Thursday, March 17, 2016

Ikhtiar nak senang bersalin

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat sihat dan lapang. Kali ni saya nak kongsikan ikhtiar nak senang bersalin.Ceh gaya macam senang sangat saya bersalinnya. Tidaklah, seperti entri yang lepas,saya ceritakan pengalaman bersalin saya hampir dibedah,tapi sekurangnya ada ikhtiar dan usaha sebelum tu untuk memudahkan bersalin. ya tak? hehe.

1) Perbanyakkan baca Alquran.Kalo boleh,khatam!
Masa saya mengandung 3bulan,waktu tu di bulan puasa. Jadi saya join grup tadarus sempatla khatam sebulan tu sekali.lepas raya sy buat grup lain untuk kawan2 sy yang mengandung sama siapa yang nak teruskan bacaan quran sampai khatam. 3 bulan baru dpt khatam. lps tu tk khatam2. Dah masuk kandungan 8bulan saya khususkan bacaan surah mengikut hari :

ha nampak tak?bukan sebab apa.sebab kan surah2 tu berkaitan dengan org mengandung. nak baca semua dalam sehari memang tak larat,jadi pecahkan ikut hari.
Ada juga hari yang saya miss baca,dan hari yg sy skip baca,hehe. Yang penting ikhlas,dan niatkan untuk kita dan baby dlm kandungan. 


2) Minta maaf pada suami,mak, abah,mak mertua,ayah mertua,serta org sekeliling. Solat berjemaah sama dengan suami,saling mmaafkan,biasakan diri sebelum tidur cium tangan dan bermaafam dengan suami,dan juga memaafkan orang lain. Insyaallah kita akan rasa tenang. ;)

3) Jaga pemakanan. Makan makanan berkhasiat dan ambil supplemen tambahan jika perlu. 
- Sepanjang mengandung kali ni saya amalkan esp shaklee,vitalea,vita c, bcomp dan ostematrix. Memang lain rasa mengandung kali ni. Kaki tak pernah krem waktu tidur. Hb pun ok je.
- Dah hujung2 kehamilan saya tambah lagi dengan qaseh adinda. 
- Saya juga minum raspberry leaf tea. saya beli online.Kandungan hujung 8bulan saya dah mula minum sehari sekali. Dah masuk 9 bulan minum 3kali sehari.
- Minum air kelapa. Tiap kali gi sekolah mesti singgah kedai beli air kelapa.
- Makan bendi
- Makan telur kampung separuh masak setiap pagi. Makan dengan kicap. peh.

4) Aktiviti fizikal
- Kemas rumah,dalam pantang tak boleh nak mengemas kan. Ha jadi kemas siap2 hujung2 kehamilan ni. 
- Senaman squat dan jalan itik. Ha ni buat dengan Nuha dekat rumah suka sangat dia buat sama2.
- Banyak berjalan,dan banyakkan naik turun tangga. Kalo larat tak perlu ambil cuti awal,teruskan bekerja. 

5)Air selusuh dan urutan perineum
- Air selusuh saya mula minum bila kandungan sudah 38minggu,air doa yang didoakan sendiri oleh suami.
- Perineum massage saya buat mula kandugan 7 bulan. Urut bahagian vagina kita dengan minyak kelapa dara Biorich. Masa 7bulan sy cek up sekali di Klinik Barakah Bandar Puteri. Doktor disana yang ajar buat urutan ni. Mula2 takut nk masukkn jari dalam tu. Lepas buat sekali dah tak takut dah. Hari2 buat. Minyak kelapa dara tu juga buat minum. Sehari sesudu kecil.


Inilah amalan2 yg saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan supaya senang bersalin. Kalo ada yang nak cuba buat,dipersilakan. Kita hanya ikhtiar,selebihnya doa banyak2 pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita untuk bersalin. Insyaallah. ok,keluar dulu Assalamualaikum ;)

Wednesday, March 16, 2016

Pengalaman bersalin Muhammad Alfaqih

Bismillah wa syukru lillah. Selawat dan salam buat Rasulullah,para sahabat,tabi' tabi'in,serta seluruh umat islam sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, harini hari ke 47 usia baby saya Muhammad Alfaqih ,anak lelaki,seorang mujahid, pewaris nabi ;). Entri kali ni sekadar perkongsian pengalaman bersalin anak kedua ini. Ceh lahir kakak Nuha dulu takde pula nak kongsi pengalaman.Yang kedua,nak kongsi pulak. hehe. Saja je la.

Saya dijangka bersalin pada 21 Januari 2016, orang kata lahir anak kedua ni cepat,tapi tidak bagi saya. Puas la ikut tips2 brsalin awal,tapi tak juga bersalin awal hehe. Perut saya tinggi lagi,masih ke sekolah,panjat lg kelas tinggi,sampai kawan2 kat skolah yang risau. itu la ini la. rilek brader rilek. wat lek.wat peace. hehe.

Sepanjang mengandung pun Alhamdulillah kurang masalah sampai doktor pun taknak jumpa. Scan masa 4 bulan utk tengok kandungan ok,ada heartbeat dan normal,lepas tu tak jumpa doktor sampai kandungan dah 9 bulan. Baru nurse perasan,eh awk tak scan lagi,kene jumpa doktor ni scan utk check air ketuban. Haha sebelum tu tiap bulan gi cek up mengandung,sampai klinik kul 8, kul 9.30 dah balik dah,siap boleh tidur,kemas,masak sebelum gi sekolah. Bayangkan la dah 9 bulan baru scan,sy tanya lelaki ke perempuan? haha doktor gelak je,mana nampak lagi dah,baby dh penuh dalam ruang perut tu. Awak beli barang baby utk lelaki ke perempuan?saya cakap beli barang unisex je,semua pun dah siap.

Dah lepas tu,tiap 2minggu kne ngadap doktor. Jumpa doktor mesti balik lambat,nunggu nak masuk bilik doktor yg lama nya. 21 Januari,hari saya dijangka brrsalin,tapi tak sakit juga nak bersalin,doktor bagi tarikh 28 Januari, untuk cek di hospital pula untuk induce. Saya doa2 supaya cepat la sakit supaya tak kena induce.

Pagi 28 Januari.
Pagi2 saya bangun mohon pada Allah agar dimudahkan urusan saya bersalin,masak sarapan untuk suami dan anak,rutin macam biasa. Kemudian pergi Hospital Shah Alam dalam jam 8 pagi. Sampai situ masuk bahagian bersalin,nurse kat situ cakap takde katil kosong untuk saya masuk wad,dia suruh balik dulu. ok kami pun balik. On the way balik, sempat makan cendol durian kt Shah Alam. hehe. Saya tanya en suami nk masuk kerja tak? Kalo nak masuk kerja saya pun nak pergi sekolah. Rugi cuti. En suami cakap takpe la,abang temankan jalan2 harini. Ok! Kami pun balik dulu rumah mertua,makan,solat zohor kemudian keluar gi Aeon Bukit Tinggi jalan2 dengan niat moga senang bersalin. Jalan satu pusingan setiap level,atas bawah atas bawah. Cuci mata sampai 2 jam berjalan. Penat,duduk.Sambung balik. Kul 4petang baru balik.



7 malam saya nak mandi keluar 3 tompok darah. Nuha duduk dengan makngah dia,kami pun terus ke hospital. Daftar, cek ctg, cek bukaan,dah buka 3cm, masuk wad. En suami tunggu di ruangan menunggu. Malam tu saya tak boleh tidur. Saya bangun malam tu solat dan doa sungguh2 pada Allah, minta keampunan dari Allah,sujud lama2.

29 Januari (Jumaat)
Selepas solat subuh,baca surah Alkahfi,belum habis baca nurse panggil untuk cek bukaan..Masih 3cm dan tak perlu di induce.

Jam 8.40 pagi masuk labour room dalam keadaan tak sakit. Siap gaduh dengan nurse,saya tak sakit buat apa saya kene masuk labour room. Nurse cakap taknak masuk labour room buat apa datang hospital. haha.Dia suruh bukak seluar mamapride yg sy beli mahal2 tuh, bukak serkup,bukak stokin,bukak sarung tangan,haih nurse ni,sabo je la.

Jam 9,nurse pecahkan air ketuban,mula la rasa sakit.tiap setengah jam saya rasa sakit contraction dan tidur.sakit.tidur.sakit.tdur. haha.kul 10 cek bukak 4, kul 10.30 cek bukak 5,kul 11 cek buka 6cm.Masa buka 6 ni la saya rasa sakit tiap 5min.

Kul 11.15 doktor minta suami masuk. Saya pegang tangan suami. Abang,sakitnya. Suami tenangkan ajak zikir sama2,selawat sama2.
Tiba2 bacaan jantung baby kat mesin ctg tak cantik. Doktor cakap saya kena cepat dibedah,kalo tak baby boleh lemas. Saya berkeras cakap taknak. Lepas sorang,sorang doktor datang marah. "Awak nak ke apa2 jadi pada baby awak?" "Awak dah mengandung 9 bulan,awak nak baby awak tak diselamatkan ke?", " puan,kami pun sebolehnya taknak puan dibedah,puan doa jela banyak2,kalo takdir anak puan dilahirkan normal,sampai ke bilik bedah pun puan blh bersalin normal,kami pun ada prosedur,bukan suka je nak bedah".

Saya menangis,menangis,menangis, cakap"Saya taknak kene bedah,saya nak bersalin normal,bagi saya masa sikit lagi.saya boleh tahan.Saya nak balik". Siap bangun nk turun dari katil. haha.Sudahnya doktor cakap dengan en suami,encik nasihatkan la isteri encik ni. haha degilnya la aku.Saya minta en suami pujuk baby dalam perut supaya keluar normal. Akhirnya saya tandatangan surat kebenaran untuk bedah,salin baju,pakai topi OT, minum air untuk elak muntah,semua nurse tgh sibuk2 kt bilik tu. Saya cuba teran,sekali teran cek bukaan nurse jerit cakap 'Fully'! dah keluar kepala. Teran kali kedua lama sikit keluar babyku dan dengar suara tangisannya jam 11.40 pagi. Nurse yang sambut. Nurse yang lain sorang tgh pegang baju.sorang tgh pakaikan saya topi.sorang tgh pegang pen. Air mataku juga meleleh. Letak baby atas dada, suami azankan,nurse2 pun gembira,Alhamdulillah. Sampai sekarang dengar perkataan bersalin operate saya ngeri. haha.

Tiap orang ada bahagian masing2. Redha.

 
Muhammad Alfaqih bin Mohd Al-Hariz

Pekena cendol durian dulu. 

Anak dan umi sihat, ;)

Web baru?

Bismillah wa syukru lillah. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah.

Minggu lepas saya di'invite' untuk nikmati domain web percuma. Domain web mestilah lagi banyak best nye daripada blogspot ni kan,dan ianya dikenakan bayaran. Saya pun tak pasti bila terima web free tu akan datang ada bayaran lagi ke.

Puas saya memikirkan nama web yang sesuai dan best. Sudahnya saya tolak sebab tak yakin saya boleh maintain untuk update web tu,dan saya bukan pandai menulis sangat pun, cuma suka2. Ada yang terinspirasi (ceh) Alhamdulillah, kalo tak,sebagai perkongsian biasa.

Jadi kita kemas2 la blog lama ni,hias tepi2 kasi cantik,eksklusif dan elegaan.cewah. Kalo saya ada web baru,hilanglah senioriti saya berblog dari tahun 2008. ya tak. haha semua tu alasan.

ok anak nangis. out dulu. jumpa lagi. 

Saturday, June 7, 2014

Tudung Mesir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Syukur ke hadrat Allah, selawat dan salam buat junjungan agung Rasulullah, para sahabat, tabi' tabi'in, para pendakwah sehingga ke umat hari ini..

Ehem.. ehem.. Tudung Mesir, Stokin, Sarung tangan baru sampai.. Datang khas dari Mesir ya. Panasss lagi. Ada bau Mesir lagi..

Mahu tudung yang selesa, mudah diurus dan paling penting mengikut syariat?? Dapatkan tudung Mesir (1.5 meter) sekarang!! Sementara stok masih ada.. hehe



Tudung dah jahit tepi.
Pelbagai warna.. mai dipileh.. dipileh.. dipilehhh..



Tudung belum jahit tepi.


Senarai barangan :
1) Tudung Mesir kotak2 dah jahit tepi
2) Tudung Mesir kotak2 belum jahit tepi
3) Stokin Sandy warna hitam, coklat dan kelabu
4) Sarung lengan Donna
5) Tudung Subarji cotton
6) Tudung Dwiface
7) Jubah kanak2 Lelaki

Boleh hubungi :
Shafiqah 012-7751130 (sms/whatsapp)