Saturday, July 17, 2010

17 Julai

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah wa syukru lillah, selawat dan salam buat junjungan agung Rasulullah, juga ummahatul mukminin, para sahabat junjungan, serta pengikut alQuran asSunnah sehingga ke hari kebangkitan.

Ini 'mungkin' adalah seolah diari saya yang terakhir, InsyaAllah, tapi tak janji. Minggu lalu, saya diamarankan rakan agar memberhentikan becerita tentang diri di blog dan letakkan sesuatu yang bermanfaat di blog ini. Menyibuk saja orang itu, mahu sesuatu yang bermanfaat 'sikit' dari saya mengapa tidak saja ke blog satuumat itu, di blog ini juga yang dia mahu menyibuk, haha.. Tidak mengapa, saya amat senang dengan permintaan itu, =)..

Benar, ketika di Jordan dahulu blog ini adalah blog utama saya, dimana ia menjadi tempat sorokan aktiviti 'tak patut' saya jika mahu ber'keras' di blog satuumat itu. Jika ada sesiapa yang tanya, saya hanya menjawab blog saya ciksantun, dan satuumat itu saya sorok belakang.. (berani cerita sebab dh balik, wek3!! ). Dan amaran keras kepada budak Jordan yang masih di Jordan yang mahu bertindak seperti ini agar tidak melakukannya, ia agak merbahaya.. Jangan buat!

Baiklah, cerita hari ini..
Di Jordan sana, baru selesai Mesyuarat Agung, dan telah bertukar saf pimpinan yang baru, berpresidenkan Zaid bin Daud. Huh! buat pertama kalinya kempenku tidak mengena.. ah tidak mengapa, Zaid itu sememangnya calon presiden pertama di hati, keh3.. Dan kempen adalah kempen. Kalau saya adalah orang yang layak mengudi ketika itu juga saya akan pangkah nama Zaid bin Daud.. Maka, saya masih lagi sehati sejiwa dengan rakyat jelata PERMAI, berbangga, ^^ ! Sudah ketetapan Allah begitu, redha. =)

Tahniah dan takziah kepada saf pimpinan baru PERMAI 2010/2011.. Moga taklifan yang diamanahkan dapat kalian galas dengan bersungguh, InsyaAllah, dari jauh kumendoakan, ^^..

............... dot dot dot..........

Pagi tadi, saya ke PASTI.. Suatu kejadian yang amat memalukan pada hari ini adalah saya terlupa memakai stokin. dan salah seorang 'orang besar' PASTI menegur, "eh enti bukan selalu pakai stokin ke? kenapa hari ini tak pakai? jangan jadi UMNO.. nasib baik jubah hijau!"..

Dalam hati saya nak marah, marah diri saya sendiri, bagaimana hari ini boleh terlupa memakai stokin.. Di Jordan selama 4 tahun saya berkelana di sana pun tidak ada sesiapa yang menegur jika saya terlupa memakai stokin, ini di Malaysia, sekecil2 pakaian di kaki pun ada yang menegur.. adeh malu....

KEmudian jam 11, abah saya ambil untuk ke Janda Baik, ada jemputan disana. Satu perkara yang saya tidak suka ke Pahang darul UMNO itu adalah jalannya yang bengkang bengkok.. Saya tidak kisah jika dengan jalan begitu tidak punyai apa kesan, tapi ini membuatkan anak sedara saya, Rania, muntah atas saya! itu! saya cukup marah dengan jalan yang sebegitu... adoii.. di Janda baik ini juga minggu hadapan kami akan bercuti, di tempat Darul Hadith dan kami antara orang bertuah yang dapat duduk di situ dahulu sebelum Darul Hadith itu dibuka, hehe tumpang bangga, =)..

Kemudian selepas ke Janda Baik, pergi ke Seremban pula, ada jemputan kenduri kesyukuran anak Ihsan dan Tika (dari Universiti Mu'tah), yang bernama Nurul Ain Zinnirah.. Hari ini kami memang mengukur jalan, esok pula ke Perak!

Saya memang tak pernah buat catatan sebegini, tak tahu kenapa malam ini pula datang penyakit nak buat sebegini, ampun saja la ya, harap diampunkan, =).

Suatu kisah lagi!

Tadi, mak saudara saya menelefon bertanya tentang bagaimana perincian masa dan program untuk esok menghantar rombongan ke Perak. Lalu saya pun memberitahu esok keluar dalam jam 8 pagi, dan pastikan semua sudah ada di RnR Tapah tepat jam 10 pagi. Disana berkumpul semua kereta, cukup semua dan kita akan bertolak ke Batu Gajah.
Lalu dibalasnya, RnR itu apa? Saya pun menjawab la Rehat dan Rawat, kawasan tempat rehat yang di tepi jalan itu. Lalu dibalasnya, 'tadi makdede tanya acu, acu kata kul10, sume dh ade dekat rumah rehat Fariq kat Tapah'. *(Fariq adalah abg ipar sy).. Tergelak besar saya tidak berhenti mendengarnya. Kaya benar abang ipar saya jika dia adalah pemilik RnR Tapah, isytihar lah abg Fariq menantu emak paling kaya, haha..

Sok akan ke Batu Gajah, InsyaAllah konvoi 13 kereta kira2 tadi. Saudara2 yang ikut menghantar, pastikan anda berada di RnR Tapah ya, jam 10, dan bukan rumah rehat Fariq, hehe..

Menantu mak abah sudah ada dari Melaka, KEdah dan Perak. Maka sesiapa lelaki yang dari ketiga2 negeri ini, anda telah selamat, jangan risau. Yang keempat mungkin dari Klang saja, sesiapa yang dari Klang, sila gelabah! haha. (merepek saja)

Baiklah, sekian saja untuk malam ini.. Selamat malam, =)

Friday, July 16, 2010

SHAH ALAM, 14 Julai: Beberapa akhbar utama negara hari ini telah memberikan ruang besar untuk ulasan pemimpin BN terutama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu pasir di Selangor.



Malangnya, ulasan mereka berdasarkan laporan akhbar pada 12 Julai yang salah fakta dan jauh dari kebenaran kerana kegiatan melombong pasir di Bukit Changgang, Dengkil itu dijalankan secara sah dan diuruskan oleh syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Dr Yaakob Sapari (gambar) menafikan berita itu ketika sesi penggulungan bajet tambahan peruntukan pembangunan 2010 di dalam sidang Dun yang berlangsung hari ini.

"Media menyiarkan kenyataan serta gambar lokasi perlombongan yang tidak benar sedangkan aktiviti perlombongan yang dijalankan adalah sah serta diuruskan KSSB," tegasnya. Dua hari lepas, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjelaskan secara terperinci mengenai kegiatan itu yang dimanipulasi oleh pembangkang Selangor dengan pendedahan dibuat oleh bekas menteri besar, Dr Khir Toyo.

Khalid berkata, laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah. Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, KSSB pasti gambar itu diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit Canggang.

Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat. Kelulusan dari jabatan itu diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan berkenaan.

Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands. Syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG.

Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan. Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir. Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya 10 juta tan pasir bernilai RM220 juta seperti yang dilaporkan akhbar.

Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori. Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu. "Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir dan kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian," tegas Khalid lagi.

Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara. "Kita juga berharap pihak media lebih berhati-hati dengan fakta yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negeri akan terus menambah baik perlombongan pasir yang menjadi sumber untuk agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," jelas Abdul Khalid.

Wednesday, July 14, 2010

kempen2.. daku tidak boleh mengundi~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Pertama sekali, saya tak puas hati kenapa imam muda Azhar itu umurnya 20 tahun.. Jika tidak, mahu ngorat sudah..haha maaf tiada kene mengena dengan pos kali ini, yang itu nanti saya ceritakan.. ayuh kita terus ke landasan sebenar.. =)

Nah, lihat! Gambar ini saya tunjukkan dahulu ya?


Ah, inilah iklan terbaru jemputan ke AGM, Mesyuarat Agung Tahunan PERMAI kali ke8.. Walau saya sendiri akui mesyuarat agung adalah majlis terbosan dalam dunia(hehe) tapi inilah program yang sangat saya gemarkan, melihat rakan2 bangun menyuarakan pendapat untuk kebaikan persatuan sendiri, =).. Jadi sebelum itu seperti biasa sudah tentu undi itu perlu terlebih dahulu, ya bukan???

Kurang sebulan yang lalu, saya pernah suarakan pada sahabat saya, lebih kurang begini. "Saya mahu presiden tahun depan 'orang itu' (namanya kejap lagi), kalau tak, nak buat demo bantahan bagi kt PERMAI suh PERMAI buat undian lagi sekali sampai dia naik jadi Presiden PERMAI!!"

Tapi selepas melihat ketidaksanggupannya secara serius, maka impian itu telah saya kuburkan baru sebentar tadi, haha tinggal hanya mahu meletakkan batu nisan saja, sebagai tanda, =). Dan kerana bertunjangkan sebab yang utama itu juga saya lambat keluar untuk berkempen, masih dalam keraguan.. (poyo sedikit disini)

Walaupun tidak dapat mengundi, dan tidak sekali tergolong dalam golongan undi 505, bukan lagi ahli PERMAI tapi PERMAI itu totap di hati, ehehe..

Jadi, pilihan hati saya : JENG! JENG! JENG!

Presiden : Azlan Shah.
Mulanya saya mahukan Zaid, tapi harus sedar, JPR sememangnya tidak berhati perut (JPR sila jangan terasa, walaupun mengata kamu, tapi sememangnya JPR HARUS begitu).. Tak semua perkara itu harus diulangi seperi ust Rahmat selepas memegang MMY, tahun hadapannya naik presiden, dan Faiz selepas pegang MMY juga naik presiden.. tak semua benda kita harus ulangi. Sememangnya Zaid ini calon 'pilihan hati' saya sejak awal lagi , tapi apabila calon tahun 4, menyatakan hasrat ketidaksanggupannya memegang taklifan yang sangat3 besar, maka janganlah diundi.. Walau saya tahu, sekalipun Zaid ditaqdirkan memegang taklifan sebagai presiden, saya percaya dia tidak akan mementingkan dirinya sendiri, dan mengabaikan persatuan, tapi fahamilah TAHUN AKHIR TAHUN TENSION.. saya juga begitu.


Jadi saya pilih Azlan Shah!
nampak tidak kukuh saya menolak Zaid tahun 4 itu dan digantikan dengan Azlan Shah juga tahun 4, ya kan? Disinilah dek kerana Azlan Shah itu nampak lebih 'cool', dan sepanjang penilitian (erk??!) saya, Azlan Shah itu memang orangnya yang duduk di kerusi presiden.. Jika tidak mahu dia jadi presiden, jangan undi dia untuk AMT, biarkan saja dengan PMK, itu lebih sesuai. =)

Timbalan presiden : Arif Hakimi.
Jawapan yang sama bagi setiap orang, jika presiden dari kerusi Yarmouk, timbalannya dari kerusi Just, lebih bercambah dan bernas idea mereka, dan gandingan Azlan Shah serta Arif Hakimi juga saya rasa amat mantap.

MMJ : Hashemi Dahlan. (tanpa syak!)

MMY : Ammar Ismail (tanpa syak! haha)


ok, cukup di bahagian syabab..


Timbalan presiden 2 (ketua helwi): Farhanah

Penolong timbalan presiden : Qalbi

MMY : Erna Madina - jangan kacau dia ya, kitorg dh cop untuk timbalan pres MMY, =)

Apa pun, undi adalah rahsia!! Sedih tidak dapat mengundi kali ini, rohku bersama kalian disana (erk takutnyee)..



Sesiapa pun presiden sesi depan, yakinlah, itulah pilihan Allah.. Jika tidak manakan bisa ahli permai ber'satu hati' beramai2 memilih anda untuk memimpin mereka..

PERMAI di HATI --> berPERMAI hingga ke syurga --> tak sabar tunggu lepas ini apa pula.. =)

Tuesday, July 13, 2010

kami prihatin ^^

Jangan menambah lagi satu dosa.. Bertaubatlah, rahmat Allah itu sangatlah luas, =).

Monday, July 5, 2010

Pengakuan Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memerlukan kuasa pendakwaan dan penguatkuasaannnya sendiri dalam menjalankan tugas kerana perkara tersebut bukanlah bidang kepakarannya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Sebaliknya, Abdul Aziz berkata, badan-badan kerajaan lain seperti Jabatan Peguam Negara dan pihak polis sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan suruhanjaya itu.

"Kalau semua kita jaga berkuasa sungguhlah kita. Dalam badan kita ini pun, anggota (tubuh) bukan untuk buat semua benda. Hidung untuk tarik nafas, telinga untuk mendengar.

"Kalaulah ditakdirkan satu sahaja (anggota), hidung saja, itu (untuk) dengar, itu makan, alangkah mudah.

"Allah taala jadikan begitu sebab dalam dunia ini kita tidak boleh jadi Superman, semua kita kena buat," kata Abdul Aziz sambil ketawa kecil.

Beliau diminta mengulas sama ada suruhanjaya yang dipimpinnya mengambil langkah selamat dan 'cuci tangan' kerana tidak ingin meminta kuasa pendakwaan dan penguatkuasaannya sendiri bagi melancarkan perjalanan sesebuah pilihan raya.

Diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putraja baru-baru ini, Abdul Aziz memberikan analogi mudah bahawa bagi menjamin kerja yang berkesan, pengkhususan amat penting diamalkan.

"Doktor kena jadi doktor. Peguam kena jadi peguam. Kalau tidak, doktor pun dia, peguam pun dia, jurutera pun dia.Itu sebabnya dalam jabatan pun kita ada bahagian-bahagian.

Ulas kontroversi 'you help me, I help you'
"Itu sebabnya dalam kerajaan pun ada eksekutif, ada yang perundangan, dia bahagi-bahagi (peranan). Sama juga yang ini, SPR kena mahir dalam pilihan raya.

"Tentang pendakwaan, tak perlulah buat pandai-pandai. Ada orang lain lebih pandai. Pergi minta tolong dia," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang 'pembelian undi' dalam pilihan raya melalui pengumuman 'projek segera' dan bantuan tertentu kepada pemilih, Abdul Aziz berkata perkara tersebut sukar dibuktikan walaupun dibawa ke muka pengadilan.

Menyentuh kontroversi janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini - yang didakwa pembangkang sebagai rasuah, Abdul Aziz menjawab:

"Bila beliau (Najib) berkata 'you help me, I help you' (kamu tolong saya, saya tolong kamu) beliau tidak bercakap kepada individu tertentu. Beliau bercakap kepada kumpulan yang besar...

"Untuk mengatakannya salah, ia mesti dibuktikan di mahkamah. Ia mesti dibuktikan bahawa ia mempengaruhi pemilih dan mereka memilih calon tertentu disebabkan perkara ini. Tetapi bagaimana untuk buktikan perkara ini? Undi adalah rahsia.

"Saya bukan peguam, jadi kita biarkan mahkamah tentukannya." jelasnya.

Menurut Abdul Aziz lagi, seperti lumrahnya amalan dalam politik, parti lain seperti PAS juga berlaku perkara yang hampir sama apabila dikatakan mengundi parti berkenaan dijanjikan balasan syurga di akhirat kelak.