Thursday, July 30, 2009

kempen bkasj pulak!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Pertama sekali, siapa rasa diri dia belum terjemput untuk menghadiri mesyuarat agung BKASJ pada 31 Julai, tengoklah iklan ini, dan rasalah diri anda dijemput ya??!!



Ralat : tangubngjawab - tanggungjawab .. hehe suke gelakkan orang, padahal shafiqah, kamu tu kalau buat salah lagi dahsyat dari tu!!

Katanya cabutan bertuah ada hadiah handphone.. kalau ramai juga yang tak datang, tak tahulah bagaimana nak buat lagi ya.. agaknya boleh kot diusul dalam perlembagaan 'ahli yang tidak langsung datang program boleh dilucut keahlian', acecece.. begitu bersungguh pihak penganjur nak tarik ahli datang program ya?? moga dimudahkan urusan kalian, ameen ya allah!

Pilihanraya BKASJ kali ini kurang rasa kebahangannya meski cuaca sekarang memang bahang, mungkin sedang dalam fatrah imtihan agaknya, jadi saya tidak mengikuti sangat perkembangan pilihanraya BKASJ kali ini. Namun hak saya dalam BKASJ itu alhamdulillah masih disedari..

Dan disebabkan kesedaran dengan hak itu, maka saya sedar saya punyai hak berkempen, hahaha.. Bila ditengok2 ditenung2 direnung2 semula, rupanya memang ramai AMM BKASJ yang telah dicuri permai ya.. Tidak mengapa,kalian bermula dari BKASJ, manalah tahu, nama2 yang dilantik jadi AMM BKASJ 09/10 juga yang akan naik jadi MT PERMAI 10/11 pula, kan??

Nama2 calon pilihan saya dan tiqa (bendahari bkasj 09/10), undi adalah rahsia,ni kempen je!! =)

Yang dipertua : Mohd Shukri Bin Ruslan
Timbalan yang dipertua : Basyaruddin Effendy Bin Ab Kadir
Setiausaha : Muhammad Faiq Nabil Bin Ramli
Bendahari : Abdul Rahman Bin Mohd Sha’ary

Naib yang dipertua : Norshaheera binti Mohamad Rais
Timbalan setiausaha : Shahidatunnur binti Norazmi
Timbalan bendahari : Nurul Salwani binti Mahamad Napiah


Anisatul Qalbi biarkan dia tumpu sepenuhnya kerja PERMAI.
Kak Ida Dayana lebih nampak biro dakwah..

Alhamdulillah ramai budak jais, naik lagi ke zakat tahun depan, hihi.. Sila undi Shaheera, seorang yang sangat bersungguh dalam bekerja.. kita kene berterima kasih ya pada dia, dia yang uruskan zakat tahun ni, menulis surat dan semua urusan untuk zakat kita tahun ini.Duit zakat dapat awal, bulan 5 dah dapat, naik pulak tu.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Wednesday, July 29, 2009

video merah saga

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Entri ini adalah untuk meletakkan video semata.. Belum sempat lagi nak berkempen untuk pilihanraya BKASJ, sebab minggu ni ade 2 exam, termasuk esok, huhu, owh adab muqaran ku!!

Ini video nyanyian RAYYAN yang didendang ketika program Malam Kemuncak Roadshow Gema Al-Aqsa 2009 (ROQS 09)di Irbid pada 23 Julai lalu..



Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA


Bersemangat sungguh budak2 ni nyanyi.. semangat2!!
"Perjuangan untuk menegakkan keadilan untuk terus melaju dan melalang buana menerobos batas2 geografis", perghh..

Insyaallah, akan mula berkempenn esok selepas exam!

Saturday, July 25, 2009

Mereka itu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualikumwarahmatullah..

Pagi sabtu yang indah, alhamdulillah, dan malam ini akak2 senior iqtisod akan berangkat pulang ke Malaysia, sudah selesai pengajian mereka disini, alhamdulillah..

Jika ditanya setiap seorang dari mereka, pasti bertemu jawapan yang sama. Jika lain pun, pasti membawa maksud yang sama. Apa dia? Perasaan gembira campur sedih yang digaulbatikan, cukup serbuk perasa rasanya!!

Gembira sudah tentu, sudah berjaya menghabiskan pengajian. Dan sedih juga sudah tentu,berpisah dengan adik2, berpisah dengan doktor2, jamiah, kenangan, syawarma mat'am abu mahmud, dan paling penting terpaksa berpisah dengan ciksantun, hahaha..


Mereka itu..
yang memeriahkan hijazi ini!!

Mereka itu..
yang menambah jumlah rumah dari 7 kepada 13!!

Mereka itu..
yang kusambut di rumah insyirah dengan penuh tangan dan hati terbuka!!

Mereka itu..
yang datang sekali ramai2, mereka itu yang balik juga ramai2!!

Mereka itu..
yang datang 2 trip, tetapi apabila pulang hanya dengan 1 trip!!

Mereka itu..
yang selalu kugaduh!!

Mereka itu..
yang kucarikan penempatan untuk mereka!!

Mereka itu..
yang pernah kami makan bersama, tidur bersama!!

Mereka itu..
yang selalu cakap 'aok niiiii!!!' !!

Mereka itu..
yang comel, hihi ..oops2!!

Mereka itu..
yang kusambut, dan kuhantar pulang!!

Mereka itu.. Mereka itu..

Perkenalan singkat yang hanya 1 tahun,1 bulan dan 10 hari ini, akan kusemat dalam hati dan ingatan yang paling dalam, dan kukunci agar kekal disitu..

Senior2 iqtisod, maaf segala salah silap. Kusedar, sepanjang kita bersama2 berjuang disini, banyak benar konfliknya.. Kuharap lupakan semua itu, dan simpanlah segala yang indah saja! kita rehlah bersama, liqa' mahabbah, makan bersama, itulah yang bersemadi dalam hatiku kini.

kak ika, kak diy, kak su, kak ain, kak bahi, kak fida, kak masyi, kak teha, kak beah, kak ha, kak aiman, kak zati, kak dila, kak dayah, kak ila, kak cheq, kak anis, kak wan, kak nad, kak ana, kak bada, kak manis, kak farah.

fais, zafirul, amran, fadhil, hasan, syihab, syed, sopi, judin, paan, syafiq.

Jika di Malaysia,yang dah habis belajar masih lagi berkesempatan untuk ke jamiah masing2 untuk menghadiri program, menguruskan orientasi adik2 yang lain, bila2 masa sahaja mereka boleh berjumpa.. Tapi kita?? apabila sudah pulang, bilakah lagi akan dapat ke sini..

Jangan diceritakan hal perpisahan itu padaku, sudah tentu dan pasti, bersama dengannya linangan air mata.

Moga dipermudahkan segala urusan kalian!! kawen, sila jemput, nak kad yang besar2 tau!!.. hihi takpela kalau kedekut sangat, dtg je blog kite, tulis kt shoutbox, kate nk kawen, hahaha..

Bagaimana la pula tibanya saat kumeninggalkan Jordan ini ya??!!

Wednesday, July 22, 2009

هوامش على دفتر النكسة

Bismillah..
Ayuh selami qasidah ini, penyairnya bernama Nizaar Qubbaani.. best qasidah ni, sedihhhh!!!

1
أنعي لكم، يا أصدقائي، اللغةَ القديمه
والكتبَ القديمه
أنعي لكم..
كلامَنا المثقوبَ، كالأحذيةِ القديمه..
ومفرداتِ العهرِ، والهجاءِ، والشتيمه
أنعي لكم.. أنعي لكم
نهايةَ الفكرِ الذي قادَ إلى الهزيمه

2
مالحةٌ في فمِنا القصائد
مالحةٌ ضفائرُ النساء
والليلُ، والأستارُ، والمقاعد
مالحةٌ أمامنا الأشياء

3
يا وطني الحزين
حوّلتَني بلحظةٍ
من شاعرٍ يكتبُ الحبَّ والحنين
لشاعرٍ يكتبُ بالسكين

4
لأنَّ ما نحسّهُ أكبرُ من أوراقنا
لا بدَّ أن نخجلَ من أشعارنا

5
إذا خسرنا الحربَ لا غرابهْ
لأننا ندخُلها..
بكلِّ ما يملكُ الشرقيُّ من مواهبِ الخطابهْ
بالعنترياتِ التي ما قتلت ذبابهْ
لأننا ندخلها..
بمنطقِ الطبلةِ والربابهْ

6
السرُّ في مأساتنا
صراخنا أضخمُ من أصواتنا
وسيفُنا أطولُ من قاماتنا

7
خلاصةُ القضيّهْ
توجزُ في عبارهْ
لقد لبسنا قشرةَ الحضارهْ
والروحُ جاهليّهْ...

8
بالنّايِ والمزمار..
لا يحدثُ انتصار

9
كلّفَنا ارتجالُنا
خمسينَ ألفَ خيمةٍ جديدهْ

10
لا تلعنوا السماءْ
إذا تخلّت عنكمُ..
لا تلعنوا الظروفْ
فالله يؤتي النصرَ من يشاءْ
وليس حدّاداً لديكم.. يصنعُ السيوفْ

11
يوجعُني أن أسمعَ الأنباءَ في الصباحْ
يوجعُني.. أن أسمعَ النُّباحْ..

12
ما دخلَ اليهودُ من حدودِنا
وإنما..
تسرّبوا كالنملِ.. من عيوبنا

13
خمسةُ آلافِ سنهْ..
ونحنُ في السردابْ
ذقوننا طويلةٌ
نقودنا مجهولةٌ
عيوننا مرافئُ الذبابْ
يا أصدقائي:
جرّبوا أن تكسروا الأبوابْ
أن تغسلوا أفكاركم، وتغسلوا الأثوابْ
يا أصدقائي:
جرّبوا أن تقرؤوا كتابْ..
أن تكتبوا كتابْ
أن تزرعوا الحروفَ، والرُّمانَ، والأعنابْ
أن تبحروا إلى بلادِ الثلجِ والضبابْ
فالناسُ يجهلونكم.. في خارجِ السردابْ
الناسُ يحسبونكم نوعاً من الذئابْ...

14
جلودُنا ميتةُ الإحساسْ
أرواحُنا تشكو منَ الإفلاسْ
أيامنا تدورُ بين الزارِ، والشطرنجِ، والنعاسْ
هل نحنُ "خيرُ أمةٍ قد أخرجت للناسْ" ؟...

15
كانَ بوسعِ نفطنا الدافقِ بالصحاري
أن يستحيلَ خنجراً..
من لهبٍ ونارِ..
لكنهُ..
واخجلةَ الأشرافِ من قريشٍ
وخجلةَ الأحرارِ من أوسٍ ومن نزارِ
يراقُ تحتَ أرجلِ الجواري...

16
نركضُ في الشوارعِ
نحملُ تحتَ إبطنا الحبالا..
نمارسُ السَحْلَ بلا تبصُّرٍ
نحطّمُ الزجاجَ والأقفالا..
نمدحُ كالضفادعِ
نشتمُ كالضفادعِ
نجعلُ من أقزامنا أبطالا..
نجعلُ من أشرافنا أنذالا..
نرتجلُ البطولةَ ارتجالا..
نقعدُ في الجوامعِ..
تنابلاً.. كُسالى
نشطرُ الأبياتَ، أو نؤلّفُ الأمثالا..
ونشحذُ النصرَ على عدوِّنا..
من عندهِ تعالى...

17
لو أحدٌ يمنحني الأمانْ..
لو كنتُ أستطيعُ أن أقابلَ السلطانْ
قلتُ لهُ: يا سيّدي السلطانْ
كلابكَ المفترساتُ مزّقت ردائي
ومخبروكَ دائماً ورائي..
عيونهم ورائي..
أنوفهم ورائي..
أقدامهم ورائي..
كالقدرِ المحتومِ، كالقضاءِ
يستجوبونَ زوجتي
ويكتبونَ عندهم..
أسماءَ أصدقائي..
يا حضرةَ السلطانْ
لأنني اقتربتُ من أسواركَ الصمَّاءِ
لأنني..
حاولتُ أن أكشفَ عن حزني.. وعن بلائي
ضُربتُ بالحذاءِ..
أرغمني جندُكَ أن آكُلَ من حذائي
يا سيّدي..
يا سيّدي السلطانْ
لقد خسرتَ الحربَ مرتينْ
لأنَّ نصفَ شعبنا.. ليسَ لهُ لسانْ
ما قيمةُ الشعبِ الذي ليسَ لهُ لسانْ؟
لأنَّ نصفَ شعبنا..
محاصرٌ كالنملِ والجرذانْ..
في داخلِ الجدرانْ..
لو أحدٌ يمنحُني الأمانْ
من عسكرِ السلطانْ..
قُلتُ لهُ: لقد خسرتَ الحربَ مرتينْ..
لأنكَ انفصلتَ عن قضيةِ الإنسانْ..

18
لو أننا لم ندفنِ الوحدةَ في الترابْ
لو لم نمزّقْ جسمَها الطَّريَّ بالحرابْ
لو بقيتْ في داخلِ العيونِ والأهدابْ
لما استباحتْ لحمَنا الكلابْ..

19
نريدُ جيلاً غاضباً..
نريدُ جيلاً يفلحُ الآفاقْ
وينكشُ التاريخَ من جذورهِ..
وينكشُ الفكرَ من الأعماقْ
نريدُ جيلاً قادماً..
مختلفَ الملامحْ..
لا يغفرُ الأخطاءَ.. لا يسامحْ..
لا ينحني..
لا يعرفُ النفاقْ..
نريدُ جيلاً..
رائداً..
عملاقْ..

20
يا أيُّها الأطفالْ..
من المحيطِ للخليجِ، أنتمُ سنابلُ الآمالْ
وأنتمُ الجيلُ الذي سيكسرُ الأغلالْ
ويقتلُ الأفيونَ في رؤوسنا..
ويقتلُ الخيالْ..
يا أيُها الأطفالُ أنتمْ –بعدُ- طيّبونْ
وطاهرونَ، كالندى والثلجِ، طاهرونْ
لا تقرؤوا عن جيلنا المهزومِ يا أطفالْ
فنحنُ خائبونْ..
ونحنُ، مثلَ قشرةِ البطيخِ، تافهونْ
ونحنُ منخورونَ.. منخورونَ.. كالنعالْ
لا تقرؤوا أخبارَنا
لا تقتفوا آثارنا
لا تقبلوا أفكارنا
فنحنُ جيلُ القيءِ، والزُّهريِّ، والسعالْ
ونحنُ جيلُ الدجْلِ، والرقصِ على الحبالْ
يا أيها الأطفالْ:
يا مطرَ الربيعِ.. يا سنابلَ الآمالْ
أنتمْ بذورُ الخصبِ في حياتنا العقيمهْ
وأنتمُ الجيلُ الذي سيهزمُ الهزيمهْ...

kembara ilmu.




Apabila bicara tentang MMY, tahukah kalian MMY itu berada dimana?? Jawapan tidak lain tidak bukan sudah tentu 'MMY itu berada di hati'!!..

Tuesday, July 21, 2009

merepek tgh mlm!

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Lama sungguh rasa tidak menggila2 disini, malam ni terasa pula gatal2 di tangan ini menaip di blog yang kurasakan sudah bersawang ini.. saya bukan YB, menteri pembangunan wanita juga bukan, tapi kesibukan itu saya akui mengalahkan mereka!! hihi.. saya tidak rasa penulisan mlm ini memberi manfaat, haha tapi sekiranya ada yang ingin baca, saya persilakan saja..=P

Hari ini hari paling indah sekali, tapi indahnya itu tidak la seperti semalam, kerana di dalam kelas adab muqaran semalam, saya berkesempatan duduk di sebelah seorang arab kristian,Bana namanya, dan tinggal di Ajloun.. Sudah banyak kelas kami bersama, sudah banyak kali juga berborak, tapi borak yang semalam ini, istimewa sikit dan sangat istimewa.. Tahu apa yang kami borakkan?? tentang perbandingan kristian dan islam.. Menarik, bukan??

Kami mula borak tentang pakaian, kemudian ke perkahwinan, seterusnya ibadat. Pemikiran dia sangat bagus, sangat menarik, sehingga dia boleh berkata "aku tak suka perempuan islam kat jordan ni, ramai sembahyang kat rumah ja, sedang bukankah masjid itu namanya rumah ibadat? dan semua wajib sembahyang disana, kami org masihi wajib ke gereja untuk penyembahan, lebih rasa pengabdian".. oh tidak, soalan ini yang menjerut leherku!! saya pernah jumpa soalan begini dalam satu forun yang dulu saya aktif la jugak dalam forum tu (sekarang dh tak), hehe.. Maka selepas ini, saya akan cuba juga untuk berlari berkejaran untuk sampai awal di kelas adab muqaran untuk sentiasa duduk sebelah Bana. Menarik, dan saya suke!!

Dan hari ini, saya duduk sebelah orang lain pula dan borak tentang israkmikraj!! Dia mula bercerita tentang apa yang saya telah fikirkan,apakah dia?? Palestin dan dakwah!! point yang sama saya tekankan dalam artikel di blog MMY, hehe..

Pilihanraya Permai
Alhmdulillah, selamat berlangsung mesyuarat agung kali ke7 pada sabtu lalu, dan menggantikan saf pimpinan lama kepada saf pimpinan baru.. Moga2 pimpinan pilihan rakyat sesi 09/10 ini mampu menjalankan amanah sebaik mungkin berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, insyallah.. Pimpinan 09/10 saya kira sangat kuat, orangnya hebat2.

Terima kasih pada PERMAI atas tarbiyah yang sungguh2 dapat saya rasai, PERMAI juga berubah, dan saya?? adakah masih seperti tahun 1 dulu?? adakah masih membawa cinta tahun 1 dahulu?? apakah perubahan sepanjang 3 tahun ini?? kegemukan dan kesantunan.. itukah??

Majlis Ramah Mesra Badan anak Selangor
Inilah program malam ini!! Program yang sangat best, dinner bersama delegasi selangor, Dr hassan Ali, Ustaz zaki, tidak kisahlah siapa lagi, tapi yang paling penting ialah duit zakat naik rm16000, heheheh.. Beringat untuk diri sendiri, duit naik itu, mmg harus bersyukur, tapi harus juga rasa takut. kerana makin banyak duit zakat yang suci itu pada kita, makin banyak tanggungjawab. Tidak takutkah di akhirat nanti perut kita akan menggelegak kerana menyalahgunakan wang suci itu?? Nauzubillah!! moga2 duit itu nanti digunakan kearah jalan yang benar!!

Banyak ja ucapan2 yang best2 tadi, tapi saya terlebih dahulu telah meng'ibadah sirr' kan diri, =P.. apa dia ibadah sirr?? nama pun sirr kan, biarlah ia berterusan dan kekal menjadi sirr, hehe.. mana tidaknya, makan dulu baru ucapan2 itu,oh tidaakk..

Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! dan malam ini, 2 orang itu juga yang dapat rm1000 kerana cemerlang pelajarannya.. Azimah dan Faiz, kamu berdua memang hantu!!!!!!

Sekian sahaja repekan kali ini, kerepek banting mmg sedap!!

Wednesday, July 15, 2009

Kempen!!!!

Kempen.. Kempen.. Kempen...

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikumwarahmatullah!!

3 hari saja lagi sebelum Mesyuarat Agung PERMAI, anda sudah punyai calon pilihan hati untuk diundi?? Sudah tentu jawapannya "Ya", bukan?? Masakan tidak, inikan untuk pemimpin persatuan kita, memilih pemimpin yang berkepimpinan juga dapat menjalankan tanggungjawab mengikut acuan al-Qauran dan as-Sunnah bukan mudah. Setiap undian kita akan dipersoalkan kelak.. Moga2 diberi petunjuk dari Allah!!

Create your own banner at mybannermaker.com!


Entri kali ini pasal apa pula ya?? Disaat manusia lain berkempen untuk menaikkan orang ini MT, menaikan orang ini Ketua Helwi, itu dan ini, saya pula berkempen untuk 'jangan naikkan orang ini MT'.. hmm ayat serupa hendak mencari gaduh pula ya?? adakah saya sudah menjadi gila?? saya cemburu tidak tercalon nama untuk saf pimpinan akan datang?? saya dengki dengan kehebatan sahabat lain?? saya cemburu dengan kempen2 yang kalian hebah2kan?? adakah??

Siapakah orang yang saya maksudkan itu?? Orang itu adalah Arikah bt Sadon, mahasiswi tahun 3, jabatan fiqh wa usuluhu.. Nama ini tidak asing bukan bagi anda?? Berkebolehan dalam memimpin, kepetahan berbicara, muamalat terjaga..

Jadi, mengapa saya berkempen untuk 'jangan undi calon ini??'.. begini... yang pertama, sebelum pemilihan calon untuk saf pimpinan PERMAI lagi, kami sudah punyai rancangan untuk meletakkan Arikah sebagai Timbalan Presiden MMY (Majlis Mahasiswa Yarmouk), malah dipersetujui oleh Arikah sendiri, serta kakak2 senior sebelum mereka pulang ke Malaysia, dan kami tidak menyangka nama Arikah tercalon lagi untuk pimpinan PERMAI 09/10 kerana dia pernah menarik diri dari pencalonan pada tahun lepas. Ternyata anda juga tidak berputus asa untuk meletakkan dia di dalam PERMAI. Jika dia menolak pencalonan itu sekali lagi, ternyata itu tidak patut, seolah lari dari tanggungjawab sedang orang lain meletakkan kepercayaan yang tinggi pada dia, benar?? dan kami memandang hanya satu jalan untuk anda tidak mengundi dia, dengan memberitahu keadaan sebenar mengapa kami meminta dengan sangat untuk anda jangan undi dia.

Ya, jika anda bukan ahli MMY, anda akan fikir, Arikah bagus, jadi letakkan la dia dalam PERMAI, jika tak undi dia, PERMAI kan rugi besar!!! benar!!! Jadi, saya minta anda cuba berada dalam keadaan anda adalah ahli MMY, lihat pengurusan MMY kini, dari segi pentadbiran bagaimana, dakwah bagaimana, persatuan itu sendiri bagaimana.. MMY bukan sahaja perlu uruskan urusan2 jamiah, malah dakwah juga!! dan itu perlu diperkuatkan!! Lihat sahaja kata2 orang yang saya kira memperlekeh perjuangan kami, "Apa budak2 Yarmouk buat untuk budak2 JUST??", "Budak Yarmouk tak macam ustaz2 dulu", "Budak Yarmouk serupa ja dengan orang yang tidak punya aliran agama".. Jadi untuk buktikan semua itu, MMY sendiri perlu kuat!!

Benar, mahasiswi yarmouk bukan hanya Arikah, tapi kami serupa kalian juga. Kalian menaikkan nama dia, kerana nampak dia berkebolehan untuk PERMAI, dan kami melihat dia berkebolehan dalam MMY!! Dan bnar juga, adik2 lain perlu diajar dan dijadikan pelapis, untuk kebaikan MMY akan datang, tapi namanya juga perlu diajar, takkan diajar itu duduknya diatas. ya, bukan??

Mungkin antara sebab kalian mahukan Arikah mendapat jawatan tinggi dalam PERMAI kerana sudah punya pengalaman menjadi AME dalam pentadbiran 07/08, tapi kalian tidak nampak apa yang Arikah lakukan untuk MMY, dan jika kalian tidak tahu, ambilah tahu bahawa MMY itu sangat penting dan peranannya juga sangat besar. Ia cabangan dari PERMAI.. Jika MMY itu kuat, nama yang bersama dengannya adalah PERMAI, PERMAI juga akan kuat..

Perkara ini bukan hanya pada pendapat saya saja.. Kalian juga boleh menghubungi sesiapa saja di kalangan kami (Bayt Insyirah+nailah+sume2 la). Jika kami saja (budak yarmouk) yang hanya tidak mengundi Arikah, itu tidak cukup untuk tidak menaikkan Arikah.. yarmouk saja 136, sedang ahli permai 457, baki 321 itu adalah pelajar JUST, dan mengharap sangat pelajar JUST ini faham!! dan turut sama membantu kami..

Calon lain untuk memegang MT dalam PERMAI di kalangan mahasiswi Yarmouk adalah :
Nor Azimah Nordin..
-Timbalan presiden 2 MMY 08/09
-Timbalan biro akademik MMY 07/08
-Terlalu banyak berjawatankan timbalan persegaran untuk program2.
-Berkebolehan memimpin
-Scorer adab, mendapat anugerah kecemerlangan 2 tahun berturut2!!

Tidak perlu rasanya jika saya buat juga JFC - Jimah Fan Club!! =), cuma mengharap dengan sangat anda faham keadaan kami, dan memikirkan dengan lebih panjang tentang masa depan MMY.. Harap pnulisan saya yang selekeh ini dapat memberikan pada anda penjelasan yang lebih ya!!

KEMPEN2!!!
Presiden - Muhammad Naqeb
Timbalan presiden - Ahmad Amirul Amin
Naib presiden (MMY) - Zaid
Naib presiden (JUST) - Afiq Muiz
Setiausaha - Arif Hakimi
Bendahari - Ikhwan

Ketua Helwi - Fathiyah
Timbalan ketua helwi - Mariah
Setiausaha - Husna Madiha
Bendahari - Nor Azimah

* Jika tidak faham, saya boleh mengeluarkan penulisan yang lain pula.. Ini antara usaha saya, jika memang ditetapkan oleh Allah yang Arikah itu duduknya di PERMAI, harus terima saja, mungkin itu yang terbaik..

Monday, July 13, 2009

pilihanraya oh pilihanraya.

smileBismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikumwarahamtullah..

Anda rasa tidak, kehangatan dan kebahangan pilihanraya permai sekarang ini?? Jika belum, sila jenguk2 blog JPR PERMAI serta blog KPA. Jika tidak mahu tahu, terpulanglah pada anda!!

Bersama-sama dengan wujudnya blog KPA itu, pagi tadi tegur seorang rakan yang saya kira penuh beremosi bertanyakan perihal itu kepada saya, "Tak rasa ke KPA tu menunjukkan ketaasuban??" katanya.. Lalu, saya dengan bergelak tawa menjawab "comel la, haha"..

Bagi saya, taassub itu dikira juga berdasarkan tempat dan keadaannya, itu saya kira sudah cukup jelas.. Jadi, mereka seolah mengagungkan amin itu, bagaimana pula keadaannya. Begini.. Kita lihat pula situasi sekarang ini ya?? Bukankah sekarang adalah waktu berkempen untuk pilihanraya permai bagi menggantikan saf pimpinan yang lama. Jadi situasi sekarang ialah berkempen tentang amin, dan bukan taassub tentang amin. Kerana mereka sangat merasakan amin yang layak untuk menaiki takhta presiden, maka mereka telah berkempen dengan begitu dahsyat.Pun begitu, ia tetap dinamakan kempen, dan bukan taassub!!

Mungkin kerana berkempen dengan sebegini rupa adalah buat kali pertamanya diadakan disini, sehingga tertubuh blog untuk kelab itu, jadi ada yang berpendapat sedemikian.. Tapi, jika kita lihat pilihanrya di Malaysia ya, KPA ini tidaklah seberapa sangat. KPA belum lagi mengeluarkan risalah, belum lagi meng'copy' muka amin dan tampalkannya di sepanjang jalan, =P..

Jika itu dikatakan taassub, jadi, orang2 yang berkempen di malaysia itu juga adakah mereka juga taassub?? Dan saya rasa kempen itu tidak menjejaskan reputasi calon2 lain sedikit pun, kerana apa?? kerana kita punya mata, telinga, juga akal.. Mereka berkempen begitu sekalipun, jika kita tidak mahu, kerana nampak orang lain lebih layak, undilah orang lain!!! benar??

* Berkempen di sebelah ikhwah sudah panas, tapi di sebelah akhawat, masih coooooollll!! lihat, kami ini orangnya cool saja, hihi..

Saya juga punyai hak berkempen, pilihan hati saya,

Naqeb - presiden permai
Amin- Timbalan presiden permai
Zaid - Presiden MMY
Afiq Muiz - Presiden MMJ

Fathiyah - Timbalan presiden 2
Mariah - Penolong ketua helwi
Arikah - Timbalan presiden MMY (jgn undi masuk permai!!)
Zimah - Bendahari
(*Zimah, biarkan dia dengan bendahari, masakannya sedap, sebelum ini memegang tmbalan presiden MMY, jualan makanannya saja sudah menaikkan ekonomi MMY, jika boleh jualan itu disalur bawah permai pula, tentu permai tahun hadapan juga punyai banyak duit, dengan syarat anda juga beramai2 membeli makanan dia!!) haha, dan masak2 itu, bukan dia sahaja, malah seluruh ahli rumah juga akan kepengsanan, owh tidaaaaakkkk!!!

ooops sori, undi adalah rahsia!! hihi.. ayuh, naikkan mereka ya!! untuk masa depan permai.. insyaallah... permai itu dimana?? permai dihati!!!!

Sunday, July 12, 2009

sajak buat kakak2ku.

Buat tatapan kakak2ku,
Pabila menatap wajahmu,
Yang menampakkan keayuan,
Berbungalah harapanku..
Sebagai adik jua teman..

Agar engkau kakak,
Menjadi insan solehah,
Juga berdiri,
Menjadi insan dikagumi..

Aku tahu,
Aku sedar,
Tidakku mampu mengukir bait2 kata,
Untukku melukis segala kenangan terindah..

Kakakku sayang,
Mungkin esok tiada lagi seperti dulu,
Tiada lagi gurau senda darimu,
Hanya secebis ingatan waktu bersamamu,
Dan sulaman gubahan rindu yang tak mengenal jemu..

Kakakku,
Dulu..
Gurauan senda mengulit gelak tawa bersama,
Dulu..
Menangis kecewa dalam dakapan bersama..

Tapi kini,
Esok..
Engkau tiada lagi disampingku,
Mungkin segalanya kan sepi,
Menjadi sebuah diari buat diriku..

Kerana daerah baru menanti dirimu...

Andai dapat kau tahu,
Aku ingin bersamamu,
Pasti!! Hari ini aku disisimu,
Pastinya hari ini akan seperti selalu..

Kakak,
Suluhan kemesraanmu sinari hidupku,
Mutiara azimat saktimu,
Pelangi hatiku,
Agar tautan kasih akan terus subur setiap waktu..

Kakak tersayang,
Tanpa yang Satu itu,
Jua tanpamu,
Aku tidak akan disini,
Tiada bisa kutabah setabah hari ini,
Biarpun dunia kita berbeza,
Namun tekad kita tetap sama..

Kini,
Kau tidak lagi disampingku..
Tapi kutetap yaqin dan yaqin!!
Disana ada satu sinar harapan,
Buatku juga impian,
Menempatkan diri dalam kelomopok insan terbilang!!!

Aku telah pateri pada sungai hati,
Aku telah lukis pada cermin budi,
Aku telah ukir pada tulus erti,
Untukku terus mapan berdiri,
Memegang janji!!!

Andai.. segalanya hangus,
Andai.. air jadi batu,
Andai.. putih jadi kelabu,
Aku akan cekal mengharungu hidup,
Sekalipun aku disini.. menunggu mati..

Kakak2ku tersayang,
Moga kemesraan kan berpanjangan,
Mekar mewangi dalam hati,
Ukhwah ini harus dijagai,
Rantailah dengan kejujuran,
Gelangilah dengan keikhlasan,
Hiasilah dengan bunga2 keazaman,
Moga hari yang mendatang,
Terpancar sinar kebahagiaan..

Kakakku tersayang,
Aku pasti.. kita kan bertemu lagi,
Jika bukan didunia ini,
Nun di syurga sana menanti,
Jika layak ku menghuni..


Jika kutahu begini peritnya perpisahan, tidak akan ku hulurkan tangan berjabat ukhwah dengan kalian.. "Ya Allah, berkatilah hubungan kami Ya Allah.. Jadikan pertemuan kami yang hanya seketika ini membibitkan ikatan yang berkekalan sehingga ke SyurgaMu Ya Allah!!"


- kakak2 mq dan kak timah balik hari ni, sapa nak wida', datang lepas asar ya!! sapa yang ikut g airport,coaster kul 8.30 malam.. sama2 doakan semoga semua berjalan lancar..

- Tentang MEKAR, sudah ada yang minta saya coret sesuatu, hahahaha, bajet bagus... insyallah ya, tidak janji!!exam adab muqaran khamis ini, itu lebih penting!!

- Semalam baru pulang dari MEKAR, sudah keluar pula calon2 untuk pilihanraya PERMAI.. aduh, sungguh penat pilihanraya tiap2 minggu, MPPM, PERMAI pula, dan kemudian BKASJ!! Tahniah ya buat saf pimpinan baru MPPM!!

Thursday, July 9, 2009

memberi vs menerima

Bismillah..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, hari ini barulah rasa sedikit lega, berjalan ke jamiah dengann menyanyi2 riang gembira, eceh geli gila, serupa orang gila saja. Kerana apa?? ntahlah..

Benar selama dua minggu ini, kepala, mulut dan hati saya tidak seragam emosinya.. kadang mulut enak bicara senyum riang tapi hati tidak riang, kepala berat semacam.. kadang hati terasa tenang, kepala seperti nak pecah pula.. Maaf, saya tak berniat mahu ceritakan hal ini, jika ada pihak yang telah mendakwa blog saya telah mulai cerita tentang diari kehidupan saya, maaf, saya tidak berniat begitu!!

Entri kali ini ringkas sahaja, saya juga tidak punyai waktu yang berapa cukup untuk bermesra-mesraan dengan blog ini.

AGM N9 hari tu, saya menjadi spr juga, dan telah ikut mereka bermesyuarat agung d MSD, kelebihn mereka, mesranya mereka, sungguh!! dapat saya rasai, sehinggakan YDP mereka berkata, "kita ni dah macam adik beradik, tarik2 rambut, tarik2 lemak, bertepuk tampar".. sungguh, itu memang saya rasai, mungkin kerana ahli mereka yang sedikit, tapi duit banyaaakk. jika saya sekarang ya, PERMAI dan BKASJ, permai dalam 457, bkasj lebih kurang 300, tak tercapai saya nak tampar semua ahli disitu..

dan ucapan yang terkesan dalam hati saya ialah ucapan bekas YDP mereka, Dzarif, begini :

Ingat 2 perkara, lupakan 2 perkara :
Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang,.. ingat keburukan kita pada orang, lupakan keburukan orang pada kita..


sangat terkesan, kn?? saudara Dzarif itu juga mendapat ayat ini dari salah seorang saff pimpinan mafraq yang baru, katanya.. dan saya kongsikan disini, moga anda baca, dan bersama2 mendapat manfaat..

1) Hiduplah untuk memberi sebanyak2 nya, bukan menerima sebanyak2nya..
2) Erti hidup pada memberi.
3) Jadilah seperti doremon, sentiasa memberi..

Keempat ayat diatas ini, jika kita selami dengan benar2, hadam betul2 dalam kehidupan, maka persoalan "Apa yang aku dapat??" pasti tidak akan timbul, kan??

Lalu disini, dimanakah balance nye amalan kita memberi itu dengan mendapat semula apa yang kita beri?? kalimah "give n take" itu kalimah yang diasaskan oleh orang kristian, jika kita juga saling mengharapkan apa yang kita dapat selepas kita memberi, maka samalah kita dengan mereka, yang hidup mereka berpegangan dengan kalimah itu..

Jika rasa perlukan juga memberi dan menerima itu berjalan seiringan, untuk mem'balance'kan, agak2lah di akhirat nanti jika amalan dosa sama timbangan dengan pahala, digolongkan dengan golongan yang mana ya??!!

Mengapa perlunya hubungkaitkan dunia ini dengan akhirat?? dunia, kita memang perlu bersaing untuk hidup, bekerja, jika memberiperlu juga menerima, itu dan ini.. akhirat?? bagaimana pula??tidakkah hidup ini adalah untuk akhirat nanti?? jika kita memberi sahaja di dunia dan mendapat semula itu di akhirat, tidakkah lebih indah??

Jadi, hiduplah untuk memberi sebanyak2nya.. Jika orang lain tidak memberikan apa2 pada kita, jangan disoalkan itu!! tapi, soalkan apa yang kita dah bagi pada orang ya??!!

wallahu a3lam..

- Petang ini undi untuk MPPM,moga2 dimudahkan.. ingat ya, kepada para pengundi, jam 5pm-7pm di rumah saya..
- Malam kul 8.30 g mafraq, tunggu ya, saya buat persembahan, hihihi.. bittaufiq kepada para pendebat irbid,serta yang buat persembahan, keh2!!

Wednesday, July 1, 2009

MASYUKKK!!

Tumpang blog ya, nk iklankan program.. hihihi..
Lama dah rasa tak menulis, sehinggakan gian nya ketika di kelas hasub juga saya menaip seolah menulis di dalam blog, hehehe.. ntah sejak bile la hobi yang satu itu, menzahirkan apa yang berda dibenak fikiran.. tapi, terpaksa dibantutkan dek kerana perkara yang lebih utama dari itu.. sekian sahaja, keh3..

Assalamualaikum! !

Jom kita raikan akak2 yang sudah menamatkan pengajian, lantas menyemarakkan hubungan sesama siswi di dalam PERMAI dengan mengikuti program MASYUK anjuran helwi '09.. MASYUK.. sebut betul2, MASYUKKKKK!! ! Ia adalah singkatan yang tersasul untuk program "MALAM SULAMAN KASIH!!"


Ayuh, serlahkan KASIHmu itu :
Tempat : Dewan al-Farabi Universiti Yarmouk
Tarikh : 2 Julai 2009
Hari : Khamis
Masa : 5.15 pm - 9.30 pm..


Bertemakan "Kembara hati, tautan sanubari"
Wahai hati, mahu mengembara ke mana?? 'menautkan sanubari!!', eceh..


Ada apa dengan MASYUK??!! Masyuk sangat ke??

5.15 PM: KETIBAAN MAHASISWI DAN UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
5.30 PM: DENGAR NI, ABAH NAK BERCERITA!! (UST.MUJAHID)
7.00 PM: KALAM WASIAT KETUA HELWI
7.05 PM: PERSEMBAHAN ISTIMEWA DAN GETARAN JIWA
7.20 PM: TAYANGAN MEMORI
7.30 PM: REHAT, MAKAN MALAM DAN SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
8.15 PM: RED CARPET
8.30 PM: KALAM WASIAT WAKIL GRADUAN
8.45 PM: MELAKAR KENANGAN MEMAHAT SENTUHAN
9.05 PM: SEBUTIR KENANGAN
9.25 PM: SESI FOTOGRAFI DAN BERSURAI


Mahu mendengar abah bercerita???
Mahu tahu apakah getaran jiwa yang bergetar2 itu??
dengar2 ada marhaban cukur jambul anak patung.. ye ke?? rindu lak marhaban..
kalam wasiat wakil graduan?? apa la yang akk2 ni nk cakap ye?? pasni dh tkde dah..

Jadi sahabat2, jangan tinggal walau satu pn acara2 ni ya?? Hanya 4 jam 15 minit, dan waktu itu untuk kita.. dan HANYA KITA..

Jangan lupa juga, datang dengan berwudhu' ya, dan warna tema majlis ini adalah UNGU!! sape2 yang takde baju ungu, g cari sekarang, keh3!!