Saturday, November 21, 2009

Adha.. terakhir

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Sebagai tuntutan dari seorang sahabat yang menunggu2 blog ini diupdate dari bangunan sebelah sana, saya menggagahkan jua lah jari yang sudah tidak berapa hendak 'mahu' untuk menaip ini menari-nari dalam kekebasan serta kesejukan di kala malam yang semakin kelam.. Mencari jua masa yang sudah tidak berapa mengizinkan untuk bercandaan dengan blog kesayangan yang sekarang sudah tidak berapa hendak sayang.. (haha melekat dengan kalimah baru, iaitu 'sudah tidak berapa hendak', syukran pada sifu yang mengajar)..

Jika disebutkan yang saya akan menghadapi 2 lagi imtihan pada minggu hadapan, akal saya sendiri mengatakan "gila, exam minggu depan, malam ni sempat lagi mengepos di blog".. Ya, sememang begitu, tapi saya juga punyai satu tanggungjawab yang lain.. Bukanlah suatu kemestian untuk saya memnceritakan apa yang berlaku di sekeliling, tapi saya suka begitu, bercerita untuk menghilangkan tekanan, menghilang kegilaan, ia suatu hobi barangkali.. Dan sekiranya tidak membuatnya sekarang, ia bakal menghantui saya minggu hadapan nanti.. harap dijauhkan..

Aidil adha..
Antara 2 perayaan terbesar umat Rasulullah adalah aidil adha dan aidilfitri.. Aidil fitri lalu yang terakhir disini insyaallah, telah saya lalui dengan meriahnya, walau dengan segelintir saja umat melayu di bumi Irbid ini. Alhamdulillah, dengan prinsip 'keseronokan itu dicipta!!', suasana meriah juga, walau terdapat sedikit kekosongan tidak beraya beramai2 buat kali terakhir..

Dan kini bakal tiba, Aidil Adha.. Aidil adha di Jordan bermula di tahun 1 lagi, saya punyai sejarah tersendiri yang sangat tidak boleh dilupakan, yang memalukan, yang menerujakan, yang menyedihkan. Semua itu dicampur gaul sehingga sebati sudah menjadi halawiyat paling manis yang pernah tercipta di bumi Jordan ini.. Alhamdulillah~~

Teringat pada tahun lepas, ketika mana tiba hari memotong daging, sahabat2 yang sedia sudah tiba di rumah yang sudah ditaklifkan untuk turun bersam2 untuk memotong daging tidak sabar menanti daging2 untuk dipotong.. Namun, ketikamana daging2 itu sudah sedia dalam longgokan meminta untuk dipotong, masing2 terpana tidak tahu berbuat apa.. mahu mula dari mana, busuknya bagaimana mahu potong, mahu pegang mana, mahu potong yang mana, dan bermacam2 lagi di fikiran.. Sehingga seorang senior kami, mendahului, mengambil tempat dan memotong, barulah yang lain juga turut serta. Alhamdulillah, dapat jua menimba pengalaman mencedok pengetahuan.



Tahun ini, dengan izin Allah SWT, rumah kami jua turut terlibat sebagai pusat pemotongan daging, walaupun pelawaan itu terpaksa ditolak pada awalnya. Bersyukur, di tahun akhir ini masih lagi diberi kesempatan, masih diberi pelawaan yang begitu kehormat sekali. Jadi kawan2, ayuh kita bersama menghangatkan suasana dengan bersama2 memotong daging yang hangat sambil membuat skil pemotongan terhangat, terhebat dan tertangkas pada 27 dan 28 Nov nanti ya! nantikan saja jadual rumah yang bakal dikeluarkan oleh pihak pelaksana..

Datanglah menunaikan tanggungjawab.. Tidak diberi peluang menunaikan haji, lakukanlah amalan yang lain di bulan 'haji' ini untuk menyambut raya haji.. Singkapilah pengorbanan nabi ibrahim, nabi ismail.. Apalah sangat jika dibandingkan dengan pengorbanan kita.. Bukan diminta menyembelih anak, tetapi sekecil-kecil perkara yang terlalu dan tersangat kecil lagi daripada itu, iaitu memotong daging.. Tidak susah, bukan??

Sehingga disini saja ya dahulu buat masa ini, saya tidak boleh terlalu lama, dibimbangi merajuk pula kitab lisaniyat yang sudah sememnganya terbuka, mengharap mata serta akal tuannya menumpu perhatian padanya pula, =P..

Ya, sebelum terlupa, ayuh kita semarakkan portal PERMAI, dengan penulisan2 yang bermanfaat untuk diri, serta umat.. Tapi saya agak merajuk kerana pos saya petang tadi hilang, mungkinkah portal itu tidak senang dengan kehadiran saya??? sediiiihhh..

23 - sorof..
25- lisaniyat..
dan Rabbani penasyid kegemaran saya akan membuat konsert di dewan alkindi pada 23hb, mungkinkah saya akan pergi dengan keadaan 25hb itu juga saya punyai exam lisaniyat yang agak menterbalikkan kepala?? Ya Allah, permudahkanlah Ya Allah~~ ^__^

Tuesday, November 10, 2009

Owh ijtima'!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Malam ini terasa rindu benar untuk mengupdate blog ini.. Tidak tahu akan punca sebenar tetapi mungkin hati yang sangat tidak tenang bercampur dengan gundah gulana selepas menjawab imtihan madah Madkhal ila Ilmu Ijtima3 petang tadi.. Dan pulang ke rumah, terus saja membuat pengakuan bahawa hari ini saya akan melanggar pantang projek 40 hari saya.. Sudah hari yang ke16, tetapi hari ini sangatlah tidak dapat menahan dari melakukan yang 'satu itu'..

Ijtima' oh ijtima'..
Ah, madah ini tidaklah begitu sukar, mungkin dek kerana bukan bidang saya bab 'kemasyarakatn' ini, jadi saya menganggap ia satu bebanan yang sangat berat, terpaksa dipikul semester ini.. Menjadi sangat teruja pula dengan orang yang memang di dalam bidang ini, bukan kerana apa, tetapi terfikir juga madah yang saya ambil ini 'madkhal' saja, ia sudah saya rasa berat, isi kandungan dengan falsafah yang sarat, apatah lagi jika yang memang bidang ijtima' ini.. Sudah tentu saja, kepala mereka penuh dengan falsafah2 dari timur dan barat.. ah, kagum.. kagum...

Terus terang saya cerita, madah ni sangat berat bagi saya, bagai mahu pecah kepala dan nak muntah, tapi keputusan tidak seperti yang diharapkan, itu memang sangat mengecewakan. Kekecewaan yang mengalahkan orang putus cinta lagaknya(eh, pernah ke??).. Pernah suatu ketika, sahabat arab sekelas kami, membentang tajuk di hadapan, dan dengan tidak rasa bersalahnya dia memberitahu bahawa bahasa ilmu ijtima' tu adalah selari dengan orang yang mengambil master dan memang takhassus ijtima'..

Tinggi atau tidak bahasa buku yang serabut dengan falsafah itu, harus juga kutempuhi fasal ini.. Tidak sanggup rasanya mahu insihab, tidak sanggup rasanya mahu gagal, tidak sanggup rasanya mahu berjumpa lagi madah ini semester depan.. Tidak kuharap markah ini 70! dan 80?? itu jauh sekali.. Cukuplah hanya sekadar lulus, bukan kerana tiada impian yang tinggi, tapi andailah kalian tahu, markah tadi yang sangat tidak menuntut saya untuk mngharap markah dengan lebih banyak!! [mohon doa kalian]

Kecewa dengan markah imtihan?? ah selalu sangat! Menangis di hadapan bilik doktor?? ah, dari tahun satu lagi sudah saya pamerkan bakat lakonan itu.. Malah lebih gempak menangis di dalam kelas!! (gelak sikit, haha).. tidak tidur malam, makan tak tetap, maktabah rumah kedua, ulang alik dari maktabah ke bilik doktor untuk bahas 1/2 markah, ditertawakan, mentertawakan! ah, itu perkara biasa.. ILMU OH ILMU, BEGITULAH BELAJAR.. itu saja membuat hati saya riang ria untuk belajar..

Jadi, mengapa saya ceritakan ini semua?? owh tiada sebarang jawapan yang tepat, cuma hendak menghiburkan hati.. hihihi..

Dan malam ini, malam yang ke16 halatuju 40 hari saya, dan satu rumah pelik malam ini saya buat satu kepelikan dengan masuk ke dapur masak mee hailam.. Kesimpulan, malam 16 yang kecundang, kerana tension.. barangkali!!

Walaupun imtihan awwal ijtima' saya kecundang, juga malam ke16 yang turut kecundang, namun hari esok tetap perlu diteruskan.. GANBATTE!!!!!!

Zaman paling best, adalah zaman yang bergelar mahasiswa!! betul?? ya!!
Zaman mahasiswa paling best adalah di JORDAN! betul?? ya!
Jadi, belajar lah.. Malam ini, panadol 2 bijik, tidur.. kepala sudah pening..

Owh ya, kepada adik2 tahun satu yang exam fannul kitabah esok, janganlah takut sangat ya! biasalah imtihan pertama, kami juga dulu, exam pertama adalah lughah hayah, malam tak tidur, dapat tahu kena hafal surah arrahman dengan syeer ibn zaidun, semua orang tak tidur menghafal, dan rajin sangat buat kelas 'bawah tanah' kat masjid.. kalau mintak nasihat dari akk santun korang yang ni, memang gementar saja setiap masa, padahal orang lain biasa saja, haha.. Insyaallah kheir!! fannul kitabah sangatlah mudah (kata senior itu)..

Sunday, November 8, 2009

no title

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih lagi kita dapat bernafas menghirup udara percuma kurniaan tuhan yang sungguh Maha Pemberi dan Si Pemilik Jiwa itu.. Ayuh, kita mengambil masa seketika membacakan alfatihah buat mereka yang telah tiada, moga2 roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh, serta beriman..

Hari ini, salah seorang ahli PERMAI, Syaiful Shafizan, mahasiswa yarmouk tahun 3, keluarganya telah terlibat dalam satu kemalangan di Pahang yang menyebabkan adiknya seorang telah meninggal dunia dan seorang lagi masih dalam keadaan tidak stabil.

Minggu lepas, keluarga almukminun juga hadapi situasi yang sama, yang meragut nyawa mak mertua, kakak ipar, adik ipar serta anak buahnya.. kehilangan 4 ahli keluarga sekaligus!

MasyaAllah, tabahnya kalian! Benar kita hanya pinjaman, tetapi sejauh mana kekuatan kita hadapi pemergian orang yang kita sayangi.. Ayuh bermuhasabah seketika, andai esok atau 1jam selepas ini, atau 1minit selepas ini, atau satu saat selepas ini, atau sekarang ini kita dijemput menemui Allah, apakah kita bersedia untuk menemui-Nya??

Setiap yang bernyawa itu akan menemui kematian, berdoalah agar kita dimatikan dalam husnul khatimah.. Allah maha mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya, dan bersangka baiklah pada Allah, kerna setiap yang berlaku itu, pasti terselit hikmah yang perlu kita cari disitu..

Apakah yang lebih sedih dalam satu ikatan itu melainkan pemergian buat selamanya??

-saat ini merindui wan~

Tahun 2005 adalah tahun yang paling ramai saudara2 saya meninggal.. bermula ayah saudara tapi ikatan saudara yang jauh,kemudian 4 orang saudara sekaligus dlm satu kemalangan, kemudian wan(nenek kg jawa), kemudian nenek saudara, dan seterusnya saya lupa dah..

4 orang saudara saya itu, sama lah kisahnya dengan 2 situasi yang saya dengar sekarang. Mereka satu keluarga menaiki 2 buah kereta, pada hari Jumaat, pulang dari kampung ketika raya daripada Kelantan menuju ke Perak. Rancangannya memang kereta anaknya berada di hadapan sepanjang perjalanan, dan ayahnya di belakang, tapi disebabkan hari itu hari Jumaat, ayahnya hendak mengejarkan solat Jumaat, maka dipecut dulu meninggalkan kereta satu lagi, dan berjanji akan berjumpa di masjid..

Sedang berada di masjid, emak mereka tidak sedap hati, menunggu saja anaknya di pagar masjid, sehingga ada seorang cina datang, katanya ingin meminjam handphone, mahu menelefon ambulans kerana ada kemalangan.. Rupanya kemalangan itu adalah kemalangan anak2nya. Setiba mak ayah mereka disana, terkejut bukan kepalang melihat anak2nya yang begelimpangan disitu.. 2 orang meninggal di situ sambil dibacakan yasin oleh pakcik saya..seorang meninggal di dalam ambulans, dan seorang lagi meninggal di hospital..
(rasa macam buat karangan mase drjah 6)

Ajal.. malaikat maut..
Bila saja ajal itu sudah tiba, tidak akan lambat walau sesaat malaikat maut itu melakukan tugasnya..

saya sudah rasa sangat kekok kerana lama benar tidak menulis..