..


Itulah ancaman Allah, bag orang yang berbuat dosa di dunia.. Mereka akan diseksa di neraka, dan seksaannya yang amat dahsyat, tanpa pengampunan.. Tidak adaseorang pun yang dapat menolong mereka..

Manusia yang berbuat dosa, maka nanti di neraka akan dibakar dengan api neraka.. Tika kulit mereka hangus, lalu digantikan dengan kulit yang lain..
Dan begitulah seterusnya.. MasyaAllah.. yang ada, hanya teriakan kesakitan..

Allah!!! Allah!! Allah!!

Setiap manusia yang tidak pernah solat di dunia, maka ia akan dilemparkan dalam api neraka yang mendidih dan bergolak.. Sampai tubuh mereka benar2 hancur, kemudian dibangkitkan lagi.. Untuk apa? Untuk diseksa lagi.. MasyaAllah.. Astaghfirullah..

Ketika manusia di dalam api neraka, tidak ada lagi yang mereka dapat lakukan, kecuali berteriak dan menangis kerana azab yang diberikan oleh Allah.. Bayangkan penghuni neraka denga mudah tubuh mereka dapat dihancurkan, lidahnya ditarik, digunting.. MasyaAllah, Nauzubillahi min zaalik..

Cuba bayangkan d dunia saja, apabila terkena api atau air yang mendidih.. Bagaimana rasanya?? Sungguh pedih, bukan?? Apa lagi di neraka.. Amat dahsyat.. Sungguh!! Amat dahsyat!!..

Mari sahabat, kita hindari dosa, supaya di akhirat kelak, kita tidak termasuk di kalangan orang yang menyesal..

Sunday, May 3, 2009

Mentari hidup

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Muhasabah dengan nasyid?? benarkah?? yok dengar lagu ini.. Hayati dan selami maksudnya.. Moga bersama mendapat manfaat.. Insyaallah..



Mentari Hidup
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali..


~ Mentari hidupku akan bersinar kembali, =)
Lagu ni dah lama, mungkin saya pernah dengar, tapi tak berapa ingat.. Sekarang dengar balik, best pulak..
Habislah, teman sekeliling juga pun akan tahan telinga la sebulan asik ulang2 lagu ni.. pika15

KH bersama Karisma

pagi yang indah, alhamdulillah.. Curi pos KH(ketua helwi) dari YG..
langue

assalamualaikum w.b.t~

alhamdulillah karisma 09 sudah tamat dengan kepulangan semua atlit bersama pingat masing2..alhamdulillah~

setinggi2 kesyukuran ke hadrat ilahi kerna dgn izinNYA,pasukan irbid dapat meraih pingat pelbagai warna [naseb baik ade 3 warna je ye].. =) dalam kesemua acara yg dipertandingkan. .alhamdulillah~

jutaan terima kasih buat semua atlet diatas smua usaha,training intensif,dibidan terjunkan? serta segala macam usaha yg telah dicurahkan dlm merebut title JUARA di kejohanan kali ini.
tidak lupa jua jutaan terima kaseh kepada semua ahli permai yg berada di irbid yg turut sm mendoakan dan menyokong team kita dr jarak jauh.

semoga semua usaha kita pada kali ini,pingat yg disapu,dikaut dan digendong blk ke irbid serta luangan masa dan tenaga utk bermain bersama kejaran,hambatan exam masing2 diberkati,dirahmati NYA..bg yg tercedera,rehat2kn dri anda,buat terapi ye..dptkan rwtn jika perlu~

tahniah..tahniah. ..dan tahniahh..mabruk 3alaikum~

jgn lupa,dalam kita gembira dan tersenyum lebar,kita smua semakin hampir untuk menepuh fatrah exam..perjuangan kita masih belum slesai!!buat players yg exam esok dan seterusnya,bittaufiq wannajah..pulun, jgn xpulun mlm ni ye..insyaALLAH, semoga smuanya dipermudahkan. .ameen~

dan sdikit muhasabah terutamanya buat akhawat yg sntiasa di hati..tahniah! di kala cuak,nervous, gelisah dan segala yg sewaktu dgnnya ketika bermain di court msng2..kita smua berdoa sehabis baik,kita semua sntiasa beristighfar, kita smua solat berjemaah,kita semua mmbc ma'thurat beramai2,kita smua berusaha utk bertahajud.. smoga amalan2 ini berkekalan bukan ketika cuak di gelanggang smata2 mghrpkan kmenangan..tapi semoga mnjadi amalan setiap ms..inilah ciri2 individu muslim yg kita hendaki..smoga sntiasa tsabit di jalanNYA..insyaALLA H~

akhir kalam,terime kaseh buat smua akhawat khususnya kerana sentiasa sabar,bersopan santun dan tersenyum serta mn2 kenangan kurang manis yg kita rs spnjng berada di sana..maafkan sahaja,jgn simpan2 dlm ht,tuluskan niat,bersihkan hati,bahagia akan kita kecapi =)..irbid maen profesionally, okeh
~pahit ,manis asam garam kehidupan~

p/s:gambar2 akhawat yg ditangkap harap ditapis dan dipilih elok2 sebelum dipublickan di mn2(friendster or facebook or blogs dan sgala yg swaktu dgnnya)sbb ada di kalangan kita yg kurang sempurna auratnya ketika bermain serta ada juga di kalangan kita yg berpurdah kn?maka,marilah sama2 mnjaga dan memelihara sabahabat2 kita.tunjukkan kita syng sahabat2 kita xkire junior mahupun senior..pergi dan pulang bersama ukhwah!!..xyah publickan pn ok,kn?hee~

bittaufiq wannajah n all da best..selamat meneruskan perjuangan~
jazakumullahukhaira n..wassalam~


* Tercapai ya tema karisma kali ni, Alhamdulillah.. Meh atlit2 irbid, khamis ni, dtg umah.. hamper korg sume kat depan tu..

Saturday, May 2, 2009

carta piala karisma.

Bismillahirrahmaanirrahim.

jam 3.30..
Carta kedudukan piala yang dicuri..
ampun!!

Mantiqah / pingat

E

P

G

Jumlah

AMMAN

0

0

0

0

IRBID

5

3

4

12

MAFRAQ

0

0

3

3

MU’TAH

3

5

0

8



Syabab :
bola sepak - perak dan gangsa
bola tampar - emas dan gangsa
badminton - perak
pingpong - emas

akhawat :
bola jaring - emas dan gangsa
bola tampar - perak dan gangsa
badminton- emas
pingpong - emas

nohappy
Juara keseluruhan tetap Irbid, cayalah!!
Semua pemenang, tiada pengalah, ;P..
Biru untuk siapa?? Biru untuk Irbid!! Ade style laaaa...

Friday, May 1, 2009

Doa pasukan sorak Irbid Karisma..

Bismillah...


Segala puji dan syukur dirafa'kan kehadrat ilahi, Dia yang pengasih, Dia yang penyayang, pengurnia sinar menerangi maya. Selawat dan salam buat baginda junjungan, pembawa sinar, menuntun ummat, Muhammad Rasulullah.






Esok - final bola tampar dan bola jaring (akhawat), badminton (syabab)..

Mari sahabat-sahabat, bersama kita doakan atlit2 kita, wakil Irbid yang berjuang habis-habisan di Mu'tah. Menang berukhwah, kalah berukhwah.. Jadi pasukan sorak Irbid jarak jauh pun,jadilah..



Ya Rahman,


Keampunan dariMu ku pohon menyuci kotoran dihati,


Tuntunlah hati ini agar degupnya sentiasa dengan zikir ilahi,


Jauhkanlah hati ini dari gerak yang menjurus kepada ma'asi,


Ku pohon ya Allah, tetapkanlah hati ini di landasan suci.



Ya Rahim,


Pimpinan dariMu kutagih buat merentasi jalan ini,


Jalan yang telah kupilih bagi mengikat ukhwah yang suci,


Teguhkanlah apa yang mahu kami teguhkan ini,


Ikatan suci tautan hati yang penuh erti.



Ya Muhaimin,


Ikatan suci penuh erti ini kami bina demimu yang Maha Tinggi,


Peliharalah kasih dan cinta antara kami,


Jagalah hati kami dari bolak balik yg meruntuhkan ikatan suci,


Sesungguhnya ya Allah, kami mahu teguh selamanya dengan anugerah ini.



Ya Mutakabbir,


Segala keagungan milikMu secara pasti,


Tidak sekali kami mahu dan mampu dustai,


Ku pohon ya ilahi,


Apa yang kami jalankan ini agar direstui,



Ya Hakim,


Dengan sifatMu yang Maha Bijaksana dan pastinya Maha mengetahui,


Segala yang datang dariMu pastinya terbaik kami amat yakini,


Bukan hak kami meragui sesuatu yang pasti,


Ketentuanya kami serahkan kepadaMu untuk menghakimi.



Ya Fattah,


Ku pohon darimu ketentuan yang terbaik buat kami,


Sesungguhnya ya Allah bukan menang atau kalah tujuan kami,


Bukan piala emas idaman kami,


Namun sekiranya baik bagi kami,


Pastinya ya Allah engkau lebih memahami,


Tujuan kami hanya satu, mengeratkan ukhwah yang suci.



Ya Naafi',


Ku pohon dengan sangat agar kami fahami segala erti,


Erti sebenar yang kami cari,


Agar hati kami tidak tergelincir dari landasan suci,


Ya Allah, ku mohon manfaat dariMu dari perjalanan ini.


Ameen ya Allah!



datang kerana ukhwah, datang bukan sekadar tetamu..

Menang ke kalah ke, jangan gaduh2 ya!! santun2 semua..

ikhlas dari ~JKK sukan dan kebudayaan PERMAI 08/09~ nohappy

Inikah dinamakan cinta??



Inikah dinamakan cinta??!!
Mengungkap lafaz seindah purnama,
Mengheret diri memusnah jiwa,
Hanya kerna cinta manusia perangkap noda,
Meninggalkan cinta teragung penguat segala,

Ya Allah,
Memang benar kau hadirkan cinta,
Menjadi fitrah setiap manusia,
Namun cinta biasa tak sehebat mana,
Kerna ia manusia alpa,
Dalam melawan nafsu durjana.
Manusia seperti tak mengerti,
Hakikat cinta sejati,
Yang hanya untuk Ilahi.

Inikah dinamakan cinta??!!
Merobek hati insan berkelana,
Mengecap habuan nafsu semata..

Ya Allah,
Hadirkanlah sebenar-benar cinta,
Hanya untukmu Tuhan Yang Esa,
Bukan untuk manusia leka,
Merasai nikmat indahnya cinta,
Tanpa mengira dosa dan noda.

Inikah dinamakan cinta??!!
Sekadar menghinggap melampiaskan kata pujangga,
Adakah hati buta melihat??
Benarkah akal sukar menafsir yang tersurat??
Tapi diri tak mungkin dipanah sesat,
Andai Al-Quran dan Sunnah ditanam hebat.

Ya Allah,
Sesungguhnya cinta padamu amat suci,
Kerna Kau cinta hakiki,
Bukan cinta mainan penuh fantasi,
Dan Kau yang benar kekal abadi..

mempercintakan sahabat.

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Mempersahabatkan cinta dan mempercintakan sahabat.. bagaimanakah??

Bagaimana cinta itu tanpa didahulukan dengan bersahabat.. dan bagaimana bersahabat itu tanpa diselangi dengan cinta??
Cinta dan persahabatan, 2 bnda yang bergerak bersama. dimana ada cinta disitu lah wujud persahabatan.. dan dimana ada persahabatan disitulah tercalit percintaan..

Cinta dan persahabatan itu tidak harus dipisahkan, dan tak perlu bincang mana yang lebih kita dahulukan. Sememangnya kedua ini merupakan saudara kembar. Tapi kekadang, cinta itu yang merosakkan persahabatan, ='(.. Cinta yang bagaimana yang saya maksudkan?? jika cinta Allah, rasul, tidak perlulah diceritakan..



Cinta dan Persahabatan adalah sahabat baik, selalu bermain bersama, bergurau senda. Pada suatu hari, pemikiran Cinta telah dikuasai oleh nafsu, dan berfikir bahawa Persahabatan telah menggugat dia untuk mendapat perhatian.



"Seandainya tidak ada Persahabatan, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku" fikir si Cinta. Sejak hari itu, Cinta memusuhi Persahabatan. Apabila Persahabatan bertanya apa2 kepada Cinta, Cinta hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Persahabatan.



Kesedihan pun menghampiri Persahabatan dan Persahabatan tidak sanggup menahan air matanya dan menangis. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Persahabatan yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Persahabatan, Cinta mulai bergaul rapat dengan Kecewa, Putus asa, Kemarahan dan Kebencian.



Cinta mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Cinta. Cinta mulai dijauhi dan tidak lagi disukai.Walaupun Cinta cantik, tetapi sifatnya mulai memuakkan. Cinta menyedari bahwa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Cinta mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Cinta, dan menyampaikan kepada Persahabatan bahwa Cinta sedang dalam kedukaan.



Dengan segera Persahabatan berlari dan menghampiri Cinta. Saat Cinta melihat Persahabatan menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Cinta pun meluapkan seribu penyesalannya meninggalkan Persahabatan.

Cinta bertanya pada Persahabatan, "mengapa engkau ada jika aku sudah ada, lalu Persahabatan menjawab,untuk meletakan senyuman ketika kau meninggalkan air mata,”.. terjawab lah akhirnya pertanyaan yang sentiasa bermain di benak pemikiran Cinta..

Saya juga sangat menyayangi sahabat, semoga cintaku ini tidak palsu.. dan semoga kemesraan ini bukan lakonan.