Showing posts with label praktikum. Show all posts
Showing posts with label praktikum. Show all posts

Friday, April 18, 2014

Inovasi PdP - Burung Terbang

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERMAINAN BURUNG TERBANG TINGGI



Saya telah menggunakan strategi didik hibur permainan ‘Burung Terbang’ sebagai inovasi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapat melihat murid merasa sangat seronok dengan aktiviti yang saya jalankan. Ia bukan sahaja dapat membantu pelajar menguasai pembelajaran, malah mereka juga terhibur dengan permainan yang telah disediakan.

Permainan burung terbang ini telah saya jalankan pada aktiviti yang ketiga, Cara permainan burung terbang ini adalah seperti berikut :-

1)    Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Guru meletakkan kad ayat pada pokok, pada tigkap dan di atas meja. Kad kalimah ini dianggapkan seperti makanan burung. Guru menunjukkan cara bermain.

2)    Murid dikehendaki bangun dan bersedia untuk melakukan aktiviti ini, seorang demi seorang murid dilepaskan untuk terbang seperti burung dan mengambil kalimah yang terdapat pada stesen2 tertentu iaitu di dahan pokok, di tingkap dan di atas meja.


3)    Murid dikehendaki mengambil kalimah tersebut menggunakan mulut dan terbang semula sambil menyebut kalimah yang telah diambil ke papan putih dan menampal kalimah tersebut pada gambar yang berkaitan yang telah disediakan.

4)    Murid membaca kalimah tersebut dengan kuat, dan murid lain mengikut bacaan tersebut.


5)    Aktiviti diteruskan berulang-ulang sehingga semua kad kalimah itu habis dimakan.


MURID BERSEDIA UNTUK TERBANG


BURUNG MENGAMBIL MAKANAN DI DAHAN



MENAMPAL KALIMAH PADA GAMBAR

Inovasi PdP - Lubuk Maut

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERMAINAN LUBUK MAUT

Saya telah menggunakan strategi didik hibur permainan ‘Lubuk Maut’ sebagai inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran Pendidikan Islam tahun 2 Berlian bertarikh 14 April 2014. Murid kelas ini terdiri daripada murid-murid yang pandai dan saya dapat melihat murid-murid ini terhibur dengan kaedah bermain sambil belajar yang telah saya gunakan ini.

Cara yang telah saya lakukan adalah pada langkah ketiga seperti berikiut :-

1)    Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan, satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan.

2)    Guru menunjukkan cara permainan lubuk maut iaitu bermain baling telur. Guru menyediakan telur mainan dan tempat letak telur. Murid hendaklah sasarkan balingan telur itu ke dalam tempat letak telur yang telah dihitamkan.

3)    Sekiranya murid dapat membaling tepat pada sasaran, murid dikehendaki mengambil satu kad kalimah kemudian membaca kalimah tersebut dan memasukkan ke dalam tempat letak kalimah mengikut susunan kalimah supaya menjadi ayat yang betul.

4)     Murid yang tidak dapat sasarkan balingan dengan tepat, guru mengenakan denda membaca kalimah yang diberikan tanpa dapat memasukkannya ke dalam tempat kalimah. Dan murid ini dikehendaki duduk tepi.


TELUR

 PELAJAR BERSEDIA UNTUK BERMAIN

 BALINGAN TELUR PADA TEMPATNYA


 TEPAT PADA SASARAN


MURID MELENGKAPKAN AYAT


Saturday, April 12, 2014

Aktiviti didikhibur- main peranan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahatullah.

Wassolatu wassalamu Ala Rasulillah.

Ini wajah2 anak syurga 2 Akik yang sentiasa cergas ceria. Waktu ini mereka kene berlakon sebagai jaddun jaddatun, abun, ammun, ammatun. Saya bacakan teks dwibahasa arab dan melayu, murid akan melakonkan watak. Mula2 malu2 semua, lepas sorang dah berlakon, semua berebut2 nak berlakon jugak. 



Gambar dibawah jaddun sedang mengaji, abun baru pulang kerja dengan membawa lori, dan jaddatun sedang mengemas rumah, menyapu sampah, hehe.


Haa tu dia nenek mengemas rumah. 
Ada lagi teks nya. Emak (ummun) dan ammatun (makcik) memasak di dapur, kemudian dihidangkan kepada abun, jaddun, ammun dan ammatun. Ayat bahasa arab yang mudah2 aje.

Budak2 terhibur, dapat meningkatkan rasa keyakinan diri.

hehe.
Sekian dulu.
Dh habis ladap. nak balik rumah, Lepas ni boleh tumpu untuk kerja isteri solehah, hehe.