coklat zawji habibi..

>> Wednesday, September 28, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alkisaah, 2 minggu lalu, sedang diri tidur, termimpi encik suami minta sesuatu. Tahu apa permintaannya? katanya "syg, abg nak makan ciskek la".. Saya pun terkejut, kenapa hujung2 bulan macam ini tiba2 nak suruh buat ciskek.. Saya pun berkata, "tak boleh buat la bang, saya buat apa yang ada saja ya?" teringat dark choclate didalam freezer sudah 2 minggu tidak bersentuh..

Mungkin sebab sudah sebulan tak buatkan encik suami kek, sampai termimpi-mimpi!

Petang itu, pulang dari kerja, singgah 99 untuk membeli peanut butter. Pulang saja encik suami dari kerja jam 5.40 itu, ingat mahu tarik terus ke dapur, banyak pula kerjanya, hendak berjumpa nazir masjid la, nak setelkan cek la, hendak bayar itu lah, hendak jumpa ini lah, itu dan ini.. adoi! (Memang selalu bab buat kek, suka heret encik suami sekali, padan muke! =p ).

Saya pun mulakan apa patut, sehingga suami pulang, dia pula mengambil alih, dan buat bersama, ^-^

tekun sungguh mukanya membuat kerja.


buruknya bang!! haha..


hmm nyummy2!!

2 hari selepas itu, bawa coklat ke sekolah, wah sudah mendapat tempahan.. Lepas ini boleh mulakan jualan,.. sapa lagi nak?? hehe..

Read more...

dot dot.

>> Monday, September 12, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih dalam mode raya, dan 13 September genaplah 4 bulan usia saya menerima 'bayang-bayang' baru.. Oh, saya yang menjadi bayang-bayang, atau, encik suami yang menjdai pembayang? hihi. Terlalu awal, dan masih lagi belajar menjadi isteri, =p..

Lihat kesemua jemputan, sekarang adalah musim orang berkahwin agaknya. Almaklum saja, bulan Syawal, bulan sunat.. Ye tidak? Puasa 6 pun, sunat jugak, =p.. Belum punya masa mengupdate blog seperti kebiasaan dulu2, tanggungjawab makin banyak, makun sibuk orang kate, (POYO??).. Jika dahulu, menyusun planner untuk seorang, kini, susun untuk 2 orang.. hehe.

~ Tidak ada seorang isteri itu, hari ini berkahwin, sudah mahir menjadi isteri. Tidak ada seorang ibu, sekarang mendapat anak, terus sudah pandai menjadi seorang ibu, dan kesemuanya ada prosesnya. Walaupun sudah biasa tugas itu, pandai mengawal budak kecil, atau biasa buat kerja rumah, apabila masuk dalam keadaannya, pelbagai cabaran perlu diharungi. Semua isteri mahu jadi isteri terbaik, semua ibu mahu jadi ibu terhebat. Bagaimana?? Anda? Sudah lalui?? haha jawab sendiri.

Sikit saja entry ini, menulis sekadar panas tangan untuk menulis lebih panjang.. Boleh gitu?? =p.. Sebelum terlupa, blog ini tetap kekal ciksantun, =).. Jangan dengki, sekian~ =)

Read more...

masjid

>> Sunday, May 1, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Ini namanya MASJID! =)

Another Angle of Masjid DQ

Kenapa dengan masjid ini??

Minggu lepas (23 dan 24 April) saya menghadiri satu kursus kepimpinan Nisa' Selangor di Ampang Pecah. Kedengaran dengan sangat jelas bacaan AlQuran Syeikh Sudais mengimamkan solat Isyak berjemaah di masjid DQ sana. sangat dekat.. sangat dekat.. sangat dekat.. Tapi.. hanya mendengar.. sambil berjalan tergesa-gesa ke slot seterusnya di dewan.. Rasa macam nak menyelinap je masuk masjid DQ ketika itu, hehe, =)..

Sekian.. Kerana ia masjid..

Status : Diam2 Sudah..

Read more...

doa

>> Monday, April 18, 2011

, اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك


Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم هُم , وانصُرْنا عليهم





Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

Read more...

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP