Thursday, August 19, 2010

W.A.k.T.U

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Bersyukur kepada Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar lagi agung, Rasulullah SAW, serta pengikut yang menjadikan AlQuran dan AsSunnah sebagai pegangan serta dijadikan panduan.,.

Tanpa sedar rupanya sudah lebih kurang 2 minggu saya menjadi guru di PASTI. Sudah saya sebutkan PASTI itu apa bukan, di entri lalu.. Ianya adalah Pusat Asuhan Tunas Islam, dan ia di bawah parti, =). Ya, dan amat susah untuk saya memohon mana2 sumbangan yang berkait kerajaan.. Manakan tidak sudah jelas disitu parti, lagi kononnye mahu mencuba nasib mohon sumbangan, haih~ =p..

Walaupun perkara yang saya mahu cerita ini saya rasa tidak bermanfaat sangat untuk diceritakan, tapi saya tetap berdegil mahu gunakan masa yang terluang ini untuk bercerita, =p.. Apa dia?? Ha, minggu lalu, saya hadiri mesyuarat PASTI, ianya jam 10.30 (selepas teraweh) di PASTI.. Mulanya saya hanya mendapat kerja untuk mencatit minit mesyuarat saja kerana pemangku S/U sedang sibuk untuk persediaan STAM (junior saya di Hisamudin). Ah itu tidak kisah la, setakat minit mesyuarat, petik jari saja, =p. Habis saja mesyuarat, mula sedar, oh rupanya kerjaku banyak juga..

Mujur kerjanya mudah. Di Jordan dahulu saya pernah pegang kesemua jawatan di dalam program, haha dengan berlagaknya!! Jadi apa la sangat iklan yang berbentuk pamplet, buat surat akujanji, borang tempahan, surat makluman, surat jemputan, surat itu dan ini, kad itu dan ini.. Jika dahulu di dalam program, biro prgram buat ini, biro publisiti buat ini, biro yang lain buat ini ini ini, kini kita lah yang buat semua.. Ya, walaupun punya masa untuk buat semua itu tapi jika tiada pengalaman,ertikata lain yang lebih mudah ialah 'TIDAK TAHU', ianya tidak berhasil juga.. Ya kan?? Cuma satu, saya masih terkial-kial untuk mengeluarkan resit. Ha tu lah, di Jordan dahulu tidak ada resit2 ni, kan dah tak tahu.. PERMAI, sila buat sesuatu! =p..

Jadi, janganlah mensia-sia kan masa anda di tempat belajar.. Sememangnya banyak lagi yang kita perlu belajar, tapi setakat kerja-kerja dalam program itu jika kita sudah punya pengalaman, ia sangat memudahkan.. Hahaha saya sendiri tidak punya banyak pengalaman kerja-kerja dalam program ini, tapi bersyukurlah sekurangnya penglibatan itu ada, dan sedikit sebanyak mengurangkan rasa 'oh saya tidak tahu buat'.. Mujur PASTI belum pernah minta saya untuk memasak, ngah ngah ngah~ =p. Kalau dapat, ampun ampun, saya tak mahu!

Tidak mengapa, saya senang menerima kerja yang sangat melambak ini, haha kasihan sungguh dengan timbalan pengurus PASTI, kepalanya sudah serabut dengan 1001 masalah, tambahan lagi dengan salah seorang AJK merangkap guru yang banyak songeh ini, =p.. Lagi pula, AJK yang berapa kerat saja ini dan kesemuanya muda-muda lagi, kesemuanya umur sekitar 20 tahun.. Saya 22! =).. Dan kami baru saja mula bertapak, mohon doa kalian, ^^..

Hari Sabtu ini ada Program Khatam Quran Majlis Guru Pasti seluruh kawasan kota Raja, saya sangat bahagia kerana buat di PASTI As-Syifa'.. Saya mahu tunjukkan kepada semua guru-guru, 'Inilah PASTI saya!!!' =).. Dan hari Jumaat minggu depan Program Khatam Quran peringkat Negeri selangor pula di Kuala Langat..

Selepas saya menjadi guru, saya sudah kurang penglibatan dalam NISA', saya amat setia (ceh???). Jika dulu PERMAI saja, tidak terfikir bersekutu mana-mana persatuan lain, kini PASTI saja.. Ntah bila saya mahu sedar bahawa NISA' dan PASTI itu adalah dari rumpun yang sama ya, =)..

Hehe sekian saja dahulu saya tamatkan kisah ini.. Ramadhan Kareem~

Monday, August 9, 2010

PASTI cemerlang.. PASTI gemilang.. =)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..



Ok, lihat logo diatas?? Logo ini adalah logo PASTI iaitu Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam.. Dan kini, saya berada disitu, jika dahulu saya kesana hanya kerana seorang AJK PASTI, kini saya berada disana untuk mengajar anak-anak di tadika itu..

Ketika pulang dari Jordan lebih sebulan lalu, saya pernah suarakan hasrat untuk mengajar di tadika kepada mak abah saya, dan mereka menentang.. Saya pasrah saja. Tapi kini tiada cara lain untuk terus membangunkan PASTI itu, hanya saja saya yang 'terpaksa' menjadi pengajar disitu. Ah, secara tidak langsung ia juga adalah pengalaman pekerjaan saya yang pertama kali, =)..

Pengalaman pertama kerja adalah di tadika itu tidak menjadi masalah bagi saya, keluarga, rakan2 juga semua orang.. Tapi apabila memikirkan 'Graduan universiti timur tengah pulang ke Malaysia mengajar tadika', itu yang menjadi kedengaran pelik, mungkin bukan semua, tapi saya sendiri juga dengar agak pelik, =)..

Penentangan yang bukan hanya dari sahabat2, tapi juga dari keluarga juga sanak saudara. Manakan tidak, di rumah juga saya menyanyi 'dalam seminggu ada 7 hari, 5 hari sekolah, 2 hari cuti', disahut suara belakang 'itu yang kamu belajar di Jordan?'.. Ah, jika tidak kerana cikgu2 saya di tadika kanak2 islam (TAKIS) Klang itu, mana bisa saya dahulu bertadika disitu.. Siapa pula yang mengajarnya ya tidak?? Dan kini, anak2 ini pula yang memerlukan guru, mengapa saya tidak boleh berkorban sedikit masa demi untuk mengajar anak2 ini??

Darah mengajar itu sememangnya sedang mengalir dalam tubuh saya. Walaupun saya tidak begitu mahir mengajar tapi saya rasa seronok,dan puas hati, itu yang saya maksudkan 'darah mengajar', =).. Lagi pula, ramai dari ahli keluarga saya yang memang mengajar. Makcik dan pakcik saya,ada yang punyai nurseri sendiri, juga kakak2 saya tiga kesemuanya pernah punyai pengalaman mengajar, cuma mareka mengajar di sekolah rendah ketika menunggu result SPM, dan saya mengajar tadika selepas degree, hehe, =)..

Jangan risau, saya tidak akan berada lama di PASTI itu, saya sudah punya perancangan sendiri.. Tapi saya akan juga menyelamatkan PASTI CAWANGAN SAYA SENDIRI dalam masa untuk mengejar cita2 saya mencapai matlamat, =).. Mengajar di PASTI tidak lama, tapi mengejar PAS insyallah selamanya, =p..

Ya, seperti dalam penelitian saya, sememangnya guru2 PASTI ini kebanyakan yang tetap itu tidak ada yang anak dara.. Saya juga, jika saya sudah punya tanggungan, saya tidak akan bekerja di PASTI.. Ber'elaun' kan sejumlah yang hanya lepas untuk yuran bulanan adik saya di Jeram itu, ianya adalah tidak stabil dalam ekonomi keluarga. Jika saya berjodohan dengan anak dato', boleh lah juga, =p.. Moga2 Ya Allah, orang2 yang berkhidmat di dalam PASTI ini Kau berikan ganjaran sewajarnya, Ya Allah, amin ya Rabbal Alamin..

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami.. Berkatilah segala pekerjaan kami.. Amin Ya Rabb..

~mendidik biar dari rebungnya, mari kita bekerja di PASTI, haha tak kena langsung..

Saya sudah senang dengan PASTI, =).. Segala meeting dan program juga saya tidak mahu tinggal.. Cikgu sayang la anak2 murid cikgu, ^^.. minat saya sememangnya pelik~

Saturday, July 17, 2010

17 Julai

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah wa syukru lillah, selawat dan salam buat junjungan agung Rasulullah, juga ummahatul mukminin, para sahabat junjungan, serta pengikut alQuran asSunnah sehingga ke hari kebangkitan.

Ini 'mungkin' adalah seolah diari saya yang terakhir, InsyaAllah, tapi tak janji. Minggu lalu, saya diamarankan rakan agar memberhentikan becerita tentang diri di blog dan letakkan sesuatu yang bermanfaat di blog ini. Menyibuk saja orang itu, mahu sesuatu yang bermanfaat 'sikit' dari saya mengapa tidak saja ke blog satuumat itu, di blog ini juga yang dia mahu menyibuk, haha.. Tidak mengapa, saya amat senang dengan permintaan itu, =)..

Benar, ketika di Jordan dahulu blog ini adalah blog utama saya, dimana ia menjadi tempat sorokan aktiviti 'tak patut' saya jika mahu ber'keras' di blog satuumat itu. Jika ada sesiapa yang tanya, saya hanya menjawab blog saya ciksantun, dan satuumat itu saya sorok belakang.. (berani cerita sebab dh balik, wek3!! ). Dan amaran keras kepada budak Jordan yang masih di Jordan yang mahu bertindak seperti ini agar tidak melakukannya, ia agak merbahaya.. Jangan buat!

Baiklah, cerita hari ini..
Di Jordan sana, baru selesai Mesyuarat Agung, dan telah bertukar saf pimpinan yang baru, berpresidenkan Zaid bin Daud. Huh! buat pertama kalinya kempenku tidak mengena.. ah tidak mengapa, Zaid itu sememangnya calon presiden pertama di hati, keh3.. Dan kempen adalah kempen. Kalau saya adalah orang yang layak mengudi ketika itu juga saya akan pangkah nama Zaid bin Daud.. Maka, saya masih lagi sehati sejiwa dengan rakyat jelata PERMAI, berbangga, ^^ ! Sudah ketetapan Allah begitu, redha. =)

Tahniah dan takziah kepada saf pimpinan baru PERMAI 2010/2011.. Moga taklifan yang diamanahkan dapat kalian galas dengan bersungguh, InsyaAllah, dari jauh kumendoakan, ^^..

............... dot dot dot..........

Pagi tadi, saya ke PASTI.. Suatu kejadian yang amat memalukan pada hari ini adalah saya terlupa memakai stokin. dan salah seorang 'orang besar' PASTI menegur, "eh enti bukan selalu pakai stokin ke? kenapa hari ini tak pakai? jangan jadi UMNO.. nasib baik jubah hijau!"..

Dalam hati saya nak marah, marah diri saya sendiri, bagaimana hari ini boleh terlupa memakai stokin.. Di Jordan selama 4 tahun saya berkelana di sana pun tidak ada sesiapa yang menegur jika saya terlupa memakai stokin, ini di Malaysia, sekecil2 pakaian di kaki pun ada yang menegur.. adeh malu....

KEmudian jam 11, abah saya ambil untuk ke Janda Baik, ada jemputan disana. Satu perkara yang saya tidak suka ke Pahang darul UMNO itu adalah jalannya yang bengkang bengkok.. Saya tidak kisah jika dengan jalan begitu tidak punyai apa kesan, tapi ini membuatkan anak sedara saya, Rania, muntah atas saya! itu! saya cukup marah dengan jalan yang sebegitu... adoii.. di Janda baik ini juga minggu hadapan kami akan bercuti, di tempat Darul Hadith dan kami antara orang bertuah yang dapat duduk di situ dahulu sebelum Darul Hadith itu dibuka, hehe tumpang bangga, =)..

Kemudian selepas ke Janda Baik, pergi ke Seremban pula, ada jemputan kenduri kesyukuran anak Ihsan dan Tika (dari Universiti Mu'tah), yang bernama Nurul Ain Zinnirah.. Hari ini kami memang mengukur jalan, esok pula ke Perak!

Saya memang tak pernah buat catatan sebegini, tak tahu kenapa malam ini pula datang penyakit nak buat sebegini, ampun saja la ya, harap diampunkan, =).

Suatu kisah lagi!

Tadi, mak saudara saya menelefon bertanya tentang bagaimana perincian masa dan program untuk esok menghantar rombongan ke Perak. Lalu saya pun memberitahu esok keluar dalam jam 8 pagi, dan pastikan semua sudah ada di RnR Tapah tepat jam 10 pagi. Disana berkumpul semua kereta, cukup semua dan kita akan bertolak ke Batu Gajah.
Lalu dibalasnya, RnR itu apa? Saya pun menjawab la Rehat dan Rawat, kawasan tempat rehat yang di tepi jalan itu. Lalu dibalasnya, 'tadi makdede tanya acu, acu kata kul10, sume dh ade dekat rumah rehat Fariq kat Tapah'. *(Fariq adalah abg ipar sy).. Tergelak besar saya tidak berhenti mendengarnya. Kaya benar abang ipar saya jika dia adalah pemilik RnR Tapah, isytihar lah abg Fariq menantu emak paling kaya, haha..

Sok akan ke Batu Gajah, InsyaAllah konvoi 13 kereta kira2 tadi. Saudara2 yang ikut menghantar, pastikan anda berada di RnR Tapah ya, jam 10, dan bukan rumah rehat Fariq, hehe..

Menantu mak abah sudah ada dari Melaka, KEdah dan Perak. Maka sesiapa lelaki yang dari ketiga2 negeri ini, anda telah selamat, jangan risau. Yang keempat mungkin dari Klang saja, sesiapa yang dari Klang, sila gelabah! haha. (merepek saja)

Baiklah, sekian saja untuk malam ini.. Selamat malam, =)

Friday, July 16, 2010

SHAH ALAM, 14 Julai: Beberapa akhbar utama negara hari ini telah memberikan ruang besar untuk ulasan pemimpin BN terutama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu pasir di Selangor.



Malangnya, ulasan mereka berdasarkan laporan akhbar pada 12 Julai yang salah fakta dan jauh dari kebenaran kerana kegiatan melombong pasir di Bukit Changgang, Dengkil itu dijalankan secara sah dan diuruskan oleh syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari (gambar) menafikan berita itu ketika sesi penggulungan bajet tambahan peruntukan pembangunan 2010 di dalam sidang Dun yang berlangsung hari ini.

"Media menyiarkan kenyataan serta gambar lokasi perlombongan yang tidak benar sedangkan aktiviti perlombongan yang dijalankan adalah sah serta diuruskan KSSB," tegasnya. Dua hari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjelaskan secara terperinci mengenai kegiatan itu yang dimanipulasi oleh pembangkang Selangor dengan pendedahan dibuat oleh bekas menteri besar, Dr Khir Toyo.

Khalid berkata, laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah. Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, KSSB pasti gambar itu diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit Canggang.

Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat. Kelulusan dari jabatan itu diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan berkenaan.

Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands. Syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG.

Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan. Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir. Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya 10 juta tan pasir bernilai RM220 juta seperti yang dilaporkan akhbar.

Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori. Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu. "Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir dan kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian," tegas Khalid lagi.

Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara. "Kita juga berharap pihak media lebih berhati-hati dengan fakta yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negeri akan terus menambah baik perlombongan pasir yang menjadi sumber untuk agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," jelas Abdul Khalid.