Tuesday, October 27, 2009

one dimensional man.

40 hari menjelang untuk.......................... kubiar rahsia..



Satu mata lihat yang tersurat
Dua mata pandang yang tersirat
Satu mata manisnya semua
Dua mata sedar tipu daya

Satu mata yang membabi buta
Dua mata rasa akibatnya
Satu mata sering gila kuasa
Dua mata yang menjadi mangsa

BILLAHI ALAIK, MA TUKHALLI ASY-SYAITAN BI YADHHAK ALAIK..

Tuesday, October 20, 2009

Kak Rai........

Bismillahirrahmainrrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Tidak tahu penyakit apa yang telah menyerang sehinggakan blog ini yang dahulunya menjadi blog wajib bukak hari2, kini sekian lama tidak berbukak2.. Kalian pasti kenal Ustaz Dzulkhairi bukan?? Saya bukanlah anti-GAMIS, tetapi ustaz ini saya sedikit gerun.. Walau tidak kenal, saya dapat merasakan kegarangannya dari setiap butir bicara di blognya, juga dari video2 di Youtube.. Ah! Siapakah yang saya sangat mengikuti perkembangannya ini?? Inilah mantan presiden GAMIS.. Jika orang tanya, kenal ke Ustaz tu?? Saya akan jawab tidak kenal, tapi tahu dia pasti seorang yang mantap dan hebat..
Subhanallah!! Haza min fadhlin rabbi!! manusia biasa juga kita rasa dia cukup hebat, apatah lagi Allah.. Kelebihan2 makhluk itu hanya sedikittttt sahaja dari kebesaran Allah, Subhanallah!!! Allah yang Maha Agung, Maha hebat, Maha Kuat...

Malam tadi saya mendapat berita ustaz ini akan berkahwin.. Ah!! terkejutnya bukan kepalang, mula memikir pasti jodohnya juga orang yg mantap.. Pagi tadi, tegur seorang kakak, kak fatihah namanya, bekerja di pejabat PAS pusat, ooopps2!! =P, katanya tahu tidak dengan siapa ustaz tu akan berkahwin.. Saya katakan tidak.. Terkejut bagai nak 'terjatuh rahang', rupanya bakal isterinya adalah kak raihana.. Kak Raihana ini saya kenal melalui presiden permai 06, ustaz ismat namanya, kerana kak Raihana ini ingin menyambung master di Yarmouk. Rupa2nya kak raihana dan kak fatihah satu rumah!! AH!! kecil benar dunia ini yaa???!!!! dan mereka sama2 GAMIS, itu yang pasti..

Jadi saya teringat, pernah dahulu kak rai cerita dia akan datang ke sini bersama tunangnya.. KAtanya akan bernikah dahulu sebelum ke sini, dan mungkin juga tidak.. KEmudian selang beberapa bulan, katanya tunang saja yang akan dtg kesini.. Saya tanyakan nama tunangnya tapi tidak pula diberitahu, hanya membalas "hehehehe", ah!! rasa seperti mahu tembak saja kakak itu.. Sehinggalah saya turut terlibat dalam program SPB (Sambutan Pelajar Baru), dan mendapat tahu yang mengambil master hanyalah 3 orang saja, 2 syabab, dan seorang akhawat.. akhawat belum kawen, syabab sorang dah berkeluarga, dan sorang belum berkeluarga.. Saya lihat namanya, Ustaz Dzulkhairi.. Owh tidak! takkan la ini tunang kak rai??

Saya bertanya lagi pada Kak Rai, siapakah nama tunangnya.. kerana sorang yang belum berkahwin itu adalah mantan pres GAMIS yang saya gerunkan itu.. Seperti kebiasaanya, tidak lagi diberitahu nama tunangnya, hanya "hehehehe" saja.. Kemudian saya cerita kenapa saya tak mahu ustaz itu sambung belajar disini.. blaaa.. blaa.. blaa.. dan blaa.. blaaaaaaa... Hari ini?? ah!! rupanya baru saya tahu, saya bercerita kepada tunangnyaaaaa!! waaaa!!

TIDAK BOLEH TERIMAAA!! TIDAK BOLEH TERIMAAA!!!

Gambar kartun di blog Ustaz Dzul adalah gambar kesukaan Kak Rai.. Surprise la tu konon, ceh! Saya pun nak buat jugak la, nak suka satu gambar, nak kawen nanti buat surprise jugak, keh3.. Perbincangan hari ini, oghang peghokkk memang hebat2 yop!!

Patut la ustaz tak jadi datang sini ya?? nak kawen dulu rupanya, pandai ek susun strategi,=P .. sem depan datang la, kami sambut dengan tangan terbuka.. Ahlan wasahlan ustaz Dzul dan ustazah Raihana..

Tahniah pada kalian, benar la orang hebat itu jodohnya dengan orang hebat juga.. Hari tu ustaz ikram (almukminun) kawen, isterinya ahli GAMIS, almukminun PKPIM, saya mula memikirkan best juga kawen merentas jemaah, GAMIS+PKPIM. Hari ini GAMIS+GAMIS, terfikir pula best juga kalau satu jemaah.. hehe.. "SHAFIQAH, KAMU MEMANG TIADA PENDIRIAN!!".. YA!!

pada kak rai : akak, kalau akak buat 29 Nov tahun depan insyallah saya datang.. tahun ni tak dapek laaa!!

Sunday, October 11, 2009

Owh Dikau!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Copy dari blog radzi

demi allah yang masih membenarkan jemari aku menari megah atas kekunci...
aku mulakan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...
dengan rasa ingin sekali menyudahkan sabda yang tak sempurna...
aku berdiri lagi di lorong yang sama bila matahari radiasikan sinar rahmat...
aku telan...aku terus telan dengan tamak sampai aku sedar...
sampai bila matahari mampu berjasa tanpa jemu...
sampai nazak pun aku muak dengan gambar gambar sama...
aku ubah sehari demi seminggu...
aku ubah seminggu demi sebulan...
aku ubah sebulan demi setahun...
aku ubah sedikit demi sebanyak...
aku ubah tapi aku tegar dengan baju yang sama...
seluar yang sama jubah yang sama
nama yang sama bin yang sama...
alhamdulillah agama yang sama...

sampai satu pagi aku jemu berteman mentari...
aku keluar aku cari gerimis yang sepi...
aku jumpa halilintar yang gersang...

aku disapa indah asalamualaikum...
[terima kasih doakan kesejahteraan aku...harap ikhlas...]
aku balas dengan doa kesejahteraan yang sama berharap terkabul...

minta maaf ya... nak tegur sedikit...saya lihat kamu terlalu terbuka
berpakaian serupa macam orang tak ada pegangan hidup...
itu pada pendapat saya....

aku ambil pendapat beliau dan terus beredar...
sampai ke daerah tandus penuh rangka haiwan...
aku di sapa taufan yang periang beserta pasir....

aku lihat kamu bercampur dengan insan yang bukan bukan...
insan yang menyerlahkan rambut mengerbang...
insan yang mendedahkan aurat benderang...

aku balas...
aku telah di sapa oleh halilintar...dan kini kamu...

memang benar aku punya satu juta taulan yang punya satu juta ragam...
aku punya satu juta rakan yang tega meminum air laknat terlarang...
aku punya satu juta sahabat yang berteman sekali bersama syaitan...
aku punya satu juta kerabat yang tak segan berpegang betina jantan...


memang salah aku kerana lemah....
memang salah aku tak mampu jaga mereka....
memang salah aku tak halang mereka...
memang salah aku tak punya suara yang bisa memecah tingkah...
kerana aku lemah dan mereka berjuta...
aku bersuara mereka berdekah...

aku balas lagi....
hari ini aku giliran aku sedar dan bukan mereka...
giliran aku di beri hidayah dan bukan mereka...
walau aku menggenggam tasbih bersarung jubah...
andai saja hati aku masih kotor bercampur pasir seperti kamu...
darjat aku di mana??...martabat aku tingkatan berapa??...
aku tahu kamu tidak selesa bercanda bersama campuran ku...
aku tahu kamu risau tumpang dosa mereka....
tapi pernah kamu tahu mereka juga berfitrah manusia??...
mereka bisa beralih arah bila di arah yang maha esa...
aku tetap doakan mereka kamu dan aku...
jika kamu di tempat ku...kamu tahu siapa aku...
jika kamu di tempat mereka kamu tahu siapa mereka...
tapi kamu duduk di kerusi yang sama di rentak yang lama...
kamu jadi mudah kerana campuran mu bisa mudah menyusur kamu...
bukan mahu kata kamu riak...
tapi allah maha adil dan kamu masih daif...
kamu tahu sendiri maksud aku....
bila kata hati kamu bisa pertikai seperti itu??...
aku mahu tanya...
bersihkah hati mu sebersih rupamu??...
putihkah mindamu seputih jubahmu??...


aku mengaku aku baru sedar qunut ku selama ini bermakhraj huruf yang salah...
membawa arti yang berbeda mungkin jauh dari kebaikkan...

pernah kamu semak berapa sempurna bacaan solatmu??...
berapa yang di terima berapa yang diendah??...

bukan aku mahu melatah....
cuma mahu mentaliti kamu bertitik sudah...
ideologi kamu tak berlandas mata serakah...

aku teruskan berjalan lagi...mungkin lepas ini tsunami pula menjengah...
aku harus bersedia....

Saturday, October 10, 2009

Saturday, October 3, 2009

tidak ada apa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Akhirnya malam ini tergerak juga untuk masuk blog yang sudah sekian lama tidak berjenguk dan dibiarkan bersawang ini. Kerana kemalasan yang melanda, maka saya telah menyibukan diri dengan satu kegilaan yang baru. Kegilaan itu tidak perlulah dinyatakan disini, kerana ia hanya mengisi ruangan2 malas yang terlompongnya diatas masa yang tidak digunakan dengan sebaiknya..

Sedang esok kelas bermula seawal 8pagi, dan mata ini tidak dapat dipejamkan, maka telah memberanikan semula jari ini menaip sesuatu yang hasilnya nampak dpan mata, bukan hanya mata sendiri, malah juga sesiapa yang membaca..

Semenjakk 2 menjak kebelakangan ini, saya seringkali dihamburkan dengan masalah2 cinta.. Bukanlah kerana saya ini pakar dalam cinta, dan menjadi doktor cinta terbaik atau menjadi rujukan bagi mereka yang menghadpi masalah cinta.. Bukan itu!! Saya mendapat cerita itu kerana saya yang bertanya.. Masalah2 itu sehinggakan saya rasa nikah itu adalah perkara yang sangat jauh dari diri..

Kisah bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain, itu perkara biasa.. Kisah bercinta sahaja tapi tak kawen2, itu juga biasa.. Kisah kawen, tapi tak bercinta2 juga walau sudah lama berkahwin, juga perkara biasa..

Ah! bukan itu yang saya mahu bicarakan sebenarnya.. Malam ini tidak mahu membebankan kepala dengan masalah-masalah seperti itu.. Malam ini, mulanya saya disedarkan dengan status ym salah seorang sahabat yang maksud dari status itu sangat menusuk.. Sesuatu yang telah saya juangkan suatu masa dahulu, dan kini diuji semula, dan ternyata saya lemah.. Kemudian seorang junior pula, telah mengingatkan perkara yang sama..

Memang benar saya sangat menjauhi apa yang dinamakan cinta itu, tapi jalan2 kearah itu tidak pula dijauhkan.. Bagi saya, cukup 'dia bukan pilihan aku, dia sudah ada yang punya, aku takkan jatuh hati dengan dia', itu membolehkan kami berkawan, itu silap.. Sedang iman itu turun dan naik, dan sekiranya tika turun ini, tidak sedar dan membiarkan ianya terus turun dan hanyut, tenggelam, maka mahu naikkan ia susah sekali..

Subhanallah, terima kasih di atas peringatan yang cukup terkesan pada hari ini.. Bersyukur punyai rakan sekeliling yang sentiasa hidup dalam biah solehah.. Walau teguran2 itu tidak secara terus, hanya di status ym, tapi kerana persekitaran kita begitu, ia juga sangat terkesan..

~Seruan kepada semua agar meletakkan status ym yang elok2, dan baik2.. Juga letak saja dimana2 semoga orang yang membaca itu sedikit sebanyak terheret dan terseret~


Suatu kisah lagi.. sikit saja, insyaallah..

Semenjak seminggu mencari2 kawan SAMTH Kampung Jawa di Facebook, setakat ini sudah terjumpa 2 orang kawan yang di rambutnya tidak punyai seutas benang pun. Lebih kecewa adalah salah seorangnya adalah ajk musolla asrama suatu ketika dahulu..

Saya teringat kata2 penolong ketua umum asrama dahulu, walau saya seorang yang nakal juga, tapi katanya memang saya ingat sehingga kini, kerana didenda lambat turun ke musolla, didenda baca asmaul husna sambil membuat gaya sedang menaiki motor di depan asrama.. sungguh malu, dan kerana itulah ingat katanya.. Katanya "Kamu ni, di zaman sekolah inilah akan dipaksa sembahyang berjemaah, turun musolla, pakai pakaian tutup aurat, solat sunat, puasa sunat, tadarrus dan semua2.. Dah habis sekolah nanti, masuk universiti, akak jamin takkan ada universiti yang paksa2 orang supaya jadi berdisiplin mengikut agama begini.. Jika tak mahu solat, terpulang. Tudung pendek, terpulang. Semua atas kehendak sendiri.. Jika tak dididik dari sekarang, di universiti nanti bagaimana??"..

Kini, sudah berada sendiri di alam universiti ini, saya temu juga kata2nya itu.. Tapi jika tudung labuh di sekolah itu diturutkan hanya kerana undang2 semata, pengakhirannya bagaimana?? Sebab itu seperti yang dilihat sekarang, di sekolah dahulu tudung hingga ke lutut, kini seutas benang pun tiada di rambut.. Dahulu menjerit2 marahkan rakan jangan memotong tudung, kini bagaimana??

Moga2 kita istiqamah dan ikhlas dalam membuat sesuatu.. Saya amat takut bila bicara soal ini, kerana takut akan diuji semula, tapi selepas mendapat kepercayaan dari rakan, baru saya berani menulis.. Hari depan kita tidak tahu.. Tegurlah jika salah..

Wallahu a'lam.. {mahu di simpan dalam draft saja atau dipublish??}