Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Jaulah Mesir- last

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmtullah..

Hari ini selepas ditimbang tara, saya ingin menyudahkan entri bersiri yang terdahulu tidak terhabis. Ada 2 seingat saya, satu cinta gorilla, dan satu lagi jaulah mesir. Dan ini adalah sambungan jaulah Mesir yang bagi saya ke'panas'an bercerita tetang MEsir itu sudah tidak ada, tapi dek kerana cuaca yang agak sedap2 panas begini mengingatkan kembali saya tentang Mesir hampir setahun yang lalu..

Sehari sebelum pulang ke Jordan, kami pergi ke Fayyoum. Kami hanya berenam , menaiki kereta yang dipandu musyrif. Mulanya kami masuk ke kereta, semua diam tidak berkata kerana takut dengan musyrif, itu mukanya agak garang. Sekali kereta mula berjalan, dan kedengaran lagu Inteam, ah saya tersenyum saja, sambil berkata dalam hati, 'muka saja ganas, dalam hati ada taman!', haha =)..

Dalam perjalanan barulah musyrif kami itu mula bercerita dan rancak borak kami tentang sejarah Mesir, bagaimana terjadinya sahara, mengapa salah satu pyramid itu atasnya berbentuk lain sedikit, sejarah itu dan sejarah ini, ditambah pula dengan sejarah karut bagi menyedapkan cerita, =).

Destinasi pertama adalah tasik Qarun, hm enak sekali baunya, seperti bau ikan keli yang tidak dibasuh bersih, =).. Tapi kawasan sekelilingnya cantik sekali, seperti permandangan di Malaysia saja, ada sawah padi, ada pokok kelapa. Tidak hairanlah ada yang sanggup tinggal di Mesir itu bertahun lamanya, tidak rindu makanan segala..


Inilah tasik Qarun, jika mahu tahu sejarahnya, lebih baik bertanya pada yang lebih pakar. Cerita yang ada pada saya telah digoreng dengan dongengan dan mitos tidak bersumber.. Iyakan saja, banyak khilaf katanya, haha =)..


Yang dihujung sana, itulah istana Qarun.. Istana yang unik rupanya itu, punyai banyak bilik, dan kami hanya melihat dari jauh saja dan tidak ada hati pula untuk masuk ke istana sana. Jika itu dinamakan istana, saya boleh buat 10 lagi istana seperti itu, haha belagaknya!

Kemudian perjalanan diteruskan, destinasi kami seterusnya adalah air terjun..



Mula saya menyangka air terjun itu seperti Sungai Congkak ataupun Lata Kinjang di Malaysia sana. Syok juga dapat bermain air sedang cuaca panas begini.. Sampai disana, kawasan semuanya sahara, saya pelik, bagaimana lah rupa air terjun di tengah sahara begini ya?? Kemudian musyrif kami membawa kami ke air terjun itu dengan berjalan kaki. Setiba disana, MASYA ALLAH!!! Air terjunnnn, hahahahha..


Itulah musyrif garang kami, ^^ (tak paham sebenarnya apa simbol ni)..

Sedang bergambar sempat juga menyaksikan satu peristiwa di air terjun ni, ada orang arab yang ikut serta terjun di sini bersama dengan air yang terjun itu.. Mujur air terjun ini tidak setinggi mana, kecut perut juga melihat orang tu..

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke ladang mangga, sempat juga singgah di taman bunga matahari, kemudian melihat kincir air, kemudian singgah membeli cenderamata, kemudian ke ladang mangga, dan kemudian pulang dan berbuka di hadhramaut..





Hari terakhir di Mesir..
Flight kami jam 7malam, dan pagi itu kami membeli belah di (tak ingat nama tempat-cam balad Jordan).. Ketika pulang, sempat juga kami merasai 'berimpit2' dalam bas, dan menyaksikan cara orang hendak naik bas dengan berlari dan melompat, =).. Mujur di Jordan tidak begitu, bersyukur..

Dan peristiwa hitam di dalam bas ini, payah saya mahu cerita, cukup saja mengetahui kami berada dekat sekali dengan seorang yang tidak kami ketahui warganegara mana, matanya amat menakutkan, dan akak yang membawa kami itu berpesan, jangan pandang mata orang itu, dan baca ayat kursi banyak2..

Tiba di rumah, kepenatan dan tidur, dan yang lain membeli kangkung dan ikan keli untuk dibawa pulang ke Jordan..

Dan malam itu, kami berbuka di lapangan terbang, dan berpisah dengan Mesir secara zahirnya, tapi secara batinnya Mesir itu sentiasa dihati, hihi.. Rindunya hendak ke Mesir, =)..


ah haa, di dalam kotak yang tertulis Insyirah itu ada sayur kangkung dan belacan, ^^ (simbol apa ini? tanya lagi sekali)..


dalam kotak ini pula ada ikan keli.. Balik Jordan saja, di rumah hanya tinggal bertiga, sunyi rasanya.. Almaklum biasanya makan dengan tujuh orang, kami pergi Mesir itu sama hari dengan sahabat2 serumah yang balik ke Malaysia.. Jadi, setiap kali berbuka dan bersahur, pasti panggil adik2 Nailah Farafisyah diatas sana, balik kampung katanya dapat makan ikan keli dan kangkung masak belacan, =).. Ikan yang biasanya di laut, tapi kali ini diterbangkan di udara, hihi..


Menunggu gate yang tak bukak2.. Lapar dan lupa hendak bawa sudu.. Dengan tak senonohnya makan pakai plastik berus gigi.. hahaha.. sshh diam2, jatuh saham!! =)..


nyummy2, sedapnyaaaa!!


Jam 12.50 pagi, tiba di rumah, dan zzzzzzzzzz..

MESIR.. Daku rindu, ^^...

Tuesday, September 8, 2009

Jaulah Mesir (6)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Rindu ini terhadap Mesir telah berada di tebing2 hati, hanya menanti masa ia melompat keluar dari hati saja untuk melupakan Mesir itu,mungkin dek kerana tidak punyai masa untuk merindui dan agak sibuk waktu ini. Namun kepulangan adik kami dari Mesir semalam telah menyemarakkan semula rindu terhadap negara yang satu itu, mujur saja sudah tidak merindui keldai..

Selepas pulang dari berjalan2 sekitar Kaherah melawat pyramid dan ziarah maqam semalamnya seharian, malam itu saya tidak tahu mengapa, rasa sukar sekali untuk tidur, dan bukan 1 malam atau 2 malam, tetapi 3 malam. Melihat gambar2 di pyramid, hati rasa takut saja. Kata musyrifah kami, sudah 2 kali dia melawat ke sana, gambanya tidak ada satu pun yang melekat, maksudnya, gambarnya pasti tidak ada di dalam gambar walau sebenarnya dia bergambar bersama.. Susuknya tidak ada didalam gambar. Dan pernah juga seorang sahabatnya didalam gambar bertukar rupa menjadi cleopatra.. Baik saya hentikan saja sehinga sini, rasa meremang pula.Pergi ke tempat begini, niat itu harus betul!

Pada hari ke6 ini kami tidaklah kemana, hanya ke Asfour saja. Perjalanan yang cukup menerujakan, tahu kerana apa?? Setelah setahun baru dapat naik komuter lagi, canggih bukan Mesir itu? Dan kemudian, lebih menerujakan, kami menaiki 'tuuut tuut'. Saya tidak tahu apa nama sebenarnya, tapi itulah yang diberitahu musyrifah kami. Tuuut tuut ini sangat comel, hanya boleh dinaiki 3orang saja. Saya tidak tahu akan kewujudan tuut tut ini di Mesir, tetapi saya sering lihat kenderaan ini dalam cerita hindustan.. Bermaksud, kenderaan ini wujud juga di India..


Setibanya di dalam kedai Asfour itu, kilauan2 kristal sangat menyilaukan mata. Katanya ketika kami pergi itu adalah musim lampu, disebabkan itu kelihatan lampu saja yang memenuhi segenap ruang kedai itu.
Ketika lihat lampu2 ini, hanya satu filem yang terbayang dalam kepala saya.. Cerita apa?? Cerita yang masih terlekat dalam kepala dengan pelakonnya sekali, cerita yang buat saya benar2 faham novel bahasa inggeris ketika sekolah menengah dahulu.. huhu cerita apa?? The Phantom of the Opera.. Terbayang jika jatuh lampu ini, oh siapakah yang akan menyelamatkan saya.. waaa..

Murah saja kristal disini, rambang mata dibuatnya. sehingga menyimpan angan ingin berkawen dengan tauke kedai ini lah, mahu kawen dengan orang yang belajar di Mesir lah. Oh, keduniaan dan kebendaan sungguh kamu, Shafiqah!!


Selepas mengilau dan menyilau mata sekian lama di kedai ini,kami pun berkejaran ke Masjid Al-Azhar untuk terawih disana. Perjalanan yang penuh sesak dan onak duri, hanya berdoa saja didalam hati sepanjang perjalanan itu moga2 sempat berterawih pertama di Masjid Al-Azhar. Alhamdulillah, dapat juga jejakkan kaki ke sana, berterawih berjemaah disana, alhamdulillah.. Moga2 ramadhan kali ini adalah ramadhan terindah..

Di masjid ini, solat 23 rakaat termasuk witir. Setiap 10 rakaat punyai tazkirah pendek. Tapi dek kerana kami tidak punyai masa yang banyak, tambahan rumah yang kami duduki itu agak jauh dari masjid ini, maka kami sempurnakan 8 saja.

Dan ini, hehe adalah di Restoran Nil, sebuah restoran yang dimiliki oleh orang Thailand. Bolehlah untuk melepaskan rindu pada tomyam, ah!! Ustaz musyrif kami pelik lagi, 'hai, korang dah pesan nasi goreng, pesan tomyam lagi??" dalam hati saja jawab, 'ape la ustaz ni, ni kan restoran thailand, rugi tak makan tomyam mereka yang pedas gila dan sedap gila tu".. ya tak??


Oh, bilakah mahu merealisasikan impianku untuk kurus ya??!! adeii..

Saturday, August 29, 2009

Jaulah Mesir (5)

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikumwarahmatullah..

Hari yang sangat membahagiakan hari ini, bahagia hanya dengan satu nama, ukhwah namanya, subhanallah!!

Masa terus berlalu dan kenangan di Mesir menggamit 10000 sejarah. Selepas kami pulang dari sinai pada hari ke 4 itu, terus bergegas ke rumah selangor untuk menghadiri jemputan program perasmian ihya' ramadhan. Bukanlah kami yang merasmikan, tapi hanya memenuhi jemputan. Disana berjumpa dengan kakak2 dan sahabat2 ketika di PKG (Pusat Kegiatan Guru- Kursus bahasa arab untuk pelajar ke timur tengah).. Tidak sangka mereka ingat lagi nama manja saya oleh Ust Ihab, iaitu Shafigee.. Manakan tidak, baru saja masuk ke kelas sudah disakat oleh ustaz kesayangan itu.. ohh malunyaa!!

Kemudian pada hari ke 5, kami merayau2 di sekitar Qaherah..
Pyramid

Kawasan pyranid yang kami pergi ini adalah kawasan pyramid yang terbesar, dan bukan yang pertama dibina. Disini terdapat 3 pyramid, yang pertama pyramid kufu, kedua kufra, dan ketiga munkara. Pyramid ini asalnya dibuat daripada batu yang licin, selepas hamba2 firaun membina pyramid ini, ianya akan disapu dengan suatu bahan yang akan melicinkan permukaan batu2 tersebut.
Qaherah ini adalah kawasan yang paling tinggi 5 meter dari daerah sekeliling, tetapi pada suatu ketika dahulu, kota Qaherah ini telah mengalami kebanjiran yang sangat dahsyat sehinggakan pyramid yang terbesar dan tertinggi ini juga tenggelam, dan mengalami keretakan.. Kerana itulah jika dilihat, puncak pyramid yang kedua seperti lain macam sahaja kerana ditambah dengan batu bagi mengelak keruntuhan..

Kemudian kami naik ke bukit, dan disana boleh lihat ketiga2 pyramid ini. Disana kami menaiki unta, unta yang kami naiki itu tidak seperti unta Jordan. Unta Jordan baik sikit, tapi unta ini tidak tahu sabar. Sudahlah saya ini gayat, ditambah pula unta itu berjalan seolah mahu mengejar rakan2 didepan. Sengsara jiwa dan raga ketika itu!!

Sesudah sampai semula ke pyramid, kami pun masuk ke dalam pyramid, kasihan musyrif kami itu terapaksa turun semula membeli tiket masuk dalam keadaan yang panas2 begitu. Tapi terus kasihan itu hilang lihat dia datang dengan menaiki kuda.. (adeilaa!!!)

Mumia2 yang sepatutnya berada didalam Pyramid ini semua telah dipindahkan ke muzium, jadi didalam pyramid ini hanya punyai keranda saja, gerun juga. Keadaan dalam tu yang panas, lemas serta tidak bernafas, tak sanggup rasanya berada dalam tu lama2.

(muka kepenatan!! rimas!! lemas!!)

Dahulu, ada seorang pengkaji alam yang telah masuk ke dalam pyramid ini, setelah sebulan dia masuk, meninggal. Begitu juga orang2 yang selepasnya yang ingin mengkaji rahsia mumia didalam piramid, lalu mereka membuat kesimpulan orang yang masuk piramid akan meninggal sebulan selepas itu.. Kajian itu tidak terhenti begitu saja! Mereka pun mengkaji lagi, hingga akhirnya menemui asbab musabab kematian itu.

Tahu kerana apa?? Semua dicatat dalam al-quran, kesan laknat Allah terhadap suatu kaum itu bukan hanya untuk kaum itu saja, kesannya adalah untuk semua, seluruh umat, baik dari segi ibrahnya, kisahnya, suasananya, keadaan dan sebagainya. Udara di dalam pyramid ini ketika dahulu, panas bahang busuk, bahan kimia yang digunakan untuk mumia2 itulah telah terkuap di dalam itu, bercampur di dalam itu hingga akhirnya boleh menyebabkan kematian. Begitulah Allah melaknat mereka, kesannya masih lagi dapat dirasai, Nauzubillah!!

Ini adalah patung Firaun!! patung ini sudah tidak punyai hidung, menurut cerita musyrif kami, hidungnya telah disimpan di Muzium Rusia, kerana seorang rakyat rusia telah menembak hidung patung ini bagi embuktikan Firaun itu langsung tidak berkuasa! Ditembak namun tidak dapat berbuat apa, besar saja tetapi tidak agung, tidak layak disembah! Allah itulah yang selayaknya disembah.. Kalimah hidup kita 'Laa ilaa ha illAllah!!, tiada tuhan melainkan Allah!!

Kemudian kami ke Masjid Amru bin Al-Ass.

Saya amat terperanjat d dalam masjid ini kerana orang2 yang tidak langsung menghormati masjid, berbaring-baringan. Tahu tidak, orang yang membersihkan masjid ini adalah lelaki. Itu tidak menghairankan, apa yang menghairankan ialah di kawasan solat wanita juga,lelaki yang membersihkan. Baik lagi di Jordan ini, masjid jamiah itu hanya dibuka pada waktu solat saja, baik yang itu lagi daripada dibiar terbuka dan keadaan dalamnya menjadi seperti masjid Amru bil Al-Ass itu!! Ukirannya sudah cantik, tapi kehambaan itu tiada.


Kemudian kami ke Qal'ah solahuddin yang kedua yang terdapat di Mesir ini.

Qol'ah ini asalnya lebih besar dan panjang, tetapi telah di robohkan sedikit di bahagian tengahnya untuk dijadikan highway. Jadi qol'ah ini punyai 2 bahagian, di kiri jalan, dan di kanan jalan. Reka bentuknya mengikut cerita musyrifah kami ianya sama saja seperti Qal'ah di tengah lautan yang kami tidak dapat masuk dahulu!

Di dalam Qal'ah ini terdapat bahan2 peperangan, panah pertama yang berbentuk balang, kereta kuda,dan keturunan Basha.Bergelak tawa kami setiap kali menjumpai nama Basha itu, Basha itu satu2nya junior syabab adab kami, rupanya seorang pejuang!! Ali basha, Hasan Basha, Ibrahim basha, dan seluruh keturunannya terdapat namanya di dalam Qal'ah ini..

Balu yang kematian suami!! (menangis).. Bersabarlah, semoga kalian bertemu semula di syurga..
(lakonan semula). jangan diratapi gambar itu!! sabar ya!!
ini adalah hanis najwa, nnti die balik dari Mesir, ramai2 pujuk dia ya.. kesian dia, pakwe die yg hnsem dah mati.. hasan basha namanya..

yahoo! menang... Peace!


gambar masjid Ar- Rifaie..

Kemudian ke masjid 4 mazhab. masjid 4 mazhab ini d dalamnya berkumpul semua pengajian 4 mazhab di setiap penjuru, tapi bila azan berkumandang, masing2 akan berada di dalam satu saff. Keunikan inilah yang telah ramai menarik orang-orang bukan islam ingin memeluk islam.. walaupun belajar kitab yang lain2, tetapi kesatuan itu tetap ada, saling meraikan pendapat.

Kemudian ke maqam saiyidah Zainab..
Saiyidah zainab ini dikatakan ramai orang yang bertawassul disini,takut berada disini lama2.

Kemudian kami ke maqam imam syafie, di atas masjid ini terdapat sebuah bahtera yang berbentuk comel saja, bahtera itu simbol kepada imam syafie ini kuat mengembara untuk menuntut ilmu dan menyebar dakwah. Seusia muda nya lagi sudah menghafal kitab muwatta'. Musyrif kami cerita, dahulu paling kuat ikutannya ialah mazhab hanafi, imam abu hanifah. Ada segolongan yang tidak berpuas hati dengan pengikut imam abu hnifah ini tapi tidak tahu bagaimana mahu jelaskan. sehingga suatu hari datang imam syafie, lalu mereka berbidas2, tetapi bidasan mereka itu semua dengan ilmu! Kerana imam syafie menghafal hadith sangat banyak, maka bidasan2 nya itu semua berlandas al-Quran dan As-sunnah, dan ketika itulah bermulanya pengikut imam syafie..


Kemudian kami ke kawasan Dead City, Dead city ini adalah kawasan yang mana terdapat orang yang tinggal di kubur, dan disini saja sudah punyai 2 juta penduduk!!

Kemudiankami ke maqam saiyidah Nafisah pula, dan berhampiran maqam itu terdapat tempat dimana saiyidah nafisah ini bermunajat kepada Allah! Tetapi saiyidah nafisah ini bukan cucu kepada Saidina Ali, ini adalah Saiyidah Nafisah soghirah iaitu cicit kepada Saiyidah Nafisah kabirah(cicit saidina Ali)..

Berhampiran dengan maqam ini juga terdapat masjid Ibn Atoilah. Selepas kematian beliau, anak muridnya selalu membacakan ayat suci al-Quran di sebelah maqamnya dan rasa seolah ada orang yang menegur bacaannya jika salah.. (jeng jeng jeng!!)..

Perjalanan yang sangat menerujakan, di sekitar Qaherah saja, berbagai2 sejarahnya.. Cukup saja dulu setakat ini, tengkuk dan tangan sudah keletihan.. gambar2 di qal'ah itu sangat banyak sebenarnya, tetapi malas sudah untuk mengupload.

Friday, August 28, 2009

Jaulah Mesir (4)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Alhamdulillah sudah seminggu meniti juangan ramadhan tahun ini, moga semangat itu terus terusan berkekalan!! Dan hati ini masih belum dipulihkan selepas dilanggar lari oleh keldai, haha.. Keldai ini ya, sangat patuh pada tuannya, hendak atau tidak terpaksa juga membuat apa yang diminta tuannya, walaupun terpaksa dipukul dengan tuan yang tidak berbelas kasihan.. Dan kita, punyai tuan yang sangat penyayang, pemurah, tapi masih degil lagi.. Disini siapa lebih hina ya??!
(cukup saja disini cerita tentang keldai, terimalah dengan hati terbuka bahawa keldai itu comel)..

Ok, teruskan pengembaraan pada hari ke 4 pula..


Pantai Dahab, jernihnya bak mutiara..

Inilah pantai Dahab yang sangat cantik dan biru airnya, tapi tidaklah kami bermandi mandaan disini, hanya sempat menyentuh saja airnya yang sejuk itu. Ombaknya sangat cantik, jika melihat fajar terbit disini tentu lebih cantik, malanganya kami terlewat keluar. Disini juga ramai pelancong asing yang datang berkunjung, selain tempat ini cantik, barangan disini juga murah.

Kemudian ke Taba.
Taba ini adalah kawasan sempadan Israel-Mesir. Pondok jaga ini adalah pondok jaga hotel Hilton yang dikhabarkan ianya sudah 2 kali dibom, dan hotel ini adalah kali ke3 dibina, dan baru sahaja slesai diselenggarakan. Saya juga tidak faham mengapa hotel ini masih lagi mahu dibina disini sedang ianya sudah 2 kali dibom, dan tidak faham mengapa hotel ini menjjadi sasaran, bukankah Hilton itu sndiri punyai pengaruh yang kuat??

NAmpak tidak, ada sebuah pondok yang kecil diatas bukit itu? Itu adalah pondok jaga Israel yang didalamnya dijaga oleh seorang wanita Israel, dan didalam pondok itu terdapat snipper, jadi jika kesini, berhati2 saja. Dan disini juga terdapat pintu masuk Israel, jika mahu masuk, dipersilakan saja, tidak perlu passport, tetapi jika ditembak, atau ditangkap atau apa2 yang berlaku didalam sana, tiada siapa yang akan dipertanggungjawabkan!!


Kemudian Qal'ah solahuddin.

Qal'ah solahuddin punyai 4 buah kesemuanya, dan alhamdulillah kesemua itu saya sudah pergi, iaitu sebuah di Ajloun, Jordan. Sebuah di Syria, dan 2 buah di Mesir, dan ini salah satu yang terdapat di Mesir.
Mulanya dalam perjalanan kami amat teruja melihatkan Qal'ah ini di tengah lautan, malangnya mungkin dek kerana ke'excited'an kami, Allah tidak mengizinkan kami menjejak kaki ke sana, kerana ia sedang dalam pembaikpulihan. Tidak pasti samada bot yang diperbaiki atau qal'ah itu sendiri yang sedang diperbaiki. Dan musyrif kami meminta tuan yang menjaga kawasan itu untuk hanya bergambar 15 minit. ah, jadilah!!

Kawasan inilah yang kita kan lihat 3 negara lainnya, iaitu Jordan, Arab saudi dan israel. Pernah saya mengikuti hari keluarga BKASJ ke Aqabah ketika di tahun 2 yang lalu, memang disana juga dapat melihat ketiga2 negara ini iaitu Mesir, arab saudi, serta Israel. Disana akan kelihatan Mesir dan Arab Saudi itu seolah punyai gunung2 sahaja, tetapi negara yang bangkai Israel itu, nampak bangunan2 yang tinggi2..


*sehingga disini saja dulu, mahu ke rumah nailah, cubit adik2!! Sab kata entri saya semua tidak best, tergantung saja semuanya.. Jawapannya ialah, bulan ramadhan, taqarrub diri pada Allah!!, =P

Jaulah Mesir (3)

victoire Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualikumwarahmatullah..

Perjalanan pada hari ketiga diteruskan lagi. Hari ke 3 ini, seawal jam 2.30 pagi (janji asal jam 2, seperti biase org itu buat hal,=P), mendaki gunung sinai. Mulanya saya amat takut, dan takut sekali, berjalan dalam gelap gelita hanya berteman torch light. Almaklum saja saya ini penakut orangnya, apabila saya terpandang kiri, terlihat satu benda yang sangat besar, punyai sedikit2 warna putih disitu, jantung saya seolah tak berdegup. Apabila ditanya pada rakan apakah di sebelah kiri itu, baru saya tahu itu adalah batu2 yang membentuk bukit. Mungkin perasaan itu saya sorang saja alami, tapi bayangkan saja seorang penakut yang berjalan di tengah malam dan di sebelahnya ada suatu bukit yang sangat besar, macam2 yang difikirkan, bukan??

GUNUNG SINAI.
Gunung Sinai lebih dikenali dengan Jabal Musa (Bukit nabi Musa). Mengapa dinamakan sebegitu?? Kerana inilah gunung yang didaki nabi Musa untuk bermunajat pada Allah, selama 40 hari 40 malam, dan di puncak gunung ini juga nabi Musa telah bertemu Allah Subhanahu wa Taala dan dikurnia kitab suci taurat padanya yang telah dipesong oleh orang yahudi laknatullah. Selama permunajatan Nabi Allah Musa di atas puncak gunung Sinai sana, Nabi Musa telah mewakilkan nabi Harun untuk mengambil alih tugas menjaga umatnya sepanjang ketiadaannya.

Keistimewaan nabi Harun selain sangat lembut orangnya, ialah baginda lebih petah dalam percakapannya berbanding Nabi Musa.. Dan ketikamana nabi Musa menyendiri di puncak sana untuk bermunajat, seorang yang bernama Samiriy telah menyebar fitnah, mendakwa Nabi Musa telah memungkiri janji sepatut ketiadaannya selama hanya 40 hari 40 malam saja, tetapi nabi Musa memungkiri janji dengan menambah 10 hari lagi. Dan samiriy ini telah mengukir lembu betina atau dikenali sebagai lembu Samiriy sebagai tempat penyembahan mereka. Dan sebaik nabi Musa turun dari gunung Sinai, kebanyakan kaumnya sudah menyembah ukiran patung itu yang terdapat pada bukit di sana. gambar dibawah ini, silalah selidiki, terdapat disitu ukiran patung lembu tersebut.

Yang dibulat merah itulah diaa.. Terima kasih pada yang tolong buatkan, huhu jasamu dikenang!

Gunung Sinai ini punyai 6 checkpoint sebelum mendaki batu2 yang lebih curam menuju masjid di puncak. dan di checkpoint yang ke6 itu kami berehat, solat, dan melihat fajar terbit.

Ini Muhammad namanya. Dialah yang membawa kami menunjuk jalan hingga ke atas. Umurnya baru saja 18 tahun, dan sangat berfasih berbahasa inggeris. Apabila kami bertanya dari mana belajar cakap english sehingga begitu fasih?? katanya "disini"..


Selepas checkpoint yang ke6 itu, akan mendaki batu2 yang punayi lebih 750 anak tangga lagi. Apa yang menyadiskan ialah ianya sangat curam dan ia bukan tangga!! batu2 itu yang terpaksa kami daki, ah!
Ketika naik, jangan sesekali pandang bawah, teruskan saja mendaki hingga keatas, itu saja bekalku dalam keadaan penat yang teramat sangat itu. Mendaki gunung sinai sangat mencabar, terbayang juga bagaimana nabi Allah Musa mendaki ke atas sana, dan bagaimana penerokaan orang2 yang mencari jalan untuk keatas. Berbekalkan "Wahai Musa, aku mahu melihat tempat kau bermunajat kepada Allah yang maha Esa, untukku jadikan ibrah, ibrah dari kisah2 para rasul. untukku, untuk orang2 yang akan kusampaikan pengalaman ini", saya teruskan juga untuk sampai ke atas.. Subahnallah!!


Inilah tempat munajatnya! Kami ambil masa beruzlah disini, ada yg tidur, ada yang membaca quran, layan blues (ish3, tempat best tuu), solat, bergambar, dan sebagainya..

Inilah pandangan Sinai dari atas, seolah tidak sangka saja telah mendakinya, ketika naik, seolah tidak rasa apa. Tapi bile dilihat dari atas, seolah tidak percaya "owh betul ke aku dah naik gunung yang curam ini??"..

Ketika itu, saya sudah berazam, inilah kali pertama dan terakhir saya mendakinya, tidak mahu lagi.. terfikir hatta sudah kawen pun, suami bagi rm10000 ajak naik juga saya tidak mahu. Tetapi, sekarang ini saya rasa nak naik lagi pula..aishh..

*********************************************
DAHAB
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan lagi ke Dahab! Dahab adalah pantai laut merah yang paling cantik. Disini ada kapal selam Britain yang karam. Dan yang paling penting disini juga kami makan cipud(kata manja seafood)

Kami memilih 3 ekor ikan, seekor sotong dan setengah kilo udang. Semasa kami menempah, ustaz yang menjadi musyrif kami telah beri amaran, "ni bukan makan, ni pelahap namanya!! order banyak2 ni, tak habis siap!!", lalu balas saya, "boleh tapau, kn??".. dia angguk..

Bila selesai makan, ustaz itu saya rasa terkejut agaknya makanan itu semua habis dan licin. Bukan kerana lapar, tetapi kerana kami ini sudah lama sangat tidak makan makanan laut. Almaklum saja Jordan ini yang ada hanya laut mati, mahu beli udang atau sotong itu, harus disekat dulu perbelanjaan sebulan kerana harganya yang mahal.. Jadi, apabila diberi peluang begini, memang tidak akan melepaskan peluang.. Jika malu, rugi!!. Jika malu, lapar!!.. mahu yang mana??