Wednesday, April 29, 2009

Kau masih sahabatku.


Bismillah..

Alhamdulilah,
dengan linangan airmata,
yang mengalir tanda keinsafan,
bertaubat dari segala kealpaan,
kerana hawa nafsu yang diikutkan.

Aku inginkan persahabatan,
Yang disulami dengan kejujuran,
Keikhlasan serta Kasih Sayang.
Berkongsi sedih tawa,
Mendukungku saat hiba,
Bersamaku saat gembira.

Teman,
diriku sangat mengasihimu,
luahkanlah apa yang sebenar2 terbuku dihatimu
agar kau tahu, aku masih berada bersamamu,
dan aku juga tahu apa yang tersirat di hati kecilmu.

Teman,
Hibanya rasa hati,
Tatkala mendengarkan ikatan yang telah terjalin ini,
Hanya lakonan semata..
Menyentap hati-hati,
Sehingga tak mampu terungkap dengan bicara,
Dan tak terbayang di kornea mata.

Teman,
sangat tidak layak kau punya teman seperti diriku,
Namun,
ikatan yang telah terjalin ini,
janganlah dihancurkan.
redhakanlah aku sebagai temanmu,
aku sangat menghargai ikatan persahabatan ini,
berharap ia kekal abadi.

Ayuh teman,
kita bina taman persahabatan,
yang dipagari dengan rantai-rantai kematangan.

ececece...
ntah ape la aku nye sajak ni..
dapat ke halim la ni, mmg menadah je la telinga ni, wakaka..

untuk semua sahabat2 saya, bayt Insyirah 3221
~ Tiqa, Sheera, Yati, Arika, Dalila, Sab, Zimah..

Tuesday, April 28, 2009

sirotul mustaqim

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Berjaga-jaga dalam memilih buku.


2 kitab diatas ini adalah contoh muka depan kitab as-siraatul mustaqim.

Antara isi kandungan yang telah diterjemah ke bahasa melayu :

HAK ALLAH YANG PALING AGUNG KEATAS HAMBANYA

Ketahuilah hak Allah yang paling agung keatas hamba-hambanya ialah mentauhidkan Allah Taala dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Sesungguhnya mensyirikkan Allah itu dosa yang paling besar yang dilakukan oleh hamba dan adalah ia dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Dan Dia mengampunkan segala dosa yang selain daripadanya. Firman Allah Taala: 43 surah An Nisaa.


Syarah:Mengenal Allah Taala dengan mentauhidkanNya dalam beribadat ialah tunduk sehabis tunduk adalah hak Allah yang paling agung keatas hamba-hambanya dan dosa yang paling besar yang dilakukan oleh hamba ialah kafir yang tergolong dalam dua golongan iaitu kafir syirik dan kafir tidak syirik kerana semua yang melakukan syirik tu adalah kafir dan bukan semua yang kafir itu syirik. Oleh itu hak Allah yang paling agung keatas hambanya ialah mereka menyembahnya tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu.

Dan kafir itu kezaliman yang paling besar seperti Firman Allah Taala (Wal Kaafiruun humul dhoolimuun ayat 453, yaitu orang kafir itu melakukan kezaliman yamg paling besar keatas dirinya lebih dari pada membunuh orang muslimin beribu ribu orang dari orang muslimin yang tiada dihalalkan untuk dibunuh.

Dan telah Allah mengkhabarkan sesungguhnya Dia mengampunkan segala dosa-dosa daripada hamba-hambanNya yang muslimin yang menjauhi kekafiran yang dua jenis ini; Syirik yaitu yang menyembah selain daripadaNya dan yang tidak syirik iaitu mendustakan rasul, meremeh temehkan / meringankan dengan Allah dan RasulNya dalam mentauhidkan dan mensucikanNya. Dan Sabda Rasulullah saw juga menunjukkan dalil yang sebegitu juga. ( Sesungguhnya Allah memaafkan hambaNya yang tiada hijab/sekatan. Bertanya sahabat, apa yang di maksudkan dengan yang ada hijab/sekatan itu ya Rasulullah. Jawabnya, manusia yang mati dan mereka itu musyrik, diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Hiban mensohihkannya.

ustaz 1
Saya dah tengok kitab tu dalamnya terdapat pengiktirafan rasmi oleh Al-Azhar Mesir dan para ulama dan Tuan-guru2 di Universiti Al-Azhar yang mana mereka memegang jawatan utama bahagian Usul dan Aqidah di Jamiah Al-Azhar memuji dan memberi taqriz ( Kata Pujian ) pada isi dan kitab itu.

kitab ini juga terdapat di maktabah UIAM

ustaz 2
baca lah kitab ni, cuba cari di sana tentu ada. sebagai penambah pengetahuan.
ustaz 3
Maaf, kitab siratul mustaqim tidak ada, kerana ia adalah kitah al-ahbasy,, dan tiada dalam pasaran.
buku aqidah wal firaq aku.
Al-Ahbasy diasaskan oleh Abdullah Al-Harary Al-Habsyi : nama sebenar Abdullah Abdullah bin Muhammad Asy-Syaibi Al-Abdari, dinisbahkan Al-Harary dengan nama Harara di habsyah. Beliau mempelajari bahsa arab dan fiqh syafie dengan Syeikh Saeid bin Abd Rahman dan Syeikh Muhammad YUnus.. Kemudian beliau pergi ke Jummah, dan disana bermula pelencongan.

Kesalahan dalam Aqidah
- Mengaku ikut mazhab Syafie tetapi pegangan mereka jauh terpesong dari mazhab Syafie
- Quran ialah kalam Jibril dan bukan kalam Allah, kerana Jibril yang melafazkan ayat quran, dan bukan Allah..
- Berpegangan seperti aqidah murjiah, mendahulukan iman dari amal. Seseorang itu tetap beriman jika meninggalkan solat.
- banyak lagi, malas nak tulis.. (sebetulnya belum baca, tak masuk exam khamis ni, hehe baca sebab exam)

lalu???
lalu.. lagi mahu tanya.. aku sekeh kang.. kitab depan mata, taknak guna.. ustaz2 depan mata, taknak tanya..
kena cari juga di maktabah kalau ada, terjemah bahasa melayunya ada, nak cari kitab arab susah pula..

~ exam aqidah dulu, khamis ni.. banyak tu.. wala2.. terima kasih adam, sudi mengajar kelas tajuk khawarij td..

Sunday, April 26, 2009

spidermaaaannn!!

anak2 ustaz alex..



comel2.. petahnya budak ni cakap..

Ingat ye kawan2, jangan cekik kuat2!!
kalau tidak.. mati..
kita haruslah jaga keselamatan
sebab.. ada orang cekik orang..
ok la kawan2, jumpa lagi nanti.. byeee!

memetik kata-kata ustaz alex..
semoga besar nanti terus menjadi cahaya mata dan bukannya serabut mata. :)
(keh3 gelak guling2)


ni, hadiah akk cantun, cpedermannn...

Saturday, April 25, 2009

Cinta terbakar!!

Yallah nabda', bismillah..
Assalamualaikumwarahmatullah..




Tepat jam 4.15 pm tadi berakhirlah pembacaan cerpen bagi saya cukup menarik. Cerpen gadis berniqab, 5 siri kesemuanya setakat ini, Cerita Tiada Tajuk- Gadis Berniqab , tanpa menghiraukan yang saya akan menghadapi 2 imtihan minggu depan.. ish3..

antara bibit-bibit ayat yang terpilih :-


"Esok kita jumpa di kuliah feqh ya. dah lama ana tak jumpa anti. I miss U, wslm wbt."


"Hai sayang. Ukhti tgh buat apa tu? Ana rindu kat anti. Jikalah anti ada disisi ana ni, pasti ana akan membelai-belai rambut ukhti. Uhkti mesti suka kan.. Ukhti bayangkan kita berdua sahaja......... "


Jadi, apa yang saya nak simpulkan disini adalah mengenai Cinta Atas Nama Dakwah..
Cinta atas nama dakwah sangat2 la popular di kalangan mahasiswa islam yang belum bernikah. Bertanyalah balik dalam diri, adakah kerana cinta, kita sulamkan ianya dengan dakwah?? konon akan nampak lebih indah dan islamik, "uhibbuka uhibbuki fillah"..

Lihat sahabat2 yang sedang hanyut dalam lembah ini, apabila ditanya atau ditegur, jawapannya "ana dah buat istikharah, yaqin inilah jodoh ana pilihan Allah. ana takleh lupakan dia, dia dah memang ditaqdirkan untuk ana".
Benarkah?? ingat para sahabat, Allah itu MAHA MEMBOLAK BALIKKAN HATI, ingat!! membolak balikkan hati... sedang orang yang sudah bernikah juga boleh terjatuh hati dengan orang lain, dah memang jodoh, tapi jatuh hati juga dengan orang lain.. inikan pula yang tidak tahu samaadabenar kita bernikah dengan orang itu atau tak.. istikharah bukanlah muktamad!! cuma jalan kita dalam memilih.. dan istikharah juga bukanlah lesen kita boleh bercinta tidak mengikut syariat..

Apabila makan teringat si dia, nak tido terbayang wajah si dia.. Adakah itu yang dikatakan cinta sebenar menuju ke gerbang perkahwinan?? Wujudkah cinta sebelum pernikahan sekalipun ianya bukan cinta monyet?? Mengapakah 'sedap' itu, kau gunakan sebelum tiba masanya.. bukankah islam telah memberi jalan untuk kita bercinta.. oh ya, jawapannya "ana belum bersedia, mahu belajar, mencapai cita-cita".. yg lelaki pula "mahu bekerja, beli sebiji banglo, kereta dan keperluan lain juga perlu ada, perlu dipersiapkan sebelum bernikah".. jadi, mengapa bercinta sekarang?? jika anda kuat, teruskanlah percintaan yang tidak tahu hujungnya apa itu..

Bagaimana pula berhubung tanpa henti melalui telefon, chat, dan sebagainya itu?? kata-kata yang digunakan juga cukup tidak mengenakkan dan tidak patut diungkapkan bagi mereka yang belum bernikah.. Apa lagi orang yang melakukan itu adalah seorang tokoh pelajar, naqibah, saf2 pimpinan.. tentu orang akan berfikir yang anda sudah bernikah.. lalu, saya mahu berikan 2 gambaran pada anda..

- gambaran pertama - satu parti yang ok, dan satu lagi yang tak ok, tidak mengamalkan syariat islam dan sebagainya.. apabila berlaku kucar kacir, terus parti yang tidak ok itu dipersalahkan..
- gambaran kedua - seorang muslimah yang santun pekertinya serta bertudung labuh, dan seorang lagi tidak memakai tudung.. Apabila berlaku apa-apa yang buruk, terus orang yang tidak memakai tudung itu yang dipersalahkan..

kita tidak patut membuat sebegitu bukan?? tetapi itulah perspektif manusia.. apabila orang yang bertudung labuh jalan berdua dengan seorang yang memakai kopiah lebih lagi berserban.. walau belum berkahwin, orang keliling akan menyangka anda sudah berkawin.. situasi ni lebih teruk dari orang yang tidak memakai tudung berjalan berdua dengan lelaki.. tidakkah anda rasa seolah telah merosakkan imej muslimah lain yang juga bertudung labuh?? Mengapalah di sebalik tudung itu, tersembunyi perkara jijik lagi menjelikkan.

Bagaimana pula saling menukar gambar?? Mengaibkan gambar sahabat lain kerana mahukan gambar sendiri yang jelita untuk diberi kepada pasangan haram anda itu.. Sekurangnya sayangilah dan hormatlah sahabat2 anda.. Mereka pun belum pernah memberi gambar-gambar pada lelaki, tapi gambar-gambar itu dah ditatap terlebih dahulu oleh teman lelaki anda.. jijik sungguh!! Bercinta, aib pasangan takkan terzahir kerana syaitan itu MAHA MENUTUP segala keburukan pasangan.

Apa yang dikejar dalam percintaan ini?
Bukankah Allah sudah berjanji dalam ayat-ayatNya, perempuan baik untuk lelaki yang baik, perempuan jahat untuk lelaki jahat..
Apakah hikmah islam melarang kita bercinta sebelum bernikah?? hikmah dari hukum2 islam itu adalah untuk kebaikan manusia dan hatinya juga.. Cuba anda bayangkan, teman lelaki anda tidak pernah lupa membelikan hadiah setiap kali menyambut hari2 bersejarah dalam hidup anda, selalu memberikan apa yang anda mahukan.. Namun telah ditetapkan anda bernikah dengan orang lain.. dapat pula suami yang tak romantik. apabila menyambut hari jadi, ulangtahun perkahwinan, suami anda lupa untuk membeli hadiah, tidakkah terdetik dalam hati, "kalau hari jadi aku, dulu2 sambut dengan si polan itu, mesti dapat banyak hadiah".. ingat lelaki lain, sedangkan anda sudah bernikah, tidakkah berdosa??

Wahai sahabat-sahabat yang sedang enak di lembah percintaan yang tidak tahu hujung pangkal itu, keluarlah, dan carilah cinta yang haqiqi.. bukan diri ini mendengki sudah tidak punya teman lelaki, sedikit pun saya tidak heran dengan orang yang punyai kekasih..tetapi kerana saya sayang kamu, dan tidak mahu anda hanyut dalam lautan api percintaan itu.. saya juga pernah seperti anda.. perlukan masa yang panjang untuk melupakan.. tetapi dengan lebih besarkan cinta kita pada yang haq, perkara itu sangat mudah..

cubalah tips ini,
- apabila teringat, terus kembalikn ingatan anda pada yang haq, ZIKRULLAH..
- apabila terasa nak mesej, terus kembalikan mesej itu pada yang haq, mesej yang Allah berikan pada kita, BACA QURAN..
- apabila terasa nak call, terus call Allah, SOLAT, DOA!!!
- Sibukkan dirimu dengan persatuan, program2, belajar, anda akan tidak punyai masa untuk fikirkan perkara itu.. banyak lagi perkara yang layak difikirkan, bukan??

Moga yang telah temui cintanya..maka sulamilah dengan takwa dan hiasilah dengan bunga-bunga islam.Jagalah sekuat mana yang kau boleh.Nescaya kau akan mendapat nikmatnya di kemudian hari.

selamat bermujahadah kepada semua.. saya sayang kamoo!!

Friday, April 24, 2009

Ku bakar cinta itu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Jom baca dengan mata dan hati yang terbuka.

Maksud firman Allah SWT :
" Maka mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang mereka selalu kerjakan"
al-An'am : 43

Wahai QURRA' sekalian umumnya dan diri sendiri khususnya, ayat2 Allah itu tidak sekali pernah berdusta, walau setitik mahu sedetik, tidak pernah dan tidak akan ada keraguan padanya, kalau pernah kalian sekali meraguinya, maka pantaslah kalian ke nerakaNya jika tiada disusuli dengan taubat kepadaNya. Maka benar sekali jangan di ragu lagi ayat yang aku sertakan di atas itu, kamu merasa kerjamu baik, kelakuanmu santun, pekertimu indah...sangkaan mu itu disekalikan dengan hati yg keras lagi kaku, tidak mahu mendengar bicara kebenaran, mencintai kebatilan mahupun nyata...maka itu aku berani katakan yang syaitan telahpun menjadi teman rapatmu sehingga kamu lupa sahabat sebenarmu disisi.

Sesungguhnya apa yang mampu menjadikan semua ini nyata, satunya adalah CINTA, cinta yang dimanipulasi kebobrokan hati yang punah dan koyak akibat kebejatan diri mempercayai tipu daya syaitan laknatullah. Dusta itu kamu terima mentah2 kerna mengagungkan CINTA PALSU yang dilandasi nafsu menggila, membuat kamu lupa yang mana nyata yang mana dusta. Dan ingatlah wahai diri2 yang dhoif, sekali kamu terperangkap, payah sungguh mahu keluar...yang dusta itu kamu usahakan menjadi nyata, yang sebelum ini kamu mampu dengan terang melihatnya sebagai satu kesilapan, tetapi setelah kamu masuk dalam perangkap cinta yang dusta ini, matamu BUTA mengiakan DUSTA. Nah!...kamu sudah angguk pada SYAITAN dan kamu geleng pada PENCIPTA!

Apa kamu tidak menyedari, tingkah hinamu itu telah merobek kasih antaramu dengan PENCIPTA, dengan sahabat sejati, dengan rakan taulan, dengan keluarga?...apa kalian merasa CINTA DUSTA dengan si LELAKI ATAU WANITA IDAMAN itu mampu membawa kalian ke syurga?...aku mahu bicara kali ini, syurga dunia pun kalian boleh terlepas jika CINTA DUSTA itu yang kalian kejar! Perlu aku ingatkan aku bicara soal CINTA YANG DUSTA, bukan cinta yang berlandas keimanan dan ketaqwaan padaNya, itu perkara lain!

Aku mahu tanya lagi, apakah dengan tingkahmu bergayut siang malam membakar duit makanmu yang di cucuri penat lelah dan titik peluh orang tuamu yang tidak tahu bila mahu pulang kesisiNya itu, adakah itu suatu perkara mulia?...aku tanya!...adakah dengan tingkah 'MULIA' itu kamu mampu meruntun hati sang pencipta membantu hubungan CINTA DUSTAMU dengan membiarkan kamu bersatu akhirnya?...apa kamu ingat yang Maha Kuasa itu seperti kamu?...apa kamu ingat DIA senang saja mahu membiarkan begitu?...apa kamu ingat DIA redhakan saja tingkah kejimu?...apa kamu fikirkan semua ini, atau mungkinkah kamu sudah lupa adanya PENCIPTA setelah dibuai nafsu dan angan kosongmu yg dibelenggu syaitan laknatullah???

Aku mahu teruskan, sudah mahu berhenti membaca?...sudah terasa ada api yang membakar bakar hatimu marahkan bicaraku?...aku tidak peduli!...aku memangnya mahu bakar CINTA DUSTAMU dengan api panas merejam, merejam sifat angkuhmu yg menolak yang haq dan menyangjung yang batil, aku mahu bakar sifat egomu, aku mahu kamu terbakar hari ini kerana aku sayang kamu kerana Allah!...ini aku lanjutkan bertanya, pernah atau tidak kamu sedari, hati2 sahabat disisi, yang sayangnya kepadamu dengan sebenar benar cinta dan kasih...sedayanya mereka cuba membantumu, menasihatimu...tapi kamu tetap dengan nafsu gelojoh menolak saja bicara mereka, mengguris dan merobek hati2 sahabat yg selama ini siang dan malam mendoakan kesejahteraanmu...kamu lakukan ini hanya kerana SI DIA yang kamu cintai dengan diwalikan syaitan laknatullah...renungkan wahai sahabat...

Tidak terasa lagi aku mahu sejukkan keadaan, maka aku bakar lagi!...apakah kalian ingat CINTA DUSTA itu kekal abadi sehingga akhir?...apa kalian gembira sungguh setiap kali SMS dari si dia tiba?...apa kalian seronok benar setiap kali si dia menghubungi?...apa kalian suka benar menatap wajah si dia pujaan?...aku mahu igtkan...pernah kalian terfikir...suatu ketika, SMS dari si dia tidak lagi menjelma...panggilan dan suara si dia tidak lagi kalian dengari, wajah si dia jadi kenangan cuma...ini yang aku mahu igtkan, ia tidak abadi!...si dia itu pastinya tidak KEKAL ABADI! cinta DUSTA itu juga kalian jgn sangka indahnya sampai ke petang...mana kalian tahu badai dan petir melanda nanti?...ah mudah saja bagi Sang PENCIPTA...DIA sebut saja 'KUN FAYAKUN'!!...maka hancur leburlah cita dan anganmu, tidak kemana...hanya pilu menyeliputi diri...sedarlah wahai sahabat...

Aku sedih dan kecewa jika sahabat masih lg mahu terus dengan CINTA DUSTA itu, aku sedih jika kalian tidak faham bicaraku, aku tahu hidayah itu milikNya...tapi aku tetap sedih aku tidak mampu menyentuh hati sahabat...aku sayang semua kerana Allah!...aku mohon dengan sangat, tolonglah...jangan lagi menongkah kebenaran, demi Allah aku minta ini bukan untuk diriku saja, bahkan untuk diri kalian, taatlah padaNya, bercintalah kamu mengikut syariatNya, agar mudah mudahan DIA berkenan membantu CINTA kita hingga ke syurga sana...mudah mudahan sahabat...ameen ya Allah!

“ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)"
al-Syams : 7-10

Cukuplah setakat ini hati2 kita diperdaya oleh syaitan laknatullah dengan menghiasi kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan sehingga tampaknya indah belaka, membuat kita ragu dalam menilai yang mana benar dan yang mana palsu, sungguh!...jika diselami betul2, maka pasti....biiznillah, akan terlihatlah kesesatan yang nyata itu...aku pohon sahabat, MUHASABAH kembali sebelum DIA menyungkurkan kita ke dasar!...sesal di waktu itu, hanya ratapan saja yang mampu, aku undur dulu...

Dari : Zul

Thursday, April 23, 2009

udang masak kasturi

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikumwarahmatullah...

Entri ni lebih bersifat saje sesaje..
Mengapa dalam proses untuk mendietkan diri ni, keterliuran lidah, tekak,gigi,lelangit semua nya dalam mulut ni untuk makan pula bertambah?? sekalipun udang yang mahal gila kat sini.. Jadi, pandang sajalah gambar udang ni..


masakan udang ini adalah udang masak kasturi, diambil dari resipi.net.. nyummyy..

Bahan-bahan Yang Perlu
10 ekor udang besar
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi diambil airnya.
2 tomato hijau
Secawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara memasaknya
1. Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang.
2. Setelah masak angkat udang.
3. Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata dengan api sederhana. Apabila naik minyak masukan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.


Apa yang menarik di dalam dapur rumah saya??

setiap kali selepas masak, orang yang masak kene kemas dan lap dapur.. Jika tidak, malamnya akan ada orang yang akan disembelih.. notis diatas telah dikeluarkan oleh ratu sental kami..
Amaran kepada sesiapa yang hendak datang rumah, haruslah membuat temujanji, agar ketika anda datang, kami semua masih ada kepala.. jangan semua takde kepala, tiada sapa dapat melayan anda.. Dan takde sapaleh bukak pintu, sebab tak nampak dh, kepalanya takde, haha..


ini pula adalah tema masak kami.. "memasak dengan penuh kasih sayang".. kalau masak dengan penuh kasih sayang, makanan yang tak sedap pun akan jadi sedap.. sedap, sehingga menjilat 10 jari.. ye tak??
juga baca ini : ratu sentalku!!

Wednesday, April 22, 2009

cinta berapi



Cinta adalah Api.

Bila digunakan pada tempatnya, maka ia akan menghangatkan, memasak, menerangi dan membawa keindahan.

Namun bila ditaruh bukan pada tempatnya, maka akan membakar dan menghanguskan. Inilah api yang dhahir.

Bagaimana dengan api yang batin, ketika berpijar dalam kerinduan kepada ALLAH SWT.. Nafas Muhammadiy.. Jiwa Muhammadiy.. Semangat Muhammadiy saw..

Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan ALLAH, insan-insan mulia yang bernafas di muka bumi dalam satu nafas..

Oleh sebab itu, ALLAH SWT menamakan Nabi Muhammad SAW adalah “Siraajan Muniira” (Pelita yang berpijar terang benderang), dan pelita itu terang karena apinya. Api cinta Sayyidina Muhammad SAW kepada ALLAH SWT. Cinta yang paling suci dari semua cinta.


♥ ♥ ♥

Wallahu a’lam

diambiltanpa segan silu dari : almukminun..


Bercinta sebelum kawen??
- Menjadikan kita sangat menghormati masa.
Kejutkan subuh, waktu chat, waktu call semuanya tepat pada masa.. Namun apabila azan, menyahut seruan ilahi, dilambatkan.

- Menjadikan kita lebih sensitif.
Nak merajuk2, sudah ada orang yang menjaga hati. Jika kawan buat sedikit yang terasa, mula menarik muka masam, mengadu pada buah hati..

- Menjadikan kita sentiasa gembira.
Sentiasa tersenyum tengok handphone, sentiasa berbunga hati apabila mendengar lagu-lagu tentang perkahwinan, bidadari, puteri raja, dan lain2..

- Menjadikan kita sangat taat.
Kalau boleh, semua yang berlaku, hendak diceritakan kepada si dia. Semuanya hendak meminta izin. taat sungguh, seperti makwe mithali dan solehah la kira..

- Menjadikan duit kita habis.
Pening fikir hadiah untuk beli masa birthday, duit habis call, duit habis sms.. Tidak boleh kah simpan duit itu selepas kawen, semua akan menjadi nafqah... nafqah anak, isteri, kan dapat pahala..

- Menjadikan kita sentiasa berseri-seri
Ya, kita akan sentiasa menjaga kecantikan muka. Mulai menjaga berat badan. Beringat!!apa la guna jika mnjga kecantikan jika tidak disandarkan pada pemilik kita.. Sape yang lebih berhak??

lalu, untuk apa mahu menjadi mangsa bercinta sebelum kawen..
Cinta itu hangat bila digunakan benar-benar pada tempatnya.. indah, bukan??
(takde kene mngena dengan saya),
Belum mahu untuk punyai putera raja di hati.. =P

Tuesday, April 21, 2009

ciri idaman..

yallah nabda'.. bismillah..

Mencari yang terbaik, jadilah yang terbaik.. Indah begitu, bukan??

Jalan jejalan kat web yang dah lama saya tak jengah lalu berjumpa dengan ciri-ciri isteri solehah dan suami soleh ini.. Jemput lah baca ya!

Ciri-ciri isteri idaman.
1. Rajin baca Al Quran (kalau selalu khatam lagi bagus)
2. Tudung
labuh(kalau purdah lagi mantop)
3. lemah lembut tutur kata
4. comei
@cantik (tak percaya cuba tanya kaum Adam)
5. Solat berjemaah.
6. Ilmu
agama tinggi(ustazah lagi baguih)
7. Pakai Jubah
8. selalu join aktiviti
keagamaan
9. Halus budi pekerti
10. pendek kata macam-macam kebaikanlah
.


Hakikatnya,

1. Pandai baca Al Quran memang bagus.tetapi pandai mengurus rumah tangga lagi bagus.sebab apabila mempunyai anak kadangkala masa tu penuh dan kena pandai berasimilasi contohnya bacalah al Quran secara perlahan-lahan semasa menidurkan anak.

2. Tudung labuh sebenarnya bukan criteria wajib bagi wanita solehah.hati yang ditudung dengan iman yang sepatutnya.yang wajib ialah tudung yang menutup aurat.

3. Ya dengan suami dan anak-anak dan keluarga terdekat perlu berlemah lembut, sedikit tegas kepada non mahram

4. comei @cantik?Ini semuanya satu penipuan syaitan dan media, sebab kalau yang dipaparkan dalam media islam atau video klip nasyid semuanya muslimah yang cun dan lawa sahaja…sampai orang warak dan pendakwah pun terpengaruh .hakikatnya tidak begitu.

5. Ya solat berjemaah dengan suami dan anak-anak.hakikatnya kalau dua-dua bekerja dan terpaksa bergilir-gilir menjaga anak yang masih kecil (1-2 tahun) mungkin jarang dapat peluang berjamaah bersama.

6.ya ilmu agama yang tinggi itu bonus…tetapi kepandaian dan pengalaman dalam mengurus kehidupan itu yang lebih baik. Biarlah kurang sedikit ilmu agama asalkan kehidupan terurus, anak terbela, rumah sentiasa kemas

7. Jubah itu satu ciri menutup aurat. Jika memakai pakaian lain yang memenuhi skima menutup aurat juga boleh dikategorikan isteri solehah.sebab dia paham maksud menutup aurat tu.itu yang penting.

8. Masih boleh join aktiviti, namun sekali sekala sebab tuntutan bekerluarga tu lebih mencuri masa. Apa pun dengan kecangihan teknolgi media, masih boleh medengar kuliah di TV atau radio atau internet secara berjemaah bersama suami dan anak-anak.

9 halus budi pekerti ,pendiam ya ini satu karekter yang pasti perlu di transferkan kepada anak –anak.tapi karekter pendiam tak semestinya halus budi pekerti...

10. kesimpulannya manusia tak sempurna. Isteri yang solehah yang sebenar dan sepatutnya ialah yang pandai menguruskan dirinya,agamanya dan keluarga secara bersama, itu sahaja.




Ciri-ciri suami soleh.

1 AL hafiz
3. pendakwah.
5. rajin pakai kopiah(berserban lagi baik)
6. rajin solat berjemaah
7. ada janggut
8 pakai baju raihan
9
bekas student U (kalau course agama lain bagus)
10 Bahasakan diri ana anta.
11. involve aktiviti keagamaan.
12 dan banyak lagi persepsi tipikal yang
lain



Tapi hakikatanya,

1. Al hafiz- Alhafiz pun hantar anak pergi sekolah belajar Al Quran, hakikatnya di zaman ni sukar sebab dengan suami dan isteri yang bekerja.

2. Tak semestinya suami soleh itu pendakwah, tetapi suami yang soleh ialah suami yang pandai menyebarkan kebaikan didalam keluarganya.

5. Serban dan kopiah bukan criteria suami soleh, ini hakikat.

6 Solat berjemaah adalah di tuntut, tetapi kefahaman yang diperolehi dalam solat berjemaah itu tadi mistilah dinikmati keluarganya.

7. janggut adalah sunnah tapi bukan criteria suami soleh hakikat nya kumpulan rock jerman “scorpion” pun ada janggut.

8. suami yang pakai jeans dengan T shirt pun ramai yang soleh, jangan ukur pakaian sahaja.

9. tahap pendidikan mempengaruhi tahap IQ dan kebijakkan tetapi tahap kematangan EQ adalah lebih penting, so jangan pandang rendah orang kerja kampong.

10. ana anta, itu hanya istilah bahasa arab, dan bukan criteria suami soleh.

11. ya involve dalam aktiviti keagamaan itu sangat baik, tetapi sebagai suami soleh ianya perlu memastikan keluarganya tidak terabai ,anak-anak dan isteri mendapat cukup perhatian.kalau tidak dia bukan suami soleh.

12. Kesimpulannya Suami soleh ialah suami yang secara praktikalnya membina keluarga secara Islam yang sebenar dengan konsisten. Itu sahaja.

Sunday, April 19, 2009

Saya, April dan Diet.

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Pertama dan selamanya mengucapkan syukur pada Allah.. Alhamdulillah, pagi hari ahad yang indah dengan udara pagi yang nyaman. Bersyukur masih dibangkitkan dari tidur 5 jam td, ahakz..

Bulan April, memang banyak kenangan dalam hidup saya.. bulan april tahun ni, bulan kesihatan pula..


ni video promot je.. video yang malam tadi punye lagi best.. mintak boleh?? =)

Malam td berakhirlah program miniklinik yg pada perkiraaan saya sangat mantap, anjuran MMJ(majlis mahasiswa Just) . Hari Jumaat, programkhas untuk pelajar Yarmouk, sudah disetkan dalam kepala ini tak akan pergi program Jumaat tu, disebabkan hari Sabtu ada imtihan tarbiah watoniah dan masih lagi bebaki 100 lebih muka surat yang belum dibaca (bukan belum diulangkaji, tapi belum dibaca)..

Sedang enak membaca buku (ye ke??), dapat panggilan dari seorang sahabat juga merupakan salah seorang ajk pelaksana miniklinik memberitahu tak ada seorang pun akhawat yarmouk yang hadir ke dewan abu ain. majlis yang seharusnya bermula jam 2.30, dan ketika itu, sudah jam 2.20, namun takde sapa yang hadir.. pelik.. bersangka baik je la..

dengan niat dan set dalam kepala taknak pergi sebelum tu, terus diubah balik, digagahkan diri bersama sahabat-sahabat serumah yang lain untuk bersama-sama dengar talk kesihatan itu. Dan sangat bersyukur pergi, kerana banyak sangat ilmu yang saya dapat, dan terasa bodoh sangat, kerdil sungguh berhadapan dengan doktor2 itu.. Jikalau lah cadangan tafaqquh fiqh medic yang pernah dicadangkan oleh salah seorang ahli permai itu diadakan, agaknya saya akan menyorok di belakang tiang-tiang.. jangankn kata, lemak tepu yang pernah belajar masa form5 tu pun lupa.. kagum dengan doktor2!!

Hari Sabtu, medical checkup dan dental checkup pula.. Kami diberi keistimewaan sikit untuk datang lambat, sebab exam dulu.. hmm exam?? alhamdulillah, korbankan sedikit masa 2jam membaca tarbiah watoniah tu dengan pergi mendapatkan ilmu perubatan kerana Allah.. Tidakkah masa yang dijuangkan untuk Allah itu akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik?? huhu tp yang tak pegi tu, mesti dapat 20, kan??fullmark..

maka disini, bermulalah betul2 episod pendietan saya.. dah 2 pos sy cakap saya betul2 nak diet, tapi ni memang betul2 la.. haha..
jadi, perkara-perkara ini la yang akan saya lakukan..
  • banyakkan minum air..
  • bersenam sebelum ke jamiah, =P
  • taknak tido petang, =P
  • makan taknak tambah.. mkn sikit2, supaya cepat kenyang..
  • taknak naik teksi, jadi kene keluar awal untuk kemana-mana..
  • taknak gelak banyak,
  • lg ape ye?? saranan anda pula bagaimana?? bantulah saya..

Friday, April 17, 2009

bitikh..bitikh.. permai..permai..

Bismillahirrahmaanirrahim.. Assalamualaikumwarahmatullah..

Selepas beberapa hari tak bukak emel, baru lah pagi ini dapat membuka emel dan baca semua post tehangat dan terngetop di abad ini. Pos yang bertajuk bebelan ikhlas buat ahli permai. Yok baca cerita ini.. (dah mntak izin untuk curi).. kisah tembikai, bitikhh.. bitikhhh... tgh2 soifi nnti selalu banyak la kat balad nnti ya!



Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Cubalah dilihat kembali sirah yang disertakan di atas, sungguh dan benarlah kata si sufi itu, tembikai itu datangnya dari Allah! Secara jelas bukan, termaktub sudah setiap kejadian di dunia ini milikNya jua. Kita jelik dengan kekurangan diri2 lain, mungkin dirasa kita cukup tegap dan gagah...ah!...kalaulah kalian benci, atau pernah datang terdetik dihati tidak suka akan kekurangan insan lain, maka sebenarnya, hakikatnya...pada siapa perasaan kalian itu kembali?...adakah kalian berasa jelik terhadap PENCIPTA yang menciptakan insan2 itu?...ya!...itulah yang kalian rasa!...cuma terhijab oleh jiwa dan hati yg keras, maka kita susah menyedarinya...na'uzubillah!

Sirah ini sebenarnya menunjukkan satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap daripada kita yang bergelar manusia, perlu memandang, melihat, mentafsir setiap apa yang terzahir, tertulis, termaktub...adalah hak mutlakNya. Sucikanlah hati, maka pasti suatu ketika, kalian bila melihat kereta2, motor2 yang bergerak itu dapat mentafsir dengan betul2 tafsiran, bukan sekadar tahu saja yang semuanya adalah atas kekuasaan Allah, pandanglah dengan mata hati!...semuanya datang dari Dia!

Jika nampak pada seseorang itu yg mendatangkan ketidaksukaan pada diri kalian, jangan cepat mengucap benci, bahkan perhati dan tafsir apa yang tersirat disebalik yang terpampang di depan mata. mungkin mereka tidak tahu yang apa yang dibuat itu salah, dan apa tugas kita sebagai yang tahu?...hanya mengutuk2 saja? jadi apa tugasnya seorang da'ei?...cuba fikir begitu, hikmah dari setiap yang berlaku pastinya ada.

Maka, apa yg berlaku di YG permai itu, adalah tidak patut sama sekali.
Senior atau junior, nampak yang tak elok, tegur la.. Atau nak menegur masalah dalam program, berhikmah lah.. tiada siapa yang menyangka masalah2 sebegitu muncul dalam program. Saya juga terkurang rasional juga turut membalas emel tu pagi tadi.. dah buat baru terfikir, seolah mahu membuat baju kurung, dah potong, baru ukur..

Marilah bermuhasabah.. Hari jumaat yang mulia.. sollu ala an-nabiy..

Multaqa Ukhuwwah

Bismillahi nabda'..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Pagi Jumaat yang indah.. Pagi ni sepatutnya kena turun tengok court bola tampar, tapi disebabkan hujan, ketua kontinjen pun membatalkan latihan pagi ni, maka ada la masa untuk bermesra-mesra dengan blog ni.. ecece.. (tak sedor diri sok nk exam)

Malam tadi, multaqa ukhwah gabungan dua rumah sukan iaitu rumh biru dan rumah ungu.. eh, rumah ungu dan rumah biru (kene sebut ungu dulu sebab diorang no 1, biru no 3), haha.. Alhamdulillah ramai juga yg datang walaupun masing2 ada hal, ada yang kena buat backdrop untuk maarad, ada yang ada mesyuarat miniklinik, ada yang ada perjumpaan maarad, tp berusaha juga mereka untuk hadir ke teratak saya ni.. alhamdulillah penat satu hari semalam berbalas dengan malam yang sgt bahagia dan indah..


ni la logo kumpulan ungu dan biru.
berdaulat skit logo biru tindih skit logo ungu, hoho..
biru punye yg MS tu.. mighty shark!!
terima kasih pada yg membuat logo ni.. kalo de anugerah logo cantik, biru ke menang??
sharkn yg ni baru nmpk santun skit.. =P


tu dia backdrop kecil comel sy..
MULTAQA UKHWAH BIRU & PURPLE..
serta bndera biru dan ungu.


baca doa..
terima kasih pada pembaca doa..
doa yang menyentuh hati siapa yang hadir, insyaallah..


jom makan.. banyak ni.. bajet 60 orang ni..

nyummy.. nymmy..
laksa terengganu buatan tangan kak cu..

Minta maaf pada sesiapa yang langsung tidak dapat hadir semalam, dah tak jumpa waktu lain dah bila kita leh buat perjumpaan ni.. kak ha, kak bahi, kak wani, ilmi, kak liya, ikin, rubiah, azah, ayuni..

Wednesday, April 15, 2009

Multaqa' Ukhwah.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikumwarahmatullah..
pagi yang indah, Alhamdulillah..

Sekadar hendak membuat iklan khas untuk rumah biru pada hari sukan jumaat lepas.. KUMPULAN MIGHTY SHARK!!



Dijemput semua ahli rumah biru yang hadir dan turut serta masa hari sukan untuk hadir ke bayt Insyirah 3221, esok (hari khamis), jam 7.45 malam untuk perjumpaan awal dan akhir rumah biru, hehe..(tak pernah buat perjumpaan)

Alhamdulillah, selesai sudah taklifan saya sebagai ketua rumah sukan rumah biru. Memang agak payah untuk menarik ahli2 agar turut serta, walhal hanya 46 orang sahaja, berbanding ahli permai yang jumlahnya 10kali ganda dari jumlah itu.. Terbayang bagaimana lah pimpinan permai mengawal dan menarik ahli permai yang seramai 457 orang kesemuanya.. saya juga tak sanggup.. ish3, memang mereka adalah orang yang terpilih..

Ada suatu masa terasa lemah sangat apabila jumlah awal yang saya terima untuk rumah biru yang boleh hadir hanya 20 orang sahaja, tapi tidak wajarlah disebabkan jumlah 26 orang yang tidak boleh melibatkan diri tu, terus melemahkan semangat yang akhirnya memberi kesan kepada ahli lain yang berkobar semangatnya untuk turut serta.. kak sumi, tasha, kak wani, syamin.. dan semua la.. best la koranggg!! berlatih kat court yarmouk 2 hari.. best2.. =)

Alhamdulillah, akhirnya yang hadir adalah seramai 29 orang (nasib baik muat bas pagi tu), cuma ada yang tidak dapat makanan kerana penglibatan yang tidak dimaklumkan terlebih awal..

Dengan bertemakan "TAK MENANG, TAK BOLEH, KENA MENANG JUGAK!!!", jika menang..
dan tema backup "TAK MENANG TAK PE, TERIMA TAQDIR ALLAH", jika kalah, Alhamdulillah rumah biru mendapat no 3 keseluruhan (top 3 la jugak, ;P ) .. bola jaring no 2 , bola tampar no 1.. yang lain tu tak igt, hehehe..

Jadi dijemput ahli rumah biru, meh la datang ke rumah esok, makan laksa speciallll punyaaaa... Semoga ukhwah kita tak terhenti hanya kerana hari sukan je.. tapi samapai bile2, insyaallah.. =)..

tentatif - doa skit, makan, bersurai, hahaha..

sportcheck

Yallah.. nabda'... Bismillah..
Assalamualaikumwarahmatullah...

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan muhammad serta sahabat sehinggalah umat yang masih lagi mengambil al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup.. Sollallahu ala muhammad..

Entri ini lebih kepada bersifat saja-saja. maka uslub serta mauqif nya tidak ktahu lah nak dikata bagaimana..

Selang beberapa hari lepas, blog saya ni telah di'check' oleh warden.. hehe, ;P...
Antara komenan2 nya
  • Kenapa web malaysia kini takde??
  • Haiii, ni kalau pegawai jais tau ni, kene tarik zakat, habis lah abah kene tanggung awak kat sana tu..
  • Sejak bila minat pas ni..
Maka, telah saya letakkan malaysia kini di atas satuumat itu, bersama RSS nya lagi, untuk abah..
Posting dan bahasa dalam blog ini harus lebih berhati-hati sebab abah dah jadi pemerhati jarak jauh dekat di hati untuk saya..

Soalan kedua abah, jawapan nya adalah "abah, orang kn dapat zakat selangor, selangor kan bawah PR.. jadi, kita sokong pas la menyokong kerajaan.. orang umno la pembangkang.." menjawab sambil tergelak, juga buat abah gelak..

Soalan ketiga, ini tidak tahu, sememangnya dahulu, saya sangat suka apa yang diperjuangkan oleh ustazah 'kamalanagapathy', wakil rakyat adun kota raja.. yang sekarang sudah bertukar tangan menjadi hak doktor siti mariah, ustazah ku..
tak tahu sejak bila, tapi memang abah suka bawak saya pergi dengar ceramah pas sehinggakan ke kelantan.. dan saya sangat suka bertegang urat lawan dengan abah, yang sy tak suke perjuangan pas.. dulu laa.. dulu... kalaulah pilihanraya di bukit gantang tempoh hari abah ada di malaysia, sudah tentu dia akan ke sana. insyaallah ada lagi satu pilihanraya dalam bulan 6 atau 7, kalau ada rezeki, dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan, akan terlihatlah abah saya terpacul kat situ, haha..

sori ye abah.. hehe.. jangan risau, abah saya baca je, nk tulis dia lambat, (gelak lagi, hahaha....)




abah yang perasan macam shah rukh khan..
bukan saharudin tau.. saha rukh khan... (kata abah)

* tiba-tiba merindui mak ngan abah.. ish3...

kem pemantapan ibadah remaja..

Bismillahirrahmaanirahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Malam yang sunyi sepi dan sejuk, tidak mendengar bunyi apa2 di luar, kerana telinga yang telah dipekakkan dengan lagu ainul mardhiyah.. mata yang sangat segar bugar ini seharusnya digunakan untuk membaca buku aqidah atau tarbiah watoniah atau sebagainya, tapi ke'tidakrajin'an itu datang secara mendadak dan telah melanda diri dan akhirnya kecundang.. semoga kemelencongan dari ketidakrajinan baca buku itu dapat memberi manfaat juga pada orang lain.. insyaallah..

Sedang melihat gambar-gegambar (pernah jumpa ayat ni) dalam laptop ni, tiba-tiba merindui salah satu program ketika saya balik Malaysia bercuti 3bulan sepanjang soifi pada tahun lepas, bulan 6 hingga bulan 9.. dan sememangnya gambar-gambar ni la yang sentiasa berjalan silih berganti di laptop ini.. Program ini adalah Kem Pemantapan Ibadah Remaja di surau yang berdekatan dengan rumah saya, iaitu Surau An-Naim, Seri Andalas, Klang..

Asalnya, sangat tidak rajin untuk membuat kertas2 kerja bagi setiap tajuk yang telah disediakan, tapi atas desakan kepercayaan tuan pengarah, terasa macam ini lah tanggungjawab.. maka tanggungjawab membuat kertas kerja itu sy pegang sepenuhnya, dan berjaya disiapkan dalam masa 3 hari (lama gilaaa).. haha.. dengan pelbagai alasan, ke johor la, balik kampung la, dan sebagainya, ;P..

Alhamdulillah kem 3 hari itu berjaya juga, dengan kecekapan tuan pengarah saudara al-hariz, serta fasi2 yang bertauliah termasuk la seorang sahabat saya, dalilah, yang turut menjadi fasi.. saya?? jadi apa?? Setiausaha laaa.. =P..


ice breaking


2 orang fasi wanita yang tiba sedikit lambat kerana terperangkap di ktm, ehehe..


apa lagi la pengarah tu, tak cukup2 nk kenekan orang


slot ustaz kamal mahdi



makan sayang.. comel budak ni... geram..

praktikal wudhu'..

praktikal solat..


yes, zoom lg.. zoom lg.. slot muhasabah..



kuliah subuh bersama orang kampung..


explorace..
jawab soklan dulu..
sayaaaaa.... sayangggggg.. kak shafiqahhhhh..

ustaz sorg ni, pemalu sangat.. tapi, dapat mikrofon, tak henti cakap.. penganjur, lain kali, jgn gune mikrofon..


Kepada adek2 yang menyimpan cita2 balik 3 bulan macam kitorg, fikir la dulu masak2.. nasihat peribadi sy, jangan la balik sampai 3 bulan.. sebulan je cukup untuk melepaskan rindu.. tapi, kalau nak balik juga, pastikan ade plan, nk smbung pondok ke, buat sesuatu yang bermanfaat dan join la semua program kat malaysia.. join usrah karisma di uitm shah alam pun cukup.. sekali join, akan nak ikut semua program.. leh kenal kak nehlah =), serius best.. kalau nak secara jujurnya, program2 PERMAI ni kalah la.. tapi secara politiknya, saya sayang permai.. =P
Selambe je, hehe sori permai.. Seharusnya memberi cadangan, dan bukan membuat membuat perbandingan, tapi, akal saya juga tidak sampai ke arah memberi cadangan yang mantop2..

Diminta untuk menjadi setiausaha lg oleh pengarah untuk program santai2.. tapi setiausaha jarak jauh, malaysia-jordan.. hmm, cadangan??

Tuesday, April 14, 2009

Happy Birthday Dalilah.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Dedikasi birthday ini dituju khas buat sahabat seperjuangan saya, Siti Dalilah binti Hasan, yang lahir 12hari selepas saya lahir. Sahabat yang seorang ni, banyak persamaan dengan saya(orang kata laa), sama2 lahir bulan 4, sama2 anak ke4. bak kata orang, sehati sejiwa gitu, =P.. Pagi tadi sampai gaduh2 manja, ;), sebab pakai baju pattern sama, ish3, bergaduh sapa gosok baju dulu. Mesti la dia yang tiru saya, sbb sy yang lahir dulu.. Hakikat yang perlu diterima oleh Dalilah, =P.. hue3.. Tapi banyak juga yang tak sama, ya lah rambut sama hitam (ish2, aurat), hati lain2, ya tak?? dan lagi satu yang sangat penting, dia makin kurus, dan saya makin 'bam-bam', uwaa..
*jangan kongsi suami sudahhh..

Minta maaf kepada Dalilah sebab posting ni lambat sehari dari birthday dia, sebab saya dah janji nk buat dedikasi di blog ini, tetapi tangan, mata, akal dan hati ini telah dikuarantinkan dari berblog selama 2hari untuk menghabiskan novel2 pelajaran nathar hadith (prosa moden- komsas la kira masa form 4 form 5 dulu).. Dan ptg tadi tersangatlah tak larat, kepeningan akibat malam tadi tidur2 ayam baca buku, eceh ;)..

Mula-mula jumpa Dalilah ni, masa di Kursus Bahasa Arab dan Persediaan Pelajar ke Timur Tengah di PKG (pusat kegiatan guru) di Kampung Jawa.. Mula tengok muka je, ingat akak STAM yang pergi ke Mesir, teringin nak berkenalan, sebab nampak sungguh matang. Dah berkenalan, malulah rupa-rupanya dia juga lepasan SPM yang akan ke Jordan seperti diriku juga dalam bidang bahasa arab. Sehingga hari ini, alhamdulillah kami masih bersahabat baik, semoga begitulah hendaknya sehingga akhir hayat kami.

Selamat Hari Lahir Dalilah.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang sentiasa melimpah ruah itu sbb kau suka 'bai3uzzait' (jual minyak), haha.. semoga dengan meningkatnya usia ini, menambahkan amalan dan ilmu serta memantooopkan iman. Jadi anak yang solehah, dan mendapat jodoh 'ustaz itu', ekekeke. Semoga cepat menikah.. takyah tunggu aku kawen dulu la, takpe la aku mengalah la, haha..
Ucapkan terima kasih dan tahniah kepada emak kau yang telah melahirkan serta menjaga dan memberi didikan sehingga kita dapat bertemu bermula di PKG sehingga ke hari ini.. bersyukur sangat dapat berkenalan dan bersahabat dengan makhluk Allah sorg ni, ;P.. Sanah helwa ya jamilah.. walakin ana ajmal isyi, ;). hadiah nanti la ya, korek tabung nanti..

ni, adlah video yang dibuat oleh kawan dia di mesir, khas untuk birhday dia.. terharu tak??


haha nak teddy bear tu ya..

Tak sabar tunggu majlis ahad ni, yang dipengarahkan serta ditimbalan pengarahkan serta disetiaushakan juga dibendaharikan seterusnya di'ajk'kan kesemuanya oleh 'Dia'.. gila jawatan sungguh dalila, ;P.. apakah majlis itu?? jeng jeng jengggg..

Sunday, April 12, 2009

madah itu..

Bismillahirrahmanirrahim.. taknak lama, insyaallah.. pakej 5minit sahaja mengadap laptop..

Ana tahu sudah tentang lamaran anta, cuma ana ingin satu kepastian, jika jawapan yg diberi anta adalah 'YA' kesemuanya maka lamaran anta ana terima, Satu : Bagaimana keadaan iman anta, sudah mantap?,
dua : bagaimana perjuangan anta? sudah teguh?,
tiga : bagaimana amalan anta? sudah istiqomah?
empat : bagaimana hati anta? sudah suci dari bisikan nafsu semata?,
lima : Apa yang telah membuat anta tepaut pada ana?
adakah kerana agama yang utama?"



Huhu sabar2, ni baru intro.. ada crita yang ada dalam kepala ni, tapi mengambil masa nak menulis.. jadi, kene lah habis imtihan dulu..

Imtihan yang menggerunkan..
14/4 - naqad hadith dan nathar hadith
18/4 - tarbiah watoniah
22/4 - aqidah
27/4 - ulum quran
1/5 - hantar taqrir ulum quran

paling2 menggerunkan imtihan selasa ini, naqad hadith dan nathar hadith dengan tajuk yang masuk sangat banyak, dan doktor yang sama, doktor kesayangan saya, Ali Syara'.

- Doktor, mumkin ta3jil al-imtihan youm al-khamiis??
- Laa!!
- Doktor, 3indana imtihanain fii youm wahid
- Laa!!
- Doktor, enta ma3ana maddatain, maudhu3 kathir daakhil fil imtihan..
- Laa!! elyoum natahaddath 3an..........bermula muhadharah (tanda ketegasan doktor ku, apabila cakap macam itu, macam itu lah....)

habis muhadharah
- Doktor, maudhu3 fil imtihan??
- Kullu daakhil fil imtihan.. kalaam anjad!!

huhu nathar hadith dengan menghabiskan 3 novel setebal 227 muka surat karya al-marrash dan muhammad haikal.
dan naqad hadith yang kertas fotostat arab setebal,...... taktahu nak cakap...

sahabat2, doakan saya ya!

Saturday, April 11, 2009

ratuku

Alhamdulillah.. Bismillahi nabda'.. Assalamualaikumwarahmatullah..

Video ini ditujukan khas untuk wanita-wanita seluruh dunia.. muslimat khususnya.. terharu sangat sehingga boleh membuat anda tersedu sedan.. tidak percaya? jom tengok..



Ratuku,
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan..
Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran..
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah

Ratuku,
Kebimbanganku ini masih menebal apabila mendengar
Dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi bila kumelihat bunga yang tidak segan silu
Melampiaskan kecantikannya yang sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku..
Kerana apa yang aku lihat hari ini, semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratu,
Bukan lah kuharap kau segigih siti hawa yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia ainul mardhiah menanti kekasih di pintu syurga.

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah siti khadijah mahupun siti fatimah
Engkau bukan Aisyah, bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa.
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku,
Esok musim bunga pasti kan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerna kau ratu idaman kalbu

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi, bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum lega
Kerana akan kutemui ratu yang benar-benar ratu

Tiba-tiba merindui kat seseorang yang nama sama dengan lagu ini.. adik junior just kesayangan. Eh ye ke?? hehe semua sayang la.. semalam jumpa di hari sukan, tapi dapat borak sekejap je.. dia pun sibuk dengan rumah OREN sunkist dia.. dan saya pula dengan BIRU shark saya..

Mahu menjadi seperti ratu yang benar-benar ratu itu.. Bantulah Ya Allah..
hmm siapakah rajanya?? =P
Begitu ramai pahlawan2 handalan wanita, tetapi azumi juga yg diminati..
~ke arah taknak suka azumi lagi!!!~

Tuesday, April 7, 2009

poster itu..

Assalamualaikumwarahmatullah..

Blog ini seharusnya suci dan muri dari politik, tapi tak tahulah malam ni, rasa cam nak letak jugak, sebab masih hangat dan panas dengan desingan haba-haba pilihanraya.. Jelajah-jelajah dan terbaca blog seorang kenalan di Rakan Usrah ini lalu memberi jawapan kepada sesiapa yang malas atau tidak mahu mengambil tahu langsung hal politik, yang sebenarnya prinsip kita yang tidak sesekali memisahkan politik dan agama..

Yop tengok poster BN di Bukit Gantang ini.. (juga dari blognya)



sepanjang saya belajar bahasa jawi ke bahasa arab, dari tadika sampai masuk universiti, saya tak pernah jumpa tulisan jawi 'amalan' macam ini.. Adek2 anda yang baru tahun 1 pun sy yakin tidak akan eja sebegini dalam pelajaran imla' mereka... Mungkin saya baru tahun 3, mengaji pun tak habis lagi, bukan menteri pembangunan wanita pula, uhuk3.. Ape la sangat ilmu mahasiswi tahun 3 Universiti Yarmouk ini banding dengan ilmu para ilmuwan BN di Bukit Gantang itu..

Mungkin inilah yang mereka perjuangkan.. Dahlah bahasa inggeris mantap, perjuangkan PPSMI la, tulisan jawi pun mantap.. bab hukum, hudud, lebih2 la mantap.. Subhanallah, negaraku..

"Enti min maliziya??"
"laa, ana min malisiya"

ekekeke.. benar lah kalau tak suka tu, salah skit pun, dipandang.. padahal, ada yang lebih besar, tak nak pula dipandang.. Dah la, ni saje je, tkde keje..

miniclinic

Miniclinic anjuran MMJ (Majlis Mahasiswa JUST)..
ni bukan batak tau, bukan ahli mmj pun nk letak kat blog.. tapi, ni atas permintaan sorang sahabat.. kalau tak caya, g tanya die.. kui2.. semestinya anjuran MMj tapi untuk semua ahli PERMAI,, ye tak?? saya pun ahli PERMAI pe..





Best ar vdeo ni, hahaha lawak je..

Monday, April 6, 2009

logo biru irbid

Assalamualaikum..


Warga irbid, jom ramai2 letakkan logo ni kat display imej ym masing2, menunjukkan semangat kita.. yok2.. warna tema Irbid, BIRU!!
Saya datang kerana ukhwah.. Sahut seruan tema Karisma ya, jgn gaduh2..
Walaupun rasa cam tak dapat pergi, sekalipun jadi pom2 girl, tapi tetap menyokong anda semua.. chayo2!!

KALAH BERUKHWAH, MENANG BERUKHWAH!!

Saturday, April 4, 2009

karisma





Antara Poster Karisma (Karnival Sukan Mahasiswa seJordan) 2009
Bertemakan 'saya datang kerana ukhwah'..

Entah camana la boleh terhangin kat shoutbox blog tu pg td.. ish3..
Alhamdulillah, selesai juga.. Bnde kecik pun, nk hangin (marah pada diri sndiri ni).. muslimat.. muslimat (tiru cara tegur budak gamis,=P ).. tapi dh de orang nk cop main batu seremban ngan saya, =P.. tgk la kalau layak pegi ye..

Bahagia tgk ayat mereka selepas baik bergaduh.. begitu la hati manusia, tetap boleh dilembutkan.. dan paling berharga, selepas bergaduh tu ukhwah makin tererat.. selama ni, jarang nk menyebut 'syg awk'.. tp lepas bergaduh, ungkapan itulah yang sering dikeluarkan.. bahagia2... (pergaduhan yang bermule dgn diriku) apo la aii, ustazah menghancurkan umat pulak.. maafkn diriku..

- eh, camna ko leh termarah lak tadi..
- ntah la, tktahu..
- tau la tgh2 nk ke musim panas ni.. ye pun nk marah, g la tekup muke ngn bantal, pastu jerit..
- haa, best gak tu.. nnti aku buat..
- tak elok.. kang org blacklist ko kng.. g mu'tah kng, bukan ukhwah yg dapat, tp caci maki..
- insyaallah.. (kalo layak g laa)
- husnul mar'i tarakahuu maa laa ya3niihi..
- =D

Saya datang kerana ukhwah. baca lagi

MPPM melihat penganjuran KARISMA pada tahun ini boleh dikatakan sebagai medan menjalin ukhwah di mana ia akan menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa seJordan yang selama ini jarang sekali dapat bertemu kerana masing-masing tenggelam dalam kesibukan menelaah buku dan dunia sendiri. Program tahunan ini juga diharapkan agar menjadi usaha positif untuk meneutralkan kekeruhan ‘persaudaraan’ jika wujud sebelum ini.




pesanan untuk diri sendiri - lain kali, jgn nak cepat hangin.. kate nk jadi santun, =P..
pengajaran dari mereka yg borak2 di shoutbox tadi mmg banyak.. terima kasih kepada penyelamat ummah tu.. Tak perlu la bergaduh, saling bermaafan, hidup dalam harmoni dan aman damai..

Sebelum nak g mu'tah, kita berentap dulu di Irbid.. Hari Sukan Permai 2009, pada 10hb 4.. chayoo kumpulan 5.. warna kumpulan kita adalah warna kumpulan untuk Irbid masa karisma tau.. BIRU!! kita mik tema ukhwah2 juga ye?? nmpak skit kesinambungan dgn karisma tu..

Friday, April 3, 2009

maarad thaqafi jamiah

Yallah nabda'.. bismillah.. (gaya doktor yahya syatnawi, doktor ulum quran yg kusayangi)

Alhamdulillah, semalam berakhirlah maarad thaqafi jamiah yarmouk yang telah berlangsung pada 30/3 sampai 2/4.. Bagi saya, ini adalah maarad yang 'boleh tahan la' sepanjang 3tahun berada disini.. Nampak dah adik2 yang mula menyinar dalam MMY ni.. Moga istiqamah.. Tahniah kepada jawatankuasa pelaksana atas usaha dan lelah anda dalam menguruskan program ini, semoga ditimbang berat dalam neraca tuhan kelak..


Malam persiapan maarad..

ini lah booth malaysia seperti permintaan pengarah. Dahsyat la ajk, balik sampai kul 1. tabik toing2 laa.. Tema tahun ni ialah kebudayaan tradisional. tu la ada wau, ada kuda kepang, congkak, batu seremban dan sebagainya..


hari pertama

hari pertama ni, ada exam ulum quran, tak sempat ambil gambar makanan banyak2 pagi tu. exam2 pun, semangat kemaaradan tetap ada.. hehe..

mknan hari pertama, dendeng daging, pulut, sate, kuah kacang, karipap dan banyak lagi.. almaklumlah rumah pun dah jadi markas maarad sepanjang maarad ni.. tak terlibat pun, pasti akan terlibat juga sedikit sebanyak walaupun hanya dengan memekak di dapur.. ish3..

ni namanya dendeng daging. macam makanan pengantin kn??

uhuk3..


kad yang dibuat oleh timbalan pengarah.. comel kad tu, ada upin inpin..


antara barangan tradisional


ini lah pengantinnya..

lepas exam ulum quran tu terus pergi maarad, tengok duta asyik makan je tak henti-henti.. suka je tengok orang makan..


Hari kedua


ni nasi kerabu.. arab takut makan ni, nasi warna biru..
menu utamanya nasi kerabu dengan bihun..
kuih pun banyak jugak..


ha yang ni, tempat yang tidak akan tak ada orang..
sentiasa penuh, booth palestin.


yg ni, eriteria..
nak cakap apa khabar.. 'kamahallaha'.. jawabnye, 'kamahallahu'..
suke dengan akak eritria yang comel tu.


yg ni pula di iraq


Hari ketiga

Hari ketiga ialah pada hari jadi saya, 1hb4.. huhu..


ni puding roti.. warne wrni.. tahun ni mmg tema mknan pun warna warni kot..


ni masakan ikan yang belum siap..
ikan goreng ni, disiramkan kuah atas die. mak aii, terliur air liur.


ni booth indonesia..



Hari keempat

ni kek strawberry. lelaki yg buat ni, teruja je rasa..



kuih sagu, nasi tomato, dengan laksam..


ni negara syeikh masyari..


arab saudi joget2..





akhir kata, memang best la maarad ni.. cuma satu, jangan jadikan maarad ini sebagai jalan kita boleh bergambar berdua lelaki dan perempuan.. muslimat, bergambar kalau ada syabab melayu kt situ, tknk pula.. tapi kalau bergambar dengan syabab arab, nk pulak.. kalau sendiri boleh jaga, insyaallah..

banyak lagi makanan, yang tidak diambil gambarnya.. dah habis masuk perut, tgkap gambar perut, boleh ke?? kui3.. untuk maarad JUST, bittaufiq untuk anda semua.. Semoga berjalan seperti yang dirancang.. 14hb tu exam.. kalau rajin lepas tu, nk pergi tgk ar, insyaallah..