Monday, April 18, 2011

doa

, اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك


Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم هُم , وانصُرْنا عليهم





Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

Monday, April 11, 2011

bosannya entri ni, haha.

Bismillah... Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulilah syukur selayak-layaknya dirafa'kan kepada Allah, tuhan pentadbir alam.Selawat dan salam buat junjungan besar Rasululah, serta para ummahatul mukminin, para sahabat, pengikut-pengikut yang menjadikan AlQuran Sunnah sebagai panduan hidup..

Tujuan harini menulis blog???!!

Sedikit cerita tentang diri (bosan kan?? =p), siapa yang tidak mahu menyibuk tentang diri ini, tiada halangan anda untuk tidak membaca.. Dan siapa berminat mengetahui, ya saya juga tiada upaya untuk menghalang, =)..

27 Mac lalu, berlangsungnya Mesyuarat Agung Muslimat Kota Raja di Hotel De Palma, Shah Alam. Oh antara progran tahunan yang paling saya tak suka adalah mesyuarat Agung, hehe.. Tapi inilah program yang paling besar sekali pengaruhnya kerana disinilah pimpinan kawasan bermuhasabah dan tidak kurang juga 'menyerang' oleh pimpinan cawangan, haha!

Saya, sebagai AJK teknikal (turut sahaja, wala' katanya) secara peribadi tak pernah memegang jawatan sebagai AJK teknikal, kalau ada pun di Jordan dahulu, pastinya Timb Biro Teknikal, dan tak pernah cucuk2 wayar sana sini, hihi dan disinilah saya belajar cucuk2 wayar, hehe.. (padahal pasang lcd saja pun, =p ).

Alhamdulillah program berlangsung dengan lancar walaupun mulanya dengan sedikit kelewatan masa, tapi habisnya tepat2 ikut masa. Manakan tidak, kesemuanya sami'na wa ato'na. Alhamdulillah tidaklah pening kepala sangat Ketua Muslimat nak menjawab persoalan. hehe.

Kemudian, 2 April, Program Smart Solat di Jalan Kebun, juga diri terlibat sebagai fasi. Program diatur sudah lama, berbulan-bulan, tapi asyik ditangguhkan saja dek kerana bertindan dengan program-program yang lain, dan akhirnya Alhamdulillah tarikh 2 April menjadi tarikh muktamadnya (sehari selepas saya lahir, =p )..

Mula dengan pendaftaran, kemudian ice breaking 'mengejut' oleh wakil pemuda, dan kemudian slot ceramah, serta LDK dan seterusnya. Secara keseluruhan, tidak banyak bezanya pengisian dengan program pemantapan ibadah yang dianjurkan oleh Surau Annaim,turut saya sertai 3 tahun yang lalu, tapi mungkin pendekatan nya harus lebih menarik. Chayo2 untuk Nisa'.

Kemudian esoknya 3 April Mesyuarat Agung PAS Kota Raja di Dewan Hamzah, MPK.. Saya hadir sebagai perwakilan Muslimat kawasan. Ah ha, lupa diri tiada cawangan. tinggal di Klang Jaya, seharusnya geng Desawan, tapi mengaku Andalas, tapi abah selalu lepak markaz Kampung Jawa. Saya?? Dimana??? hehe..

Ah, sudahlah Mesyuarat Agung saya tidak suka, diminta pula untuk mencatat minit, ha tidakkah sehingga habis satu botol minyak cap kapak kuhabiskan sampai ada yang mintak sikit. Tu apa tu, minyak cap kapak ya.. Mintak sikit. Oh bukan saya sahaja yang pening rupanya, haha..

Hari Jumaat 8 April pula, Meeting Muslimat di Markaz Bukit Naga. Ketua Nisa'?? Oh tidak, tidak tidak!! Tidak sampai satu tahun saya bersama muslimat sudah ditaklifkan dengan satu jawatan yang sangat besar.. Allah.. Kerana kuasa memilih ketua nisa' itu pada tangan muslimat, kuturut saja.. huhu nampak gayanya lepas ni sayang Nisa' lebih lagi dari muslimat la ye, =).. jika tunggu bersedia, bila agaknya akan bersedia. 10 tahun lagi pun jawapannya tetap tidak bersedia.. Mohon kerjasama memberi tunjuk ajar kepada BABY baru lahir ini, =p.

Esoknya Sabtu 9 April, Pesta Sukan PASTI Kota Raja pula di Taman Setia, Johan Setia, (sangat setia). Wow, daku yang tidak mengerti apa-apa, tidak pernah ke meeting terus saja diberi mandat oleh S.U Nisa' untuk jadi PIC program ini. Kerana bilangan Nisa' yang diperlukan tidak mencukupi seperti yang dimahukan pihak PASTI, agak kelam kabut pagi itu, siapa mahu menguruskan itu, menguruskan ini. Terpaksa bunag salah satu bidang tugas Nisa' iaitu menyediakan makanan untuk VIP, =p.. Dan rasa macam nak sekeh kepala pengarah Pesta sukan tu!!!!hehe.

Pesta Sukan

Alhamdulillah, berlangsung dengan meriah, sangat meriah, cuma kelam kabut ada AJK macam saya, keh keh keh.. (peribut suasana? )

Itu saja sedikit sebanyak cerita tentang diri.. Dah rasa macam kehilangan kesenian dalam menulis. ya tidak? bosan kan?? =p .. Nantilah, cari semula semangat menulis.. Ah ha, kerja banyak menanti, ada hati nak menulis blog..

P/S : semakin menghampiri..

Status : diam2 sudah. =p

Thursday, April 7, 2011

Hati ini milik Allah

Bismillah..
Alhamdulillah..

Hati ini milik Allah.. =)

Tiba2 nak bernasyid lagu Allah.. Allah.. Allah.. Ya Allah..

Sedang mengupdate blog di sekolah.. hehe.. Sementara menanti zohor, terasa nak update blog pula hari ini..

Semalam menghantar emak, abah dan adikku Shadiah ke KLIA, untuk menunaikan umrah di Mekah. Huh 2 minggu ini kesunyian dan kesepian la di rumah tanpa suara 'pot pet pot pet' emak, hihi. Cadangnya hendak duduk di PASTI, senang, dan lebih mudah ke sekolah kerana dekat. Tapi memandangkan ada 'perkara' yang perlu diselesaikan dalam 2 minggu ni, oh tidak mengapalah hanya di rumah, lagipun boleh main 'masak-masak' yang dah lama ditinggalkan tu.. Hai, balik sekolah makanan dah terhidang nak buat camne kan, tak bagi can langsung mak ni nk bagi orang masak, (alasan??) =p.. sabtu Ahad pula jarang berada di rumah.. (alasan lagi?), hehe =p..

Tiba2 nak tanya pada diri sendiri, HATI INI MILIK SIAPA???


p/s : HATI INI MILIK ALLAH~ =)

status : diam2 sudah, =p..