Wednesday, September 28, 2011

coklat zawji habibi..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alkisaah, 2 minggu lalu, sedang diri tidur, termimpi encik suami minta sesuatu. Tahu apa permintaannya? katanya "syg, abg nak makan ciskek la".. Saya pun terkejut, kenapa hujung2 bulan macam ini tiba2 nak suruh buat ciskek.. Saya pun berkata, "tak boleh buat la bang, saya buat apa yang ada saja ya?" teringat dark choclate didalam freezer sudah 2 minggu tidak bersentuh..

Mungkin sebab sudah sebulan tak buatkan encik suami kek, sampai termimpi-mimpi!

Petang itu, pulang dari kerja, singgah 99 untuk membeli peanut butter. Pulang saja encik suami dari kerja jam 5.40 itu, ingat mahu tarik terus ke dapur, banyak pula kerjanya, hendak berjumpa nazir masjid la, nak setelkan cek la, hendak bayar itu lah, hendak jumpa ini lah, itu dan ini.. adoi! (Memang selalu bab buat kek, suka heret encik suami sekali, padan muke! =p ).

Saya pun mulakan apa patut, sehingga suami pulang, dia pula mengambil alih, dan buat bersama, ^-^

tekun sungguh mukanya membuat kerja.


buruknya bang!! haha..


hmm nyummy2!!

2 hari selepas itu, bawa coklat ke sekolah, wah sudah mendapat tempahan.. Lepas ini boleh mulakan jualan,.. sapa lagi nak?? hehe..

Monday, September 12, 2011

dot dot.

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih dalam mode raya, dan 13 September genaplah 4 bulan usia saya menerima 'bayang-bayang' baru.. Oh, saya yang menjadi bayang-bayang, atau, encik suami yang menjdai pembayang? hihi. Terlalu awal, dan masih lagi belajar menjadi isteri, =p..

Lihat kesemua jemputan, sekarang adalah musim orang berkahwin agaknya. Almaklum saja, bulan Syawal, bulan sunat.. Ye tidak? Puasa 6 pun, sunat jugak, =p.. Belum punya masa mengupdate blog seperti kebiasaan dulu2, tanggungjawab makin banyak, makun sibuk orang kate, (POYO??).. Jika dahulu, menyusun planner untuk seorang, kini, susun untuk 2 orang.. hehe.

~ Tidak ada seorang isteri itu, hari ini berkahwin, sudah mahir menjadi isteri. Tidak ada seorang ibu, sekarang mendapat anak, terus sudah pandai menjadi seorang ibu, dan kesemuanya ada prosesnya. Walaupun sudah biasa tugas itu, pandai mengawal budak kecil, atau biasa buat kerja rumah, apabila masuk dalam keadaannya, pelbagai cabaran perlu diharungi. Semua isteri mahu jadi isteri terbaik, semua ibu mahu jadi ibu terhebat. Bagaimana?? Anda? Sudah lalui?? haha jawab sendiri.

Sikit saja entry ini, menulis sekadar panas tangan untuk menulis lebih panjang.. Boleh gitu?? =p.. Sebelum terlupa, blog ini tetap kekal ciksantun, =).. Jangan dengki, sekian~ =)