Wednesday, April 29, 2009

Kau masih sahabatku.


Bismillah..

Alhamdulilah,
dengan linangan airmata,
yang mengalir tanda keinsafan,
bertaubat dari segala kealpaan,
kerana hawa nafsu yang diikutkan.

Aku inginkan persahabatan,
Yang disulami dengan kejujuran,
Keikhlasan serta Kasih Sayang.
Berkongsi sedih tawa,
Mendukungku saat hiba,
Bersamaku saat gembira.

Teman,
diriku sangat mengasihimu,
luahkanlah apa yang sebenar2 terbuku dihatimu
agar kau tahu, aku masih berada bersamamu,
dan aku juga tahu apa yang tersirat di hati kecilmu.

Teman,
Hibanya rasa hati,
Tatkala mendengarkan ikatan yang telah terjalin ini,
Hanya lakonan semata..
Menyentap hati-hati,
Sehingga tak mampu terungkap dengan bicara,
Dan tak terbayang di kornea mata.

Teman,
sangat tidak layak kau punya teman seperti diriku,
Namun,
ikatan yang telah terjalin ini,
janganlah dihancurkan.
redhakanlah aku sebagai temanmu,
aku sangat menghargai ikatan persahabatan ini,
berharap ia kekal abadi.

Ayuh teman,
kita bina taman persahabatan,
yang dipagari dengan rantai-rantai kematangan.

ececece...
ntah ape la aku nye sajak ni..
dapat ke halim la ni, mmg menadah je la telinga ni, wakaka..

untuk semua sahabat2 saya, bayt Insyirah 3221
~ Tiqa, Sheera, Yati, Arika, Dalila, Sab, Zimah..

Tuesday, April 28, 2009

sirotul mustaqim

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Berjaga-jaga dalam memilih buku.


2 kitab diatas ini adalah contoh muka depan kitab as-siraatul mustaqim.

Antara isi kandungan yang telah diterjemah ke bahasa melayu :

HAK ALLAH YANG PALING AGUNG KEATAS HAMBANYA

Ketahuilah hak Allah yang paling agung keatas hamba-hambanya ialah mentauhidkan Allah Taala dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Sesungguhnya mensyirikkan Allah itu dosa yang paling besar yang dilakukan oleh hamba dan adalah ia dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Dan Dia mengampunkan segala dosa yang selain daripadanya. Firman Allah Taala: 43 surah An Nisaa.


Syarah:Mengenal Allah Taala dengan mentauhidkanNya dalam beribadat ialah tunduk sehabis tunduk adalah hak Allah yang paling agung keatas hamba-hambanya dan dosa yang paling besar yang dilakukan oleh hamba ialah kafir yang tergolong dalam dua golongan iaitu kafir syirik dan kafir tidak syirik kerana semua yang melakukan syirik tu adalah kafir dan bukan semua yang kafir itu syirik. Oleh itu hak Allah yang paling agung keatas hambanya ialah mereka menyembahnya tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu.

Dan kafir itu kezaliman yang paling besar seperti Firman Allah Taala (Wal Kaafiruun humul dhoolimuun ayat 453, yaitu orang kafir itu melakukan kezaliman yamg paling besar keatas dirinya lebih dari pada membunuh orang muslimin beribu ribu orang dari orang muslimin yang tiada dihalalkan untuk dibunuh.

Dan telah Allah mengkhabarkan sesungguhnya Dia mengampunkan segala dosa-dosa daripada hamba-hambanNya yang muslimin yang menjauhi kekafiran yang dua jenis ini; Syirik yaitu yang menyembah selain daripadaNya dan yang tidak syirik iaitu mendustakan rasul, meremeh temehkan / meringankan dengan Allah dan RasulNya dalam mentauhidkan dan mensucikanNya. Dan Sabda Rasulullah saw juga menunjukkan dalil yang sebegitu juga. ( Sesungguhnya Allah memaafkan hambaNya yang tiada hijab/sekatan. Bertanya sahabat, apa yang di maksudkan dengan yang ada hijab/sekatan itu ya Rasulullah. Jawabnya, manusia yang mati dan mereka itu musyrik, diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Hiban mensohihkannya.

ustaz 1
Saya dah tengok kitab tu dalamnya terdapat pengiktirafan rasmi oleh Al-Azhar Mesir dan para ulama dan Tuan-guru2 di Universiti Al-Azhar yang mana mereka memegang jawatan utama bahagian Usul dan Aqidah di Jamiah Al-Azhar memuji dan memberi taqriz ( Kata Pujian ) pada isi dan kitab itu.

kitab ini juga terdapat di maktabah UIAM

ustaz 2
baca lah kitab ni, cuba cari di sana tentu ada. sebagai penambah pengetahuan.
ustaz 3
Maaf, kitab siratul mustaqim tidak ada, kerana ia adalah kitah al-ahbasy,, dan tiada dalam pasaran.
buku aqidah wal firaq aku.
Al-Ahbasy diasaskan oleh Abdullah Al-Harary Al-Habsyi : nama sebenar Abdullah Abdullah bin Muhammad Asy-Syaibi Al-Abdari, dinisbahkan Al-Harary dengan nama Harara di habsyah. Beliau mempelajari bahsa arab dan fiqh syafie dengan Syeikh Saeid bin Abd Rahman dan Syeikh Muhammad YUnus.. Kemudian beliau pergi ke Jummah, dan disana bermula pelencongan.

Kesalahan dalam Aqidah
- Mengaku ikut mazhab Syafie tetapi pegangan mereka jauh terpesong dari mazhab Syafie
- Quran ialah kalam Jibril dan bukan kalam Allah, kerana Jibril yang melafazkan ayat quran, dan bukan Allah..
- Berpegangan seperti aqidah murjiah, mendahulukan iman dari amal. Seseorang itu tetap beriman jika meninggalkan solat.
- banyak lagi, malas nak tulis.. (sebetulnya belum baca, tak masuk exam khamis ni, hehe baca sebab exam)

lalu???
lalu.. lagi mahu tanya.. aku sekeh kang.. kitab depan mata, taknak guna.. ustaz2 depan mata, taknak tanya..
kena cari juga di maktabah kalau ada, terjemah bahasa melayunya ada, nak cari kitab arab susah pula..

~ exam aqidah dulu, khamis ni.. banyak tu.. wala2.. terima kasih adam, sudi mengajar kelas tajuk khawarij td..

Sunday, April 26, 2009

spidermaaaannn!!

anak2 ustaz alex..



comel2.. petahnya budak ni cakap..

Ingat ye kawan2, jangan cekik kuat2!!
kalau tidak.. mati..
kita haruslah jaga keselamatan
sebab.. ada orang cekik orang..
ok la kawan2, jumpa lagi nanti.. byeee!

memetik kata-kata ustaz alex..
semoga besar nanti terus menjadi cahaya mata dan bukannya serabut mata. :)
(keh3 gelak guling2)


ni, hadiah akk cantun, cpedermannn...

Saturday, April 25, 2009

Cinta terbakar!!

Yallah nabda', bismillah..
Assalamualaikumwarahmatullah..




Tepat jam 4.15 pm tadi berakhirlah pembacaan cerpen bagi saya cukup menarik. Cerpen gadis berniqab, 5 siri kesemuanya setakat ini, Cerita Tiada Tajuk- Gadis Berniqab , tanpa menghiraukan yang saya akan menghadapi 2 imtihan minggu depan.. ish3..

antara bibit-bibit ayat yang terpilih :-


"Esok kita jumpa di kuliah feqh ya. dah lama ana tak jumpa anti. I miss U, wslm wbt."


"Hai sayang. Ukhti tgh buat apa tu? Ana rindu kat anti. Jikalah anti ada disisi ana ni, pasti ana akan membelai-belai rambut ukhti. Uhkti mesti suka kan.. Ukhti bayangkan kita berdua sahaja......... "


Jadi, apa yang saya nak simpulkan disini adalah mengenai Cinta Atas Nama Dakwah..
Cinta atas nama dakwah sangat2 la popular di kalangan mahasiswa islam yang belum bernikah. Bertanyalah balik dalam diri, adakah kerana cinta, kita sulamkan ianya dengan dakwah?? konon akan nampak lebih indah dan islamik, "uhibbuka uhibbuki fillah"..

Lihat sahabat2 yang sedang hanyut dalam lembah ini, apabila ditanya atau ditegur, jawapannya "ana dah buat istikharah, yaqin inilah jodoh ana pilihan Allah. ana takleh lupakan dia, dia dah memang ditaqdirkan untuk ana".
Benarkah?? ingat para sahabat, Allah itu MAHA MEMBOLAK BALIKKAN HATI, ingat!! membolak balikkan hati... sedang orang yang sudah bernikah juga boleh terjatuh hati dengan orang lain, dah memang jodoh, tapi jatuh hati juga dengan orang lain.. inikan pula yang tidak tahu samaadabenar kita bernikah dengan orang itu atau tak.. istikharah bukanlah muktamad!! cuma jalan kita dalam memilih.. dan istikharah juga bukanlah lesen kita boleh bercinta tidak mengikut syariat..

Apabila makan teringat si dia, nak tido terbayang wajah si dia.. Adakah itu yang dikatakan cinta sebenar menuju ke gerbang perkahwinan?? Wujudkah cinta sebelum pernikahan sekalipun ianya bukan cinta monyet?? Mengapakah 'sedap' itu, kau gunakan sebelum tiba masanya.. bukankah islam telah memberi jalan untuk kita bercinta.. oh ya, jawapannya "ana belum bersedia, mahu belajar, mencapai cita-cita".. yg lelaki pula "mahu bekerja, beli sebiji banglo, kereta dan keperluan lain juga perlu ada, perlu dipersiapkan sebelum bernikah".. jadi, mengapa bercinta sekarang?? jika anda kuat, teruskanlah percintaan yang tidak tahu hujungnya apa itu..

Bagaimana pula berhubung tanpa henti melalui telefon, chat, dan sebagainya itu?? kata-kata yang digunakan juga cukup tidak mengenakkan dan tidak patut diungkapkan bagi mereka yang belum bernikah.. Apa lagi orang yang melakukan itu adalah seorang tokoh pelajar, naqibah, saf2 pimpinan.. tentu orang akan berfikir yang anda sudah bernikah.. lalu, saya mahu berikan 2 gambaran pada anda..

- gambaran pertama - satu parti yang ok, dan satu lagi yang tak ok, tidak mengamalkan syariat islam dan sebagainya.. apabila berlaku kucar kacir, terus parti yang tidak ok itu dipersalahkan..
- gambaran kedua - seorang muslimah yang santun pekertinya serta bertudung labuh, dan seorang lagi tidak memakai tudung.. Apabila berlaku apa-apa yang buruk, terus orang yang tidak memakai tudung itu yang dipersalahkan..

kita tidak patut membuat sebegitu bukan?? tetapi itulah perspektif manusia.. apabila orang yang bertudung labuh jalan berdua dengan seorang yang memakai kopiah lebih lagi berserban.. walau belum berkahwin, orang keliling akan menyangka anda sudah berkawin.. situasi ni lebih teruk dari orang yang tidak memakai tudung berjalan berdua dengan lelaki.. tidakkah anda rasa seolah telah merosakkan imej muslimah lain yang juga bertudung labuh?? Mengapalah di sebalik tudung itu, tersembunyi perkara jijik lagi menjelikkan.

Bagaimana pula saling menukar gambar?? Mengaibkan gambar sahabat lain kerana mahukan gambar sendiri yang jelita untuk diberi kepada pasangan haram anda itu.. Sekurangnya sayangilah dan hormatlah sahabat2 anda.. Mereka pun belum pernah memberi gambar-gambar pada lelaki, tapi gambar-gambar itu dah ditatap terlebih dahulu oleh teman lelaki anda.. jijik sungguh!! Bercinta, aib pasangan takkan terzahir kerana syaitan itu MAHA MENUTUP segala keburukan pasangan.

Apa yang dikejar dalam percintaan ini?
Bukankah Allah sudah berjanji dalam ayat-ayatNya, perempuan baik untuk lelaki yang baik, perempuan jahat untuk lelaki jahat..
Apakah hikmah islam melarang kita bercinta sebelum bernikah?? hikmah dari hukum2 islam itu adalah untuk kebaikan manusia dan hatinya juga.. Cuba anda bayangkan, teman lelaki anda tidak pernah lupa membelikan hadiah setiap kali menyambut hari2 bersejarah dalam hidup anda, selalu memberikan apa yang anda mahukan.. Namun telah ditetapkan anda bernikah dengan orang lain.. dapat pula suami yang tak romantik. apabila menyambut hari jadi, ulangtahun perkahwinan, suami anda lupa untuk membeli hadiah, tidakkah terdetik dalam hati, "kalau hari jadi aku, dulu2 sambut dengan si polan itu, mesti dapat banyak hadiah".. ingat lelaki lain, sedangkan anda sudah bernikah, tidakkah berdosa??

Wahai sahabat-sahabat yang sedang enak di lembah percintaan yang tidak tahu hujung pangkal itu, keluarlah, dan carilah cinta yang haqiqi.. bukan diri ini mendengki sudah tidak punya teman lelaki, sedikit pun saya tidak heran dengan orang yang punyai kekasih..tetapi kerana saya sayang kamu, dan tidak mahu anda hanyut dalam lautan api percintaan itu.. saya juga pernah seperti anda.. perlukan masa yang panjang untuk melupakan.. tetapi dengan lebih besarkan cinta kita pada yang haq, perkara itu sangat mudah..

cubalah tips ini,
- apabila teringat, terus kembalikn ingatan anda pada yang haq, ZIKRULLAH..
- apabila terasa nak mesej, terus kembalikan mesej itu pada yang haq, mesej yang Allah berikan pada kita, BACA QURAN..
- apabila terasa nak call, terus call Allah, SOLAT, DOA!!!
- Sibukkan dirimu dengan persatuan, program2, belajar, anda akan tidak punyai masa untuk fikirkan perkara itu.. banyak lagi perkara yang layak difikirkan, bukan??

Moga yang telah temui cintanya..maka sulamilah dengan takwa dan hiasilah dengan bunga-bunga islam.Jagalah sekuat mana yang kau boleh.Nescaya kau akan mendapat nikmatnya di kemudian hari.

selamat bermujahadah kepada semua.. saya sayang kamoo!!