Friday, June 26, 2009

kamu, dan kamu!!

Assalamulaikum..

Ini lah budak yang sangat2 sy rindu hari ini..









Kenapa saya sangat rindu kat budak ini hari ini?? Sebab pagi2 lagi sy dah kacau kakak saya yang pertama untuk menciumkan anaknya 3 kali kerana hari ini hari ulangtahun kelahiran dia yang ketiga..keh3..

dan hari ini, hari paling penat sekali.. Ya Allah, mudahkan segala urusan2ku Ya Allah!!

Kelmarin program ramah mesra MMY, jatuh cinta dengan dua ayat, 1 dari pengerusi majlis, dan 1 lagi dari salah seorang saf pimpinan MMY.

Ayatnya begini :
Umat islam adalah penjuru, dan akan diserang melalui penjuru2 itu bila2 masa, jadi kita harus bersedia dan kuat!! (lebih kurang la)


dan lagi satu begini :
Jadilah benih yang subur, yang apabila dicampkkan kemana2, kita akan membawa kemuliaan islam itu, dimana kita dicampakkan, kita akan subur, membawa nama islam, hatta di dalam hutan pun!!


sedap kan 2 ayat ini?? terima kasih kepada yang telah mengingatkan, sangat terkesan..terfikir juga untuk memanjangkan kata2 ini, tapi belum punyai cukup masa, insyaallah lepas ni..

dan hari ini juga, majlis tautan memori dan perpisahan anjuran BKASJ untuk akk2 khirij, banyak mutiara kata dari ucapan dan harapan akak2 yang sangat berguna pada semua..

Antaranya :
pesan kak nadia - Kita hebat di mata manusia, belum tentu hebat di pandangan Allah.. "Subhanallah, bagai nak mengalir air mata di saat itu".

Pesan kak fad - Syahadah yang kami terima, bukan penentu kami ke syurga, tetapi usaha ikhlas dan amalan susulan dari ilmu itulah yang menjadi bekalan, insyaallah di dunia, dan lebih2 lagi di akhirat sana. Moga kita akan berjumpa lagi, jika tidak didunia, insyaallah di syurga nanti.. "Ameen Ya Allah"

Pesan kak ahiasah - Belajar, buat sesuatu serta apa jua pun, niatkan satu itu, KEREDHAAN ALLAH!!

Pesan kak amna - jangan malu2 la nk cakap arab, perkara terindah aku kat sini adalah kenal korang! sayang budak INSYIRAH yang selalu buli aku! haha..

Pesan kak aimi - Habis belajar merupakan satu permulaan baru. Saat paling indah adalah saat belajar, dan belajar itu akk dapat di Jordan, bersama anda!! pahit derita itu natijahnya adalah manis.

Sudahlah, cukuplah.. kene masak untuk rehlah MMY sok!!! babai..

Wednesday, June 24, 2009

Bibik bertauliah kami!!

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Entri kali ini adalah perkongsian kehidupan ahli bayt saya bersama dengan bibik2 kami, iaitu bik ahiasah, bik nadia, bik cu dan bik menah.. dan entri ini juga adalah atas permintaan ahli bayt saya, dan 2orang daripada bibik2 itu sendiri. Jadi, jika anda mahu membaca, teruskan lah.. Jika tidak mahu, tiada paksaan..hihi..

Mari lihat dulu wajah bibik2 bertauliah kami :


ha cun tak bibik2 kami?? jangan main2, bibik2 ini semua lepasan yarmouk ok!!tau apa mereka ni buat kat rumah kami?? mereka basuh baju, kemas dapur, kemas bilik, masak. Rasa macam duduk kat rumah Malaysia ja, pagi ada sarapan, balik kelas tengahari terus makan, petang makan, malam juga kami makan, dan sume adalah air tangan akk2 ini.. Soifi ni, bajet nak mnguruskan badan, tapi yang berlaku adalah sebaliknya.. bagaimanakah???

hari pertama sekolah - kari kak ahiasah yang 'perghhhh' gile mantap.
hari kedua sekolah - masak merah kak ahiasah dan opor2 kak amna yang cam kenduri kawen.
hari ketiga sekolah - tomyam kak cu yang pedas gedaung gila sedap.
hari keempat - nasi ayam kak cu dan kak amna.
* tertanya2 bila kak nadia nk masak ye?? sepanjang akk2 ini berada di rumah kami, belum pernah sekali pn kami membuka gas dapur hatta memanaskan makanan, semua sudah tersedia.

Malam tadi, buat ntah keberapa kalinya kak amna belanja lagi pizza, dan sedang menikmati hidangan pizza itu, dia sendiri yang berkata "kitorang dulu, akk2 nak balik, akk2 masakkn untuk kitorg sume, tu la kitorang sayang gile kat diorang, nak berpisah sedih gile. ni kitorg nak balik, kitorg la pulak yang masakkn untuk korang". oh rupenye terkantoi kenapa bibik2 ini begitu rajin naik rumah kami, berkampung di rumah kami yang sememangnya kampung ini. haha.. tapi, kami percaya, bukan itulah tujuan utama kalian, sememnagnya waktu inilah waktu untuk kita habiskan masa bersama. Akak2, jika kalian tidak buat itu semua juga, sememangnya kalian senantiasa berada di hati kami. Siapa lagi keluarga kami jika bukan kalian?? lengkapkah rumah kami ini digelar kampung jika tak punya moyang2 seperti kalian??

"Ya Allah, kuatkan lah hati2 kami Ya Allah.. Sungguh, aku tidak mahu berukhwah lagi, kerana aku adalah seorang yang penakut mnerima perpisahan.. Kuatkanlah Ya Allah!! Kuatkan!! Kuatkan!!"

* Cerita pasal kak ahiasah akan saya tuliskan dalam entri akan datang, salah satunya senior semenjak tadika, bersama di sekolah kebangsaan klang dan sekolah rendah agama kampung jawa, seterusnya ke hisamuddin kampung kawa dan sehinggalah ke sini, jamiah yarmouk.. tapi mantapnya dia, takda sekelumit pn pada saya..

Sedih dan hiba rasa hati, taknak tulis panjang2, nanti ke kelas mata bengkak!!!

Monday, June 22, 2009

Jalanku pulang!



Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Sunday, June 21, 2009

Allah hanya panggil kita 3 kali sahaja.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Ambil dari yahoogroup ukhwah.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saat itu aku baru saja menyelesaikan solat Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah... ... . .aku bertanya pada Ibu. ' Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik tentang Umrah... .?' Al Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kaabah.Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata... Shinta (mana timangan ku), Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..Keningku berkerut... ... ... .'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?' Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan, ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'. Saya terpekur... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah...


Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. .. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat"Haji / Umrah, berpakaian Ihramdan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'. Mata saya semakin berkaca-kaca. ... ... ..Subhanal lah... ... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ... ..Alhamdulillah. ..


'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung..

Monday, June 15, 2009

Konvo yang menyesakkan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Tiada apa yang menarik juga ingin dikongsi, hehe, siapa yang berminat, bacalah, jika tidak minat, tidak mengapa, tiada paksaan bagimu, =P.. Saya tidak berniat untuk menulis sebagai diari, tapi rasa macam adikberadik diari juga kot. Sekadar perkongsian, jika tidak bermanfaat, tinggalkan ya.

Alhamdulillah, hari ini dapat melaksanakan harapan kak amna dan kak cu untuk kami semua beramai-ramai ke majlis konvokesyen kedua kakak kesayangan adab kami itu. Kak Amna yang sungguh beria mahukan ramai yang datang majlis tu bersungguh untuk mendapatkan tiket lebih untuk membolehkan kami seramai 13orang untuk masuk ke dalam dewan. Turun naik berjumpa Aiham, dan Marwan akhirnya dapat juga tiket lebih untuk kami sebanyak 8 untuk dikongsi 13 orang.

Pertama sekali, saya datang dengan menaiki kereta tuan rumah. Dan apabila sampai di perkarangan bab syimali itu, lihat banyak kereta, tapi bukan kereta yang banyak itu menjadi kebingungan saya, biasalah majlis2 begitu, ramai yang datang dengan keluarga. yang menjadi kebingungan ialah mengapa kereta itu tidak bersusun, asal dapat tempat ja, cukup. Kalau kereta2 itu disusun, mungkin banyak lagi kerta yang dapat parking di tempat itu. Tidak mahu menyalahkan orang yang parking kereta itu,mungkin itulah kebiasaan mereka, ah! biarkan.. apa yang kita salahkan, adalah kereta!!!! kerana kereta itu yang tidak tersusun,=P.. hihi

Kedua, setelah sampai, pintu sudah ditutup. Dan lihat ramai lagi orang yang bersama tiket dengannya masih diluar berhimpit2 untuk masuk termasuklah kami. Dengan panas menunggu di depan pintu itu dengan suasana yang sangat bising, rupanya kesemua kami ingin membuat keputusan untuk pulang saja, tapi h tidak diluahkan kepada sesiapa, kerana terfikir 'kak amna, kak cu, kak amna, kak cu'. Selepas majlis baru masing2 meluahkan "sebenarnya tadi fikir nak balik dah, tapi teringat kak amna, susah2 dia cari tiket untuk kita", yang lain juga menyahut, "ha sama.. ha sama.. ha sama". Demi memikirkan kak amna, digagahkan juga kaki, badan serta jiwa merempuh arab2 di pintu itu.. Tidak mahu sama sekali mengutuk sistem majlis konvo mereka yang langsung tidak sistematik itu, itulah cara mereka. ah, biarkan!! tapi 4 kad tambahan yang saya ambil pagi td dari aiham, ada lagi bersama saya kesemuanya dan masih elok..


Yang ketiga, sesudah lama diluar, akhirnya pintu dibuka, dan masuklah semua orang bergombol2 dan bertolak2an, rasa seperti nak menangis sahaja. Mulanya rasa seperti hendak berpatah balik untuk pulang tapi pandang belakang lihat ramai lagi orang jika mahu meredah untuk keluar dari gerombolan itu, lalu terpandangkan pada kak shaima', dan tidak tahu ketika bila, rupanya kaki ini telah melangkah ke dalam dewan itu. Dan waktu sedang bertolak2 dek arab yang besar2 itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui kelemasan dan kerimasan yang bersama2 keduanya kerana susah sekali untuk bernafas. Sungguh kasihan dengan anak2 kecil2 yang terpaksa juga didukung dikendong oleh ayahnya. Wahai ayah kepada anak kecil itu! tidak kasihankah kamu dengan anakmu itu menangis2 kerana suasana seperti itu? Bukan ingin mengutuk, itu hak kamu, pemikiran kamu. Malah sebenarnya berasa sangat kagum melihat ibu ayah yang tidak memanjakan sangat anaknya, begitulah orang arab. Kecil2 lagi sudah diajak untuk bergaduh, =P..

Seterusnya yang keempat, sesudah itu, kebanyakan kami mengambil tempat diatas. Sungguh, saya tidak merasakan saya berada di suasana konvokesyen, sebaliknya seolah berada di suatu perlawanan bola sepak..

Mahu percaya atau tidak?? Agaknya mungkin majlis ini dibuat di Gymnasium, maka selayaknyalah majlis ini sedemikian rupa.


Itu barisan doktor2 kesayanganku. Ada doktor Musa Rubabaah, Salim Hadrusi, Majid Jaafreh, Abdul Hamid Al-Aqtash, Qasim Mumini, Ali Syara' kesayangan dan ramai lagi. Namun bengang dengan orang sekeliling yang tidak langsung menghormati doktor2 ku itu, dengan membuat bising yang amat sangat. Jika mahu kenal doktor2 adab, senang saja, yang botak depan itulah mereka.. Kerana apa, kerana mereka banyak menghafal syair2 dan sejarah, tktahulah apa kaitannya, faktanya tidak pula saya kaji tapi semua doktor adab sebegitulah.. =). Lantas terfikir, adakah saya juga akan botak sekiranya meneruskan pengajian ke tahaplebih tinggi dalam bidang ini. Ah, biarkan. Soal aurat itu jangan dibesar2kan.

Dan ini suatu benda yang saya paling tak suka dalam majlis ini adalah bunyi dari suatu bahan yang dijual, dan dengan bahan itu juga boleh mengeluarkan buih. Tidak pasti namanya dan tidak berminat untuk mengetahui namanya. Biarkan selamanya saya tidak mengenali alat bingit itu. Menyamburnya tidak kira manusia besar atau kecil, tua atau muda, yang pastinya menyakitkan mata serta hati saya.

Cubalah bayangkan yang duduk di bawah itu adalah ibubapa kamu, sanggupkah melihat mak ayah kita disembur begitu?? Saya sudah punyai rancangan pada tahun hadapan untuk mak ayah saya hadir ketika saya konvo, insyaallah tahun hadapan, moga Allah mudahkan, namun harapan itu terus lenyap dan terkubur melihatkan keadaan yang sebegini rupa. Mahu mengutuk?? tidak perlulah, mereka sememang begitu, dan menarik mengenali orang yang tidak sama fikrah dengan kita ni, ya kan?? Jika kita sebangsa dengan mereka, itu jugalah yang kita katakan terbaik, =P..

Dan inilah gambar kak amna, hehe.. Kerana Kak Amna, sanggup kami meredah orang arab diluar sana..



Dan kemudian, selesai sudah pemberian sijil kepada para graduan, dan belum sempat doktor2 itu turun dari pentas, sudah ramai berlarian2 ke bahagian tengah untuk mendapat anak2 abang2 kakak2 mereka yang telah berjaya menghabiskan pengajian denga jayanya. Berjayalah mereka sebagai orang yang sangat masyhur dengan meniru ketika exam. Tidak berniat untuk mengutuk, lantaklah mereka, mungkin bagi mereka, meniru itu sebahgian dari kejayaan, maka terpulanglah..

Begitu juga kami, seakan reda di dalam itu, kami juga turun mendapatkan kak amna dan kak cu di tangah2 ruangan itu, dan apabila kami serbu, mengalirlah air mata kak amna kerana terharu. Kak Amna adalah seorang kakak yang sangat istimewa bagi saya, dan sangat meminati ustaz amin. Dia selalu bagi tazkirah, dan kitorang selalu menyakat. "kak amna, tazkirah hari ini tajuk apa??", Pernah suatu hari dia menghabiskan satu hari di rumah kami, dan sepanjang hari itu dia hanya bertazkirah sahaja, hebat kn?? nampak saja salah sikit, terus ditazkirahnya kami. Apabila ditanya "fiyoo kak amna, mana tau??".. dijawabnya "aku kalau baik sikit tu, maksudnya baru lepas baca blog ustaz amin la tu. Aku suka baca blog dia, dia pernah pergi Palestin, cerita dia kat sana, cerita pasal Palestin, dia suka cerita pasal sejarah, aku suka la".. hehe.. Ustaz Amin juga pilihan kak amna ya!!! Tidak mengapalah, semoga terus thabat wahai kakakku!!

Insyaallah kak amna dan kak cu akan pulang ke Malaysia pada 30hb6 ini, semoga segalanya berjalan dengan baik, pulang dengan selamat. Ya Allah, slamatkanlah perjalanan mereka Ya Allah, dan jadikanlah mereka bintang2 yang menyinar di muka bumimu untuk anak2 islam, dan juga menjadi orang2 yang Kau redhai didunia dan juga di akhirat.. Ameen ya Rabb!!

Tuesday, June 9, 2009

hadiqah jamiilah

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah selepas sekian lama memendam perasaan hendak meletakkan gambar-gambar hadiqah jamiilah bayt saya, akhirnya hari ini tertunai jua..hihi.. memendam perasaan sebab masa tengah mencanting ranting dan lalang2 hari tu, seorang sahabat berkata, eh nape tk tangkap gambar sebelum dan selepas.. pastu semua cakap 'ha ah2, masuk blog', hehe.. tapi tak tangkap gambar pun masa laman ni digelar belukar@hutan..

Entri ini telah disiapkan pada petang semalam, tapi dek kerana kepala yang ke'pening-peningan lalat', maka disave saja, tidak dipublish. dek kerana kepala ini juga, saya tak makan aiskrim dan kentang yang diorang berparti-partian dengannya mlm tadi.. adeh, kepala!!!

Ayuh, jelajah hadiqah.. inilah hadiqah sebelah kiri, dengan rimbunan pohon-pohon yang layu yang telah dibersihkan, sebelum ini bukan penyejuk mata, tetapi menyakitkan mata.. Di atas ranting yang tersangkut plastik-plastik serta baju budak kecil yang ntah dari mana datangnya.. tensen2, ish2.. siapa pula ahli bayt saya yang punyai anak kecil ya??

ini lah pagar yang kononnya mahu menghalang sampah dari masuk perkarangan rumah kami.. rupanya, harapan hanya tinggal harapan.. penuh di celahan pagar itu sampah yang mulia daulatnya, hehe..




ni pula hadiqah sebelah kanan..
pokok yang hujung tu asalnya besar lagi, rantingnya sehingga tuan rumah jadikan pintu gerbang, tapi telah dihancurkan pintu gerbang tu oleh tangan saya.. hoho padan muke.. dan lagi daun2 yang menjalar menutup tingkap rumah kak amna bawah tu, rasa bagai duduk di hutan pula..



ini pintu masuk banglo+villa saya.. pintu tu kne tolak tepi ala2 nk masuk pintu rumah jepun gitu.. ayuh bayangkan, dibentangkan karpet merah di tangga itu, dan dipenuhi lampu2 ditepinya, berjalan seorang puteri shafiqah ~~~lalalala~~ (berangan itu tidak bagus!!)

yang menjalar tu, pokok anggur.. sengaja dibiarkan, menjadi tempat redupan di kala soifi yang membahangkan..

dan Kedai Nazek di hadapan rumah yang telah menazakkan duit kitorg.. untung dia, haih.. dan sebelahnya bangunan syabab yang tuan rumah kata selalu campak plastik jajan dari atas ke bawah.. takde akal, kn?? kalau takde plastik sampah, mntak la kt saya, banyak kat rumah.. perghh tak dapat bayang camane mereka2 tu boleh berfikir terlalu singkat begitu sekali untuk membuang sampah dengan mencampak plastik dari atas ke bawah.. bak kata tuan rumah "maa fii mukh!!", hihi.. buat lagi, sembelih sorang2!!!


nak upload gambar2 ketika salji dan musim bunga juga, tapi tiada gambar yang sesuai..

Ini saja, tiada manfaat juga.. hihi.. merehatkan kepala yang kepeningan..

Sunday, June 7, 2009

tebas menebas..

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, setelah sekian lama kurang menjengah pada blog kesayangan ini, akhirnya malam ini dapat juga menghabiskan masa untuk bermesraan dan bermanja-manjaan dengan blog ini. Asalnya ingin menulis seperti perkongsian tentang aktiviti menebas ghobah soghirah bersama sahabat2 lain, tapi apabila difikirkan semula, tidak wajar rasanya, kerana perkongsian itu seolah tidak mendatangkan manfaat. Fikir semula ketika mula berblog, adakah untuk menulis diari sebgai perkongsian, atau menerpa nama semata?? sudah tentu tidak!! Lalu, untuk apakah saya menukilkannya?? Ayuh, baca lagi.. Semoga bermanfaat..


Situasi kepelikan..

Hari pertama menebas, ialah pada hari pertama bermulanya cuti. Seorang sahabat berjumpa dengan tuan rumah untuk meminjam cangkul atau alatan2 lain yang sewajarnya untuk projek hari pertama cuti kami ini, namun hampa apabila tuan rumah kata dia tidak punyai walau satu pun alatan itu. Dan kami pelik sesama sendiri "Apakah orang tempatan tak ada satu pun alat2 tu?? kalau rumah aku kat Malaysia bukan setakat cangkul, malah sabit, mesin potong rumput, bahkan bulldozer juga ada di rumah". Pelik, kan?

Maka, kami pun mulakan projek dengan membalut tangan dengan plastik, dan dengan menggunakan pisau kami yang masih baru dibeli. Tidak mengapalah, itulah gunanya pisau. Apa guna pisau yang masih tajam kalau tak digunakan. Terkenang pisau itu juga yang telah menyiat kulit salah seorang sahabat serumah saya ketika hendak memotong ayam. Berbakti sungguh bukan pisau itu?? hehe.. Jadi, kami mulakan dengan bahagian ghobah di bahagian kanan dahulu, sunnah la tu, mulakan kanan..


Situasi hari pertama - ghobah sebelah kanan..

Ghobah sebelah kanan ini, kawasan kecil sedikit dari sebelah kiri, dan hanya punya satu saja pokok. Lalangnya panjang-panjang tetapi pokok duri hanya sedikit, cuma di tepi saja. Jadi, hari pertama ini, kami agak seronok sikit membersihkan laman ini, kerana tak perlu risau tangan tercucuk duri walau ada juga tercucuk sedikit, tapi biasalah adat berkebun. Jika taknak gatal, taknak berdarah, pilih sajalah untuk tidur. Ya, tidak?? Selepas dibersihkan, barulah terasa seperti laman rumah saya ini besar, dan bila terpandang bawah tangga, terfikir "Best jugak petang2 main lari2 ke nyorok2 ke bawah tangga ni".. Lebih lagi apabila dibersihkan, tarik semua ranting2 yang sudah mencacak dan daun2 yang sudah menjalar, baru kelihatan seperti taman, tidak lagi seperti ghobah soghiroh, =P..


Situasi hari kedua - ghobah sebelah kiri..

Ghobah sebelah kiri, lalangnya agak kasar, pokok duri merata-rata, banyak sangat sampah yang terselit di pagar, yang dibuang dari makhluk-makhluk yang tidak punyai akal barangkali serta pokok bunga layu yang merimbun. Jika musim bunga, kawasan inilah yang sangat cantik, musim salji juga, kawasan inilah yang akan berebut2 nk tangkap gambar.Tapi bila tiba musim panas, janganlah mengaku pernah bergambar disitu, hihi.. Dengan hanya 2 pisau juga, satu penyapu, satu penyodok, satu batang kayu dan tangan masing2 yang berbalut plastik, kami mulakan.. Memang susah, sehingga jadi kayu masing2 tidak tahu hendak berbuat apa. Tapi, dengan cogankata "sikit je lagi ni, sikit je lagi ni", kawasan yang asalnya tidak kami terniat untuk membersihkan semuanya akhirnya ditebas sehingga ke hujung sana.. Semua gara-gara semangatnya akk senior kami kak ahiasah dan kak aimi yang sgt bersemangat menebas, juga semangat sahabat2 saya yang sememangnya bersemangat..


Suatu persamaan..

Persamaan yang bagaimana saya ingin bawakan pada anda?? Ok, ibaratkan taman-taman itu seperti mad'u, dan alatan berkebun itu sebagai cara kita berdakwah..

Situasi taman sebelah kanan itu, tamannya lebih kecil, lalangnya tidak menyakitkan, hanya saja perlu berusaha untuk menghabiskan kerja-kerja.. Inilah ibaratnya mad'u yang lebih senang dilentur, hanya dinasihatkan dengan baik, sudah boleh terima. Walaupun kelengkapan tidak mencukupi, iaitu cara berdakwah kita kurang menarik, tidak bersesuaian tapi boleh saja diterima, cume mengambil masa yang lama.. tapi kan lebih bagus jika kita menggunakan cangkul untuk membersihkan laman itu, iaitu menggunakan uslub yang bersesuaian dalam berdakwah.. bukankah lebih senang?? ya, kn??

Lihat pula situasi hari kedua itu, pokok duri di mana-mana, perlu berhati-hati, memasukkan pokok2 itu ke dalam plastik hitam juga perlu berhati-hati.. Inilah mad'u kita yang sukar dibentuk, kerana duri itulah penyebabnya. Jadi, perkara pertama haruslah membuang dahulu segala pokok duri yang mencalar dan melukai tangan dan kaki itu. Membuang pokok duri juga perlu dengan caranya, kerana apabila jatuh duri itu ke tanah, ia membuat kaki orang lain pula terluka.. Begitulah juga mad'u kita, kita perhati dan kaji dahulu silapnya, lalu dengan berhati-hati kutip keburukan itu dan campak jauh-jauh.. Paling penting, bersabar itu perlu.. Istiqamah dan jangan berputus asa.

Setiap orang islam adalah daie. Jangan segan untuk mengaku anda adalah seorang ustaz atau ustazah. Tapi juga seorang doktor, jurutera, akauntan, harus malu jika apa yang kamu pelajari itu tidak dihubungkaitkan dengan islam.. Ilmu saya juga tidak seperti ustaz-ustazah, tapi jika mahu menunggu ilmu semantap ustaz-ustazah, bila agaknya ya?? sampai mati juga belum tentu.. Jadi apa yang saya mahu kongsikan, yang baik, ambillah.. yang tak baik, campakkan di laut mati, =P

Ayuh kengkawan, kita perbaiki diri dari ghobah ke hadiqah jamiilah.. Maaf ya, nak tangkap gambar asik lupa, padahal depan umah ja.. hehe nanti la.. Pakcik2 serta syabab arab yang melihat kami membersihkan laman ini, hanya satu kupinta iaitu merasa segan jangan lagi membuang sampah dengn selamba badak di hadapan rumah ini. Tidak malukah?? Rumah kami bukan tempat pengumpulan sampah.. <-- tidakkah ayat ini seolah syabab arab bangunan depan ni bukak blog saya, atau faham apa yang saya tulis?? hahahaha..

Wallahu a'lam..Sekian, wassalam..~~ngantukkkkkk...

Friday, June 5, 2009

hehe

Bismillahirrahmairrahim..
Assalamualaikum..

Tiada apa2 mahu dikongsi disini.. kesian blog ini telah dianaktirikan, sbb sy dh ada anak baru, kuat meragam pula tu, http://mmyjordan.blogspot.com .. hihi..

Ingat cuti boleh mengupdate blog dgn riang rianya, rupanya silap sama sekali.. dan sepanjang cuti ni, asyik sakit yang datang berziarah.. Cuti hari pertama, pening dengan dahsyatnya, selalu pening baca buku tonyoh minyak cap kapak, dan balm pala disisi sudah memadai.. tapi pening kali ini, maha hebat penangannya.. Terlalu banyak difikirkan.. Benar kan pening belajar dan pening benda lain, berbeza peningnya.. Belajar, memang memeningkan, menghadap kertas2 dan nota2 bagai nk muntah rasanya, tapi selepas habis belajar lebih memeningkan.. kn3??

Cuti hari kedua pula, sakit gigi dan demam.. taknak cerita, kang kene marah, hehehehe..
masih terbayang eskrem cheese cake+coklat di syari' jamiah, lalala~~

Dan telah berjanji dengan kawan untuk mengupdate projek berkebun di halaman rumah, juga terpaksa ditangguhkan.. maaf ya, takpe, kak ahiasah sudah terlebih dahulu mengupdatenya.. jemput la baca di blog kak ahiasah - mari menebas... ..

Masih mencari2 betul ke cuti adalah waktu tidur-tiduran dan movie-moviean??

Wednesday, June 3, 2009

tag dari kak maria

Bismillahirrahmaanirrahim.. Alhamdulillah, pagi yg indah tapi sedikit bahang hari ini, masih menunggu terbitnya fajar untuk menyambung projek semalam iaitu membersihkan ghobah soghir di laman rumah kami.. ghobah soghir ni dah jadi hadiqoh.. jadi, kepada semua cucu2 ku, rajin2 la balik ke kampung ya!!

sehingga hari ini, saya dah ada 3 tag dalam simpanan.. hendak buat asik tidak punya masa, ataupun ada masa, tapi malas nak buat.. jadi pg ni, nak buat 1 je kot, yang paling senang dulu,dan tidak mengambil masa yang lama.. tag dari kak maria, kakakku di rakan usrah..

Instructions:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and a description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.


hehe, inilah gambar bertuahnyaaa..



folder ni namanya sofwan, dan ini bukan gambar yang ke6, sbb yang ke6 tu agak kurang sesuai letak disini, 18sx, aib la kata orang, dan ini adalah gambar yang ke7.. hehe.. maaf kak maria, melanggar peraturan lak.. degil no!!

Shahid Sofwan adalah anak buah saya yang kedua, anak kak jiji.. Nama kakak saya Shahida, suami dia Shahdan, anak dia Shahid Sofwan.. hehe.. adakah saya juga akan mencari seseorang yang bernama ........?? keh3 ooops2, tuuuttt (censored, tayangan ditapis).. =P

Gambar ini sewaktu kami berkelah di tasik Putrajaya.. nampak tak sofwan nangis tu? sbb ape?? aiyoookk, sapa buat???!! bukan saya,, bukan saya.. haa, dia nangis sbb rumput, tak pernah jumpa rumput.. tinggalkan ja, nangis sebab geli..

Smpai abang ipar sy cakap "hei, abah membesar dengan rumput, dengan padi tau?? apa la anak abah geli rumput ni??"..
lalu jawab umi nya smbil menjeling, "haa sofwan ikut ummi, penggeli..", hehe.

itu saja, dan sy sangat merindui anak2 buah sy.. ank buah lg sorang namenya izzati.. sekarang kakak pertama dan kedua mengandung lagi.. doakan ya!! hari tu balik, dh 2 orang anak buah, balik tahun depan insyaallah, ada 4 pulak.. yeaa..

orang yang brtuah selepas ini ialah..
1) tiqah .. (dia ni dh taknk buat tag lg, tp yg ni senang je, tktahu la kalau die nk)
2) zimah.. (berjanggut agaknye kalau die ni yg buat), haha..
3) sab..
4) yati .. cik blender purple
5) kak Ahiasah
6) kak timah

*eh, dah letak gmbr yg ke7, dh mungkir peraturan 6, adakah kene bg tag ni pada 7 orang?? hmm..
ok, beransur dulu..

Monday, June 1, 2009

Antara bidadari dan penghuni syurga.



Wahai kakakku,
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu??
asyik berteman tangis dan sendu sahaja??

Wahai adikku,
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
tetapi disitulah wahai adikku,
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,
menjadi izzah yang paling gah,
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,
kerana sendu rayunya,
Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun.
Duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata..

Namun wahai kakakku,
Wanita itu fitnah dunia..

Pernahkah adikku dengar,pesanan ilahi pada hambanya??
"Wahai lelaki yang beriman,
tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu",??

Cuba adik nilai,
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya??
Pada hamba yang bergelar ar-rijal,
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin terlihat wanita yang menjdai fitnah pada dirinya.

Dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,
agar memelihara auratnya,
kerana disitulah kehormatannya.

Bukan fitnah semata-mata jika ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!!
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

Tapi kakakku,
kenapa wanita itu menjadi peragaan??
Tidakkah mereka merasa malu??

Wahai adikku sayang,
Al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan,
wujudnya seiring dengan nafas insani,
dan al-haya' itulah pakaian iman,
pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri.

Namun,
bila mana al-haya' itu lebur, imannya runtuh..
Kenapa mereka merelakan diri jadi peragaan??
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
merasakan diri belum cukup menarik,
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku,
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan muarahan itu.

Wahai adikku,
1001 kaedah penciptaan wanita,
pandai-pandailah dikau menilai,
antara permata dan debu-debu kilauan pasir,

Wahai adikku, janganlah adik gusar, tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,menggugurkan diri menymbah tanah,sedangkan sebenarnya engkau telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..