Sunday, June 7, 2009

tebas menebas..

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, setelah sekian lama kurang menjengah pada blog kesayangan ini, akhirnya malam ini dapat juga menghabiskan masa untuk bermesraan dan bermanja-manjaan dengan blog ini. Asalnya ingin menulis seperti perkongsian tentang aktiviti menebas ghobah soghirah bersama sahabat2 lain, tapi apabila difikirkan semula, tidak wajar rasanya, kerana perkongsian itu seolah tidak mendatangkan manfaat. Fikir semula ketika mula berblog, adakah untuk menulis diari sebgai perkongsian, atau menerpa nama semata?? sudah tentu tidak!! Lalu, untuk apakah saya menukilkannya?? Ayuh, baca lagi.. Semoga bermanfaat..


Situasi kepelikan..

Hari pertama menebas, ialah pada hari pertama bermulanya cuti. Seorang sahabat berjumpa dengan tuan rumah untuk meminjam cangkul atau alatan2 lain yang sewajarnya untuk projek hari pertama cuti kami ini, namun hampa apabila tuan rumah kata dia tidak punyai walau satu pun alatan itu. Dan kami pelik sesama sendiri "Apakah orang tempatan tak ada satu pun alat2 tu?? kalau rumah aku kat Malaysia bukan setakat cangkul, malah sabit, mesin potong rumput, bahkan bulldozer juga ada di rumah". Pelik, kan?

Maka, kami pun mulakan projek dengan membalut tangan dengan plastik, dan dengan menggunakan pisau kami yang masih baru dibeli. Tidak mengapalah, itulah gunanya pisau. Apa guna pisau yang masih tajam kalau tak digunakan. Terkenang pisau itu juga yang telah menyiat kulit salah seorang sahabat serumah saya ketika hendak memotong ayam. Berbakti sungguh bukan pisau itu?? hehe.. Jadi, kami mulakan dengan bahagian ghobah di bahagian kanan dahulu, sunnah la tu, mulakan kanan..


Situasi hari pertama - ghobah sebelah kanan..

Ghobah sebelah kanan ini, kawasan kecil sedikit dari sebelah kiri, dan hanya punya satu saja pokok. Lalangnya panjang-panjang tetapi pokok duri hanya sedikit, cuma di tepi saja. Jadi, hari pertama ini, kami agak seronok sikit membersihkan laman ini, kerana tak perlu risau tangan tercucuk duri walau ada juga tercucuk sedikit, tapi biasalah adat berkebun. Jika taknak gatal, taknak berdarah, pilih sajalah untuk tidur. Ya, tidak?? Selepas dibersihkan, barulah terasa seperti laman rumah saya ini besar, dan bila terpandang bawah tangga, terfikir "Best jugak petang2 main lari2 ke nyorok2 ke bawah tangga ni".. Lebih lagi apabila dibersihkan, tarik semua ranting2 yang sudah mencacak dan daun2 yang sudah menjalar, baru kelihatan seperti taman, tidak lagi seperti ghobah soghiroh, =P..


Situasi hari kedua - ghobah sebelah kiri..

Ghobah sebelah kiri, lalangnya agak kasar, pokok duri merata-rata, banyak sangat sampah yang terselit di pagar, yang dibuang dari makhluk-makhluk yang tidak punyai akal barangkali serta pokok bunga layu yang merimbun. Jika musim bunga, kawasan inilah yang sangat cantik, musim salji juga, kawasan inilah yang akan berebut2 nk tangkap gambar.Tapi bila tiba musim panas, janganlah mengaku pernah bergambar disitu, hihi.. Dengan hanya 2 pisau juga, satu penyapu, satu penyodok, satu batang kayu dan tangan masing2 yang berbalut plastik, kami mulakan.. Memang susah, sehingga jadi kayu masing2 tidak tahu hendak berbuat apa. Tapi, dengan cogankata "sikit je lagi ni, sikit je lagi ni", kawasan yang asalnya tidak kami terniat untuk membersihkan semuanya akhirnya ditebas sehingga ke hujung sana.. Semua gara-gara semangatnya akk senior kami kak ahiasah dan kak aimi yang sgt bersemangat menebas, juga semangat sahabat2 saya yang sememangnya bersemangat..


Suatu persamaan..

Persamaan yang bagaimana saya ingin bawakan pada anda?? Ok, ibaratkan taman-taman itu seperti mad'u, dan alatan berkebun itu sebagai cara kita berdakwah..

Situasi taman sebelah kanan itu, tamannya lebih kecil, lalangnya tidak menyakitkan, hanya saja perlu berusaha untuk menghabiskan kerja-kerja.. Inilah ibaratnya mad'u yang lebih senang dilentur, hanya dinasihatkan dengan baik, sudah boleh terima. Walaupun kelengkapan tidak mencukupi, iaitu cara berdakwah kita kurang menarik, tidak bersesuaian tapi boleh saja diterima, cume mengambil masa yang lama.. tapi kan lebih bagus jika kita menggunakan cangkul untuk membersihkan laman itu, iaitu menggunakan uslub yang bersesuaian dalam berdakwah.. bukankah lebih senang?? ya, kn??

Lihat pula situasi hari kedua itu, pokok duri di mana-mana, perlu berhati-hati, memasukkan pokok2 itu ke dalam plastik hitam juga perlu berhati-hati.. Inilah mad'u kita yang sukar dibentuk, kerana duri itulah penyebabnya. Jadi, perkara pertama haruslah membuang dahulu segala pokok duri yang mencalar dan melukai tangan dan kaki itu. Membuang pokok duri juga perlu dengan caranya, kerana apabila jatuh duri itu ke tanah, ia membuat kaki orang lain pula terluka.. Begitulah juga mad'u kita, kita perhati dan kaji dahulu silapnya, lalu dengan berhati-hati kutip keburukan itu dan campak jauh-jauh.. Paling penting, bersabar itu perlu.. Istiqamah dan jangan berputus asa.

Setiap orang islam adalah daie. Jangan segan untuk mengaku anda adalah seorang ustaz atau ustazah. Tapi juga seorang doktor, jurutera, akauntan, harus malu jika apa yang kamu pelajari itu tidak dihubungkaitkan dengan islam.. Ilmu saya juga tidak seperti ustaz-ustazah, tapi jika mahu menunggu ilmu semantap ustaz-ustazah, bila agaknya ya?? sampai mati juga belum tentu.. Jadi apa yang saya mahu kongsikan, yang baik, ambillah.. yang tak baik, campakkan di laut mati, =P

Ayuh kengkawan, kita perbaiki diri dari ghobah ke hadiqah jamiilah.. Maaf ya, nak tangkap gambar asik lupa, padahal depan umah ja.. hehe nanti la.. Pakcik2 serta syabab arab yang melihat kami membersihkan laman ini, hanya satu kupinta iaitu merasa segan jangan lagi membuang sampah dengn selamba badak di hadapan rumah ini. Tidak malukah?? Rumah kami bukan tempat pengumpulan sampah.. <-- tidakkah ayat ini seolah syabab arab bangunan depan ni bukak blog saya, atau faham apa yang saya tulis?? hahahaha..

Wallahu a'lam..Sekian, wassalam..~~ngantukkkkkk...

Friday, June 5, 2009

hehe

Bismillahirrahmairrahim..
Assalamualaikum..

Tiada apa2 mahu dikongsi disini.. kesian blog ini telah dianaktirikan, sbb sy dh ada anak baru, kuat meragam pula tu, http://mmyjordan.blogspot.com .. hihi..

Ingat cuti boleh mengupdate blog dgn riang rianya, rupanya silap sama sekali.. dan sepanjang cuti ni, asyik sakit yang datang berziarah.. Cuti hari pertama, pening dengan dahsyatnya, selalu pening baca buku tonyoh minyak cap kapak, dan balm pala disisi sudah memadai.. tapi pening kali ini, maha hebat penangannya.. Terlalu banyak difikirkan.. Benar kan pening belajar dan pening benda lain, berbeza peningnya.. Belajar, memang memeningkan, menghadap kertas2 dan nota2 bagai nk muntah rasanya, tapi selepas habis belajar lebih memeningkan.. kn3??

Cuti hari kedua pula, sakit gigi dan demam.. taknak cerita, kang kene marah, hehehehe..
masih terbayang eskrem cheese cake+coklat di syari' jamiah, lalala~~

Dan telah berjanji dengan kawan untuk mengupdate projek berkebun di halaman rumah, juga terpaksa ditangguhkan.. maaf ya, takpe, kak ahiasah sudah terlebih dahulu mengupdatenya.. jemput la baca di blog kak ahiasah - mari menebas... ..

Masih mencari2 betul ke cuti adalah waktu tidur-tiduran dan movie-moviean??

Wednesday, June 3, 2009

tag dari kak maria

Bismillahirrahmaanirrahim.. Alhamdulillah, pagi yg indah tapi sedikit bahang hari ini, masih menunggu terbitnya fajar untuk menyambung projek semalam iaitu membersihkan ghobah soghir di laman rumah kami.. ghobah soghir ni dah jadi hadiqoh.. jadi, kepada semua cucu2 ku, rajin2 la balik ke kampung ya!!

sehingga hari ini, saya dah ada 3 tag dalam simpanan.. hendak buat asik tidak punya masa, ataupun ada masa, tapi malas nak buat.. jadi pg ni, nak buat 1 je kot, yang paling senang dulu,dan tidak mengambil masa yang lama.. tag dari kak maria, kakakku di rakan usrah..

Instructions:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and a description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.


hehe, inilah gambar bertuahnyaaa..



folder ni namanya sofwan, dan ini bukan gambar yang ke6, sbb yang ke6 tu agak kurang sesuai letak disini, 18sx, aib la kata orang, dan ini adalah gambar yang ke7.. hehe.. maaf kak maria, melanggar peraturan lak.. degil no!!

Shahid Sofwan adalah anak buah saya yang kedua, anak kak jiji.. Nama kakak saya Shahida, suami dia Shahdan, anak dia Shahid Sofwan.. hehe.. adakah saya juga akan mencari seseorang yang bernama ........?? keh3 ooops2, tuuuttt (censored, tayangan ditapis).. =P

Gambar ini sewaktu kami berkelah di tasik Putrajaya.. nampak tak sofwan nangis tu? sbb ape?? aiyoookk, sapa buat???!! bukan saya,, bukan saya.. haa, dia nangis sbb rumput, tak pernah jumpa rumput.. tinggalkan ja, nangis sebab geli..

Smpai abang ipar sy cakap "hei, abah membesar dengan rumput, dengan padi tau?? apa la anak abah geli rumput ni??"..
lalu jawab umi nya smbil menjeling, "haa sofwan ikut ummi, penggeli..", hehe.

itu saja, dan sy sangat merindui anak2 buah sy.. ank buah lg sorang namenya izzati.. sekarang kakak pertama dan kedua mengandung lagi.. doakan ya!! hari tu balik, dh 2 orang anak buah, balik tahun depan insyaallah, ada 4 pulak.. yeaa..

orang yang brtuah selepas ini ialah..
1) tiqah .. (dia ni dh taknk buat tag lg, tp yg ni senang je, tktahu la kalau die nk)
2) zimah.. (berjanggut agaknye kalau die ni yg buat), haha..
3) sab..
4) yati .. cik blender purple
5) kak Ahiasah
6) kak timah

*eh, dah letak gmbr yg ke7, dh mungkir peraturan 6, adakah kene bg tag ni pada 7 orang?? hmm..
ok, beransur dulu..

Monday, June 1, 2009

Antara bidadari dan penghuni syurga.



Wahai kakakku,
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu??
asyik berteman tangis dan sendu sahaja??

Wahai adikku,
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
tetapi disitulah wahai adikku,
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,
menjadi izzah yang paling gah,
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,
kerana sendu rayunya,
Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun.
Duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata..

Namun wahai kakakku,
Wanita itu fitnah dunia..

Pernahkah adikku dengar,pesanan ilahi pada hambanya??
"Wahai lelaki yang beriman,
tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu",??

Cuba adik nilai,
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya??
Pada hamba yang bergelar ar-rijal,
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin terlihat wanita yang menjdai fitnah pada dirinya.

Dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,
agar memelihara auratnya,
kerana disitulah kehormatannya.

Bukan fitnah semata-mata jika ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!!
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

Tapi kakakku,
kenapa wanita itu menjadi peragaan??
Tidakkah mereka merasa malu??

Wahai adikku sayang,
Al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan,
wujudnya seiring dengan nafas insani,
dan al-haya' itulah pakaian iman,
pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri.

Namun,
bila mana al-haya' itu lebur, imannya runtuh..
Kenapa mereka merelakan diri jadi peragaan??
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
merasakan diri belum cukup menarik,
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku,
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan muarahan itu.

Wahai adikku,
1001 kaedah penciptaan wanita,
pandai-pandailah dikau menilai,
antara permata dan debu-debu kilauan pasir,

Wahai adikku, janganlah adik gusar, tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,menggugurkan diri menymbah tanah,sedangkan sebenarnya engkau telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..