Tuesday, August 4, 2009

harapan ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba2 merindui lagu zaman sekolah menengah saya ini, lantas teringat sesuatu, iaitu Program Persediaan Ramadhan yang saya sertai tahun lepas di Malaysia, anjuran itu dirahsiakan ya, hihi.. Program itu memang seronok!!

Waktu2 begini tahun lepas, memang best. Program persediaan ramadhan, Program di surau andalas, rakan usrah, usrah karisma uitm, kas.. bagaimana pula tahun ini ya? moga2 lebih bermakna, insyaallah!



Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

*cuti yang bakal kesunyian.. termasuk ini, sudah 3 entri, saya sebutkan kesunyian yang tiada penjelasan ini.. mahu tahu?? tunggu saja..

Monday, August 3, 2009

imtihan nihaie

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Hari ini saya dapat lagi sebuah cerita yang menarik, mahu dicopy sahaja, tidak sedap pula.. jika dikarang, mengambil masa pula. Tambahan saya baru pos sesuatu yang berkaitan sedikit tentang perkara itu, jadi tidak enak rasanya jika dimusimkan blog saya ini dengan musim pos kawen2.. Jadi2, tenang2 dulu ya!! =P..

Berjalan2 ke blog2 maya ini, di waktu2 di Malaysia sekarang sedang punyai satu isu yang sangat besar, sudah tentu kerjanya asyik bergaduh saja.. Jadi kawan2, ingat ya, kita beri pendapat bukan untuk lawan sapa menang sapa kalah, memberi pendapat itu tiada istilah begitu!! dan raikan lah kesemua pihak. Lawan2 pendapat itu adalah suatu yang positif, kerana itu menujukkan semua mengambil tahu hal itu, tetapi ia juga boleh jadi negatif jika tidak saling menghormati dan menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya..

Geram dan sakit juga membaca, namun itulah rakyat negaraku, Malaysia yang dirindui..

Syarat perlunya dimansuhkan ISA itu kalau tidak mereka sedar, tiada guna juga.. Jadi, cubalah bayangkan jika kamu yang di ISA, tanpa sebab, tanpa bicara, tak pasal2 masuk bilik bawah tanah yang sejuk, baju nipis, bagi makan pun jika bernasib baik.. Bayangkan keluarga kamu di rumah itu bagaimana?? saranya, kesedihan mengenang kamu, dan lain2 itu..

Mereka yang di ISA itu seolah kembali ke zaman RAsulullah, yang diseksa, dihina, dicaci, ditolak dakwahnya..
Jadi orang yang menyeksa itu tidakkah seperti orang yang menentang dakwah Raulullah?!
Dimanakah al-Quran dan as-Sunnah kamu??!!

Dan saya adalah mahasiswi tajaan JAIS, Selangor itu bawah PR. Bermakna saya adalah mnyokong kerajaan, dan bukan menentang kerajaan. (pendapat seorg sahabat) keh3.. pn begitu, sy adalah non-partisan, ceyt!!!

Apapun, tumpu dulu ya imtihan nihaie minggu depan :

Hasub: 9 Ogos 2009
Adab Muqaran :11 Ogos 2009
Syiir hadith 2 : 11 Ogos 2009

Kesedaran mahu exam itu sudah ada, tapi kemahuan membaca buku itu belum wujud.. masih melayan kegilaan lama.. suara alka yagnik dan udit narayan memang masyukkk!! bagaimana ya??dan selepas imtihan nihaie itu saya akan kesunyian..... (bermaksuddd.......??)

Saturday, August 1, 2009

Mahu apa lagi??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Izinkan saya menggunakan kata ganti nama diri 'aku' untuk entri kali ini. Jemputlah untuk baca, semoga manfaatnya dikongsi bersama. Buang masa saja kalau menulis sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat, benar??!! (eleh, macam sy tak pernah tulis merepek2 ja, =P)

Aku, sering tertanya2 mengapakah belum hadirnya seorang yang digelar pasangan hidup. Walau teman itu sudah kupunya, namun tidak berkekalan, berhenti di pertengahan jalan. Apakah ku tidak punya kecantikan yang orang lain miliki?? Apakah aku tidak punya daya penarik yang orang lain miliki??!! Apakah itu, dan apakah ini, adakah itu dan ini, sering bermain di fikiran. Kekasih itu sudah ramai, tetapi yg berkekalan itu tidak sekali!! pasti dan pasti terhenti di tengah jalan..

Aku semenjak dulu, seorang yang sangat penyegan dengan lelaki. Bertemu dan berborak serta bergaul dengan golongan itu, jauh sekali. Walau ketika itu, dianggap 'boleh saja' jika bermain dengan mereka, tetapi aku tidak!! Dan aku senang begitu, kerana punya ramai kawan yang sejantina denganku dan aku bahagia saja dengan mereka. Mengapa aku tidak bernafsu untuk bermain dan bergaul dengan lelaki di tadika dulu tidak ku pasti, yang pasti tidak pernah sekali aku mengenal sesiapa dari golongan itu yang tidak punya urusan denganku..

Sikap itu dibawa sehingga ke sekolah rendah, dan aku masih begitu.. Saat rakan2 lain sudah pandai untuk ber'dating', belanja pen'cinta monyet' mereka makan, menagajak keluar, memberi hadiah di hari2 yang bersejarah buat mereka, namun aku tidak lagi, semua itu kutolak tepi! tidak pernah sekali aku mengidamkan kehidupan seperti itu. Namun kusedar ketika itu, ramai sudah yang cuba menjadikanku teman cinta monyet mereka, namun aku menolak menandakan tidak boleh, takutnya aku untuk merasakan semua itu,yang menjadi fitrah sahabat2 yang lain, tidak kukenal pasti..

Dan ketika di sekolah menengah, aku dihantar ke sekolah berasrama, dan disana aku mula berjinak dengan lelaki. Faktornya mungkin suasana dan sahabat, tetapi aku tidak menggemar menggunakan faktor itu sebagai sebab, aku lebih gemar menjadikan diri sendiri sebagai pesalah..

Di tingkatan 1, kujumpa seorang lelaki, kusangkakan itulah jodohku kurniaan ilahi, kami sangat rapat, perkenalan yang mulanya hanya untuk belajar, kerana dia itu genius orangnya. Aku sangat tertarik dengan gayanya, elok lakunya, tutur percakapan yang sopan, dan aku tidak pernah punya perasaan itu!! Namun ikatan itu hanya kekal sebagai sahabat kerana dia sudah punya teman ketika itu, dan aku tidak mahu menjadi orang ketiga diantara mereka. Lama juga kupendam perasaan, dan lama juga kumenahan perasaan mengetahui dia sudah punyai teman.

Lama dan lama... Dan ketika di tingkatan 2, aku mengenali seorang lagi yang berjaya menarik perhatianku. Orangnya kontra sekali dengan yang pertama. Dia seorang yang suka main2, tidak pernah serius dalam setiap perkara, sringkali membuat masalah didalam kelas, malah sekolah, sehinggakan ibubapanya pernah dipanggil oleh pengetua sekolah. Dan aku terpaksa memutskan hubungan kerana aku tidak merasa aku penting baginya, sikapnya yang lebih mementingkan kawan 'rempit'nya, membuat aku sungguh tidak enak bersama dia, lalu membuat keputusan memutuskan hubungan..

Ketika di tingkatan 3 pula, orang yang berjaya memikat hatiku adalah seorang penasyid sekolah, dan ini benar2 kurasakan aku akan berkekalan disampingnya.Tetapi sebaik saja aku mendapat tahu dia punyai masalah keluarga, aku dengan cepat bertindak membuat keputusan untuk memutus hubungan..

Dalam tahun yang sama, aku jumpa lagi seorang lelaki yang selalu azan di surau sekolah. Sudah lama kuamati dan kuminati suara itu, sehingga akhirnya kujumpa dan mengorak langkah untuk berkenalan dengan lebih rapat.. Berjaya, namun hubungan itu telah menjadi buah mulut rakan2 sekolah, dan kami sangat malu lantas menguburkan hubungan itu begitu sahaja..

Aku sudah penat untuk berterusan begitu, sehinggalah aku mendapat tawaran ke universiti luar negara. Disana, ketika di tahun 3, aku jumpa lagi seorang lelaki yang berjaya menarik perhatianku.. aku seringkali cuba untuk mendekatinya, tetapi dia layan aku endah tidak endah. Seringkali aku bertanya padanya mengapakah dia melayanku sebegitu sedang dengan orang lain melayan seperti biasa saja. Apakah aku tidak layak mengenalinya dengan lebih rapat?? Siapakah aku di matanya??

Namun aku tidak pernah berputus asa, sering saja aku berusaha untuk menarik perhatiannya, yang sebabnya tidak ku ketahui. Kadang tertanya juga kepada diri, apakah sudah tidak ada lelaki lain untukmu wahai diri?? Namun aku lebih suka untuk mengganggu kehidupannya.. Pernah juga dinasihati rakan, namun kupekakkan telinga. Sehinggalah dia menamat pengajian dan pulang ke Malaysia. Dan suatu hari, aku menerima sepucuk surat dari sahabatku, surat itu aku tidak menyangka datangnya dari siapa, lalu aku buka dan terus kubaca:

"Assalamualaikumwarahmatullah ya ukhti!!! pertama sekali ana mahu berpesan, ana tidak mahu surat ini menjadi fitnah, jadi dengan itu, ana berharap selepas enti membaca, surat ini dibuang, tapi isinya jangan!!

Ana sedar kesudian enti untuk menjadi teman perjuangan ana, ana bukan sesiapa untuk mengata enti tidak layak untuk ana, atau ana tidak layak enti, tiada apa yang sama bagi kita.. ana bukan itu, ana bukan sesiapa, cuma hambaNYA yang sangat sangat sangat lemah..

Ya ukhti, bukan ana menolak kesudian enti itu, jauh sekali untuk ana mengatakan ana sudah punyai teman.. tidak!! itu tidak sama sekali!! jika ana punyai kuasa penentuan jodoh, sudah tentu enti lah yang akan ana pilih. enti yang akan ana pilih, itu sudah tentu!! tapi ana takut, enti adalah seorang yang baik, santun orangnya, ana sangat risau jika hubungan ini memburukkan enti, merosakkn enti..

Tambahan perjalanan kita masih jauh, ana tidak punya sebarang kerja lagi, dan sehingga itu, sehingga kita menunggu untuk hari bernikah itu bagaimanakah geri kita, bagaimanakah hati kita.. Ana tidak mahu menjadi sebab enti kecundang dalam dakwah, besar dosanya ya ukhti!! besar!! sangat besar!!

Ana sangat yakin enti faham keadaan ini.. ya, kan?? jadi, teruskan lah perjuangann enti , belajar dengan bersungguh, tolakkan perasaan itu ketepi, dibuang jauh luar sempadan. Jika benar kita memang ditetapkan oleh Allah punyai jodoh, maka percayalah dengan janji2 itu ya??!!

Doakan ana agar sentiasa istiqamah pada jalan ini, begitu juga ana akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabat2 ana. Ana mintak maaf jika kelakuan ana sepanjang ini tidak menyenangkan enti, namun ana tidak mampu menahan perasaan. Sangat gusar jika dilayan perasaan ini, diri akan hanyut.. Percaya dan yaqin bahawa Allah itu maha berkuasa!! sungguh, Dialah yang maha berkuasa..

Salam juang dari ana, al-Mujahid!!

Assalamualaikum"
Dan aku mengonyok kertas itu semahunya, dan menangis semahunya.. Diri terduduk menyembam bumi, menangis dan menangis.. Buruk sungguh kelakuanku..Bersyukur Ya Allah, disaat aku tidak pandai menjaga diri, kau wujudkan seorang yang menjaga diriku! Jika tidak tentu kami hanyut, hanyut dan terus hanyut dibuai arus..

"Ya Allah, Engkau itu dekat, jangan biar aku menangis.. jangn biar aku keseorangan.. "


p/s : ni bukan cerita saya, rekaan semata.. kuang3x.........

fuh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Jam 3, dan mata belum mengantuk.. Baru sahaja selesai beborak dan bermuhasabah dengan sahabat2 serumah, tentang apa la ya, hihi tentang masalah umat la, itu yang pasti.. almaklumla, ahli rumah saya sekarang ada timbalan bendahari permai, ada ydpah selangor, ada timbalan mmy, ish3.. orang makin tua, ramai pencen.. mereka semakin tua, semakin giat pula, alhamdulillah!!..

Kekadang mengata manja2 juga kepada mereka, "habislah ko zimah, tahun depan permai 600 orang, bahu senget sebelah, hihi".. sheera pula, semenjak mula berkempen sehingga hari ini diumumkan menjadi ydpah, "sheera, bkasj tahun depan, habislah ko sheera, orang tanya duit zakat, bantuan umum semua, ish3, haha".. dan arikah, "tahun ni MMY 136, bakal datang ni, jais sahaja hantar 29, belum kedah lagi, private lagi, habislah arikah, ntah apa orang kata pula tahun depan, uish"..

Itulah kata2 yang seringkali dilafaz bagi menakut2kan mereka, sedang mereka lah orang yang beruntung jika melaksanakan dengan baik, kerana mungkin dengan menjadi saf pimpinan itu, mereka terlepas dari azab di akhirat nanti.. akan diberitahu : "Arikah, kau ini banyak dosa di dunia, tetapi dengan sebab kau pernah jadi timbalan MMY 09/10, kau telah mengendalikan pimpinan dengan cukup baik, maka terlepas dari azab".. beruntung, bukan?? (sekadar contoh, ;))

Sedang kamu shafiqah, hak kamu pada diri sendiri saja, urus diri saja, mampukah kendali dengan baik??

Tahniah pada saf pimpinan baru bkasj.. setiap kali kempen saya, pasti ada seorang yang tersasar, hua3.. tidak mengapa, anda semua terhebat!!
Dan cuti soifi akan datang yang kurang dua minggu sahaja lagi ini saya akan keseorangan................................................... kesepian................... mengapa?? jeng jeng jeng.. rahsiaaaaa!!!