Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

Allah hanya panggil kita 3 kali sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Ambil dari yahoogroup ukhwah.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saat itu aku baru saja menyelesaikan solat Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah... ... . .aku bertanya pada Ibu. ' Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik tentang Umrah... .?' Al Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kaabah.Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata... Shinta (mana timangan ku), Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..Keningku berkerut... ... ... .'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?' Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan, ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'. Saya terpekur... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah...


Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. .. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat"Haji / Umrah, berpakaian Ihramdan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. ... ... ..Subhanal lah... ... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ... ..Alhamdulillah. ..


'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung..

Monday, June 1, 2009

Antara bidadari dan penghuni syurga.



Wahai kakakku,
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu??
asyik berteman tangis dan sendu sahaja??

Wahai adikku,
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
tetapi disitulah wahai adikku,
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,
menjadi izzah yang paling gah,
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,
kerana sendu rayunya,
Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun.
Duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata..

Namun wahai kakakku,
Wanita itu fitnah dunia..

Pernahkah adikku dengar,pesanan ilahi pada hambanya??
"Wahai lelaki yang beriman,
tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu",??

Cuba adik nilai,
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya??
Pada hamba yang bergelar ar-rijal,
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin terlihat wanita yang menjdai fitnah pada dirinya.

Dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,
agar memelihara auratnya,
kerana disitulah kehormatannya.

Bukan fitnah semata-mata jika ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!!
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

Tapi kakakku,
kenapa wanita itu menjadi peragaan??
Tidakkah mereka merasa malu??

Wahai adikku sayang,
Al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan,
wujudnya seiring dengan nafas insani,
dan al-haya' itulah pakaian iman,
pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri.

Namun,
bila mana al-haya' itu lebur, imannya runtuh..
Kenapa mereka merelakan diri jadi peragaan??
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
merasakan diri belum cukup menarik,
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku,
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan muarahan itu.

Wahai adikku,
1001 kaedah penciptaan wanita,
pandai-pandailah dikau menilai,
antara permata dan debu-debu kilauan pasir,

Wahai adikku, janganlah adik gusar, tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,menggugurkan diri menymbah tanah,sedangkan sebenarnya engkau telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..

Sunday, May 10, 2009

kanak2 zaman sekarang.

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..
mengambil idea ustaz spiderman..=P

Maaf, jika 'slang' sy terbunyi Indon pula, kerana baru selesai melayan Pildacil di Youtube. Pildacil adalah Pemilihan Daie Kecil yang didengar2 khabarnya akan dibuat juga di Malaysia.

Jom tengok,


Terharu?? Seorang yang berusia muda mampu berceramah di hadapan khalayak ramai.. Mampu berdakwah dalam usia yang sungguh muda, sehingga membuatkan menitis air mata sesiapa yang mendengarnya.. Sungguh!! Subhanallah!! Apa bisa Nadia ini dapat berceramah seperti ini jika tidak dari didikan ibu bapa?? Apakah mungkin Nadia ini dapat berceramah di depan umum seperti ini, jika tidak ada rancangan realiti tv Pildacil di Indonesia ini??

Lalu, mari lihat ini pula..


dan ini,


Video budak gelek.. Apa bisa budak ini berpakaian seksi, gelek2 depan khalayak ramai jika tidak dihantar ke pusat gelek oleh ibu bapa mereka?? Boleh pula dia tak pergi belajar bergelek, tiba2 dipanggil oleh Aznil, terus bergelek.. Takjub!! Arab pun kalah..

Video 2, sangat lunak dan merdu suaranya.. Sungguh! Subhanallah!! Soalan yang sama ingin diajukan.. Apa bisa Syaz ini mampu mengumandangkan suaranya seperti ini jika tidak mendapat didikan atau disuruh oleh ibu bapanya? Apa mungkin Syaz ini dapat mengumandangkan suaranya dikhalayak ramai begini jika tidak ada rancangan Bintang Kecil di Malaysia ini??

Harus salahkan negara?? "boleh la indonesia buat macam tu, diorang negara macamane,kita negara macamane".. ai, pergi ke indonesia tu dari Malaysia bukan 2jam sahajakah?? lainlah kalau naik tongkang.. Apa yang beza sangat??
Harus salahkan rancangan realiti tv?? "perosak kanak2 Malaysia adalah dari rancangan tv Macam2 Aznil, tom2 bak, kartun2".. oh, hoo tak boleh, kalau ada pun, ibu bapa boleh melarang anak2 dari menonton cerita2 tu.
Jadi, harus salahkan ibu bapa??
Harus salahkan diri kanak2 tu??

Anak2 kecil ini tidak tahu apa2.. Jika mendapat didikan awal yang baik di rumah oleh Ibu bapa, masalah begini, kurang..


Risau memikirkan bagaimana pula dengan anak2 saya(hehe) akan datang... Kasihanilah kanak2 ini..jangan dibiarkann budaya barat menjajah minda mereka..

Friday, May 8, 2009

calon adik2 baru..

Calon-calon junior ku..

1)

ABDUL HASIF B. ABDUL HALID


2)

AFIFAH BT HAMDAN


3)

AHMAD MUSTAQIM B. YAZIRRUDIN


4)

AHMAD NAQIUDDIN BIN AWALUDIN


5)

AINUL MARDHIAH BT KALAM


6)

AISHAH BT AZIZAN


7)

AMIRUL HAFIZ B AHMAD LUTFI


8)

AMIRUL HAFIZ B. ALI


9)

LIYANA SAFIRA BT SENGARI


10)

MOHD FIRDAUS B. MAZANI


11)

MUHAMMAD FAIZ B. KHALIB


12)

MUHAMMAD HATTA BIN SHAFRI


13)

MUHAMMAD MUZZAMMIL B ABDULLAH


14)

MUJAHID B AZMI


15)

NUR HIDAYAH BT MOHD PAUDZI


16)

NUR PADHILAH BT MUKRI TANJUNG


17)

NURAINNISHA BT SUHAIMI


18)

SITI FAKHRIAH BT YAAKOB


19)

SITI FARHAINI BT MUHAMMAD FAUZI


20)

TENGKU SUHAYLAH BT TENGKU SHAHROM



Tahniah pada yang sudah terpilih ni, dan selamat bertemuduga ya!!

Wahai penuntut ilmu Bumi Syam,
Benar perit hidup berjauhan dengan keluarga, tapi percayalah semoga dengan apa yang kita rindukan ini, dibalas dengan kerinduan dan kecintaan Allah SWT.. Bukankah seluruh alam sehinggakan ikan di laut juga mendoakanmu??

Benar kekadang berasa lemah. Pejamkan mata seketika, kembali bermuhasabah, bayangkan lambaian tangan ibunda dan ayahanda dengan senyuman terukir di bibir melihat kejayaanmu.. Fikirkan kepulanganmu ke tanah air disambut dengan puluhan harapan orang islam.. Fikirkan kejayaanmu itu, dapat membantu umat islam yang tertindas.. Semoga terus thabat dalam perjuangan ini..

Wahai penuntut ilmu Bumi Syam,
Benar kekadang berasa penat dengan ujian ketika menuntut ilmu, tetapi bersabarlah, semoga pengorbanan itu dibalas dengan keredhaan Allah SWT. Bukankah Allah mengengkat tinggi darjat org yg menuntut ilmu??

Wahai penuntut ilmu Bumi Syam,
Kutiplah segala mutiara yang bertaburan di bumi barakah ini. Tidak semua orang punyai rezeki untuk belajar di Bumi Syam ini seperti kamu.
Tajdid semula niatmu, mahu menjadi ustaz/ustazah??jadilah ustaz/ustazah yg mampu mengajar golongan pelapismu dengan ilmu yang penuh mendalam. Orang yang mempunyai ilmu yang mendalam lebih mengenali mad'u, bukan?? jika mahu menjadi akauntan, jadilah akauntan yang sentiasa mengikut syariat, hapuskann riba haram, jgn mengejar kekayaan dunia semata. Jika mahu menjadi doktor, jadilah doktor yang meletakkan al-quran dan sunnah sebgai panduan, hapuskan pengguguran anak dari pasangan haram, ikhlaskan hati dlm bersengakang mata demi menyelamatkan nyawa manusia, semoga semua diredhai..

Ahlan wasahlan adik2 JAIS ku.. Qalbi, najwa, mizah, umi, dh jadi senior bulan 9 ni jgnn duk buli adik2 ya?? huhu akk dapat adik baru lg.. tata korg, nak syg adik2 baru lak.. tapi.......... yang baru, tiba, yang lama, pulang.. sedih, :'(..

Friday, April 17, 2009

bitikh..bitikh.. permai..permai..

Bismillahirrahmaanirrahim.. Assalamualaikumwarahmatullah..

Selepas beberapa hari tak bukak emel, baru lah pagi ini dapat membuka emel dan baca semua post tehangat dan terngetop di abad ini. Pos yang bertajuk bebelan ikhlas buat ahli permai. Yok baca cerita ini.. (dah mntak izin untuk curi).. kisah tembikai, bitikhh.. bitikhhh... tgh2 soifi nnti selalu banyak la kat balad nnti ya!



Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Cubalah dilihat kembali sirah yang disertakan di atas, sungguh dan benarlah kata si sufi itu, tembikai itu datangnya dari Allah! Secara jelas bukan, termaktub sudah setiap kejadian di dunia ini milikNya jua. Kita jelik dengan kekurangan diri2 lain, mungkin dirasa kita cukup tegap dan gagah...ah!...kalaulah kalian benci, atau pernah datang terdetik dihati tidak suka akan kekurangan insan lain, maka sebenarnya, hakikatnya...pada siapa perasaan kalian itu kembali?...adakah kalian berasa jelik terhadap PENCIPTA yang menciptakan insan2 itu?...ya!...itulah yang kalian rasa!...cuma terhijab oleh jiwa dan hati yg keras, maka kita susah menyedarinya...na'uzubillah!

Sirah ini sebenarnya menunjukkan satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap daripada kita yang bergelar manusia, perlu memandang, melihat, mentafsir setiap apa yang terzahir, tertulis, termaktub...adalah hak mutlakNya. Sucikanlah hati, maka pasti suatu ketika, kalian bila melihat kereta2, motor2 yang bergerak itu dapat mentafsir dengan betul2 tafsiran, bukan sekadar tahu saja yang semuanya adalah atas kekuasaan Allah, pandanglah dengan mata hati!...semuanya datang dari Dia!

Jika nampak pada seseorang itu yg mendatangkan ketidaksukaan pada diri kalian, jangan cepat mengucap benci, bahkan perhati dan tafsir apa yang tersirat disebalik yang terpampang di depan mata. mungkin mereka tidak tahu yang apa yang dibuat itu salah, dan apa tugas kita sebagai yang tahu?...hanya mengutuk2 saja? jadi apa tugasnya seorang da'ei?...cuba fikir begitu, hikmah dari setiap yang berlaku pastinya ada.

Maka, apa yg berlaku di YG permai itu, adalah tidak patut sama sekali.
Senior atau junior, nampak yang tak elok, tegur la.. Atau nak menegur masalah dalam program, berhikmah lah.. tiada siapa yang menyangka masalah2 sebegitu muncul dalam program. Saya juga terkurang rasional juga turut membalas emel tu pagi tadi.. dah buat baru terfikir, seolah mahu membuat baju kurung, dah potong, baru ukur..

Marilah bermuhasabah.. Hari jumaat yang mulia.. sollu ala an-nabiy..

Saturday, April 11, 2009

ratuku

Alhamdulillah.. Bismillahi nabda'.. Assalamualaikumwarahmatullah..

Video ini ditujukan khas untuk wanita-wanita seluruh dunia.. muslimat khususnya.. terharu sangat sehingga boleh membuat anda tersedu sedan.. tidak percaya? jom tengok..



Ratuku,
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan..
Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran..
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah

Ratuku,
Kebimbanganku ini masih menebal apabila mendengar
Dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi bila kumelihat bunga yang tidak segan silu
Melampiaskan kecantikannya yang sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku..
Kerana apa yang aku lihat hari ini, semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratu,
Bukan lah kuharap kau segigih siti hawa yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia ainul mardhiah menanti kekasih di pintu syurga.

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah siti khadijah mahupun siti fatimah
Engkau bukan Aisyah, bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa.
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku,
Esok musim bunga pasti kan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerna kau ratu idaman kalbu

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi, bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum lega
Kerana akan kutemui ratu yang benar-benar ratu

Tiba-tiba merindui kat seseorang yang nama sama dengan lagu ini.. adik junior just kesayangan. Eh ye ke?? hehe semua sayang la.. semalam jumpa di hari sukan, tapi dapat borak sekejap je.. dia pun sibuk dengan rumah OREN sunkist dia.. dan saya pula dengan BIRU shark saya..

Mahu menjadi seperti ratu yang benar-benar ratu itu.. Bantulah Ya Allah..
hmm siapakah rajanya?? =P
Begitu ramai pahlawan2 handalan wanita, tetapi azumi juga yg diminati..
~ke arah taknak suka azumi lagi!!!~

Friday, April 3, 2009

selawat murah rezeki..

Assalamualaikumwarahmatullah.. tghhari jumaat yg indah..

Mari berselawat!! Selawat dimurahkan rezeki dan dielokkan akhlaq.. Sesiapa yang mahu menjadi kaya dengan sumber yang halal, mahu kawin cepat.. mari amalkan.. ish2.. bukan amal sebab itu ya, tetapi kerana mahukan kesejahteraan dan kebaikan dari Allah.. semoga Allah memberikan kita segala yang terbaik.. Berdoalah agar dilapangkan dan dimurahkan rezeki..

juga.. Berselawatlah.. Sollu ala an-nabiy!!

sesiapa yang berselawat ke atas nabi 1 kali, Allah akan berselawat ke atasnya, 10 kali..



Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah.. Selawat yang mendapat rezeki kami, dan menjadikan baiknya akhlaq kami.. Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabat-Nya..



ni, video yang telah didownload dari yotube.. nak letak video youtube je kat sini, tapi macam besar sangat gambarnya.. kan kene ghoddul basor, hik3.. =P


Tuesday, March 31, 2009

usia meningkat tua.

Bismillah,
Assalamualaikumwarahmatullah..


gambar yang dicuri dari blog nik
Hadith Rasulullah :
"Aku berpuasa pada hari Isnin kerana hari kelahiranku"
Disini rasulullah mengajar kita, berpuasa itu adalah sebagai tanda bersyukur. Bersyukur masih bernafas, dan sebagai ibadah kita kepada Allah di hari kelahiran. Semakin meningkat usia, semakin kene bersyukur, dan semakin kena banyakkn ibadah dalam memantapkan iman..
Jadi disini, ada dua perkara. yang pertama ialah esok juga bermulanya episod pendietan sy, =P.. Yang kedua ialah ahli rumah esok mkn kat rumah je.. teringat sambut birthday masa tahun satu dulu, makan kat pizza.. tahun lepas sambut dgn kek coklat.. tahun ni pula sambut dengan maarad.. amacam?? best tak birthday2 saya, hehe..


Hari ini, sgt suka membuat pengumuman birthday esok. sekali de seorang teman mengingatkan, "jgn suke2, taktahu lagi jumpe ke tak esok tu, jumpe ke tak usia 21 tu, mlm ni ke bertemu ajal, siapa yang tau", terus membuat diriku terdiam seketika.. Dan petang tadi pening sangat, makan ubat, risau sambil berdoa semoga dipanjangkn usia, dapat khirij bersama sahabat2 seperjuangan, ambil master, jadi pensyarah, kawen, bukak nurseri.................... dan byk lg cita2 sy..


Alhamdulillah bertemu juga usiaku dengan angka itu.. Antara ucapan2 yang saya terima,
Dalilah : Sanah Helwa..

Azimah : dah tua.. dah tua... (sambil memberi hadiah itu) *sgt berharga dan sgt hargai, terime kasih

Tasya : Sanah helwa ya jamilah.. semoga dirahmati Allah selalu.. kita khirij sama2..

Husna : Hepi birthday ciksantun ke-21..

Kak cheq : Aid milad saidah ciksantun.. semoga mengekalkan kesantunan..

tok : HEPI BESDAY to YOU.

alexanderwathern: Moga bertambah ilmu, iman dan amal!
alexanderwathern: Hepi besday 2 ustazah!

abusyafiq: semoga Allah memberkati umur perjalanan shafiqah

pemuda umno: happy birthday syafiqah..haha..

nazirah : Selamat hari lahir. Moga dimurahkan rezeki, dan jadi kaya, leh
belanje sy lepas tu.

khadijah nizam : Hepi Besday.. Dah tua dah ni.. bile nak kawen??

junior 1 : Selamat hari lahir ciksantun.. Semoga Allah
merahmatimu..teruskan satu ummat ye.

Nik : Selamat hari lahir.. Moga makin tua ni, makin igt kubur la ye
ustazah.. Sama2 berdoa untuk keredhaannya di dunia dan akhirat.. ameen.. sama2
la bermuhasabah.. setiap kali masuk usia baru ni, apa yang paling penting ialah
bermuhasabah.. k, selamat..


terima kasih kepada anda semua.. byk lg yg tak copy paste masuk cni ni.. eceh, bajet fames la ni, haha.. terime kasih wani, qalbi, nabilah, shaheera, n semua la.. adek2 juniorku, teman2, sahabat2 serumah, sahabat2 seperjuangan, akak2.. beruntunglah diri ini mengenali anda semua.. yang terlupa, tidak mengapa, bukanlah ukhwah itu terletak pada ingatan seseorang itu pada birthday orang tu.. sekali kita bersahabat, selamanya kita bersahabat.. trime kasih..

apa pun, abah ngn mak saya tetap yang pertama.. semalam mak ngn abah call kat madinah.. harini g mekah, mungkin penat sgt.. Selamat menjadi tetamu Allah, dan selamat beribadah.. Semoga dirahmati dan diberkati.. Terima kasih kerana menjaga diri ini sehingga besar begini berusia 21 tahun.. siapalah diri ini tanpa kedua orang tuaku ini.. tahniah kerana telah mnjadi mak dan abah yang terbaik untukku.. (selain bersyukur pd Allah, emaklah org yg selayaknya diucapkn tahniah)

Usia sudah menjangkau sepertiga usia rasulullah, namun apakah yang telah saya lakukan untuk islam?? apakah yang telah saya lakukan untuk umat islam?? muhasabah di hari kelahiran, uhuk3..

Wednesday, March 25, 2009

4 isteri

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri. Dia mencintai isteri ke-4 dan menganugerahinya harta dan kesenangan, sebab ia yang tercantik di antara semua isterinya.

Lelaki ini juga mencintai isterinya yang ke-3. Ia sangat bangga dengan si isteri dan selalu berusaha untuk memperkenalkan wanita cantik ini kepada semua teman-temannya. Namun ia juga selalu khuatir kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.

Begitu juga dengan isteri ke-2. Si pedagang sangat menyukainya kerana ia isteri yang sabar dan penuh pengertian. Apabila si pedagang mendapat masalah, ia selalu meminta pendapat dan pertolongan isteri ke-2-nya yang selalu menolong dan mendampinginya saat-saat menghadapi masalah.

Sama halnya dengan isteri pertama. Ia adalah pasangan yang sangat setia dan selalu membawa kebaikan bagi kehidupan keluarganya. Wanita ini yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan perniagaan sang suami.Akan tetapi, si pedagang kurang mencintainya meskipun si isteri pertama ini begitu sayang kepadanya.

Suatu hari si pedagang sakit dan menyedari bahawa ia akan pergi buat selamanya. Ia mengenangkan semua kehidupan indahnya dan berkata dalam hati, "Ketika ini aku mempunyai 4 isteri. Namun apabila aku pergi nanti, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan."


ISTERI KE-4: NO WAY
Lalu si pedagang itu memanggil semua isterinya dan bertanya kepada isteri ke-4-nya. "Engkaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan indah. Nah, sekarang aku akan mati. Mahukah kamu mendampingi dan menemaniku nanti?" Ia terdiam…dan berkata,"tentu saja tidak!!" Jawab isteri ke-4 dan pergi begitu saja tanpa berkata apa2 lagi. Jawapan ini sangat menyakitkan hati si pedagang. Seakan-akan ada pisau terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

ISTERI KE-3: MENIKAH LAGI
Si pedagang itu merasa sedih lalu bertanya pada isteri ke-3. "Aku punmencintaimu sepenuh hatiku dan saat ini hidupku akan berakhir. Mahukah engkau mengikutiku dan menemani hingga akhir hayatku?" Isterinya menjawab, "hidupbegitu indah di sini, aku akan menikah lagi jika kau mati". Bagai disambar petir di siang hari, si pedagang sangat terpukul dengan jawapan isteri ke-3 nya. Badannya terasa semakin sakit.

ISTERI KE-2: SAMPAI LIANG KUBUR
Kemudian ia memanggil isterinya yang ke-2. "Aku selalu berpaling kepadamu setiap kali aku mendapat masalah dan kau selalu membantuku sepenuh hati. Kini aku memerlukan sekali lagi bantuanmu. Kalau aku mati, mahukah engkau mendampingiku?" Jawab isteri ke-2 nya, "Maafkan aku, kali ini aku tak dapat menolongmu. Aku hanya dapat menghantarmu hingga ke liang kubur. Nanti akan kubuatkan makam yang indah untukmu." Si suami bagaikan disepak terajang. Hancur luluh hatinya.

ISTERI KE-1: SETIA BERSAMA SUAMI
Si pedagang ini merasa putus asa. Dalam keadaan kecewa itu, tiba-tiba terdengar suara, "Aku akan tinggal bersamamu dan menemanimu kemana-mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu. Lelaki itu lalu menoleh ke samping, dan mendapati isteri pertamanya di sana. Ia tampak begitu kurus. Badannya seperti orang kelaparan. Merasa menyesal, si pedagang lalu berkata, "Kalau lah akuboleh merawatmu dengan baik disaat aku mampu, takkan kubiarkan engkau kurus seperti ini, isteriku."

HIDUP KITA DIWARNAI 4 ISTERI

Sesungguhnya, kita mempunyai 4 isteri dalam hidup ini. Isteri ke-4 adalah TUBUH BADAN kita. Seberapa banyak manapun waktu dan perhiasan yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, namun semua ini akan hilang dalam suatu batas waktu dan ruang. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap kepada-Nya.

Isteri ke-3, STATUS SOSIAL DAN KEKAYAAN. Saat kita meninggal dunia, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. Sebesar apapun kedudukan kita dalam masyarakat dan sebanyak apapun harta kita, semua itu akan berpindah tangan dalam waktu seketika saja ketika kita tiada.

Sedangkan isteri ke-2, iaitu KAUM KERABAT DAN TEMAN. Seberapa dekat punhubungan kita dengan mereka, kita tak akan dapat terus bersama mereka. Hanya sampai liang kuburlah mereka menemani kita.

Dan sesungguhnya isteri pertama kita adalah JIWA DAN AMAL KITA. Sebenarnya hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia mendampingi kemana pun kita melangkah. Hanya amal lah yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Jadi, selagi mampu dan mempunyai waktu, perlakukanlah jiwa kita dengan bijak serta jangan pernah malu untuk berbuat amal, memberikan pertolongan kepada sesama insan yang memerlukan. Betapa kecil pun bantuan kita, pemberian kita menjadi sangat bererti bagi mereka yang memerlukannya..

dari

~tadi jawab aqidah rasa macam nk tergelak je.. kalo ustaz sani ke, ustaz alex ke, ustaz abu-syafiq ke, almukminun ke, ustaz abu syaukah ke tau ni, rasanya saya kena pancung la agaknya.. =P