Monday, November 29, 2010

iklan PASTI

Bismillah wa syukur Lillah..



Ini adalah iklan!

Assalamualaikum, saya Shafiqah, cikgu PASTI As-Syifa' Taman Seri Andalas. Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan tentang PASTI, boleh terus hubungi saya. Jika tiada hal, InsyaAllah saya akan berada di PASTI Isnin-Jumaat, jam 8-11.30 pagi.. haha sekian~

Hari ini ikut pergi beli alat permainan, PASTI ku bakal cantik la, dah pasang 2 kuda mainan tadi, dan gelongsor tak sempat siap sebab abah dh hon kt luar, suruh balik, hehe.. (harini mak sampai bg mesej, 'hai, taknak balik ke?' ).. haha oh mak, sori, =)..

Hari ini juga dah kemas markaz, markaz ku juga bakal cantik, haha! Seperti biasa, pakcik2 di markaz itu, carilah barang2 anda. Sekali cari tak jumpa, 2 kali cari tak jumpa, 3 kali cari, dah saya buang la tu, =p.

Ok, kepada yang diluar sana.. Marilah hantar anak ke PASTI As-Syifa' ini, sampaikan kepada jiran2, anak2 saudara, adik2 angkat, anak2 angkat. Percayalah, kami sentiasa mahu meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.. Moga Allah permudahkan, ameen Ya Rabb...

Friday, November 19, 2010

Adha

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Sedikit saja coretan untuk Adha kali ini, Adha yang masing2 tidak puas hati, puasa arafah ketika orang haji melontar jamrah, raya lewat sehari.. Dan menjadi permasalahan hari tasyriq.. Apa boleh buat, takkan mahu lari semula ke Jordan, tidak patut namanya, meninggalkan negara yang mungkin dalam kesesatan teruuuss dalam kesesatan.. Tidak boleh ubah yang besar, sekurangnya ubahlah yang kecil2, ya tidak??

Ok, sedikit sahaja, saya juga mahu keluar, memandang esok akan ada program Konvensyen Pendidikan anjuran Nisa' di Kolej INPENS, nun di Kuala Selangor sana.. InsyaAllah sedikit sahaja, dan tidak berniat untuk menaip dengan panjang, =)..

Sudah 3 hari Malaysia menyambut raya Adha, di Jordan raya ke 4 la, dan program melapah2 PERMAI sudah habis pun semalam saya difahamkan, tinggal mahu mengagih daging saja lagi.. Mereka disana yang kepenatan2 itu memang sangat kufahami, deritanya 2 hari berturut2 bekerja melapah daging.. Daku juga pernah begitu, namun lihat, program yang sangat saya ingati, adalah ADHA!

Tahun 1 saya tidak ingat perihal daging2 ni, tapi bermula tahun 2, tahun 3, dan tahun 4, menjadi sebahagian dr petugas2 daging, (asal buruk sangat namanya?). Tapi satu yang saya terkilan tidak pernah ke ladang! Saya yakin syabab Jordan juga bukan semua pernah ke ladang.. Dan tahu apa akibat jika anda tidak ke ladang??

Seorang yang memang mengetahui teori2 memotong lembu, tapi aplikasinya tiada, pulang Malaysia, ikut program potong lembu, tidak tahu mahu buat apa.. YEAH! Maka akan jadilah orang Mesir, Morocco dan Jordan sebagai pemerhati yang setia.. dan malu sendiri melihat rakan2 sebaya yang sudah arif dengan kerja potong lembu, walaupun tidak pernah belajar secara detailnya tentang potong lembu.. hoho..

Begitulah jika ditanya, "kenapa kau taknak hafiz, orang yang menghafal quran, hebat, boleh jaga kau" etc etc etc.. Jawapannya, "tak semua hafiz tu bagus, aplikasikan quran 30juzuk dalam diri dia tu, baik lagi orang yang tak menghafal Quran tetapi sentiasa dekat dengan alQuran"

PERMAI takboleh ke bawak je balik lembu tu, sembelih oleh budak2 sendiri, akhawat juga boleh tengok.. Masjid sini sembelih 20 ekor lembu, dan yang terlibat semua pakcik2 dan makcik2 sambil bergelak tawa, dan jumlah petugas tak sampai dan jauh berkalikalikalikalikalikali ganda dengan jumlah mahasiswa Irbid..

Ijazah kamu tak penting!! Sangat menginginkan melihat budak2 timur tengah balik dan tidak bertindak 'TERKIAL-KIAL'.. Mahu menyesuaikan diri, mungkin??? Sedikit kesal.

Sekian~

Sabtu - Program penyembelihan di markaz PAS kampung Jawa.. Sori, tiada.. Kalau tak, mlm ni boleh sama2 jaga lembu, =).

p/s : Entah bila aku boleh lupakan perihal PERMAI, tidak PASTI.

Monday, November 15, 2010

hari konvokesyen PASTI

Bismillah wa syukur lillah.

Semalam berlangsungnya Hari Konvokesyen PASTI As-Syifa' buat kali pertama tahun 2010. Program pertama dan terakhir untuk sesi ini, majlis formal la yang saya maksudkan ya. Mulanya dengan bilangan murid yang sedikit, kami hanya mahu gabung majlis dengan PASTI cawangan lain, tapi dalam meeting tibe2 bos kata "kita buat hari konvo kita sendiri, kita pun ada PASTI kita, ajk kita pun ade". Hanya berbaki 2 minggu itu sajalah segala persiapan diatur.

Alhamdulillah majlis yang serba ringkas itu, meriah dan ceria, walaupun tidak begitu lancar, tapi kelam kabut hanya di kalangan AJK yang tidak cukup. Tidak pasal2 saya juga turut jadi pengiring untuk penyampaian hadiah.haha!


persembahan pelajar.
Ketika persembahan ini saya ada naik atas pentas dan berbisik dengan mereka, "nyanyi kuat2, nyanyi kuat2, kalau tak cikgu cubit", kemudian muridku Adam cakap "kuat2" dengan kuat2. Adoi, orang suh nyanyi kuat2, die g nye cakap 'kuat2' dengan kuat.. adeh!


dengan sakinah


vvvip makan.


tambah 5 kali tu, haha tipu jek!


Nasi ayamku! terima kasih pada semua. Memang semua terlibat, dari yang membeli barang, hingga ke potong bawang, hingga ke beli ayam, hingga ke masak nasi, hingga ke berapa kali kena keluar beli barang. Bos 2 dengn hadi keluar malam2 kul 1 lebih gi tesco cari bawang goreng ngn sos tiram, jadi pelanggan terakhir sampai di'eskot' hingga ke pintu keluar.. haha!

Berkhir sudah.

Bismillah wa syukur lillah..
Segala pujian selayaknya hanya untuk Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah, serta pemegang amanah Al-Quran As-Sunnah sehingga ke hari ini.

Hari ini hari terakhir sesi persekolahan PASTI As-Syifa'. Ya, jangan tanya, saya sendiri pun tidak tahu bagaimana saya boleh bertahan berada di PASTI tu dengan jangka masa yang saya rasa agak lama. Setiap kali mahu cakap 'minggu ni last ye, minggu ni last ye', mesti ada saja tanggungjawab saya yang sebenarnya belum saya sempurnakan..

Kadang-kadang terpaksa telan kata-kata mereka yang asyik berkata, 'PASTI tu baru, banyak masalah lagi', dan seumpama dengannya. Saya akui, bilangan ajk kami yang hanya sedikit dan kesemua 'muda-muda', yang paling 'tua' adalah bos saya berumur 28, bos 2 berumur 23, dan dikalangan guru, saya yang paling tua! oh~ Jika hadiri program muslimat atau nisa' boleh saya berlagak muda, tapi berada di PASTI, saya harus menerima bahawa saya paling tua, sedang PASTI tempat lain, semua 'makcik2', haha..

Dengan kedudukan PASTI yang bagi saya belum kukuh, belum punya guru tetap, guru yang asyik bertukar, ia sangat lah memberi tekanan. Permulaan itu sangatlah payah, bukan? Tapi apabila saya fikir, bagaimana la guru2 sebelum saya boleh mengajar disitu dengan keadaan yang sangat sangat sangat baru, itu tiada, ini tiada, mengapa tidak waktu sekarang ini, tika sudah banyak peralatan yang disediakan, sudah lebih selesa, tidak boleh hendak bertahan disitu? Jika tidak kita memulakan, siapa lagi? Semua mahu lari, bagaimana hendak maju, ya tidak? Jadi jangan salahkan sesiapa, salahkan diri yang tidak mahu bertindak itu.

Statistik!
Guru PASTI As-Syifa' 2010 adalah 8 orang, sudah boleh buat alumni untuk tahun ini saja!hihi.
Nisbah guru pada murid - seorang guru untuk 2 murid.
Nisbah bulanan - Umpama lebih kurang satu bulan seorang guru.



Bukan saya berniat untuk ceritakan satu2 masalah di PASTI, saya yakin juga anda faham bahawa sesuatu yang baru itu takkan terus tegak dan kukuh begitu saja, semua ada langkah demi langkahnya. Bersabar dan bertindak rasional, itulah jawapan, =). Menjadikan sesuatu yang tiada kepada ada juga merupakan satu kejayaan.. ya, tidak?

Kepercayaan.Ibubapa.Guru!
PASTI ini baru! Dan anak2 anda eksperimen! bukan.. bukan.. bukan ini maksud kami, tidak sama sekali. Kami, sepertimana ibubapa, mahu anak2 Islam terus terdidik dengan budaya islam yang sekarang sering diabai. Dan saya juga berharap ibubapa tidak menghantar anak ke PASTI, hanya kerana murah, atau lebih dekat dengan rumah, atau sebagainya. Bahkan lebih dari itu. Didikan di sekolah, ditambah pula dengan didikan di rumah, InsyaAllah ini cukup menjadikan anak2 berjaya. Risau sekarang mereka sudah menghafal ayat seribu dinar dan ayatul kursi, juga surah2 pilihan, kelak tidak diamal, tahun depan buka sekolah semula, lupa..

Masalah.Cabaran.Dugaan.
Ya, bertimpa-timpa. Saya berasa kesal sedikit, kedua2 bos saya adalah orang besar dalam PASTI, baik kawasan atau negeri. Saya sebagai guru dan pengurusan cawangan mereka, tidak mampu untuk mencemerlangkan PASTI cawangan sahaja sebagaimana mereka menggemilangkan PASTI Kota Raja juga Selangor. Kesal sedikit, dan semoga tahun hadapan PASTI As-Syifa' akan lebih kehadapan. Jika saya tidak berada luar (keje jauh,kawen orang jauh dll) dari Kawasan Kota Raja,InsyaAllah bersedia untuk terus jd AJK. Bukan GURU! untuk membalas dendam semula apa yang tidak terlaksana tahun ini. =)


Saf pimpinan PASTI As-Syifa' 2010.
Cikgu Safiyyah (guru pertama PASTI As-Syifa'), Cikgu Aminah (guru kini), Kak Fatihah, Kak Aisyah, Sakinah (guru lama, seperjuangan Safiyyah), saya.
Munzir, Bos pendek, Ust Hafiz, hantu kecik, Ust Ryne, Hadi.

* Sakinah dan Safiyyah diimport khas dari Sabak Bernam, guru-guru semua belasan tahun. haha mentah!

Wednesday, November 3, 2010

huhu

Bismillah wa syukur lillah.

Hari ini ada sesuatu yang berlaku di PASTI, buat diri rasa lemah sekali, termenung sahaja seharian bagai orang bersenang lenang tiada kerja lagaknya. Perkara apa yang sangat saya sedihkan ini??

BERMUAMALAH.
PASTI bagi saya adalah salah satu jalan untuk berdakwah pada ibubapa. Sudah saya fikir begitu, seharusnya yang selaras dengan itu adalah "PASTI juga adalah salah satu jalan untuk ibubapa berdakwah kepada guru".. Bukankah saling menasihati itu perlu. Ya, memang perlu, tapi kadang-kadang nasihat itu pahit bak hempedu, umpama lainnya bagai disambar dada.. Walau diungkapkan dengan lembut dan sangat berhikmah, namun penerimaan kesalahan sendiri itu yang memeritkan.. (perlu lebih berlapang dada dengan orang-orang yang memberi nasihat, juga diri sendiri harus lebih belajar bermuamalat.. Rugi kt Joden dulu tak amik subjek fiqh muamalat, yg fikirnye fiqh munakahat je,keh3~

Borak2 dengan kawan2 yang sangat mengenaliku di Jordan, masing2 nasihat, "weh, jangan buat perangai lama! ko ngn kitorg lain, ko ngn org2 kt Malaysia sekarang lain!" -oh time kasih sume, ^^

Cabaran!!
Yeah cabaran, bermasyarakat dengan masyarakat pelbagai peringkat, yg punyai amalan berbeza, ajaran berbeza, memang payah. Pernah dahulu, sebulan lalu seingat saya, ketika baru mula2 hendak membuat usrah di PASTI, mula seperti biasa akan bertadarus, dan terperanjat apabila ada seoarang ahli usrah saya membaca 'alif lam mim' dalam surah baqarah itu dengan 'alaaamm'.. adoiii~ kataku ketika itu, kalau tambah 'ro', 'alif lam mim ro' jd 'almari' ye??

Oh dahulu di Jordan dikelilingi dengan sahabat2 yang mantap bacaannya, tutup alQuran pun boleh baca (hafizoh la tu, hihi), kini dihadapanku huruf hijaiyyah tidak mampu lagi untuk kenal walau sudah 20 tahun hidup.. Sangat lemah dan lemah, tapi inilah permulaannya.. Ntah diri mampu tidak bertahan. Ya Allah kumohon kekuatan..

p/s : tidak berniat untuk mengaibkan ahli usrahku, tapi sebagai pengajaran, lebih lagi mereka di Jordan sana, kamu balik, perkara ini akan berlaku, jika berani berdepan dengan masyarakat..

- tiba rasa syok juga kalau duduk saja di rumah, nonton tv, dan ber'sms', berchatting, bergelak tawa dan melepak..

Diriku yang sangat lemah ketika ini.. Mohon untuk memimpin tanganku...