Saturday, April 12, 2014

Aktiviti didikhibur- main peranan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahatullah.

Wassolatu wassalamu Ala Rasulillah.

Ini wajah2 anak syurga 2 Akik yang sentiasa cergas ceria. Waktu ini mereka kene berlakon sebagai jaddun jaddatun, abun, ammun, ammatun. Saya bacakan teks dwibahasa arab dan melayu, murid akan melakonkan watak. Mula2 malu2 semua, lepas sorang dah berlakon, semua berebut2 nak berlakon jugak. 



Gambar dibawah jaddun sedang mengaji, abun baru pulang kerja dengan membawa lori, dan jaddatun sedang mengemas rumah, menyapu sampah, hehe.


Haa tu dia nenek mengemas rumah. 
Ada lagi teks nya. Emak (ummun) dan ammatun (makcik) memasak di dapur, kemudian dihidangkan kepada abun, jaddun, ammun dan ammatun. Ayat bahasa arab yang mudah2 aje.

Budak2 terhibur, dapat meningkatkan rasa keyakinan diri.

hehe.
Sekian dulu.
Dh habis ladap. nak balik rumah, Lepas ni boleh tumpu untuk kerja isteri solehah, hehe.

LAdap FROG. i think later, ;)

Assalamualaikum warahmatullah.

 Wassolatu wassalamu Ala Rasulillah..

 Sedang berada di sekolah, menghadiri ladap untuk bina site vle frog. Saya yang tiada akau frog ini baru teringat ada blog cik santun ni, hihi. Orang buat PdP di Frog, kita menyapu la di blog ya.. Lama sungguh ku tak buka blog ini, last post 2011. wuahh!! sangat bz ok cik eh puan shafiqah sepanjang 3 tahun ini. hehe.

 InsyaALlah lepas 4 bulan ni ada la ye kita akaun frog, bagus saya tengok frog aka si katak ini. Boleh simpan semua standard kandungan, Rancangan Pengajaran Tahunan. Kat dalam laptop ni macam2 ada, dengan upin ipin la, esaimen segala jenis bahan bantu mengajar dan sebagainya. Simpan saja kat frog. Melalui ini juga pembelajaran melaui vle frog ni. Ceh, tgh dalam program dah pandai upload2 semua bolhe kata best, banyak manfaat semua. Tengah bersemanagat orang kata, Nengok lepas ni, pakai ke tak makmal komputer tu, hehe.. (cakap kat diri sendiri lee nii).

 Sudahh dulu cita pasal frog. Nanti dh ada akaun frog baru cerita lebih2. Cerita praktikum pulak boleh? Alhamdulillah semalam Jumaat merupakan hari terakhir penyeliaan oleh pensyarah penyelia saya Dr. Isa. Berakhir sudah tempoh 3 bulan praktikum yangg meriangkan. Selepas pensyarah cakap ini penyeliaan terakhir saya rasa sedih sangat, siapa la yang nak tegur kita mengajar lepas ni, syok sendiri je. Sedihnya perasaan macam selepas Perdana Menteri umumkan penerbangan mh370 berakhir di Lautan Hindi, hihi apakah kene mengena ini.

 Selepas ini tunggu maklumat interview SPP, interaksi waktu cuti Mei-Jun, dan tunggu posting! InsyaAllah doakan ya. Tak dapat posting di sekolah yang sama, sekurangnya dapat S.K Andalas ke, S.K Taman Klang Jaya pn ok. hehe. Amin 40x.. Selepas ini saya akan merindui anak2 S.K. Pendamaran Jaya, di sini tempat ku mempraktik dan bertatih ilmu perguruan. Satu tahun setengah ini banyak lagi benda yang tak tahu dan perlu dipelajari. Semua guru disini sangat best, dan banyak sangat ilmu yang saya peroleh dari mereka.

Stop sini dulu, ni duduk sebelah guru besar ni.. Saja ngendeng2 utk bg A praktikum, ekeke. Astaghfirullah. niat jaga, niat jaga. =)

Wednesday, September 28, 2011

coklat zawji habibi..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alkisaah, 2 minggu lalu, sedang diri tidur, termimpi encik suami minta sesuatu. Tahu apa permintaannya? katanya "syg, abg nak makan ciskek la".. Saya pun terkejut, kenapa hujung2 bulan macam ini tiba2 nak suruh buat ciskek.. Saya pun berkata, "tak boleh buat la bang, saya buat apa yang ada saja ya?" teringat dark choclate didalam freezer sudah 2 minggu tidak bersentuh..

Mungkin sebab sudah sebulan tak buatkan encik suami kek, sampai termimpi-mimpi!

Petang itu, pulang dari kerja, singgah 99 untuk membeli peanut butter. Pulang saja encik suami dari kerja jam 5.40 itu, ingat mahu tarik terus ke dapur, banyak pula kerjanya, hendak berjumpa nazir masjid la, nak setelkan cek la, hendak bayar itu lah, hendak jumpa ini lah, itu dan ini.. adoi! (Memang selalu bab buat kek, suka heret encik suami sekali, padan muke! =p ).

Saya pun mulakan apa patut, sehingga suami pulang, dia pula mengambil alih, dan buat bersama, ^-^

tekun sungguh mukanya membuat kerja.


buruknya bang!! haha..


hmm nyummy2!!

2 hari selepas itu, bawa coklat ke sekolah, wah sudah mendapat tempahan.. Lepas ini boleh mulakan jualan,.. sapa lagi nak?? hehe..

Monday, September 12, 2011

dot dot.

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih dalam mode raya, dan 13 September genaplah 4 bulan usia saya menerima 'bayang-bayang' baru.. Oh, saya yang menjadi bayang-bayang, atau, encik suami yang menjdai pembayang? hihi. Terlalu awal, dan masih lagi belajar menjadi isteri, =p..

Lihat kesemua jemputan, sekarang adalah musim orang berkahwin agaknya. Almaklum saja, bulan Syawal, bulan sunat.. Ye tidak? Puasa 6 pun, sunat jugak, =p.. Belum punya masa mengupdate blog seperti kebiasaan dulu2, tanggungjawab makin banyak, makun sibuk orang kate, (POYO??).. Jika dahulu, menyusun planner untuk seorang, kini, susun untuk 2 orang.. hehe.

~ Tidak ada seorang isteri itu, hari ini berkahwin, sudah mahir menjadi isteri. Tidak ada seorang ibu, sekarang mendapat anak, terus sudah pandai menjadi seorang ibu, dan kesemuanya ada prosesnya. Walaupun sudah biasa tugas itu, pandai mengawal budak kecil, atau biasa buat kerja rumah, apabila masuk dalam keadaannya, pelbagai cabaran perlu diharungi. Semua isteri mahu jadi isteri terbaik, semua ibu mahu jadi ibu terhebat. Bagaimana?? Anda? Sudah lalui?? haha jawab sendiri.

Sikit saja entry ini, menulis sekadar panas tangan untuk menulis lebih panjang.. Boleh gitu?? =p.. Sebelum terlupa, blog ini tetap kekal ciksantun, =).. Jangan dengki, sekian~ =)