Tuesday, April 7, 2009

miniclinic

Miniclinic anjuran MMJ (Majlis Mahasiswa JUST)..
ni bukan batak tau, bukan ahli mmj pun nk letak kat blog.. tapi, ni atas permintaan sorang sahabat.. kalau tak caya, g tanya die.. kui2.. semestinya anjuran MMj tapi untuk semua ahli PERMAI,, ye tak?? saya pun ahli PERMAI pe..





Best ar vdeo ni, hahaha lawak je..

Monday, April 6, 2009

logo biru irbid

Assalamualaikum..


Warga irbid, jom ramai2 letakkan logo ni kat display imej ym masing2, menunjukkan semangat kita.. yok2.. warna tema Irbid, BIRU!!
Saya datang kerana ukhwah.. Sahut seruan tema Karisma ya, jgn gaduh2..
Walaupun rasa cam tak dapat pergi, sekalipun jadi pom2 girl, tapi tetap menyokong anda semua.. chayo2!!

KALAH BERUKHWAH, MENANG BERUKHWAH!!

Saturday, April 4, 2009

karisma





Antara Poster Karisma (Karnival Sukan Mahasiswa seJordan) 2009
Bertemakan 'saya datang kerana ukhwah'..

Entah camana la boleh terhangin kat shoutbox blog tu pg td.. ish3..
Alhamdulillah, selesai juga.. Bnde kecik pun, nk hangin (marah pada diri sndiri ni).. muslimat.. muslimat (tiru cara tegur budak gamis,=P ).. tapi dh de orang nk cop main batu seremban ngan saya, =P.. tgk la kalau layak pegi ye..

Bahagia tgk ayat mereka selepas baik bergaduh.. begitu la hati manusia, tetap boleh dilembutkan.. dan paling berharga, selepas bergaduh tu ukhwah makin tererat.. selama ni, jarang nk menyebut 'syg awk'.. tp lepas bergaduh, ungkapan itulah yang sering dikeluarkan.. bahagia2... (pergaduhan yang bermule dgn diriku) apo la aii, ustazah menghancurkan umat pulak.. maafkn diriku..

- eh, camna ko leh termarah lak tadi..
- ntah la, tktahu..
- tau la tgh2 nk ke musim panas ni.. ye pun nk marah, g la tekup muke ngn bantal, pastu jerit..
- haa, best gak tu.. nnti aku buat..
- tak elok.. kang org blacklist ko kng.. g mu'tah kng, bukan ukhwah yg dapat, tp caci maki..
- insyaallah.. (kalo layak g laa)
- husnul mar'i tarakahuu maa laa ya3niihi..
- =D

Saya datang kerana ukhwah. baca lagi

MPPM melihat penganjuran KARISMA pada tahun ini boleh dikatakan sebagai medan menjalin ukhwah di mana ia akan menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa seJordan yang selama ini jarang sekali dapat bertemu kerana masing-masing tenggelam dalam kesibukan menelaah buku dan dunia sendiri. Program tahunan ini juga diharapkan agar menjadi usaha positif untuk meneutralkan kekeruhan ‘persaudaraan’ jika wujud sebelum ini.




pesanan untuk diri sendiri - lain kali, jgn nak cepat hangin.. kate nk jadi santun, =P..
pengajaran dari mereka yg borak2 di shoutbox tadi mmg banyak.. terima kasih kepada penyelamat ummah tu.. Tak perlu la bergaduh, saling bermaafan, hidup dalam harmoni dan aman damai..

Sebelum nak g mu'tah, kita berentap dulu di Irbid.. Hari Sukan Permai 2009, pada 10hb 4.. chayoo kumpulan 5.. warna kumpulan kita adalah warna kumpulan untuk Irbid masa karisma tau.. BIRU!! kita mik tema ukhwah2 juga ye?? nmpak skit kesinambungan dgn karisma tu..

Friday, April 3, 2009

maarad thaqafi jamiah

Yallah nabda'.. bismillah.. (gaya doktor yahya syatnawi, doktor ulum quran yg kusayangi)

Alhamdulillah, semalam berakhirlah maarad thaqafi jamiah yarmouk yang telah berlangsung pada 30/3 sampai 2/4.. Bagi saya, ini adalah maarad yang 'boleh tahan la' sepanjang 3tahun berada disini.. Nampak dah adik2 yang mula menyinar dalam MMY ni.. Moga istiqamah.. Tahniah kepada jawatankuasa pelaksana atas usaha dan lelah anda dalam menguruskan program ini, semoga ditimbang berat dalam neraca tuhan kelak..


Malam persiapan maarad..

ini lah booth malaysia seperti permintaan pengarah. Dahsyat la ajk, balik sampai kul 1. tabik toing2 laa.. Tema tahun ni ialah kebudayaan tradisional. tu la ada wau, ada kuda kepang, congkak, batu seremban dan sebagainya..


hari pertama

hari pertama ni, ada exam ulum quran, tak sempat ambil gambar makanan banyak2 pagi tu. exam2 pun, semangat kemaaradan tetap ada.. hehe..

mknan hari pertama, dendeng daging, pulut, sate, kuah kacang, karipap dan banyak lagi.. almaklumlah rumah pun dah jadi markas maarad sepanjang maarad ni.. tak terlibat pun, pasti akan terlibat juga sedikit sebanyak walaupun hanya dengan memekak di dapur.. ish3..

ni namanya dendeng daging. macam makanan pengantin kn??

uhuk3..


kad yang dibuat oleh timbalan pengarah.. comel kad tu, ada upin inpin..


antara barangan tradisional


ini lah pengantinnya..

lepas exam ulum quran tu terus pergi maarad, tengok duta asyik makan je tak henti-henti.. suka je tengok orang makan..


Hari kedua


ni nasi kerabu.. arab takut makan ni, nasi warna biru..
menu utamanya nasi kerabu dengan bihun..
kuih pun banyak jugak..


ha yang ni, tempat yang tidak akan tak ada orang..
sentiasa penuh, booth palestin.


yg ni, eriteria..
nak cakap apa khabar.. 'kamahallaha'.. jawabnye, 'kamahallahu'..
suke dengan akak eritria yang comel tu.


yg ni pula di iraq


Hari ketiga

Hari ketiga ialah pada hari jadi saya, 1hb4.. huhu..


ni puding roti.. warne wrni.. tahun ni mmg tema mknan pun warna warni kot..


ni masakan ikan yang belum siap..
ikan goreng ni, disiramkan kuah atas die. mak aii, terliur air liur.


ni booth indonesia..



Hari keempat

ni kek strawberry. lelaki yg buat ni, teruja je rasa..



kuih sagu, nasi tomato, dengan laksam..


ni negara syeikh masyari..


arab saudi joget2..





akhir kata, memang best la maarad ni.. cuma satu, jangan jadikan maarad ini sebagai jalan kita boleh bergambar berdua lelaki dan perempuan.. muslimat, bergambar kalau ada syabab melayu kt situ, tknk pula.. tapi kalau bergambar dengan syabab arab, nk pulak.. kalau sendiri boleh jaga, insyaallah..

banyak lagi makanan, yang tidak diambil gambarnya.. dah habis masuk perut, tgkap gambar perut, boleh ke?? kui3.. untuk maarad JUST, bittaufiq untuk anda semua.. Semoga berjalan seperti yang dirancang.. 14hb tu exam.. kalau rajin lepas tu, nk pergi tgk ar, insyaallah..