Sunday, September 20, 2009

Satu pagi di hari raya!

Jom dengar lagu ini tanpa nangis!!




Satu pagi di Hari Raya
Aku sujud memujiMu
Satu pagi di Hari Raya
Aku sujud membesarkanMu

Ku melafadzkan takbir penuh rasa kehambaan
Ku melafadzkan tahmid penuh rasa kesyukuran

Gema takbir di pagi raya
Ku teringat kampung halaman
]Aku di perantauan
Tak berdaya menahan sebak

Gema takbir di pagi raya
Kurindukan ibu di sana
Keluarga, sanak saudara
Hanya doa kukirimkan

Marilah di Hari Raya
Kita semua bermaafan
Lupakan persengketaan
Eratkan persaudaraan
Harmoni di Hari Raya

Buat kali pertama pagi raya telefon keluarga tanpa titisan air mata, uhuk3..
Pastilah makcik2 di Banting dan Kampung Jawa beraya dalam kesedihan kerana tidak beraya bersama dengan anak saudara mereka yang paling baik dan rajin ini.. huk3..

Saturday, September 19, 2009

Ramadhan Terakhir.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..



Jika dipanjangkan umur dari SI DIA, raya kali ini adalah raya ke-4 beraya di Jordan.

Ramadhan yang terkhir kali disini ini memang benar2 mencabar dan terasa kepayanhannya, kesusahan untuk menikmati Ramadhan seperti orang lain rasai, yang malamnya disinari dengan cahaya2 solat malam.. siangnya dikilaui dengan ibadah2 tambahan harian.. Sering sahaj diri terjatuh, dan tersungkur, ujian demi ujian..

Baru sahaja dijui sedikit dengan kesusahan yang sementara, sudah mengalah, menangis dan seolah tidak punyai apa lagi.. Sedang orang yang berada dalam keadaan yang lebih susah itu pun masih terus bangun malah terus berlari mengejar keredhaan..

pagi ini terbacca blog seorang yang tidak kukenali, mengingatkan diri tentang nafsu. nafsu ini walau dicampak ke api beributahun, ia masih gah!! tidak mencacatkan sekalipun,. juga walau dilontar ke dalam air, direndam di dalam ais beribu tahun, juga tetap gah!! tapi ia hanya akan mengalah jika tidak bersamanya kekenyangan..

Lau terfikir, jika di bulan puasa ini, bulan yang menahan lapar, dahaga jua nafsu ini seringkali dihanyut nafsu, dari mana arahnya datangnya nafsu itu?? berbuka berlebihan?? sahur berlebihan??

Adaka h Ramadhan terakhirku disini ini adalah yang terindah???!

"Ya Allah, tuhan yang maha pengampun!! jangan kau biarkan Ramadhan ini bagi kami berlalu sia2, tidak mendatangkan apa2 kepada kami ya Allah!! Ampuni segala dosa2 kami. Ya Allah, terimalah segalam amalan2 kamu, jangan KAu biarkan kami hanya bersama lapar dan dahaga. jangan Kau sia2kan amalan2 kami.. Terima lah puasa kami, solat kami, terimalah Ya Allah!! Jadikan Ramadhan kali ini penuh bermakna buat kami.. Ya Allah, berilah kami kesempatan untuk bertemu semula dengan Ramadhan akan datang.. Ameen!!!

* Gembira itu perlu dibentuk!! raya disini dengan bilangan akhawat yang sedikit di irbid ini juga boleh menjadi indah, =D
* Raya terakhir bersama adik2 dan sahabat2 di Jordan.. Muhasabah maksud aidil fitr sebenar!!
* nak balikkkkk, ='((

Thursday, September 17, 2009

Poster PERMAI 3!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah pagi Khamis yang cukup indah.. Bersyukur atas tuhan dapat lagi menghirup udara segar pagi ini, selawat buat kekasihNya, utusan Allah untuk seluruh umat, Rasulullah SAW, serta pengikut2 yang menjadikan kitabNya sebagai panduan hidup..

Ini adalah poster permai yang ke3!! Bukanlah menjadi kemestian untuk saya meletakkan poster2 permai dalam blog, mengalahkan ajk ihya' ramadhan pula, tapi saya gembira buat begitu..



Mula saya mengambil gambar ini dari YG, amat geli dengan gambar ini. Sangka saya, saya seorang saja begitu, rupanya sahabat2 lain juga begitu. Amat yakin itu adalah lelaki, dan amat perlu untuk kami ini menundukkan pandangan, hihi..

Saya malu untuk mencoret sesuatu tentang bercakap bohong ini, kerana saya juga suka berbohong. Sehinggakan seorang adik berkata "akak, kite dah tak caya dah nak dengar apa akak cakap, membohong ja kejenya, nk tany kak jimah la", hihi.. Sehingga kini setiap kali apa yang saya cakapkan, akan diakid semula dengan orang sekeliling.. haha..

Saya ini orangnya sangat berterus terang, itu semua orang sekeliling sudah sedia maklum. dan kini, saya punyai satu sikap lagi satu iaitu suka membohong. Bohong saya pada adik2 itu hanyalah bohongan manja2 saja, dan amat perlu untuk saya pastikan di akhirnya orang yang saya bohong itu mendapat maklumat atau berita atau cerita yang sebenar2..

Semalam ketika kami bersama lihat poster ini, saya berkata, "kenapa lah poster ni dah nak last2 ramadhan, nape tak awal2, ni kalau suke menipu dari awal ramadhan, camne?"

Keh3, moga amalan2 kita diterima kesemuanya.. rindu pula pada adik2 di sakan toing2 tu..

Tuesday, September 15, 2009

Cinta Gorilla (3)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah ats segala nikmat kurniaannya, masih lagi hamba ini dapat bernafas .. Tuhan pemberi rezeki yang melimpah ruah, moga terus dibuka pintu rezeki buat kita. Selawat dan salam buat Rasulullah serta pengikut2 ajaran islam sehingga ke hari akhirat..

Petang itu, aku berborak lagi dengan Afiq,

Afiq : Assalamualaikum sayang, rindu abang tak??

Aku : Waalaikumussalam abang.. mestilah rindu!! abang tengah buat apa?

Afiq : Tak buat apa.. tengah dok berangan la dengan bakal isteri abang..

Aku : Hihi... abang berangan apa haaa??!

Afiq : Ade laa.. Sayang, nanti dah kawen, sayang nak anak berapa?? abang nak 12 tau!

Aku : haa?? amboiii!! nak buat team bola sepak ke? ala 7 la paling banyak pun..

Afiq : Ala 12 la, jeles la tgk kawan2 yg dh kawen tu anak diorang dh berapa dah.. hari tu pergi rumah kawan, anak kawan abang tu panggil ayah dia "abi.. abi.. abi..", ala syoknyaaa!! kan best ada anak sendiri..

Aku : Dah tu, datang la rumah cepat.. sayang tak sabar terima berita gembira abang dari umi abi tau!

Afiq : Ya?? boleh?? yes, dah dapat lampu hijau dari sayang, sekarang jugak abang pergi!!

Aku : Eleh, macam la umi abi bagi. Abang tu kerja pun tak lagi. lepas kawen nak bagi sayang makan apa?? pasir rebus?? ala kurus la sayang camniiiii... nanti sayang masuk bersamamu pulak.. kisah keluarga anak 12 hidup kat rumah pondok, atap bocor2, pakai air perigi, hahaha..

Afiq : Ha baguslah! famous kita satu family.. lepas tu bersamamu bagi duit lagi.. ha, kan best!!

Aku : Heee takmooo2!! nak cari orang lain la camni! nak anak dato' ke, anak raja ke.. ha, dapat duk rumah macam istana, honeymoon kat luar negara, switzerland ke..huuu beshnyaaa!!

Afiq : Owh, memilih! cuba lah redha je dapat suami macam ni.. abang ni cukup hensem pe.. tegap lagi tu.. sayang, rumah idaman sayang camne??

Aku : Hmm sayang nak rumah banglo kat tepi pantai.. pastu depan rumah ada laman besar, tempat minum petang dengan abang dan tengok anak2 main..

Afiq : Tepi pantai?? ha eloklah, kalau tsunami, family kita kene dulu..

Aku : Ish, tak baik taaauuu!!

Afiq : Yela2, takkan abang nak doakan family kita macam tu.. kalau nak kita hidup satu family, sayang kene la jangan cari anak dato', abang kan ada, abang cucu atok, ok la tu kan??

Aku : Alah, tu nak buat apa.. Semua orang cucu atok.. Apa la abang ni!! Abang, terima kasih ya abang, sebab sentiasa bersabar dengan sayang. sayang taktau macamane hidup sayang tanpa abang.. abang la yang menggembirakan sayang tau..

Afiq : Mestila abang kene menggembirakan isteri abang, ni la latihan untuk kita selepas berkawen nanti bagaimana nak membahgiakan hati isteri..Sayang pun!! Jangan nak berfikir bukan2, masuk bersamamu lah, itulah, inilah..

Aku : Eh abang, dah azan la.. sayang nak pergi solat ya..

Afiq : Owh ok! Assolatu ala waqtihaa, jangan lewat2kan solat ya!! sayang doakan abang ya, doakan kita dapat hidup bersama, doakan cinta kita tak melebihi cinta kepada Allah, doakan moga2 cinta kita ini diredhai Allah..

Aku : Ya abang, sayang sentiasa doakan.. Assalamualaikum ya habibi!!

Afiq : Waalaikumussalam ya khaliilati!!!

Aku tersenyum mendengarkan kata Afiq itu, selepas solat asar berjemaah di musolla, seperti biasa pasti akan ada pengajian. Hari ini pengajian kitab bertajuk perkahwinan. Berkobar semangatku untuk menghadirinya, aku datang awal, dan mengambil tempat depan sekali di bahagian muslimah..

Ketika pengajian, fikiranku melayang mengingati Afiq, terdengar cebisan kata2 penyampai petang itu,

Perkahwinan bukanlah suatu yang mudah!! Ia adalah tanggungjawab yang sangat berat, yang perlu mengikut al-Quran dan as-Sunnah.. Ianya untuk manusia mencapai kebahagiaan, tetapi kebahagiaan itu haruslah berada atas landasan syariat, sejak awal lagi. bagaimana?? bermula dari proses taaruf, khitbah, sehingga ke peringkat2 seterusnya.. Jika dari awal sudah diselangi nafsu syaitonnn, bagaimana mahu mendapat kebahagian yang dicari pada hujungnya?? Bagaimana jika jalan yang kita lalui, dari mula lagi sudah salah, apakah akan sampai ke destinasi yang sebenarnya di akhir jalan?? Dari Selangor mahu ke Melaka, tapi melalui jalan Sabak Bernam, bagaimana?? Mungkin tidak akan sampai, tetapi mungkin juga akan sampai tetapi banyak onaknya, perlu bermujahadah yang tinggi. Lihat, di jalan raya juga memerlukan arah petunjuk dan peta, apa lagi kehidupan, jika tidak bertemankan al-Quran, jika tidak merujuk as-Sunnah, bisa hidup kita terumbang ambing.. nauzubillah..


Aku tertunduk, tetapi kekerasan hatiku yang langsung tidak mahu menerima nasihat orang lain, membuat aku terfikir ketika itu, ah! aku dengan cara hidup aku, aku bahagia begini! orang lain tak faham aku, dia tak pernah bercinta, boleh la dia kata macam tu.. Cuba kalau dia bercinta, ha baru tau!! lalu terdengar lagi katanya,

Pernikahan itu bermaksud penyatuan dua sosok selepas beraqad. Jadi, apakah nama hubungan sebelum bernikah yang melayakkan kita seolah sudah bernikah?? Mudah saja jika yang mahukan yang satu itu, islam ada caranya.. apa dia?? nikah!! Jika tak mampu, berpuasa..


Ah! bingit sungguh telinga aku petang ini. Nikah?! ya, memang itu yang telah kufikirkan, tapi sekarang bukan masanya.. Banyak lagi perkara yang harus aku fikirkan.. Terdengar lagi katanya,

Pernikahan itu matlamat utama nya adlah kebahagiaan, tetapi ia juga boleh menjadi kesengsaraan. Jadi perlu bersiap sedia untuk itu, perlu sediakan fizikal, mental yang cukup. Persediaan fizikal bukan sahaja menyiapkan diri untuk suami, tapi, kekuatan kita.. bagaimana nanti kita hendak membahagi masa untuk anak2 serta suami. bagaimana nanti mahu mengemas rumah, masak, jaga anak2.. semua itu, harus disiap sediakan! juga mental.. bagaimana mengawal emosi untuk jaga anak2, jika suami yang menjaga, satu minggu atau dua minggu saja, pasti lebam2 badan anak itu, kerana suami walau penyayang, ada juga tahapnya.. tugas itu, diberi pada isteri, tapi jika isteri juga kesabarannya di tahap yang biasa, siapa yang mahu menjaga anak?? juga bagaimana isteri mahu menyambut hasrat suami ingin berkahwin lebih atau sebagainya.. Isteri2 harus ingat!! suami bukanlah hak milik anda..

Aiii??!! bermadu?? aku??? ya, itu telah tertulis di dalam al-Quran. Aku harus akui!! Abang Afiq sayang, sayang takkan bernarkan abang kawin 2.. Cukup je la sayang sorang ni.. nak apa2, sayang boleh bagi.. Fizikal dan mental sayang, semua telah aku percukupkan.. Saat itu, aku terdengar cebisan2 katanya,,

Bakal isteri2 yang belakang sana, harus menerima poligami itu. Harus berlapang dada bahawa kasih suami bukan untuk anda saja.. Jika kasihnya bukan untuk madu2 anda pun, juga kasihnya adalah untuk pencipta alam itu, yang maha memberi kasih sayang.. Kalian boleh mengawal hidup suami, tapi, ingat ada lagi satu yang mengawal kita. Jika nyawa suami ditarik, apakah kita mampu lagi untuk mengawal, untuk menghidupkannya semula?? Jika kalian mampu untuk mengawal cintanya hanya pada anda. Ya, cubalah anda mengawal cinta Allah padanya..


Ya, kasih Allah itulah yang harus diutamakan!! Memang isteri2 mampu untuk tidak membenarkan suami mereka bernikah lain, tetapi jika Allah lebih menyayanginya dengan tarik nyawanya, apakah dapat isteri mampu untuk menghalang??

subhanallah, petang yang sangat menginsafkan, tidak sia2 aku ke pengajian itu tadi. malam itu, aku bangau malam, dan menangis semahunya. Aku berjanji dan bertaubat aku tidak mahu meneruskan cinta dusta ini..

* belum habis lagi, nk bersiap pergi taklimat spb.. dah jumpa dah nik nur madihah, hihi.. buat biase je sudah!!
* rumah dah sunyi balik, adik2 dah masuk sakan..tak rindu kat korang laa!! g la sakan toing2 korang tu!
* agak2 mak abah bg duit raya tak?? bila jais nk bg duit raya ya??=(