Showing posts with label suke suki. Show all posts
Showing posts with label suke suki. Show all posts

Friday, June 5, 2009

hehe

Bismillahirrahmairrahim..
Assalamualaikum..

Tiada apa2 mahu dikongsi disini.. kesian blog ini telah dianaktirikan, sbb sy dh ada anak baru, kuat meragam pula tu, http://mmyjordan.blogspot.com .. hihi..

Ingat cuti boleh mengupdate blog dgn riang rianya, rupanya silap sama sekali.. dan sepanjang cuti ni, asyik sakit yang datang berziarah.. Cuti hari pertama, pening dengan dahsyatnya, selalu pening baca buku tonyoh minyak cap kapak, dan balm pala disisi sudah memadai.. tapi pening kali ini, maha hebat penangannya.. Terlalu banyak difikirkan.. Benar kan pening belajar dan pening benda lain, berbeza peningnya.. Belajar, memang memeningkan, menghadap kertas2 dan nota2 bagai nk muntah rasanya, tapi selepas habis belajar lebih memeningkan.. kn3??

Cuti hari kedua pula, sakit gigi dan demam.. taknak cerita, kang kene marah, hehehehe..
masih terbayang eskrem cheese cake+coklat di syari' jamiah, lalala~~

Dan telah berjanji dengan kawan untuk mengupdate projek berkebun di halaman rumah, juga terpaksa ditangguhkan.. maaf ya, takpe, kak ahiasah sudah terlebih dahulu mengupdatenya.. jemput la baca di blog kak ahiasah - mari menebas... ..

Masih mencari2 betul ke cuti adalah waktu tidur-tiduran dan movie-moviean??

Thursday, May 21, 2009

cita-cita yang kepeningan..

Bismillahirahmaanirrahim..
Assalamualaikum..

Berehat sebentar bersama kitkat selepas seharian bermesra-mesraan bersama buku Firaq kesayangan ku.. keh3..

Online ym tadi, dapat la satu link yang sangat2 bermanfaat ketika dalam keadaan lemah ini.. web tu tak lain tak bukan ialah link saifulislam, bertajuk 'hari-hari hitam dalam hidupku'.. Sungguh terkedu dan terkasima kerana tak menyangka ada juga orang yang sebegitu tabah seperti pemilik web itu.

Lantas membuat perbandingan dengan diri sendiri, yang apabila duit zakat lambat masuk, mula sudah tidak tentu arah. Mula merancang perkara bukan-bukan dengan rakan. Hendak bekerja di mat'am abu mahmud la, kerja di kedai Nazek la, jual nasi lemak la, berkata 'habis la kurus la camni' (teori yang sgt salah, =P), dan pelbagai perkara lagi konon hendak menampung kehidupan di sini sehinggakan menyimpan cita-cita hendak bekerja di Lembaga Zakat Selangor untuk membantu melicinkan pentadbiran, poyo je lebih..

Langsung tidak fikir, bagaimana pula keadaan mereka yang ditindas, mereka yang sangat-sangat perlukan wang.. Bagaimana sekiranya nikmat biasiswa itu ditarik terus.. Adakah setabah pemilik blog saiful islam itu?? Baki setahun ini, Insyaallah, bagaimana hendak meneruskan perjuagan di bumi syam ini.

(sengaja dibiarkan tergantung).. malas tulis, jika diteruskan, tak baca buku laa........

______________________________________________________________

ni pula cita-cita saya sebelum 5minit duduk depan laptop.

iaitu, membuka restoran yang didalam itu lengkap dengan tempat sembahyang, tempat bersantai-santai seperti arab dan sebagainya yang akan difikirkan selepas ini.. Cita-cita ini tercetus dek kerana blog budak-budak ngeteh irbid..

Restoran saya itu, akan menggunakan semua barangan HPA, yang mana mereka ini, menjadikan amaln berwudhuk sebagai amalan wajib sebelum memulakan kerja, untuk mendapatkan 'kaf ba ra kaf alif ta nun', insyaallah.. Pekerja-pekerja pula akan diwajibkan untuk solat berjemaah, dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk..




Ya, restoran sy itu, akan disediakan ruang untuk menge'teh' atau menge'kopi', kopi dan teh itu juga adalah keluaran radix. Minum kopi radix seperti di warung-warung di waktu petang dengan pisang panas, perghh.. (daku yg semakin kepeningan).. Mahu ayam goreng juga? Ya, terdapat juga di restoran saya, 'radix fried chicken', yg menggantikan kfc..


Saya sedang mencari rakan kongsi, tapi....... siapakah sanggup kongsi dengan saya???????????........



Shafiqah..... evil boss, HAHAHAHHAHAHHA!! semakin kepeningan..

ok, sambung studi!!

assalamualaikum............

Thursday, April 23, 2009

udang masak kasturi

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikumwarahmatullah...

Entri ni lebih bersifat saje sesaje..
Mengapa dalam proses untuk mendietkan diri ni, keterliuran lidah, tekak,gigi,lelangit semua nya dalam mulut ni untuk makan pula bertambah?? sekalipun udang yang mahal gila kat sini.. Jadi, pandang sajalah gambar udang ni..


masakan udang ini adalah udang masak kasturi, diambil dari resipi.net.. nyummyy..

Bahan-bahan Yang Perlu
10 ekor udang besar
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya.
2 tomato hijau
Secawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasaknya
1. Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang.
2. Setelah masak angkat udang.
3. Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.


Apa yang menarik di dalam dapur rumah saya??

setiap kali selepas masak, orang yang masak kene kemas dan lap dapur.. Jika tidak, malamnya akan ada orang yang akan disembelih.. notis diatas telah dikeluarkan oleh ratu sental kami..
Amaran kepada sesiapa yang hendak datang rumah, haruslah membuat temujanji, agar ketika anda datang, kami semua masih ada kepala.. jangan semua takde kepala, tiada sapa dapat melayan anda.. Dan takde sapaleh bukak pintu, sebab tak nampak dh, kepalanya takde, haha..


ini pula adalah tema masak kami.. "memasak dengan penuh kasih sayang".. kalau masak dengan penuh kasih sayang, makanan yang tak sedap pun akan jadi sedap.. sedap, sehingga menjilat 10 jari.. ye tak??
juga baca ini : ratu sentalku!!

Sunday, April 19, 2009

Saya, April dan Diet.

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Pertama dan selamanya mengucapkan syukur pada Allah.. Alhamdulillah, pagi hari ahad yang indah dengan udara pagi yang nyaman. Bersyukur masih dibangkitkan dari tidur 5 jam td, ahakz..

Bulan April, memang banyak kenangan dalam hidup saya.. bulan april tahun ni, bulan kesihatan pula..


ni video promot je.. video yang malam tadi punye lagi best.. mintak boleh?? =)

Malam td berakhirlah program miniklinik yg pada perkiraaan saya sangat mantap, anjuran MMJ(majlis mahasiswa Just) . Hari Jumaat, programkhas untuk pelajar Yarmouk, sudah disetkan dalam kepala ini tak akan pergi program Jumaat tu, disebabkan hari Sabtu ada imtihan tarbiah watoniah dan masih lagi bebaki 100 lebih muka surat yang belum dibaca (bukan belum diulangkaji, tapi belum dibaca)..

Sedang enak membaca buku (ye ke??), dapat panggilan dari seorang sahabat juga merupakan salah seorang ajk pelaksana miniklinik memberitahu tak ada seorang pun akhawat yarmouk yang hadir ke dewan abu ain. majlis yang seharusnya bermula jam 2.30, dan ketika itu, sudah jam 2.20, namun takde sapa yang hadir.. pelik.. bersangka baik je la..

dengan niat dan set dalam kepala taknak pergi sebelum tu, terus diubah balik, digagahkan diri bersama sahabat-sahabat serumah yang lain untuk bersama-sama dengar talk kesihatan itu. Dan sangat bersyukur pergi, kerana banyak sangat ilmu yang saya dapat, dan terasa bodoh sangat, kerdil sungguh berhadapan dengan doktor2 itu.. Jikalau lah cadangan tafaqquh fiqh medic yang pernah dicadangkan oleh salah seorang ahli permai itu diadakan, agaknya saya akan menyorok di belakang tiang-tiang.. jangankn kata, lemak tepu yang pernah belajar masa form5 tu pun lupa.. kagum dengan doktor2!!

Hari Sabtu, medical checkup dan dental checkup pula.. Kami diberi keistimewaan sikit untuk datang lambat, sebab exam dulu.. hmm exam?? alhamdulillah, korbankan sedikit masa 2jam membaca tarbiah watoniah tu dengan pergi mendapatkan ilmu perubatan kerana Allah.. Tidakkah masa yang dijuangkan untuk Allah itu akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik?? huhu tp yang tak pegi tu, mesti dapat 20, kan??fullmark..

maka disini, bermulalah betul2 episod pendietan saya.. dah 2 pos sy cakap saya betul2 nak diet, tapi ni memang betul2 la.. haha..
jadi, perkara-perkara ini la yang akan saya lakukan..
  • banyakkan minum air..
  • bersenam sebelum ke jamiah, =P
  • taknak tido petang, =P
  • makan taknak tambah.. mkn sikit2, supaya cepat kenyang..
  • taknak naik teksi, jadi kene keluar awal untuk kemana-mana..
  • taknak gelak banyak,
  • lg ape ye?? saranan anda pula bagaimana?? bantulah saya..

Monday, March 23, 2009

..

Pagi Isnin yang indah... Alhamdulillah..

blog ini sedang dalam pengubahsuaian.. haha mcm papan tanda kt jalan tu je..
tktahu lah jadi ape nnti.. tggu dan lihat sahaja..

menuju birthdayku yg ke-2.. wahhh, sudah besaaarrr... ish3.
mencapap skit, birthday saya 1 hb 4.. sile kumpul duit banyak2 ye semua org.. =P

mak ngn abah g umrah 28 ni.. moga dimudahkan segala urusan dan selamat sepanjang perjalanan..

exam 25, 30, ngn 11.. seperti yang diatas sebelah kiri tu..

- habis, tak reti2 bace buku??
- nak bace buku lah ni... =P

byknye bnde kene buattttt..

Tuesday, March 10, 2009

PSM..



Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar...
bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah...
Jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah....
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.


cubalah teka.. apakah dia PSM?? jawab2!! Bukan PPSMI ye.. PSM je..
nape ye mlm ni?? adehhh.. bace buku!!

Monday, February 23, 2009

mataku.

Bismillahirrahmaanirrahiim.. Assalamualaikum..


ini cermin mata sy yg dah terputus talinya.

"Dua nikmat agung yang sering dilupakan oleh manusia, ialah nikmat sihat dan masa lapang"
Apabila jatuh sakit, ataupun dalam keadaan sibuk, barulah mnyedari akan 2 nikmat ni.. Renung kembali nikmat Allah samada yang kecil atau besar, sungguh banyak sehingga tidak terhitung nilainya.. Dan salah satu nikmat itu adalah mata..

Kenapa sy nk menyebut mata?? huhu kerana cermin mata saya telah terputus talinya (bingkai separuh, dan bawah tu getah-tali putih- ape ntah namanya),adehhhh.. dan sy telah pergi ke kelas akhir tgahari tadi dgn keadaan macam org buta selayaknya dengan power pada cermin mata saya. Tetapi bersyukurlah kerana masih lagi mempunyai mata, walaupun akan dapat melihat dengan jelas berbantuankan cermin mata, =)

Selamatlah kalau dah berjalan tanpa cermin mata, jumpa kawan melayu dari jauh, kalau selalu boleh "haaaai", tiba tak pakai cermin mata, takut pula jika dikatakan sombong. takkan lah nk tersengih je sepanjang jalan tu, nnti kate gile pulok.. dah la tersengih, tak pakai cermin mata,tk nmpak lak tu ada tiang kat depan.. kalau terlanggar, mahu naya..

Memang benar lah mata ini, boleh dikatakan pokok pancaindera.. org bisu, orang buta, dan orang pekak.. antara ketiga2 ni, orang buta la paling kesian.. tapi selalunya org buta ni, pendengarannya tajam.. tapi kalau saya, tak pakai cermin mata, tak dengar jugak apa org cakap.. taktahulah penyakit ape pulak ni ='(..

Bagi sesiapa yg belum rabun, silalah jaga mata, dan takde 'cun' nye pakai cermin mata ni. Bahasa lebih sedih adalah 'cacat', hua3.. dan menjadikan cermin mata itu suatu yg sgt penting, dan apabila cermin mata itu pun ditarik, 2 kali keadaan nikmat penglihatan kita ditarik. dan terpaksa menangguhkan segala kerja dan terus ke kedai untuk buat cermin mata baru..

Jadi bersyukur lah dengan mata yang dikurniakan.. Orang yang menjaga matanya hanya untuk melihat kebaikan, merenung kebesaran Allah, membaca buku, mengkaji ilmu-ilmu dianggap orang yang bertaqwa dan taat disisi Allah SWT. Sesungguhnya orang yang bersyukur itu, akan ditanbahkan nikmat baginya.. Oleh itu berikhlaslah kepada diri sendiri dalam menggunakan nikmat mata yang dikurniakan Allah kepada kita.

huhu hr ni mmg byk pndang2 jeling2 org kot..
"menjeling-menjeling ku memandang, mata kita sama bertentang"...<-- btol ke??

wallahu a3lam..

Tuesday, February 3, 2009

tkde ape2.

post ni tkde ape, saje je.. tkde modal..

Cantiknya aturan tuhan. Pokoknya, kita semua akan g Syria walaupun dalam cara yang berlainan. huhu Syriaaa!!

hik3 sejarah kne jugak!! g syria adalah bermula dari keexcitedan kitorg tgk iklan syria pas hbis exm hr tu.. dan memang sangat fikir nk pegi sbb bajet duit dh masuk.. sampai waktunya duit masuk, tak kluar2 jugak angkanya kt akaun.. maka, semua pun kepening-peningan lah memikirkan duit nk bayar rusum ngn bil tertunggak dh ke angka JD2--, ngn duit nk g syria, blnje mkn dan semua lah yang memerlukan duit..

Demi memikirkan duit nk byr rusum n semua2 tu, hanyutlah terus dlm kepala ni hajat nk g syria.. harapan terkubur la gitu lbih kurang.. smpi ade sorang kakak ni maklumkan name kitorg semua dah ade kt senarai rombongan tu, dan kalau kitorg sume tarik diri, jumlah tu akan jadi 3o lebih je, dan merugikan orang yang menganjur..

Dengan penuh kesian cmpur sebak di dada, akk tu pun ckp la, ade orang yang boleh byrkn tambang, dengan syarat ade duit sndiri untuk mkn sndiri dan berbelanja..Kitorg pun buat la ijmak sohabi, maslahah mursalah, uruf semua, dan 5 drpd kitorg bersetuju untuk ikut rombongan tu. Maka, sok kitorg akn g Syria!!!

Setiap yg berlaku tu ade hikmah.. Rumah sy ade 8org.. sorang balik Malaysia bercuti, tinggal 7 orang.. 5 orang g Syria.. lg 2 orang?? Aturan Allah itu cantik dan indah.. lg 2 orang yang tidak menyangka yang diorg pun akan g Syria ni, diajjak untuk meneman seorang sahabat yang abang die dtg dari Mesir dan nk jln g Syria.. Apelagi, angkut la dak 2 orang tu.. selamat la dlm teksia sorg llki dan 3 org prmpuan.. sangat tk sangke.. tau brite yg dorg pun g syria td, rase brbunga hati dan tersenyum sendiri, huhu cm org gile lak..

Fakta angka saya :
  1. JD50 hutang BKASJ
  2. JD97 hutang g Syria
  3. JD100 hutang tuuutt (rahsia)

hmm.. duit lmbt masuk pun, leh hutang2 dn berjln.. nasib baik lmbt masuk, kalo takkk.... brjln je kejenye.. insyaallah duit masuk sok.. pasni, setel hutang, huhu..

cari hikmah... cari hikmah...