Thursday, July 9, 2009

memberi vs menerima

Bismillah..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, hari ini barulah rasa sedikit lega, berjalan ke jamiah dengann menyanyi2 riang gembira, eceh geli gila, serupa orang gila saja. Kerana apa?? ntahlah..

Benar selama dua minggu ini, kepala, mulut dan hati saya tidak seragam emosinya.. kadang mulut enak bicara senyum riang tapi hati tidak riang, kepala berat semacam.. kadang hati terasa tenang, kepala seperti nak pecah pula.. Maaf, saya tak berniat mahu ceritakan hal ini, jika ada pihak yang telah mendakwa blog saya telah mulai cerita tentang diari kehidupan saya, maaf, saya tidak berniat begitu!!

Entri kali ini ringkas sahaja, saya juga tidak punyai waktu yang berapa cukup untuk bermesra-mesraan dengan blog ini.

AGM N9 hari tu, saya menjadi spr juga, dan telah ikut mereka bermesyuarat agung d MSD, kelebihn mereka, mesranya mereka, sungguh!! dapat saya rasai, sehinggakan YDP mereka berkata, "kita ni dah macam adik beradik, tarik2 rambut, tarik2 lemak, bertepuk tampar".. sungguh, itu memang saya rasai, mungkin kerana ahli mereka yang sedikit, tapi duit banyaaakk. jika saya sekarang ya, PERMAI dan BKASJ, permai dalam 457, bkasj lebih kurang 300, tak tercapai saya nak tampar semua ahli disitu..

dan ucapan yang terkesan dalam hati saya ialah ucapan bekas YDP mereka, Dzarif, begini :

Ingat 2 perkara, lupakan 2 perkara :
Ingat kebaikan orang pada kita, lupakan kebaikan kita pada orang,.. ingat keburukan kita pada orang, lupakan keburukan orang pada kita..


sangat terkesan, kn?? saudara Dzarif itu juga mendapat ayat ini dari salah seorang saff pimpinan mafraq yang baru, katanya.. dan saya kongsikan disini, moga anda baca, dan bersama2 mendapat manfaat..

1) Hiduplah untuk memberi sebanyak2 nya, bukan menerima sebanyak2nya..
2) Erti hidup pada memberi.
3) Jadilah seperti doremon, sentiasa memberi..

Keempat ayat diatas ini, jika kita selami dengan benar2, hadam betul2 dalam kehidupan, maka persoalan "Apa yang aku dapat??" pasti tidak akan timbul, kan??

Lalu disini, dimanakah balance nye amalan kita memberi itu dengan mendapat semula apa yang kita beri?? kalimah "give n take" itu kalimah yang diasaskan oleh orang kristian, jika kita juga saling mengharapkan apa yang kita dapat selepas kita memberi, maka samalah kita dengan mereka, yang hidup mereka berpegangan dengan kalimah itu..

Jika rasa perlukan juga memberi dan menerima itu berjalan seiringan, untuk mem'balance'kan, agak2lah di akhirat nanti jika amalan dosa sama timbangan dengan pahala, digolongkan dengan golongan yang mana ya??!!

Mengapa perlunya hubungkaitkan dunia ini dengan akhirat?? dunia, kita memang perlu bersaing untuk hidup, bekerja, jika memberiperlu juga menerima, itu dan ini.. akhirat?? bagaimana pula??tidakkah hidup ini adalah untuk akhirat nanti?? jika kita memberi sahaja di dunia dan mendapat semula itu di akhirat, tidakkah lebih indah??

Jadi, hiduplah untuk memberi sebanyak2nya.. Jika orang lain tidak memberikan apa2 pada kita, jangan disoalkan itu!! tapi, soalkan apa yang kita dah bagi pada orang ya??!!

wallahu a3lam..

- Petang ini undi untuk MPPM,moga2 dimudahkan.. ingat ya, kepada para pengundi, jam 5pm-7pm di rumah saya..
- Malam kul 8.30 g mafraq, tunggu ya, saya buat persembahan, hihihi.. bittaufiq kepada para pendebat irbid,serta yang buat persembahan, keh2!!

2 comments:

Anonymous said...

bkn ydp lah yg ckp.bendahari.anap ilmi.;)

penconteng.crayOn said...

haha.baru nk btolkn bndahari yg ckp camtu bukan ydp.skali nomous atas ni da gtau dlu.spt ku tahu saja sape.kui3
berswadaya menuju kegemilangan.ehem3

p/s-selamat bermekar cik ton^^