Friday, April 3, 2009

selawat murah rezeki..

Assalamualaikumwarahmatullah.. tghhari jumaat yg indah..

Mari berselawat!! Selawat dimurahkan rezeki dan dielokkan akhlaq.. Sesiapa yang mahu menjadi kaya dengan sumber yang halal, mahu kawin cepat.. mari amalkan.. ish2.. bukan amal sebab itu ya, tetapi kerana mahukan kesejahteraan dan kebaikan dari Allah.. semoga Allah memberikan kita segala yang terbaik.. Berdoalah agar dilapangkan dan dimurahkan rezeki..

juga.. Berselawatlah.. Sollu ala an-nabiy!!

sesiapa yang berselawat ke atas nabi 1 kali, Allah akan berselawat ke atasnya, 10 kali..



Wahai Allah, rahmati dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah.. Selawat yang mendapat rezeki kami, dan menjadikan baiknya akhlaq kami.. Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabat-Nya..



ni, video yang telah didownload dari yotube.. nak letak video youtube je kat sini, tapi macam besar sangat gambarnya.. kan kene ghoddul basor, hik3.. =P


Tuesday, March 31, 2009

usia meningkat tua.

Bismillah,
Assalamualaikumwarahmatullah..


gambar yang dicuri dari blog nik
Hadith Rasulullah :
"Aku berpuasa pada hari Isnin kerana hari kelahiranku"
Disini rasulullah mengajar kita, berpuasa itu adalah sebagai tanda bersyukur. Bersyukur masih bernafas, dan sebagai ibadah kita kepada Allah di hari kelahiran. Semakin meningkat usia, semakin kene bersyukur, dan semakin kena banyakkn ibadah dalam memantapkan iman..
Jadi disini, ada dua perkara. yang pertama ialah esok juga bermulanya episod pendietan sy, =P.. Yang kedua ialah ahli rumah esok mkn kat rumah je.. teringat sambut birthday masa tahun satu dulu, makan kat pizza.. tahun lepas sambut dgn kek coklat.. tahun ni pula sambut dengan maarad.. amacam?? best tak birthday2 saya, hehe..


Hari ini, sgt suka membuat pengumuman birthday esok. sekali de seorang teman mengingatkan, "jgn suke2, taktahu lagi jumpe ke tak esok tu, jumpe ke tak usia 21 tu, mlm ni ke bertemu ajal, siapa yang tau", terus membuat diriku terdiam seketika.. Dan petang tadi pening sangat, makan ubat, risau sambil berdoa semoga dipanjangkn usia, dapat khirij bersama sahabat2 seperjuangan, ambil master, jadi pensyarah, kawen, bukak nurseri.................... dan byk lg cita2 sy..


Alhamdulillah bertemu juga usiaku dengan angka itu.. Antara ucapan2 yang saya terima,
Dalilah : Sanah Helwa..

Azimah : dah tua.. dah tua... (sambil memberi hadiah itu) *sgt berharga dan sgt hargai, terime kasih

Tasya : Sanah helwa ya jamilah.. semoga dirahmati Allah selalu.. kita khirij sama2..

Husna : Hepi birthday ciksantun ke-21..

Kak cheq : Aid milad saidah ciksantun.. semoga mengekalkan kesantunan..

tok : HEPI BESDAY to YOU.

alexanderwathern: Moga bertambah ilmu, iman dan amal!
alexanderwathern: Hepi besday 2 ustazah!

abusyafiq: semoga Allah memberkati umur perjalanan shafiqah

pemuda umno: happy birthday syafiqah..haha..

nazirah : Selamat hari lahir. Moga dimurahkan rezeki, dan jadi kaya, leh
belanje sy lepas tu.

khadijah nizam : Hepi Besday.. Dah tua dah ni.. bile nak kawen??

junior 1 : Selamat hari lahir ciksantun.. Semoga Allah
merahmatimu..teruskan satu ummat ye.

Nik : Selamat hari lahir.. Moga makin tua ni, makin igt kubur la ye
ustazah.. Sama2 berdoa untuk keredhaannya di dunia dan akhirat.. ameen.. sama2
la bermuhasabah.. setiap kali masuk usia baru ni, apa yang paling penting ialah
bermuhasabah.. k, selamat..


terima kasih kepada anda semua.. byk lg yg tak copy paste masuk cni ni.. eceh, bajet fames la ni, haha.. terime kasih wani, qalbi, nabilah, shaheera, n semua la.. adek2 juniorku, teman2, sahabat2 serumah, sahabat2 seperjuangan, akak2.. beruntunglah diri ini mengenali anda semua.. yang terlupa, tidak mengapa, bukanlah ukhwah itu terletak pada ingatan seseorang itu pada birthday orang tu.. sekali kita bersahabat, selamanya kita bersahabat.. trime kasih..

apa pun, abah ngn mak saya tetap yang pertama.. semalam mak ngn abah call kat madinah.. harini g mekah, mungkin penat sgt.. Selamat menjadi tetamu Allah, dan selamat beribadah.. Semoga dirahmati dan diberkati.. Terima kasih kerana menjaga diri ini sehingga besar begini berusia 21 tahun.. siapalah diri ini tanpa kedua orang tuaku ini.. tahniah kerana telah mnjadi mak dan abah yang terbaik untukku.. (selain bersyukur pd Allah, emaklah org yg selayaknya diucapkn tahniah)

Usia sudah menjangkau sepertiga usia rasulullah, namun apakah yang telah saya lakukan untuk islam?? apakah yang telah saya lakukan untuk umat islam?? muhasabah di hari kelahiran, uhuk3..

tabah..

Assalamualaikum..

Mlm ni ingatkan nak cerita tentang hari pertama maarad siang tadi.. tapi tergendala disebabkan hati yang turut bersedih dan hiba sebaik sahaja membaca entri seorang sahabat dunia akhirat sy, nabilah huda..


Baca blog ini, -aku sayang dia-

Dan video Asma' kene cucuk jarum nak ambil darah.. keh3 comel jer..



Hari ini dua entri psl wanita tabah.. Cinta dan Air Mata .. dan crite nabilah ini.. Semoga diriku dapat menjadi tabah seperti mereka.. KAGUM dengan kamu semua..

Friday, March 27, 2009

walimah..

Assalamualaikum...


Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup...


Jom tgk gambar..



macam kenal kan ruang tamu rumah siapa nih...




ni nama nya tengkolok..
fuhhh.. pakai ni, macam hang jebat laa..
hei jebat!! turun kau.. jom lawan kalau anak jantan... =P





ni namanya kerusi malas.. ish2..
kerusi dari sejadah...




yg ni lak bunga dari telekung..
namanya bunga sakura.. =P
bulat2 tu kelopak bunga lah..


hehehe..



hihihi



ni bunga telur.. eh salah, bunga gula-gula...


uish, sapa nye walimah ni?? kat bayt insyirah lak tu.. rumah sayaaaaaa.. budak rumah sy ade nk kawen ke?? nk tau?? tunggu!!!!