Saturday, December 26, 2009

Meniti Perhentian Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Iklan kepada semua warga PERMAI













Anda tahu bagaimana pengurusannya?? Ayuh sertai Program "MENITI PERHENTIAN TERAKHIR" (kursus iman dan bilal, serta pengurusan jenazah) pada 1 Jan 2010, bertempat di Mudarraj Tarbiyah, Jamiah Yarmouk.. Juga yuran sebanyak JD1 sahaja akan dikenakan.

Daftarkan nama anda segera kepada :

Syabab : Asrul Faiz 0779079294
Akhawat : Shafiqah 0776947922

Friday, December 25, 2009

kayu cendana, air mawar, talkin..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Mahasiswa2 irbid pada tahun ini telah dikejutkan dengan pelbagai berita tentang kematian, tidak kisah samada dari keluarga darah daging sendiri hinggalah guru2 atau ustaz ustazah di sekolah, hinggalah kenalan, dan hinggalah saudara2 seukhwah serta seagama islam..

Semoga Allah merahmati dan memberkati roh mereka dan dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman.. Sudah tamat taklifan mereka di atas muka bumi Allah ini.. dan semoga amalan baik mereka di bumi ini diberkati serta diredhoi.. Ameen..

Tetapi…………

KITA pula… Apakah pula taklifan kita terhadap mereka yang sudah meninggal selagi mereka berada di atas muka bumi ini?? Sudah tentu menguruskan pengkebumian jenazah mereka..

Jadi persoalan disini, adakah kita mampu serta mengetahui bagaimana cara hendak menguruskan pengebumian?? Apakah dengan membiarkan hanya tok imam dan ustazah2 yang biasa menguruskan saja yang hendak menguruskan jenazah2?? Jika tok imam itu tiada, siapa pula yang hendak menguruskan jenazah mereka?? Ataupun adakah kita sendiri tidak pernah menghadiri dan mengikuti mana2 jenazah yang hendak diuruskan??

Menguruskan jenazah adalah FARDHU KIFAYAH.. Tapi adakah cukup dengan hanya membiarkan ia hanya diketahui oleh golongan yang tua2 sahaja.. Mereka sudah tentu mengharapkan anak2 muda juga sebagai pelapis untuk menguruskan, dan timbul lagi persolan disini, apakah sudah KITA yakni para remaja belia yang lebih2 lagi belajar di timur tengah ini, cukup mampu untuk melaksanakannya??

Nantikan.. zaaasss!!

Tuesday, December 8, 2009

puteriku sayang

Bismillahirrahmaanirrahim..
Asalamualaikumwarahmatullah..

Hari ini saya diminta oleh sepupu saya untuk mendedicate lagu ini untuk semua mahasiswi yang ada di Jordan.. Jadi bagi melaksanakan permintaan saudara seorang itu, tidak mampulah saya untuk membuat sedemikian, maka saya letakkan saja disini..

Kepada siapa yang baca dan dengar lagu ni, saya tujukan khas untuk kalian..

ini versi lama..


dan ini versi baru..


lagu ini punyaii maksud yang mendalam, moga sama2 hayati.. [layan lagu lama lagi best katanya, =P]

Puteriku Sayang
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica feat Munif
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji yang mengabdikan diri

Malu mu makhota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya