Monday, August 31, 2009

malaysiaku gemilang!

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52!!



Teringat suatu ketika di Sekolah Kebangsaan Klang dahulu, kami barisan darjah 6 bertungkus lumus untuk membuat satu program tentang kemerdekaan,menyambut hari merdeka. Cikgu kami beritahu sekolah akan masuk tv, tv3.. Beria lah kami buat persediaan, semangat mahu masuk tv, dengan bendera gergasi yang dibentang dari tingkat 3, deklamasi sajak oleh Zaini(haha ingat lagi nama kau!), dan sebagainya la.. Tiba saja kereta tv3, kami pun mulalah menyanyi, mereka pun ambil gambar, vdeo dan sebagainya. Kata mereka, akan dimasukkan malam itu juga!

Malam itu, di rumah masing2 mengadap buletin utama tanpa mengelip mata.. Rupenye persediaan kami yang selama seminggu itu, diselitkan sedikit sahaja di akhir rancangan.. owh apakah?? itulah persoalan yang terkeluar ketika itu!! (hehe, ye2 je, padahal belum jumpe "apakah" itu saja yang org gunakan untuk jadi persoalan, selalunya apakah maksud perkara ini berlaku??), haha..

haha.. kenangan terindah, merindui Malaysia..

Saturday, August 29, 2009

Jaulah Mesir (5)

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikumwarahmatullah..

Hari yang sangat membahagiakan hari ini, bahagia hanya dengan satu nama, ukhwah namanya, subhanallah!!

Masa terus berlalu dan kenangan di Mesir menggamit 10000 sejarah. Selepas kami pulang dari sinai pada hari ke 4 itu, terus bergegas ke rumah selangor untuk menghadiri jemputan program perasmian ihya' ramadhan. Bukanlah kami yang merasmikan, tapi hanya memenuhi jemputan. Disana berjumpa dengan kakak2 dan sahabat2 ketika di PKG (Pusat Kegiatan Guru- Kursus bahasa arab untuk pelajar ke timur tengah).. Tidak sangka mereka ingat lagi nama manja saya oleh Ust Ihab, iaitu Shafigee.. Manakan tidak, baru saja masuk ke kelas sudah disakat oleh ustaz kesayangan itu.. ohh malunyaa!!

Kemudian pada hari ke 5, kami merayau2 di sekitar Qaherah..
Pyramid

Kawasan pyranid yang kami pergi ini adalah kawasan pyramid yang terbesar, dan bukan yang pertama dibina. Disini terdapat 3 pyramid, yang pertama pyramid kufu, kedua kufra, dan ketiga munkara. Pyramid ini asalnya dibuat daripada batu yang licin, selepas hamba2 firaun membina pyramid ini, ianya akan disapu dengan suatu bahan yang akan melicinkan permukaan batu2 tersebut.
Qaherah ini adalah kawasan yang paling tinggi 5 meter dari daerah sekeliling, tetapi pada suatu ketika dahulu, kota Qaherah ini telah mengalami kebanjiran yang sangat dahsyat sehinggakan pyramid yang terbesar dan tertinggi ini juga tenggelam, dan mengalami keretakan.. Kerana itulah jika dilihat, puncak pyramid yang kedua seperti lain macam sahaja kerana ditambah dengan batu bagi mengelak keruntuhan..

Kemudian kami naik ke bukit, dan disana boleh lihat ketiga2 pyramid ini. Disana kami menaiki unta, unta yang kami naiki itu tidak seperti unta Jordan. Unta Jordan baik sikit, tapi unta ini tidak tahu sabar. Sudahlah saya ini gayat, ditambah pula unta itu berjalan seolah mahu mengejar rakan2 didepan. Sengsara jiwa dan raga ketika itu!!

Sesudah sampai semula ke pyramid, kami pun masuk ke dalam pyramid, kasihan musyrif kami itu terapaksa turun semula membeli tiket masuk dalam keadaan yang panas2 begitu. Tapi terus kasihan itu hilang lihat dia datang dengan menaiki kuda.. (adeilaa!!!)

Mumia2 yang sepatutnya berada didalam Pyramid ini semua telah dipindahkan ke muzium, jadi didalam pyramid ini hanya punyai keranda saja, gerun juga. Keadaan dalam tu yang panas, lemas serta tidak bernafas, tak sanggup rasanya berada dalam tu lama2.

(muka kepenatan!! rimas!! lemas!!)

Dahulu, ada seorang pengkaji alam yang telah masuk ke dalam pyramid ini, setelah sebulan dia masuk, meninggal. Begitu juga orang2 yang selepasnya yang ingin mengkaji rahsia mumia didalam piramid, lalu mereka membuat kesimpulan orang yang masuk piramid akan meninggal sebulan selepas itu.. Kajian itu tidak terhenti begitu saja! Mereka pun mengkaji lagi, hingga akhirnya menemui asbab musabab kematian itu.

Tahu kerana apa?? Semua dicatat dalam al-quran, kesan laknat Allah terhadap suatu kaum itu bukan hanya untuk kaum itu saja, kesannya adalah untuk semua, seluruh umat, baik dari segi ibrahnya, kisahnya, suasananya, keadaan dan sebagainya. Udara di dalam pyramid ini ketika dahulu, panas bahang busuk, bahan kimia yang digunakan untuk mumia2 itulah telah terkuap di dalam itu, bercampur di dalam itu hingga akhirnya boleh menyebabkan kematian. Begitulah Allah melaknat mereka, kesannya masih lagi dapat dirasai, Nauzubillah!!

Ini adalah patung Firaun!! patung ini sudah tidak punyai hidung, menurut cerita musyrif kami, hidungnya telah disimpan di Muzium Rusia, kerana seorang rakyat rusia telah menembak hidung patung ini bagi embuktikan Firaun itu langsung tidak berkuasa! Ditembak namun tidak dapat berbuat apa, besar saja tetapi tidak agung, tidak layak disembah! Allah itulah yang selayaknya disembah.. Kalimah hidup kita 'Laa ilaa ha illAllah!!, tiada tuhan melainkan Allah!!

Kemudian kami ke Masjid Amru bin Al-Ass.

Saya amat terperanjat d dalam masjid ini kerana orang2 yang tidak langsung menghormati masjid, berbaring-baringan. Tahu tidak, orang yang membersihkan masjid ini adalah lelaki. Itu tidak menghairankan, apa yang menghairankan ialah di kawasan solat wanita juga,lelaki yang membersihkan. Baik lagi di Jordan ini, masjid jamiah itu hanya dibuka pada waktu solat saja, baik yang itu lagi daripada dibiar terbuka dan keadaan dalamnya menjadi seperti masjid Amru bil Al-Ass itu!! Ukirannya sudah cantik, tapi kehambaan itu tiada.


Kemudian kami ke Qal'ah solahuddin yang kedua yang terdapat di Mesir ini.

Qol'ah ini asalnya lebih besar dan panjang, tetapi telah di robohkan sedikit di bahagian tengahnya untuk dijadikan highway. Jadi qol'ah ini punyai 2 bahagian, di kiri jalan, dan di kanan jalan. Reka bentuknya mengikut cerita musyrifah kami ianya sama saja seperti Qal'ah di tengah lautan yang kami tidak dapat masuk dahulu!

Di dalam Qal'ah ini terdapat bahan2 peperangan, panah pertama yang berbentuk balang, kereta kuda,dan keturunan Basha.Bergelak tawa kami setiap kali menjumpai nama Basha itu, Basha itu satu2nya junior syabab adab kami, rupanya seorang pejuang!! Ali basha, Hasan Basha, Ibrahim basha, dan seluruh keturunannya terdapat namanya di dalam Qal'ah ini..

Balu yang kematian suami!! (menangis).. Bersabarlah, semoga kalian bertemu semula di syurga..
(lakonan semula). jangan diratapi gambar itu!! sabar ya!!
ini adalah hanis najwa, nnti die balik dari Mesir, ramai2 pujuk dia ya.. kesian dia, pakwe die yg hnsem dah mati.. hasan basha namanya..

yahoo! menang... Peace!


gambar masjid Ar- Rifaie..

Kemudian ke masjid 4 mazhab. masjid 4 mazhab ini d dalamnya berkumpul semua pengajian 4 mazhab di setiap penjuru, tapi bila azan berkumandang, masing2 akan berada di dalam satu saff. Keunikan inilah yang telah ramai menarik orang-orang bukan islam ingin memeluk islam.. walaupun belajar kitab yang lain2, tetapi kesatuan itu tetap ada, saling meraikan pendapat.

Kemudian ke maqam saiyidah Zainab..
Saiyidah zainab ini dikatakan ramai orang yang bertawassul disini,takut berada disini lama2.

Kemudian kami ke maqam imam syafie, di atas masjid ini terdapat sebuah bahtera yang berbentuk comel saja, bahtera itu simbol kepada imam syafie ini kuat mengembara untuk menuntut ilmu dan menyebar dakwah. Seusia muda nya lagi sudah menghafal kitab muwatta'. Musyrif kami cerita, dahulu paling kuat ikutannya ialah mazhab hanafi, imam abu hanifah. Ada segolongan yang tidak berpuas hati dengan pengikut imam abu hnifah ini tapi tidak tahu bagaimana mahu jelaskan. sehingga suatu hari datang imam syafie, lalu mereka berbidas2, tetapi bidasan mereka itu semua dengan ilmu! Kerana imam syafie menghafal hadith sangat banyak, maka bidasan2 nya itu semua berlandas al-Quran dan As-sunnah, dan ketika itulah bermulanya pengikut imam syafie..


Kemudian kami ke kawasan Dead City, Dead city ini adalah kawasan yang mana terdapat orang yang tinggal di kubur, dan disini saja sudah punyai 2 juta penduduk!!

Kemudiankami ke maqam saiyidah Nafisah pula, dan berhampiran maqam itu terdapat tempat dimana saiyidah nafisah ini bermunajat kepada Allah! Tetapi saiyidah nafisah ini bukan cucu kepada Saidina Ali, ini adalah Saiyidah Nafisah soghirah iaitu cicit kepada Saiyidah Nafisah kabirah(cicit saidina Ali)..

Berhampiran dengan maqam ini juga terdapat masjid Ibn Atoilah. Selepas kematian beliau, anak muridnya selalu membacakan ayat suci al-Quran di sebelah maqamnya dan rasa seolah ada orang yang menegur bacaannya jika salah.. (jeng jeng jeng!!)..

Perjalanan yang sangat menerujakan, di sekitar Qaherah saja, berbagai2 sejarahnya.. Cukup saja dulu setakat ini, tengkuk dan tangan sudah keletihan.. gambar2 di qal'ah itu sangat banyak sebenarnya, tetapi malas sudah untuk mengupload.

Friday, August 28, 2009

Jaulah Mesir (4)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Alhamdulillah sudah seminggu meniti juangan ramadhan tahun ini, moga semangat itu terus terusan berkekalan!! Dan hati ini masih belum dipulihkan selepas dilanggar lari oleh keldai, haha.. Keldai ini ya, sangat patuh pada tuannya, hendak atau tidak terpaksa juga membuat apa yang diminta tuannya, walaupun terpaksa dipukul dengan tuan yang tidak berbelas kasihan.. Dan kita, punyai tuan yang sangat penyayang, pemurah, tapi masih degil lagi.. Disini siapa lebih hina ya??!
(cukup saja disini cerita tentang keldai, terimalah dengan hati terbuka bahawa keldai itu comel)..

Ok, teruskan pengembaraan pada hari ke 4 pula..


Pantai Dahab, jernihnya bak mutiara..

Inilah pantai Dahab yang sangat cantik dan biru airnya, tapi tidaklah kami bermandi mandaan disini, hanya sempat menyentuh saja airnya yang sejuk itu. Ombaknya sangat cantik, jika melihat fajar terbit disini tentu lebih cantik, malanganya kami terlewat keluar. Disini juga ramai pelancong asing yang datang berkunjung, selain tempat ini cantik, barangan disini juga murah.

Kemudian ke Taba.
Taba ini adalah kawasan sempadan Israel-Mesir. Pondok jaga ini adalah pondok jaga hotel Hilton yang dikhabarkan ianya sudah 2 kali dibom, dan hotel ini adalah kali ke3 dibina, dan baru sahaja slesai diselenggarakan. Saya juga tidak faham mengapa hotel ini masih lagi mahu dibina disini sedang ianya sudah 2 kali dibom, dan tidak faham mengapa hotel ini menjjadi sasaran, bukankah Hilton itu sndiri punyai pengaruh yang kuat??

NAmpak tidak, ada sebuah pondok yang kecil diatas bukit itu? Itu adalah pondok jaga Israel yang didalamnya dijaga oleh seorang wanita Israel, dan didalam pondok itu terdapat snipper, jadi jika kesini, berhati2 saja. Dan disini juga terdapat pintu masuk Israel, jika mahu masuk, dipersilakan saja, tidak perlu passport, tetapi jika ditembak, atau ditangkap atau apa2 yang berlaku didalam sana, tiada siapa yang akan dipertanggungjawabkan!!


Kemudian Qal'ah solahuddin.

Qal'ah solahuddin punyai 4 buah kesemuanya, dan alhamdulillah kesemua itu saya sudah pergi, iaitu sebuah di Ajloun, Jordan. Sebuah di Syria, dan 2 buah di Mesir, dan ini salah satu yang terdapat di Mesir.
Mulanya dalam perjalanan kami amat teruja melihatkan Qal'ah ini di tengah lautan, malangnya mungkin dek kerana ke'excited'an kami, Allah tidak mengizinkan kami menjejak kaki ke sana, kerana ia sedang dalam pembaikpulihan. Tidak pasti samada bot yang diperbaiki atau qal'ah itu sendiri yang sedang diperbaiki. Dan musyrif kami meminta tuan yang menjaga kawasan itu untuk hanya bergambar 15 minit. ah, jadilah!!

Kawasan inilah yang kita kan lihat 3 negara lainnya, iaitu Jordan, Arab saudi dan israel. Pernah saya mengikuti hari keluarga BKASJ ke Aqabah ketika di tahun 2 yang lalu, memang disana juga dapat melihat ketiga2 negara ini iaitu Mesir, arab saudi, serta Israel. Disana akan kelihatan Mesir dan Arab Saudi itu seolah punyai gunung2 sahaja, tetapi negara yang bangkai Israel itu, nampak bangunan2 yang tinggi2..


*sehingga disini saja dulu, mahu ke rumah nailah, cubit adik2!! Sab kata entri saya semua tidak best, tergantung saja semuanya.. Jawapannya ialah, bulan ramadhan, taqarrub diri pada Allah!!, =P

Jaulah Mesir (3)

victoire Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualikumwarahmatullah..

Perjalanan pada hari ketiga diteruskan lagi. Hari ke 3 ini, seawal jam 2.30 pagi (janji asal jam 2, seperti biase org itu buat hal,=P), mendaki gunung sinai. Mulanya saya amat takut, dan takut sekali, berjalan dalam gelap gelita hanya berteman torch light. Almaklum saja saya ini penakut orangnya, apabila saya terpandang kiri, terlihat satu benda yang sangat besar, punyai sedikit2 warna putih disitu, jantung saya seolah tak berdegup. Apabila ditanya pada rakan apakah di sebelah kiri itu, baru saya tahu itu adalah batu2 yang membentuk bukit. Mungkin perasaan itu saya sorang saja alami, tapi bayangkan saja seorang penakut yang berjalan di tengah malam dan di sebelahnya ada suatu bukit yang sangat besar, macam2 yang difikirkan, bukan??

GUNUNG SINAI.
Gunung Sinai lebih dikenali dengan Jabal Musa (Bukit nabi Musa). Mengapa dinamakan sebegitu?? Kerana inilah gunung yang didaki nabi Musa untuk bermunajat pada Allah, selama 40 hari 40 malam, dan di puncak gunung ini juga nabi Musa telah bertemu Allah Subhanahu wa Taala dan dikurnia kitab suci taurat padanya yang telah dipesong oleh orang yahudi laknatullah. Selama permunajatan Nabi Allah Musa di atas puncak gunung Sinai sana, Nabi Musa telah mewakilkan nabi Harun untuk mengambil alih tugas menjaga umatnya sepanjang ketiadaannya.

Keistimewaan nabi Harun selain sangat lembut orangnya, ialah baginda lebih petah dalam percakapannya berbanding Nabi Musa.. Dan ketikamana nabi Musa menyendiri di puncak sana untuk bermunajat, seorang yang bernama Samiriy telah menyebar fitnah, mendakwa Nabi Musa telah memungkiri janji sepatut ketiadaannya selama hanya 40 hari 40 malam saja, tetapi nabi Musa memungkiri janji dengan menambah 10 hari lagi. Dan samiriy ini telah mengukir lembu betina atau dikenali sebagai lembu Samiriy sebagai tempat penyembahan mereka. Dan sebaik nabi Musa turun dari gunung Sinai, kebanyakan kaumnya sudah menyembah ukiran patung itu yang terdapat pada bukit di sana. gambar dibawah ini, silalah selidiki, terdapat disitu ukiran patung lembu tersebut.

Yang dibulat merah itulah diaa.. Terima kasih pada yang tolong buatkan, huhu jasamu dikenang!

Gunung Sinai ini punyai 6 checkpoint sebelum mendaki batu2 yang lebih curam menuju masjid di puncak. dan di checkpoint yang ke6 itu kami berehat, solat, dan melihat fajar terbit.

Ini Muhammad namanya. Dialah yang membawa kami menunjuk jalan hingga ke atas. Umurnya baru saja 18 tahun, dan sangat berfasih berbahasa inggeris. Apabila kami bertanya dari mana belajar cakap english sehingga begitu fasih?? katanya "disini"..


Selepas checkpoint yang ke6 itu, akan mendaki batu2 yang punayi lebih 750 anak tangga lagi. Apa yang menyadiskan ialah ianya sangat curam dan ia bukan tangga!! batu2 itu yang terpaksa kami daki, ah!
Ketika naik, jangan sesekali pandang bawah, teruskan saja mendaki hingga keatas, itu saja bekalku dalam keadaan penat yang teramat sangat itu. Mendaki gunung sinai sangat mencabar, terbayang juga bagaimana nabi Allah Musa mendaki ke atas sana, dan bagaimana penerokaan orang2 yang mencari jalan untuk keatas. Berbekalkan "Wahai Musa, aku mahu melihat tempat kau bermunajat kepada Allah yang maha Esa, untukku jadikan ibrah, ibrah dari kisah2 para rasul. untukku, untuk orang2 yang akan kusampaikan pengalaman ini", saya teruskan juga untuk sampai ke atas.. Subahnallah!!


Inilah tempat munajatnya! Kami ambil masa beruzlah disini, ada yg tidur, ada yang membaca quran, layan blues (ish3, tempat best tuu), solat, bergambar, dan sebagainya..

Inilah pandangan Sinai dari atas, seolah tidak sangka saja telah mendakinya, ketika naik, seolah tidak rasa apa. Tapi bile dilihat dari atas, seolah tidak percaya "owh betul ke aku dah naik gunung yang curam ini??"..

Ketika itu, saya sudah berazam, inilah kali pertama dan terakhir saya mendakinya, tidak mahu lagi.. terfikir hatta sudah kawen pun, suami bagi rm10000 ajak naik juga saya tidak mahu. Tetapi, sekarang ini saya rasa nak naik lagi pula..aishh..

*********************************************
DAHAB
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan lagi ke Dahab! Dahab adalah pantai laut merah yang paling cantik. Disini ada kapal selam Britain yang karam. Dan yang paling penting disini juga kami makan cipud(kata manja seafood)

Kami memilih 3 ekor ikan, seekor sotong dan setengah kilo udang. Semasa kami menempah, ustaz yang menjadi musyrif kami telah beri amaran, "ni bukan makan, ni pelahap namanya!! order banyak2 ni, tak habis siap!!", lalu balas saya, "boleh tapau, kn??".. dia angguk..

Bila selesai makan, ustaz itu saya rasa terkejut agaknya makanan itu semua habis dan licin. Bukan kerana lapar, tetapi kerana kami ini sudah lama sangat tidak makan makanan laut. Almaklum saja Jordan ini yang ada hanya laut mati, mahu beli udang atau sotong itu, harus disekat dulu perbelanjaan sebulan kerana harganya yang mahal.. Jadi, apabila diberi peluang begini, memang tidak akan melepaskan peluang.. Jika malu, rugi!!. Jika malu, lapar!!.. mahu yang mana??