Thursday, January 28, 2010

Lisaniyat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan tanpa henti, tuhan pemilik Ar-Rahman serta Ar-Rahim yang sentiasa melimpahkan rahmat serta kasih sayang sehingga mampu nya kita hidup sehingga detik ini..

Alhamdulillah semua markah untuk sem ini telah pun keluar, dan madah bagi sem terakhir saya yang sepatutnya 3 sahaja sudah meningkat menjadi 4, dan moga2 sem depan adalah sem terakhir saya se'hawiyah' 200604........(sshh) ini.. Moga dipermudahkan..

Dan berlalulah sudah cuti yang sudah selama seminggu ini, dan semalam saya menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, serta 2012.. Movie yang sudah lama berada dalam simpanan, hanya menunggu masanya saja untuk ditonton.. Dan dimana puncanya jutaan manusia yang mengatakan cerita2 ini best juga saya tidak tahu, tapi bagi saya cukuplah menontonnya hanya sekali.. Entri ini bukanlah untuk menceritakan tentang movie ya, cuma mahu cerita saya amat bosan dengan cuti kali ini.. Ada sapa2 nk belanja g jalan2?? =P..

Entri ini saya tulis tanpa matlamat, atau kata lebih indahnya 'taktau nk tulis apa'. Apa yang terlintas dalam kepala, itulah yang saya nukilkan.. Sem ini, saya amat jatuh cinta dengan satu madah, madah ini dilahirkan dengan nama 'lisaniyat' atau dalam bahasa orang putih nya panggil 'linguistic'.. Madah yang membuat saya meng'abdikan diri' dengan maktabah, madah yang membuat saya rasa kaitan bahasa arab dengan ilmu lain.. Oh, sangat banyak..

Paling penting, madah ini juga lah satu2nya madah adab saya yang paling tinggi setakat ini semenjak menginjak kaki di tahun 3 dan 4!! haha tepuk tangan.. owh bermula tahun 3, itulah zaman kemerosotan muaddal..

Ah haa, sebelum terlupa, lisaniyat adalah ilmu yang membahaskan tentang percakapan berbanding penulisan.. Maklum bukan, nahu itu membahaskan tentang qawaid (grammar) iaitu penulisan dahulu baru percakapan, tetapi sorof dan lisaniyat adalah percakapan dahulu baru kaji usulnya.. Jadi disini, gigi lah unsur yang pertama sekali ditekankan dalam pelajaran lisaniyat.. Maka, terpaksalah kami juga menghafal nama2 gigi yang pelik2 serta puitis itu..

Mengapakah suara lelaki lebih besar dari wanita, mengapa suara budak kecil lebih halus berbanding orang dewasa, bagaimana suara orang yang bercakap bergerak ke telinga pendengar, kami belajar nyanyi, belajar menangis, dan bermacam lagi.. Menangis itu tidak perlu ajar, saya sudah pakar.. Juga mengidghamkan huruf 'lam' dan 'jim', berbunyi seperti orang2 Perancis sedikit.. Dan ini adalah lahjah dan tidak digunapakai dalam pembacaan Al-Quran..

Dan apa yang lebih menarik, yang boleh saya ceritakan sedikit disini adalah dalam 'wahdatus soutiyyah', saya tidak pasti apa bahasa melayunya, tapi jika diterjemah satu persatu ia akan menjadi 'kesatuan suara'.. Salah satunya adalah 'FONIM'.

Fonim adalah mengecilkan kalimah dengan beberapa patah perkataan menjadi satu kalimah..
Contoh : Asata'allamuuniihaa.. أستعلمونيها
membawa maksud : adakah awak semua akan mengajar saya tentang perkara itu??
asalnya begini : هل سوف أنتم تعلموني الشيء هكذا هكذا؟؟
Jadi diringkaskan begitu mudah sekali..

Begitu indah bahasa arab, bukan?? Permah suatu muhadharah, doktor bertanya, "Apakah bahasa ibunda pertama yang diiktiraf dunia?" Masing2 menjawab "Perancis", "Cina","Arab", dan sebagainya.. Respon doktor hanya menggeleng, lalu dengan tenang dia menjawab "bahasa ibunda adalah bahasa kita, jika orang arab, arablah bahasa ibunda nya. Jika orang Cina, Cinalah bahasa ibundanya. Jika orang Amerika, english lah bahasa ibundanya.. sama seperti apa yang berlaku di Malaysia (memandang saya, dan saya tersipu malu, =P), rakyat Malaysia juga mempertahankan bahasa mereka, walaupun titah penggunaan bahasa Inggeris dikeluarkan sendiri oleh menteri mereka.."

Sangat terpana dengan jawapan doktor, ketika ini, sangat heboh dengan PPSMI ya! Dan saat itu saya rasa sangat sayang dengan doktor Ahmad Abu Dalu.. haha, sekian terima kasih.. Itu sahaja yang ingin saya ceritakan.. Silakan untuk bosan dengan cerita saya, tiada masalah..

No comments: