Monday, December 13, 2010

Gunung Nuang

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah sembah dan pujaku hanya untuk Allah, tuhan pengurnia nikmat. Selawat dan salam buat sosok junjungan tercinta, tauladan yang sempurna sepanjang zaman, para pendakwah, para penggerak amal islam, serta pemuda pemudi Islam bawah naungan alQuranul Kareem.

11 dan 12 Disember, adalah hari berlangsungnya Program Mendaki Gunung Nuang anjuran Kelab Rakan Masjid, Masjid Jamek Arrahimiah Lipat Kajang, serta DACS Kota Raja. Alhamdulillah walau saya sampai ke puncak sedikit (baca lawannya : banyak) lambat, juga paling last sampai ke basecamp, tapi secara keseluruhan Alhamdulillah best walaupun penat gile! Semalam sakit kaki saja, tapi harini dah sakit bahagian perut, tangan, senang kata seluruh badan lah. Boleh cuti lagi ke ni? =D.

Program ini memang sudah lama direncanakan dan mulanya dikhaskan hanya untuk lelaki sahaja. Lagi 3 hari nak program saya bertanya kepada bos yang juga pengarah program tentang penglibatan nisa'. Jawabnya, nisa' kalau ada yang nak ikut, cari dulu nisa' yang biasa panjat gunung, untuk jadi ketua. Jadi saya pun mesej la cari sapa yang berkelapangan boleh jadi ketua, rupanya ada seorang sahabat ini sudah pun mencari 3 orang rakannya yang lain untuk join. Saya menjelaskan semula 'yang paling peting, kita kena cari ketua, dah ada ketua baru cari orang', dia pun menawarkan diri menjadi ketua dengan syarat ada saya bersama menjadi ketua. Jadi saya pun terima. Akhirnya, dia yang tidak pergi, adeh! Dan orang2 yang dia cari itu pun kesemuanya tidak pergi, lagi sekali adeh..!!

Begitulah kisah penglibatan nisa' secara last minute, harap2 menjawab persoalan kak Dian yang bertanya mengapa last minute baru nak ajak.. Dan terima kasih juga kepada Kak Dian, wakil Nisa' Malaysia serta geng2 nya, Kak Diyana serta Sue. Juga berterima kasih sangat pada pengarah program yang membenarkan kami turut serta terlibat dalam program ini, walau sebenarnya diketahui secara umum muslimin 'malas' nak bawak muslimat untuk program begini kerana tidak mahu tanggung risiko, dan leceh. (sy la tu buat leceh)

Setelah confirm nisa' boleh terlibat, dan dipanggil untuk menghadiri taklimat, mulanya penglibatan nisa' sudah 13 orang, setelah itu seorang demi seorang, seorang demi seorang menarik diri, sehingga malam itu jam 10, penglibatan nisa' hanya 6 orang. oh~

Saya juga tidak sempat hendak memujuk seorang demi seorang memberi semangat, dengan kerja yang bergitu banyak, modul untuk summer camp tidak siap, petang itu pula kena bagi pengisian untuk usrah Muslimat pun belum ade isi nya. dan terpaksa menangguhkan usrah PASTI yang sudah 3 minggu tidak buat.. huhu.. dalam kepala fikir lagi kerja PeBT tak siap lagi, deadline Jumaat ini, tapi Jumaat dah kena ke Banting untuk JNS, kena siapkan awal lagi. JNS pula kena cari tentang Umar AlKhattab. Ya Allah, berkatilah masaku. (tp sempat pula update blog, haha ini namanya mengong~)

Hari Program
3 orang wakil DACS Kota Raja sudah siap menunggu di basecamp Gunung Nuang, jam 12 tgh malam selepas kuliah haraki mereka kesana menge'cop' camp site. Pagi program kami hanya ber4 daripada Klang, menaiki satu kereta, dan kesemuanya PASTI. Bos 1, bos 2, saya serta cikgu Min, hehe! Semuanya orang yang dah hari2 jumpa, ala bosannya, haha! Juga boleh menjadi rehlah PASTI pada tahun ini ya, =).. Bertolak dari PASTI jam 9.30 dan tiba di Hulu Langat jam 11..

ihdinassirotol mustaqim.

Jam 11, naik ke basecamp, jalan2 berhenti, jalan2 berhenti sehingga 3 jam kami baru sampai ke basecamp, tanpa warming up. 2 petang baru sampai atas, makan, solat zohor, rehat2, solat asar. Kemudian aktiviti bebas, masing2 ada yang membetulkan titi buloh, menghidupkan api, bermandi manda, potong2 ayam.

Jam 5.45 baru Kak Dian sampai, kul 4 petang sampai, kemudian naik ke basecamp 1 jam 45minit sahaja.. cayalah!! 3 orang tu bakal pendaki Gunung Kinabalu kan, tak hairan la kalau nak berlari pun naik bukit. Gunung Kinabalu lagi kan sanggup ditawan, apa nak dihairankan setakat Nuang, ya dak? =D.. Malam itu tidur dengan sangatlah sejuk, pakai stokin, pakai sweater pun menggigil2 jugak, tahu macam ini saya bawak selimut tebal Jordan tu ha, hehehe.. Dengan pelbagai bunyi, dengan ada orang asik suluh khemah, buat2 saja pejam mata. Sudahlah takde line, adoi.

Esoknya jam 7.40 pagi mula mendaki Gunung Nuang. Seperti biasa juga saya menjadi orang pertama di awalnya, kemudian orang pertama juga untuk trip kedua, mujur tidak ramai, jika tidak orang pertama juga untuk trip keempat seperti di Gunung Datuk haritu, hehe..

saya tak suka gambar ni, sebab nampak gemuk!! haha. tapi inilah satu-satunya gambar yang ada kami berempat..
Jadi terpaksa suka. Kem pacat tuuu! jangan tak percaya..


Secara kasarnya, memang Gunung Datuk lebih tinggi dari Gunung Nuang, tapi dari segi kecabarannya, MasyaAllah Gunung Nuang sangat sangat sangatlah mencabar. Agak lambat perjalanan saya kali ini dek kaki kiri yang kejang akibat semalamnya ke basecamp tidak warming up dahulu. Terpaksa menggunakan kaki kanan sahaja untuk menampung badanku yang KURUS! dan mengimbangkan badan menggunakan tongkat kayu, keh keh keh diejek seperti nenek tua. adeh~ Alhamdulillah selamat sampai dengan hasil kegeramanku pada seorang wakil DACS yang rasa macam nak sepak terajang saja kalau kaki ku tidak sakit ketika itu. hoho.

9 orang yang sangat menawan yang telah menawan gunung nuang.. akif saja tak naik, masak kat bawah.

Sampai ke puncak kali ini tidak seperti keterujaan ku berada di puncak Gunung Datuk haritu. Kali ini sampai puncak, pertama sekali saya geram, puas dipujuk hati 'bersabarlah, bersabarlah'.. Beberapa minit, melihat pemandangan Subhanallah baru sejuk hati ni. Terngiang kalam alQuran "Tidakkah aku jadikan gunung itu sebagai pasak bumi".. "Tidakkah kamu terlihat (terfikir) mengapa gunung2 itu dijadikan?".. Tarik nafas, dan baru ok.. Kesemuanya dalam alQuran. Bodohlah diri tidak mahu mentadabbur surat2 kiriman Allah itu.

Kemudian siap2, jam 7 malam turun, sampai bawah jam 8.45 malam . Bos belanja makan tomyam kt gerai. Hehe tiap minggu balik program wajib singgah gerai makan tomyam ye?? hehe, =).. jam 12 tengah malam baru smpai PASTI, dan tido di PASTI kerana cikgu Min tak sihat.

Mak asik cakap, 'anak mak dulu tiap hujung minggu je takde kat rumah, sekarang, tiap minggu tak tdo kat rumah'.. hehe mak, sori. Nasib baik mak dah tak tanya 'bilalah anak mak nak kawen ni'.. hihi..

Demonstrasi bantah air

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Syukur selayaknya kusembahkan kepada Allah, tuhan sekalian alam diatas pemberian nikmat yang tidak terhitung banyaknya.. Selawat dan salam buat kekasihNya, juga penunjuk jalan sekalian ummah, tidak lain tidak bukan junjungan Rasulullah SAW, juga para ummahatul mukminin, para sahabat, pengikut serta pencinta AdDeenul ISLAM sehingga hari pembalasan.

Niat dihati minggu lepas ingin mengupdate tentang demonstrasi bantahan kenaikan harga air di Masjid Negara minggu lalu, tp dek kerana tidak punya masa sesuai untuk mengupdate, sehingga kini tidak berupdate. (Maaf niat, kadang2 ku megingkarimu,=p )

Sedikit saja coretan penyedap hati tentang demonstrasi bantahan air itu ya. Bermula Sabtu saya menghadiri TOT (Training of Trainers) di Bandar Seri Putera untuk Jambori Nisa' Selangor yang bakal berlangsung minggu hadapan di PULAPES Banting. Perancangan mahu ke demonstrasi itu memang dirancang agak awal bersama seorang sahabat Nisa' Kota Raja, tapi perancangan itu agak kelam kabut dek kerana masa yang tidak dapat diagak dengan tepat. Jadi kata akhirnya, 'kalau sempat, pergi la'. Tiba hari kejadian Ahad itu, saya minta dari pihak pelaksana untuk keluar awal, jam 12. Tingtong2 katanya, akan cuba juga untuk habiskan prgram seawal mungkin. Jadi kami (saya, kak syafa, arika, iza, dan shida) bersiap dahulu, habis saja program, salam2 kami pun chow. Alhamdulillah Kak Syafa hantar kami sampai ke stesen UKM, lebih dekat dengan rumahnya katanya berbanding stesen Bangi, kena pusing2. Jadi lebih mudah bagi dia, dan sangat2 mudah bagi kami, Alhamdulillah terima kasih Kak Syafa. Amik train dan terus ke Masjid Negara. Sampai, solat, dan ikut berarak..

Selepas mendapat kata2 semangat dari pimpinan2 di tangga Masjid Negara tu, mulalah berarak (apa kata dasar berarak ya? ), baru saja kaki keluar dari masjid turun ke jalan tar (bkn jala TAR ok, tp jalan tar), sekali POOMMMM, dengar bunyi batuk2, dan dengar suara menjerit 'balik masjid, balik masjid'.. Saya kepelikan, kenapa pula ini, saya fikir ada sesuatu berlaku di hadapan, orang pengsan atau apa2, jadi saya pun baru hendak kedepan bersama Arika (konon berlagak sebagai badan penyelamat), rupanya bunyi itu tembakan gas. Masing2 kegelupuran meminta garam, termasuk saya dan Arika, mujur jumpa Ustaz kenalan, jadi amik garam dari die saja, hehe terima kasih, =)..

Kemudian, berehat sebentar berdiri di bawah pokok, ambil semangat dan meneruskan perjalanan. Mulanya saya dan Arika jalan saja, almaklumlah tidak pernah ke demonstrasi2 ni, inilah baru pertama kali, setelah 4 tahun hanya menjamah himpunan2 bantahan ini hanya di YouTube. Berjalan dan rupanya kam berdua saja yang berjalan hingga ke hadapan, depan terowong.. dan menyook di terowong, dan paling menerujakan sebaris dengan anggota FRU. Dalam hati saya berkata 'dia taknak tembak aku ke?', haha!! Rupanya kami sudah salah strategi, itulah akibat berdegil tidak mahu dengar taklimat dahulu, main redah aje.. keh keh keh.. Taklimat PAS kawasan taknak pergi, taklimat Muslimat pun taknak pergi, apo da!

Banyak lagi, malas cerita, hehe dan dalam 48orang yang ditahan, 5 darinya adalah dari Kota Raja termasuk bos saya. keh keh keh makcik banggo.

Petang itu, berjalan2 dengan family angkat yang baru, dari Masjid Negara ke Masjid Jamek untuk solat asar, kemudian ke chow kit makan2, kemudian kemana ntah, jalan lagi, jalan lagi, solat maghrib di Masjid dekat2 UM, kemudian balik Klang solat isyak di surau Muttaqin Andalas, kemudian makan tomyam, kemudian balik dan tidur, dan esoknya cuti!! yeah~

ok....... dot dot dot.... terus ke Gunung Nuang..

Tapi rasanya saya nak buat entri lain kot pasal Gunung Nuang.. Ok, jumpa kejap lagi, =)..

Friday, December 3, 2010

X-Tress Gunung Datuk

Kredit gambar to : Kak Tita

Bismillah wa syukur lillah atas segala nikmat pemberian Allah, selawat dan salam buat junjungan..



Seminggu sudah X-Tress anjuran Nisa' Selangor berlalu, tapi kehangatan di jiwa masih panas.. Rasa seperti baru saja pulang dari Rembau, Somban semalam,=)..

Alkisaahh, Khamis malam minggu lepas, ade meeting Jambori Nisa' di WorldWide Centre Shah Alam, seperti biasa pergi sana ramai2, naik satu kereta anak wakil Nisa Kota Raja.. Disitulah sedang meeting, tiba2 saya menjerit manja, "haa?? akak pergi?".. Tahu apa ceritanya?? Seorang Ketua Nisa' Klang berusia 39tahun 11bulan, punyai anak 5org, akan bersama kami memanjat Gunung Datuk di Rembau esoknya.. huh??!

Lalu kami pun bincang la bagaimana mahu pergi esok, tunggu dimana, peralatan dan apa semua. Sharp 10 pagi, akak tu sudah ada di KTM, sedang saya jam 10 masih lagi dalam perjalanan. Borak di KTM katanya, malam tadi balik meeting kul 12.30, basuh baju budak, baru basuh baju nak dibawa ke program ini, gosok baju dan pagi itu juga baru beli kasut untuk mendaki. Ya Allah malunya saya tidak terkata ketika itu. Sama2 balik kul 12.30mlm, saya blik kumpulkan baju untuk ke prgram saja dan tidur, pun lambat menepati mase yg dijanjikan, inikan seorang umur 39tahun, meninggalkan suami, meninggalkan anak2 5 orang, yang sulungnya sedang SPM, yang anak nombor tiga nya baru saja lepas sunat!. (Kak Niza adalah isteri S.U. PASTI Negeri Selangor, satu family yg mmg gigih, terpesona)

Jam 11, baru cukup ber5 dari ktm Klang, dan bersama menaiki komuter ke Seremban (tipu la tu, transit KL sentral kejap, jumpa lagi sorang peserta), =p.. Selesai jamak qasar disana, bergambar sakan di ktm Seremban dengan begitu bataknya seperti biasa, dan jumpa sorang lagi peserta, hingga kami cukup 7 orang.

Sampai di Gunung Datuk, kami dihidang dengan ubi rebus, keledek rebus, YA Allah sedapnya, dah lama tak makan rebus2 begitu, asik makan ciskek, kek carrot, kek batik, kek coklat je hari2, hehe.. Baca ma'thurat daaannn terjun dalam sungai!

Malam itu ice-breaking, menerima nama baru, ANGAHFIFI.. Ingatkan kasi guna nama tu untuk program ini saja, dah tu, sampai sekarang mereka masih memanggilku FIFI.. ahah apakah?? Ku terima untuk sahabat2, =)~ Dan malam itu juga kali pertama sepanjang 22 tahun hidup tidur dalam khemah ya, tak boleh tido, borak saja dengan Kak Asiah (kakak S.U. Nisa' Kota Raja), borak borak dan borak, sampai la saya tido, haha!

Kemudian esoknya mendaki gunung, mulanya saya di barisan pertama, dan memjadi orang pertama! Kemudian di tengah2 pengembaraan, tiba2 kumpulan 1 saya tu berpecah, dan sy menjadi orang pertama juga, untuk kumpulan kedua.. Di pertengahan lagi, kumpulan saya itu berpecah lagi, dan saya menjadi orang pertama juga untuk kumpulan ketiga. Di pertengahan lagi, kumpulan saya itu berpecah lagi, dan saya menjadi orang pertama juga untuk kumpulan 4!! haha siapakah punca pecah belah ini?? Akhirnya tinggal la saya berdua dengan seorang lagi sahabat baru.. Memang orang pertama masa mula2 masuk hutan, sampai ke puncak, tidak tahu sudah jadi orang yang keberapa.. adeh~


Mendaki penuh perit, kadang2 rasa putus asa, rasa mahu patah balik, tapi sokongan kawan2, kata2 semangat rakan2, itulah penyebab penguat keyakinan bagi saya. Memang sudah percaya pada diri, yakin, dah tekad sungguh, dah sudah berazam mahu juga daki untuk sampai ke puncak, tapi kadang2 rasa lemah. Halangan mendaki gunung adalah suatu yang nampak, ular melintas, ranting2 berjalar, akar2 berselirat. Tapi apabila sudah sampai ke puncak, terasa nikmat sangat, pemandangan yang indah dari pandang atas sana, terasa terbayar dengan penat lelah kita mendaki gunung. Orang atas cakap TAKBIR!! orang bawah balas Allahu Akbar, itu saja yang bergema sepanjang perjalanan kami. Tapi nk turun lagi susah dari nak naik.. Sampai kaki ku lebam besar!! wuaa.. Semua kaki menggeletar ya ketika turun, macam datuk2, nasib baik semua dapat gelaran datin, =p.



Kemudian malam itu, santai2 saja, dan kena buat aktiviti dalam kumpulan secara spontan, dan tanpa disangka2 kumpulan saya (CAYALAHH!) dapat nombor 1!! haha, sangat tidak percaya, nyanyi salah2, siap mintak ulang balik, boleh dapat no1.. hahaha.. Persembahan malam itu mantap2 kesemuanya,sungguh.

Kemudian tidur dan esok paginya, menoreh getah! Kemudian sharing moment,perkongsian sahabat2 ketika mendaki gunung, dan terkejut juga rupanya ahli kumpulanku 'ateh aisyah' punyai masalah jantung, injap jantungnya bocor, namun gigihnya dia, untuk mendaki sampai ke puncak.. Sangat berbangga~. Dan Kak Niza cerita macamana dia mintak dari En Aslam (S.U PASTI Selangor),yg dia nak join program, haha! Dan ceritakan bagaimana anaknya yang sunat itu,asalnya akan sunat pada tarikh2 nak dekat2 dengan X-Tress, tapi Kak Niza taknak, nnti takda sapa jaga, dan akhirnyaa anaknya itu pagi daftar kt klinik, petang terus sunat, malam buat kenduri, terkocoh2 panggil saudara2 dan sahabat2 jawatankuasa PASTI.. Ya Allah, itu saja keluar dari mulut semua peserta.. Memang mantap family ni.. Kemudian bergambar dan bersurai..

2 orang ni memang mantap.. Pengarah, kak dilla bersama kak Niza.. ni dorg senior weh! tapi usia bukan pengahalang.. tabik maa!

Subhanallah, jika mahu diceritakan sepanjang2 3 hari 2 malam ini memang tidak terluah dengan kata. Bertemu sahabat baru, dan terus boleh rapat dan mesra. X-Tress memang pengubat stress, namun ballik saja rumah malam itu, masalah PASTI,ah! Jangankan kata balik rumah, didalam khemah masa nak tido hari pertama tu saja pun sudah dapat masalah.. Buang masalah jauh2 masa program, balik program pening kepala! haha~

Katanya X-Tress tahun hadapan, memanah, naik kuda dan berenang pula.. Cepat.. cepat.. tak sabar ni..

Terngiang2 lagu tema X-Tress, Gemuruh Faizal Tahir, yang asalnya itu bukan lagu tema, tapi semua suh ulang2 lagu tu, sampai terjadi lagu tema, =).

Persoalan : Bila aku nak kawen? (tibe2? ) haha.