Monday, August 31, 2009

malaysiaku gemilang!

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52!!



Teringat suatu ketika di Sekolah Kebangsaan Klang dahulu, kami barisan darjah 6 bertungkus lumus untuk membuat satu program tentang kemerdekaan,menyambut hari merdeka. Cikgu kami beritahu sekolah akan masuk tv, tv3.. Beria lah kami buat persediaan, semangat mahu masuk tv, dengan bendera gergasi yang dibentang dari tingkat 3, deklamasi sajak oleh Zaini(haha ingat lagi nama kau!), dan sebagainya la.. Tiba saja kereta tv3, kami pun mulalah menyanyi, mereka pun ambil gambar, vdeo dan sebagainya. Kata mereka, akan dimasukkan malam itu juga!

Malam itu, di rumah masing2 mengadap buletin utama tanpa mengelip mata.. Rupenye persediaan kami yang selama seminggu itu, diselitkan sedikit sahaja di akhir rancangan.. owh apakah?? itulah persoalan yang terkeluar ketika itu!! (hehe, ye2 je, padahal belum jumpe "apakah" itu saja yang org gunakan untuk jadi persoalan, selalunya apakah maksud perkara ini berlaku??), haha..

haha.. kenangan terindah, merindui Malaysia..

Saturday, August 29, 2009

Jaulah Mesir (5)

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikumwarahmatullah..

Hari yang sangat membahagiakan hari ini, bahagia hanya dengan satu nama, ukhwah namanya, subhanallah!!

Masa terus berlalu dan kenangan di Mesir menggamit 10000 sejarah. Selepas kami pulang dari sinai pada hari ke 4 itu, terus bergegas ke rumah selangor untuk menghadiri jemputan program perasmian ihya' ramadhan. Bukanlah kami yang merasmikan, tapi hanya memenuhi jemputan. Disana berjumpa dengan kakak2 dan sahabat2 ketika di PKG (Pusat Kegiatan Guru- Kursus bahasa arab untuk pelajar ke timur tengah).. Tidak sangka mereka ingat lagi nama manja saya oleh Ust Ihab, iaitu Shafigee.. Manakan tidak, baru saja masuk ke kelas sudah disakat oleh ustaz kesayangan itu.. ohh malunyaa!!

Kemudian pada hari ke 5, kami merayau2 di sekitar Qaherah..
Pyramid

Kawasan pyranid yang kami pergi ini adalah kawasan pyramid yang terbesar, dan bukan yang pertama dibina. Disini terdapat 3 pyramid, yang pertama pyramid kufu, kedua kufra, dan ketiga munkara. Pyramid ini asalnya dibuat daripada batu yang licin, selepas hamba2 firaun membina pyramid ini, ianya akan disapu dengan suatu bahan yang akan melicinkan permukaan batu2 tersebut.
Qaherah ini adalah kawasan yang paling tinggi 5 meter dari daerah sekeliling, tetapi pada suatu ketika dahulu, kota Qaherah ini telah mengalami kebanjiran yang sangat dahsyat sehinggakan pyramid yang terbesar dan tertinggi ini juga tenggelam, dan mengalami keretakan.. Kerana itulah jika dilihat, puncak pyramid yang kedua seperti lain macam sahaja kerana ditambah dengan batu bagi mengelak keruntuhan..

Kemudian kami naik ke bukit, dan disana boleh lihat ketiga2 pyramid ini. Disana kami menaiki unta, unta yang kami naiki itu tidak seperti unta Jordan. Unta Jordan baik sikit, tapi unta ini tidak tahu sabar. Sudahlah saya ini gayat, ditambah pula unta itu berjalan seolah mahu mengejar rakan2 didepan. Sengsara jiwa dan raga ketika itu!!

Sesudah sampai semula ke pyramid, kami pun masuk ke dalam pyramid, kasihan musyrif kami itu terapaksa turun semula membeli tiket masuk dalam keadaan yang panas2 begitu. Tapi terus kasihan itu hilang lihat dia datang dengan menaiki kuda.. (adeilaa!!!)

Mumia2 yang sepatutnya berada didalam Pyramid ini semua telah dipindahkan ke muzium, jadi didalam pyramid ini hanya punyai keranda saja, gerun juga. Keadaan dalam tu yang panas, lemas serta tidak bernafas, tak sanggup rasanya berada dalam tu lama2.

(muka kepenatan!! rimas!! lemas!!)

Dahulu, ada seorang pengkaji alam yang telah masuk ke dalam pyramid ini, setelah sebulan dia masuk, meninggal. Begitu juga orang2 yang selepasnya yang ingin mengkaji rahsia mumia didalam piramid, lalu mereka membuat kesimpulan orang yang masuk piramid akan meninggal sebulan selepas itu.. Kajian itu tidak terhenti begitu saja! Mereka pun mengkaji lagi, hingga akhirnya menemui asbab musabab kematian itu.

Tahu kerana apa?? Semua dicatat dalam al-quran, kesan laknat Allah terhadap suatu kaum itu bukan hanya untuk kaum itu saja, kesannya adalah untuk semua, seluruh umat, baik dari segi ibrahnya, kisahnya, suasananya, keadaan dan sebagainya. Udara di dalam pyramid ini ketika dahulu, panas bahang busuk, bahan kimia yang digunakan untuk mumia2 itulah telah terkuap di dalam itu, bercampur di dalam itu hingga akhirnya boleh menyebabkan kematian. Begitulah Allah melaknat mereka, kesannya masih lagi dapat dirasai, Nauzubillah!!

Ini adalah patung Firaun!! patung ini sudah tidak punyai hidung, menurut cerita musyrif kami, hidungnya telah disimpan di Muzium Rusia, kerana seorang rakyat rusia telah menembak hidung patung ini bagi embuktikan Firaun itu langsung tidak berkuasa! Ditembak namun tidak dapat berbuat apa, besar saja tetapi tidak agung, tidak layak disembah! Allah itulah yang selayaknya disembah.. Kalimah hidup kita 'Laa ilaa ha illAllah!!, tiada tuhan melainkan Allah!!

Kemudian kami ke Masjid Amru bin Al-Ass.

Saya amat terperanjat d dalam masjid ini kerana orang2 yang tidak langsung menghormati masjid, berbaring-baringan. Tahu tidak, orang yang membersihkan masjid ini adalah lelaki. Itu tidak menghairankan, apa yang menghairankan ialah di kawasan solat wanita juga,lelaki yang membersihkan. Baik lagi di Jordan ini, masjid jamiah itu hanya dibuka pada waktu solat saja, baik yang itu lagi daripada dibiar terbuka dan keadaan dalamnya menjadi seperti masjid Amru bil Al-Ass itu!! Ukirannya sudah cantik, tapi kehambaan itu tiada.


Kemudian kami ke Qal'ah solahuddin yang kedua yang terdapat di Mesir ini.

Qol'ah ini asalnya lebih besar dan panjang, tetapi telah di robohkan sedikit di bahagian tengahnya untuk dijadikan highway. Jadi qol'ah ini punyai 2 bahagian, di kiri jalan, dan di kanan jalan. Reka bentuknya mengikut cerita musyrifah kami ianya sama saja seperti Qal'ah di tengah lautan yang kami tidak dapat masuk dahulu!

Di dalam Qal'ah ini terdapat bahan2 peperangan, panah pertama yang berbentuk balang, kereta kuda,dan keturunan Basha.Bergelak tawa kami setiap kali menjumpai nama Basha itu, Basha itu satu2nya junior syabab adab kami, rupanya seorang pejuang!! Ali basha, Hasan Basha, Ibrahim basha, dan seluruh keturunannya terdapat namanya di dalam Qal'ah ini..

Balu yang kematian suami!! (menangis).. Bersabarlah, semoga kalian bertemu semula di syurga..
(lakonan semula). jangan diratapi gambar itu!! sabar ya!!
ini adalah hanis najwa, nnti die balik dari Mesir, ramai2 pujuk dia ya.. kesian dia, pakwe die yg hnsem dah mati.. hasan basha namanya..

yahoo! menang... Peace!


gambar masjid Ar- Rifaie..

Kemudian ke masjid 4 mazhab. masjid 4 mazhab ini d dalamnya berkumpul semua pengajian 4 mazhab di setiap penjuru, tapi bila azan berkumandang, masing2 akan berada di dalam satu saff. Keunikan inilah yang telah ramai menarik orang-orang bukan islam ingin memeluk islam.. walaupun belajar kitab yang lain2, tetapi kesatuan itu tetap ada, saling meraikan pendapat.

Kemudian ke maqam saiyidah Zainab..
Saiyidah zainab ini dikatakan ramai orang yang bertawassul disini,takut berada disini lama2.

Kemudian kami ke maqam imam syafie, di atas masjid ini terdapat sebuah bahtera yang berbentuk comel saja, bahtera itu simbol kepada imam syafie ini kuat mengembara untuk menuntut ilmu dan menyebar dakwah. Seusia muda nya lagi sudah menghafal kitab muwatta'. Musyrif kami cerita, dahulu paling kuat ikutannya ialah mazhab hanafi, imam abu hanifah. Ada segolongan yang tidak berpuas hati dengan pengikut imam abu hnifah ini tapi tidak tahu bagaimana mahu jelaskan. sehingga suatu hari datang imam syafie, lalu mereka berbidas2, tetapi bidasan mereka itu semua dengan ilmu! Kerana imam syafie menghafal hadith sangat banyak, maka bidasan2 nya itu semua berlandas al-Quran dan As-sunnah, dan ketika itulah bermulanya pengikut imam syafie..


Kemudian kami ke kawasan Dead City, Dead city ini adalah kawasan yang mana terdapat orang yang tinggal di kubur, dan disini saja sudah punyai 2 juta penduduk!!

Kemudiankami ke maqam saiyidah Nafisah pula, dan berhampiran maqam itu terdapat tempat dimana saiyidah nafisah ini bermunajat kepada Allah! Tetapi saiyidah nafisah ini bukan cucu kepada Saidina Ali, ini adalah Saiyidah Nafisah soghirah iaitu cicit kepada Saiyidah Nafisah kabirah(cicit saidina Ali)..

Berhampiran dengan maqam ini juga terdapat masjid Ibn Atoilah. Selepas kematian beliau, anak muridnya selalu membacakan ayat suci al-Quran di sebelah maqamnya dan rasa seolah ada orang yang menegur bacaannya jika salah.. (jeng jeng jeng!!)..

Perjalanan yang sangat menerujakan, di sekitar Qaherah saja, berbagai2 sejarahnya.. Cukup saja dulu setakat ini, tengkuk dan tangan sudah keletihan.. gambar2 di qal'ah itu sangat banyak sebenarnya, tetapi malas sudah untuk mengupload.

Friday, August 28, 2009

Jaulah Mesir (4)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Alhamdulillah sudah seminggu meniti juangan ramadhan tahun ini, moga semangat itu terus terusan berkekalan!! Dan hati ini masih belum dipulihkan selepas dilanggar lari oleh keldai, haha.. Keldai ini ya, sangat patuh pada tuannya, hendak atau tidak terpaksa juga membuat apa yang diminta tuannya, walaupun terpaksa dipukul dengan tuan yang tidak berbelas kasihan.. Dan kita, punyai tuan yang sangat penyayang, pemurah, tapi masih degil lagi.. Disini siapa lebih hina ya??!
(cukup saja disini cerita tentang keldai, terimalah dengan hati terbuka bahawa keldai itu comel)..

Ok, teruskan pengembaraan pada hari ke 4 pula..


Pantai Dahab, jernihnya bak mutiara..

Inilah pantai Dahab yang sangat cantik dan biru airnya, tapi tidaklah kami bermandi mandaan disini, hanya sempat menyentuh saja airnya yang sejuk itu. Ombaknya sangat cantik, jika melihat fajar terbit disini tentu lebih cantik, malanganya kami terlewat keluar. Disini juga ramai pelancong asing yang datang berkunjung, selain tempat ini cantik, barangan disini juga murah.

Kemudian ke Taba.
Taba ini adalah kawasan sempadan Israel-Mesir. Pondok jaga ini adalah pondok jaga hotel Hilton yang dikhabarkan ianya sudah 2 kali dibom, dan hotel ini adalah kali ke3 dibina, dan baru sahaja slesai diselenggarakan. Saya juga tidak faham mengapa hotel ini masih lagi mahu dibina disini sedang ianya sudah 2 kali dibom, dan tidak faham mengapa hotel ini menjjadi sasaran, bukankah Hilton itu sndiri punyai pengaruh yang kuat??

NAmpak tidak, ada sebuah pondok yang kecil diatas bukit itu? Itu adalah pondok jaga Israel yang didalamnya dijaga oleh seorang wanita Israel, dan didalam pondok itu terdapat snipper, jadi jika kesini, berhati2 saja. Dan disini juga terdapat pintu masuk Israel, jika mahu masuk, dipersilakan saja, tidak perlu passport, tetapi jika ditembak, atau ditangkap atau apa2 yang berlaku didalam sana, tiada siapa yang akan dipertanggungjawabkan!!


Kemudian Qal'ah solahuddin.

Qal'ah solahuddin punyai 4 buah kesemuanya, dan alhamdulillah kesemua itu saya sudah pergi, iaitu sebuah di Ajloun, Jordan. Sebuah di Syria, dan 2 buah di Mesir, dan ini salah satu yang terdapat di Mesir.
Mulanya dalam perjalanan kami amat teruja melihatkan Qal'ah ini di tengah lautan, malangnya mungkin dek kerana ke'excited'an kami, Allah tidak mengizinkan kami menjejak kaki ke sana, kerana ia sedang dalam pembaikpulihan. Tidak pasti samada bot yang diperbaiki atau qal'ah itu sendiri yang sedang diperbaiki. Dan musyrif kami meminta tuan yang menjaga kawasan itu untuk hanya bergambar 15 minit. ah, jadilah!!

Kawasan inilah yang kita kan lihat 3 negara lainnya, iaitu Jordan, Arab saudi dan israel. Pernah saya mengikuti hari keluarga BKASJ ke Aqabah ketika di tahun 2 yang lalu, memang disana juga dapat melihat ketiga2 negara ini iaitu Mesir, arab saudi, serta Israel. Disana akan kelihatan Mesir dan Arab Saudi itu seolah punyai gunung2 sahaja, tetapi negara yang bangkai Israel itu, nampak bangunan2 yang tinggi2..


*sehingga disini saja dulu, mahu ke rumah nailah, cubit adik2!! Sab kata entri saya semua tidak best, tergantung saja semuanya.. Jawapannya ialah, bulan ramadhan, taqarrub diri pada Allah!!, =P

Jaulah Mesir (3)

victoire Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualikumwarahmatullah..

Perjalanan pada hari ketiga diteruskan lagi. Hari ke 3 ini, seawal jam 2.30 pagi (janji asal jam 2, seperti biase org itu buat hal,=P), mendaki gunung sinai. Mulanya saya amat takut, dan takut sekali, berjalan dalam gelap gelita hanya berteman torch light. Almaklum saja saya ini penakut orangnya, apabila saya terpandang kiri, terlihat satu benda yang sangat besar, punyai sedikit2 warna putih disitu, jantung saya seolah tak berdegup. Apabila ditanya pada rakan apakah di sebelah kiri itu, baru saya tahu itu adalah batu2 yang membentuk bukit. Mungkin perasaan itu saya sorang saja alami, tapi bayangkan saja seorang penakut yang berjalan di tengah malam dan di sebelahnya ada suatu bukit yang sangat besar, macam2 yang difikirkan, bukan??

GUNUNG SINAI.
Gunung Sinai lebih dikenali dengan Jabal Musa (Bukit nabi Musa). Mengapa dinamakan sebegitu?? Kerana inilah gunung yang didaki nabi Musa untuk bermunajat pada Allah, selama 40 hari 40 malam, dan di puncak gunung ini juga nabi Musa telah bertemu Allah Subhanahu wa Taala dan dikurnia kitab suci taurat padanya yang telah dipesong oleh orang yahudi laknatullah. Selama permunajatan Nabi Allah Musa di atas puncak gunung Sinai sana, Nabi Musa telah mewakilkan nabi Harun untuk mengambil alih tugas menjaga umatnya sepanjang ketiadaannya.

Keistimewaan nabi Harun selain sangat lembut orangnya, ialah baginda lebih petah dalam percakapannya berbanding Nabi Musa.. Dan ketikamana nabi Musa menyendiri di puncak sana untuk bermunajat, seorang yang bernama Samiriy telah menyebar fitnah, mendakwa Nabi Musa telah memungkiri janji sepatut ketiadaannya selama hanya 40 hari 40 malam saja, tetapi nabi Musa memungkiri janji dengan menambah 10 hari lagi. Dan samiriy ini telah mengukir lembu betina atau dikenali sebagai lembu Samiriy sebagai tempat penyembahan mereka. Dan sebaik nabi Musa turun dari gunung Sinai, kebanyakan kaumnya sudah menyembah ukiran patung itu yang terdapat pada bukit di sana. gambar dibawah ini, silalah selidiki, terdapat disitu ukiran patung lembu tersebut.

Yang dibulat merah itulah diaa.. Terima kasih pada yang tolong buatkan, huhu jasamu dikenang!

Gunung Sinai ini punyai 6 checkpoint sebelum mendaki batu2 yang lebih curam menuju masjid di puncak. dan di checkpoint yang ke6 itu kami berehat, solat, dan melihat fajar terbit.

Ini Muhammad namanya. Dialah yang membawa kami menunjuk jalan hingga ke atas. Umurnya baru saja 18 tahun, dan sangat berfasih berbahasa inggeris. Apabila kami bertanya dari mana belajar cakap english sehingga begitu fasih?? katanya "disini"..


Selepas checkpoint yang ke6 itu, akan mendaki batu2 yang punayi lebih 750 anak tangga lagi. Apa yang menyadiskan ialah ianya sangat curam dan ia bukan tangga!! batu2 itu yang terpaksa kami daki, ah!
Ketika naik, jangan sesekali pandang bawah, teruskan saja mendaki hingga keatas, itu saja bekalku dalam keadaan penat yang teramat sangat itu. Mendaki gunung sinai sangat mencabar, terbayang juga bagaimana nabi Allah Musa mendaki ke atas sana, dan bagaimana penerokaan orang2 yang mencari jalan untuk keatas. Berbekalkan "Wahai Musa, aku mahu melihat tempat kau bermunajat kepada Allah yang maha Esa, untukku jadikan ibrah, ibrah dari kisah2 para rasul. untukku, untuk orang2 yang akan kusampaikan pengalaman ini", saya teruskan juga untuk sampai ke atas.. Subahnallah!!


Inilah tempat munajatnya! Kami ambil masa beruzlah disini, ada yg tidur, ada yang membaca quran, layan blues (ish3, tempat best tuu), solat, bergambar, dan sebagainya..

Inilah pandangan Sinai dari atas, seolah tidak sangka saja telah mendakinya, ketika naik, seolah tidak rasa apa. Tapi bile dilihat dari atas, seolah tidak percaya "owh betul ke aku dah naik gunung yang curam ini??"..

Ketika itu, saya sudah berazam, inilah kali pertama dan terakhir saya mendakinya, tidak mahu lagi.. terfikir hatta sudah kawen pun, suami bagi rm10000 ajak naik juga saya tidak mahu. Tetapi, sekarang ini saya rasa nak naik lagi pula..aishh..

*********************************************
DAHAB
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan lagi ke Dahab! Dahab adalah pantai laut merah yang paling cantik. Disini ada kapal selam Britain yang karam. Dan yang paling penting disini juga kami makan cipud(kata manja seafood)

Kami memilih 3 ekor ikan, seekor sotong dan setengah kilo udang. Semasa kami menempah, ustaz yang menjadi musyrif kami telah beri amaran, "ni bukan makan, ni pelahap namanya!! order banyak2 ni, tak habis siap!!", lalu balas saya, "boleh tapau, kn??".. dia angguk..

Bila selesai makan, ustaz itu saya rasa terkejut agaknya makanan itu semua habis dan licin. Bukan kerana lapar, tetapi kerana kami ini sudah lama sangat tidak makan makanan laut. Almaklum saja Jordan ini yang ada hanya laut mati, mahu beli udang atau sotong itu, harus disekat dulu perbelanjaan sebulan kerana harganya yang mahal.. Jadi, apabila diberi peluang begini, memang tidak akan melepaskan peluang.. Jika malu, rugi!!. Jika malu, lapar!!.. mahu yang mana??


Thursday, August 27, 2009

Jaulah Mesir (2)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Perjalanan hari kedua di Mesir adalah ke Sinai,selama 3 hari 2 malam..Sepanjang perjalanan itu,perhentian pertama kami adalah di Tuba..

TUBA
Tuba adalah kubu terakhir Israel dalam penaklukan Mesir. Benteng2 tugu ini telah ditutupi oleh pasir2 sehinggakan mengaburi mata para muslimin ketika itu. Tentera islam sangat hairan dari mana bom Israel datang mengebom jentera2 mereka. Akhirnya pada suatu malam, seorang ulama' muslim telah bermimpi untuk menghancurkan Israel hanya dengan menggunakan air saja. Mereka telah menggunakan air dari udara ke padang pasir tersebut sehingga akhirnya pasir2 itu jatuh dan terlihatlah kubu2 Israel laknatullah itu, dan akhirnya kawasan itu ditawan semula oleh Mesir.


Kereta kebal yang terdapat di dalam kubu2 itu dapat mengesan objek sejauh 60 km jauhnya. Tetapi ianya hanya akan dikeluarkan selepas mendapat arahan dari bilik yang satu lagi yang berada di atas bukit, didalamnya terdapat teropong.Jadi kereta kebal itu dikawal oleh sistem di bilik itu.
Inilah teropong yang terdapat dalam bilik kawalan ini. Dari sinilah akan memberi isyarat kepada orang bawah untuk bersiap sedia bertindak. Sudah tentu orang yang berada di bilik ini yang paling berisiko sekali untuk mati awal, kerana satu saja di atas bukit.Strategi mereka dahulu saya tidak tahulah, tapi jika saya jadi pihak musuh, memang itu dulu saya serang., =P..


Kesan tulisan yang ditinggalkan disini adalah berbahsa Ibri, saya pun tidak faham bagaimana bahasa ini, tapi itulah yang telah diberitahu musyrif kami.


*************************************************
UYUN MUSA
Seterusnya kami ke Uyun Musa (Mata air nabi Musa), tetapi yang ini punyai khilaf.


وإذ استسقى موسى لقومه فقلنا اضرب بعصاك الحجر فانفجرت منه اثنتا عشرة عينا قد علم كل أناس مشربهم كلوا واشربوا من رزق الله ولا تعثوا في الأرض مفسدين(60)

Ayat ini dari Surah Al-Baqarah ayat 60, sila buka al-Quran teman setia sentiasa di hati masing2 serta tadabburkan ayat ini. Ayat Quran yang terbukti depan mata, tiada apa keraguan bagi al-Quran itu, Islam itu benar, Al-Quran itu benar, Rasulullah itu benar, nabi2 terdahulu juga benar!!
Ketika Nabi Musa memohon kepada Allah untuk memberi kaumnya air, maka Allah telah memerintahkannya untuk memukul batu dengan tongkat kayunya, dan dari situ terpancar 12 mata air dan diberi minum pada 12 kaum pada ketika itu. Memang benar disini punyai 12 mata air tetapi yang masih kekal sehingga kini adalah sebanyak hanya 3 sahaja, yang lain itu telah dikambus oleh tanah pasir.

Pokok ini, menurut orang arab yang jaga tmpat tu, pokok ini, punyai kalimah ALLAH.. Lihat ya, Alif di hujung sana, kemudian Lam, Lam dan Ha' di hujung sana pula. Dapat lihat?? Siapa tak dapat lihat, Jumaat terakhir barangkali, =P..


Tempat yang kami pergi ini adalah qiil yang tidak berapa kuat, dan qiil yang kuat tentang mata air ini adalah ia terletak di Wadi Muqaddis, akan kita tiba di tempat itu sebentar lagi ya!

********************************************************
HAMMAM FIRAUN
Seterusnya ke Hammam Firaun, Hammam Firaun ini adalah tempat firaun berendam atau bermandi manda. Airnya busuk berbau belerang, dan panas. Disini juga terdapat gua yang panas, baik untuk kesihatan. Didalamnya bergelimpangan orang ramai yang inginkan sauna semulajadi.



******************************************
ST. KATHERINE??
Kemudian kami pun tiba lah di destinasi sebenar, kawasan Bukit Sinai.. Sepenjang perjalanan saya tertanya2 mengapakah disini terdapat Hospital St. Katherine, Restoran St. Katherine, Hotel St. Katherine. Siapakah gerangan pemilik nama St. Katherine ini yang namanya sangat terkenal dan sangat agung di tempat ini?? Agak tersilap juga saya tidak mencari dulu apa2 yang berkaitan dengan bukit sinai ini sebelum ke Mesir dan kurang pengetahuan tentang tempat tersebut, tetapi saya tidak menyangka akan nama yang pelik ini boleh wujud di tempat bersejarah para rasul. Di sepanjang jalan penuh namanya, segala binaan disandarkan dengan namanya.

St. Katherine adalah nama seorang kristian yang telah menawan Bukit Sinai suatu ketika dahulu selama 68 tahun. Dia akhirnya telah menjadi pengikut nabi Musa, namun orang2 kristian tidak katakan begitu, dan mendakwa bahawa beliau tetap seorang kristian, dan menganggap St. katherine adalah Saidatina Maryam, ibu Isa Alaihissaalam. Kerana itulah, gereja sangan banyak disana, termasuklah di sebelah maqam nabi Salleh..

WADI MUQADDIS
Jam 5.30 (janji asal pukul 5, ntah kenapa ade org tu punye perut buat hal,=P), kami ke Wadi Muqaddis. Di wadi Muqaddis inilah qiil yang kuat dan rojih mengatakan ia tempat sebenar uyun nabi Musa. Lihat, punyai 12 garisan yang dikatakan nabi Musa memukul tongkatnya disitu dan terpancar 12 mata air dari tempat pukulan itu..


WADI ARBAEIN
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke atas bukit untuk menuju satu lagi lembah iaitu Wadi Arbaein. Wadi Arbaein adalah tempat yang dikatakan disini berkumpulnya 40 orang rasul.

gmbar hiasan semata.. gambar di Wadi Arbaein tidak ada satu pun yang sesuai untuk dikongsikan..

Tuesday, August 25, 2009

Jaulah Mesir

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah, sehingga hari ini masih lagi dipertemukan dengan Ramadhan yang pasti didalamnya penuh dengan keberkatan yang dijanjikan.

Sudah saya janjikan untuk cerita seperjalanan kami di Bumi barakah Mesir, untuk menceritakan kesemuanya saya tidak pasti kemampuan saya tahap yang dimana, tambahan pula di Bulan Ramadhan ini. Namun mana yang termampu itu sahaja lah yang akan saya kongsikan di sini.

Waktu 9 hari itu saya akui ianya tidak cukup banyak, dan tidak cukup puas untuk berjalan. Tambahan ianya berjalan di Mesir, negara yang sangat banyak sejarahnya. Dengan jadual berjalan yang padat, dan program yang telah disusun untuk kami, serta segalanya, sangat meletihkan dan memenatkan namun ianya suatu mutiara yang sangat bernilai, yang perlu dikejap kemas memorinya di dalam hati..

9 hari itu tidak banyak tempat yang kami jelajahi, hanya 3 hari di sinai, 1 hari di sekitar kaherah, 1 hari di asfour, 1 hari berjalan di city stars, 1 hari di fayyoum, dan 1 hari di husin attabah.. Sangat2 dan sangat brterima kasih pada kakak musyrifah yang sudi menemani kami, dan musyrif tetap dan setia dari morocco dan musyrif2 mesir. Bersyukur sangat kalian sudi menemani kami. Saya sudah risau, kerana pernah sahabat saya ke mesir, namun tidak berjalan ke mana, kerana mahasiswi tempatan yang tidak sanggup menemaninya berjalan dek cuaca yang panas, hatta ke pyramid pun.

Bersyukur sangat kali ini walau dengan teriknya matahari, namun ada juga yang sudi menemani..Terima kasih pada musyrif kerana bersabar dengan kerenah kami. Seperti biasa, di Aqabah ketika menyertai hari keluarga BKASJ saya hampir ditinggal bas, di Syria juga saya telah menghabiskan duit membeli alas meja oganza sehingga mengikat perut tidak punyai duit yang cukup untuk makan, dan kali ini, apa pula onarnya ya?? owh hoo banyak juga, tidak perlu diceritakan, hanya membuka pekung di dada.. hua3.. Terima kasih pada musyrif,jika tidak ada kalian, jika tidak kerana kesabaran kalian, tidaklah saya bertemu dengan keldai yang comel, =P (sungguh!!!!!!)..

Sebelum cerita tentang tempat2 itu, saya mahu selit sedikit disni tentang biah di sana ya. Sebelum itu harus diingat saya bukan saf pimpinan, jadi apa yang saya coretkan ini hanya diambil sebagai bacaan ringan saja yang isinya juga ringan dan isunya juga diringankan, tidak perlu hingga mencetuskan kontroversi mana2 pihak..

Pertama kami bertanya tentang pemakaian disana, yang kami dengar muslimah malaysia yang memakai pakaian tradisional melayu atau lebih dikenali baju kurung dianggap aib. Jadi 2 soalan yang kami temui, seorang kata memakai baju kurung itu biasa saja, ia menganggap dari berpura2 memakai jubah itu dianggap hipokrit. Dan seorang lagi, di tempat yang sama juga kami mendengar jawapan ianya suatu yang aib. Jadi 2 jawapan dalam suatu kawasan yang sama!! Apakah kita yang harus larut dalam biah atau biah yang harus larut dalam kita?? Ketika itu akal saya berputar2 dengan persoalan itu.. Akhirnya saya temui, meski dalam kawasan yang sama, Qaherah namanya, namun kawasan yang lebih kecil itu harus lagi perlu dipertimbangkan.. Seorang ini tinggalnya jauh masuk ke dalam kawasan perumahan yang agak terpencil dan membahayakan, dan seorang lagi tinggal di kawasan yang biasa2 saja.

Jadi saya terfikir, jika di waqi' Permai ini, apakah orang yang tinggal di tempat yang agak membahyakan itu juga perlu hanya memakai jubah?? Pernah suatu ketika senior kami bercerita, "kami di yarmouk ini, jika memakai baju kurung akan dipandang pelik, kadang2 kami digelar bunga yang berjalan, namun kami nyahkan kata2 mereka kerana jika kami ikutkan pandangan2 mereka itu dengan menganggap pakaian baju kurung itu aib, maka generasi selepas kami juga tidak boleh memakai baju kurung." Benar kata mereka!! Untuk merubah biah itu bukan senang, perlukan telinga yang kebal untuk menahan tohmahan2 orang lain dan sebagainya.. Terima kasih pada senior itu. Soal pemakaian, sekiranya menutup aurat dan syarie, apa dosanya??

Yang kedua, tentang asrama mereka. Jika duduk disana, akan rasa seperti duduk di asrama hisamuddin dulu2. Akan rasa lebih terjaga, senang berkumpul untuk program dan sebagainya. Tapi ada sesuatu yang tidak disangka tapi saya amat takut tulis disini, ditakuti menyentuh sensitiviti, jadi saya pendamkan saja ya. Siapa mahu tahu, belanja buka puasa dulu! suasana seperti itu, cukuplah hanya melepas rindu di hisamuddin dulu, berimam dengan ustaz malaysia juga, tazkirah hari2, tadarus dan sebagainya. Solat berimamkan syeikh ma'mun lagi indah bagi saya.

Yang ketiga tentang UBM(unit bayt muslim), hm yang ini perlu ada entri khas. Disaat Ydpah bkasj sibuk bertanyakan tentang perjalanan aktiviti2 BKASAM disana, dan Bendahari Permai sibuk menanyakan perjalanan liqa' @ usrah disana, dan saya menyibukkn diri bertanya tentang bayt muslim, =).. Yang keempat,kelima dan seterusnya tidak terasa mahu untuk dikongsikan.Kesemuanya penting lebih lagi pemakaian niqab disana dan buat perbandingan pemakaian niqab itu disini, tapi saya sudah malas menaip.. huhu (ayat kurang ajar, sudah cerita tidak mahu habiskan pula, tapi sungguh mata saya seolah tidak boleh dibuka sekarang,=P)

Ok, sehingga sini sahaja dulu, mnta izin undur diri..

(tkde tajuk)

(Diberi tajuk tidak bertajuk, kerana tidak nampak tajuknya apa.)

Bismillahirrahmainrrahim..
Assalamualikumwarahmatullah..

Alhamdulillah baru pulang dari mengembara 9 hari di Mesir yang cukup menyeronokkan dan menerujakan. Tahu tidak, Mesir itu saya sangkakan lebih kurang Jordan saja, rupanya ia silap sama sekali! Mesir itu serupa Malaysia, tidak hairanlah mengapa ada yang berpendapat Mesir itu adalah Malaysia yang kedua, dari faktor ramai nya warga Malaysia di sana, kefloraannya, kesibukan bandarnya, highway yang serupa KL, perjalanan sepanjang tasik qarun serupa pergi Sabak Bernam -Perak -Kedah, punyai sawah padi.. Perjalanan ke ladang mangga serupa perjalanan di Kelantan.. Ah!!!

Pengembaraan kami 9 hari ke tempat2 bersejarah disana terfikir juga untuk dikongsi bersama, tidaklah saya hebat cerita tentang sejarah tempat2 di Mesir, cuma perkongsian dari musyrif2 kami, tapi saya masih terfikir2 bagaimana cara penulisannya. Adakah seperti diari atau berbentuk artikel atau berbentuk cerita, atau berbentuk apa2 lagi. Itu masih dalam hitungan..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Subhanallah!! Saya berkesempatan untuk menghadiri pengajian Syeikh kegemaran saya, iaitu Syeikh Nuruddin.Bolehlah selepas ini berlagak pula dengan ustaz alex. Saya katakan pada sahabat2 saya yang saya ingin menjadi isteri ketiga syeikh ini, mereka balas, "sanggupkah menjadi yang ke3? Sudahlah dimadukan, selalu ditinggal pula atas urusan dakwah". Kataku, "ah, biar itu semua. Lihat saja tegap badannya setegap dakwahnyanya. Muda mukanya semuda darah perjuanganya".. Maksud saya untuk menjadi isterinya syeikh ini hanya kiasan semata. Kata2 itu hanya semangat dan peringatan bagi saya, untuk apa? Untuk punyai suami seperti syeikh itu, haruslah menjadi seperti isteri syeikh itu. Perjuangannya hebat, dakwahnya, misinya, matlamatnya semua bagus dan benar!

Saya terlepas 2 orang syeikh yang saya minati juga, tapi hanya dikenali di web dar al-iftaa iaitu Syeikh Ali Jumuah, mufti Mesir serta Syeikh Tantawi, kerana kesempitan masa kami baru pulang dari mengembara sekitar kaherah pada hari tersebut.

Berada di Mesir adalah pengalaman yang cukup2 berharga. Mendaki sinai, fuh dahsyat.. naik metro macam fahri ayat2 cinta.. masuk pyramid, tak bernafas dn keluar dalam keadaan lencun, naik unta yang tak reti sabar.. menaiki bas dan berada di sebelah orang cina yang ingin menyalur kepukauan (sungguh!!), masuk ladang mangga, pergi tasik qarun, pergi air terjun di tengah2 padang pasir, dan banyak lagi.. Semua itu insyaalah akan dikongsikan..

Sini sahaja dahulu, balik dengan kerja bertimbun yang menanti. Almaklum saja, KU kn?? =P.. (macam takde apa ja entri ni, ish)

Friday, August 14, 2009

Tag dari wawa

Bismillahirrahmainrrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah pagi jumaat yang cukup indah! Ingin membuat tag yang sudah lama sehingga tidak terkira lamanya. Tag yang lain yang tidak terbuat itu harap halal saja ya? Tag ini dari wawa

1- Copy this award and place it at your blog


2- Give 5 interesting facts about the giver..

- Nama pemberi ini ialah Nasuha Zuraidi, atau nama manjanya ialah wawa..
-Kenal dia masa dekat sakan, mula tgk mmg agak pendiam, sekali dah kenal, boleh tahan la peramahnya.. Comel, dan senyuman tidak pernah lekang dari bibir.. Dia sorang je panggil saya kak shafi!! kak shafi!!.. adeh, macam cite spongebob alih bahasa ke arab pula.. ya shafi!! ya shafi!!, hua3..
-Bab2 hadiah, dia memang mantap la, pegang biro bukan sebarangan program ok!! program Pertama dia ada, mekar pun dia ada,mppm tu.. fulamak!!
-mahasiswi dentist tahun 2, sapa sakit2 gigi leh jumpa dia ya, kasi habis terus gigi ditarik guna playar.. (dengan kejamnya)
- blog dia dulu hitam, sekarang putih, nampak suci sikit la, hihi.. dan 'ihfazillah... yahfazaka..' benar2 tersentuh.. jika kita menjaga agama Allah, Allah akan menjaga kita.. Itu saja yang saya pegang sekiranya terdengar kes2 'raba' akhawat.. Kerana itu melibatkan maruah, bukan?? Jika menjaga agama Allah, masakan Allah akan membenarkan maruah kita tercemar.. konsep itu harus diselami dan didalami..

(sudah lari dari persoalan, maaf)

3- give 10 things about yourself

ha, tentang diri sendiri inilah yang lemah, ditakuti yang tidak patut juga akan terkeluar!! takpe, slow2, hihi.. banyak pula tu sehingga 10, adoiii...

-nama shafiqah atau nama manja ciksantun.. (masih bertatih untuk menjadi seorang yang santun, =P)
-sangat tak suke budak2!! walau penyayang itu adalah maksud nama saya, tapi dengan budak2 kecil ini, ada moodnya.. pernah sergah anak kak aizah n ust ridwan smpai nangis.. (sib baik time tu ust tkde, =P).. budak2 mmg takut saya..
- pandang pertama org kat saya "owh kakak ni matangnya!!".. kebanyakan berkata begitu ya!! (tk caya, tanye fathiyah).. kadang2 tidak cepat mesra dgn orang..
-tarikh lahir 1hb4 1988, (sila tulis dalam hp sekarang!!), mahu hadiah besar2 dari setiap yang tahu tarikh lahir saya, hihi..
-tinggal di klang jaya.. tesco bukit tinggi sebelah rumah, bawah sikit ade giant, belakang rumah pula ada jaya jusco..
-sekolah bermula takis klang, suka makan nasi lemak kat kedai depan tadika tu, ngn cendol sebelah masjid.. terbaekkk~~ (suke duduk2 atas bukit kt masjid tu smbil mengorat abang2 kisas, dan pernah merangkak sepanjang jambatan kat kisas tu, wala2.. )
-pernah gila dekat mawi suatu masa dahulu. caller ringtone, bunyi mesej, bunyi call, sume mawi.. kalender juga mawi, baju mawi, tudung mawi, sume pernah kumiliki..=P
-pernah gila bola, tetapi sekarang tidak lagi!! lepak di andalas corner smbil menjerit2 setiap kali raul golkan suatu yang terbaek~~
- pernah dan kekal lagi menggilai hindustan.. hua3.. walau demam2 hindustan, namun saya tetap orang jawa!
- suka makan..

4-Give this award to 4 bloggers lain
hoho rasanya kebanyakan blog sudah dapat tag ini.. sape yang belum dapat, dan terasa nk buat, silalah buat.. tulis saja besar2, tag dari ciksantun.. saya alukan..

ok, keluar dulu~~ Assalamualaikum

allahu rabbi

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Ayuh sahabat, bersama merenungi lagu dan video ini.



Agung bukan, kekuasaan Allah?? subhanallah!! Setiap yang berlaku, sehinggakan daun yang gugur dari pokok itu juga adalah di dalam aturan Allah yang maha kuasa itu.. yang maha menciptakan!! Lihat, sekecil2 perkara itu juga di dalam pandangan Allah.. Perbuatan kita?? Adakah terlepas dalam pemerhatian Allah walau sedikit??

Dan sangat terkejut mendengar berita pagi tadi tentang pemergian seorang lagi pendakwah iaitu Allahyarham Ust Asri Ibrahim. Hadith bahawa ilmu ditarik bukan melalui ilmunya, tetapi dari pemergian ulamak, itu wajib kita benarkan!! memang itu yang terpancar dengan jelas di depan mata, dan sudah ramai..

h1n1 yang ramai meninggal, dan malaysia masih belum membuat keputusan menutup sekolah. Apakah mahu ramai yang meninggal baru sekolah itu ditutup?? ilmu atau nyawa lebih penting?? liow lion tu, suka sahaja ramai melayu yang mati, dan penternakan babi oleh orang cina itu diteruskan dengan meluasnya.. rasa seolah punyai kaitan sahaja 2 perkara utama ini.. orang yang beilmu meninggal dan juga mangsa korban h1n1.. nantikan sahajalah apa penghujungnya drama mereka ini. "Ya Allah, bantu kami ya allah, panjangkan usia kami, jauhkan kami semua dari wabak ini.."

*markah 2 madah sudah keluar, agak menyedihkan..
*murshidah dah konvo hari sabtu, dan akan ke mesir 3hb10..
*kasihan cucu2 nailah kami akan ditinggalkan.. kami ini sudah tua, beri peluang sahaja kami untuk berjalan2 ya!! =P
*perasaan sekarang masih biasa saja, belum punyai rasa berkobar untuk menaiki kapal terbang..

Thursday, August 13, 2009

AGM Insyirah.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

(Sila jgn baca)

Entri kali ini disamping tidak berfaedah, ia hanya untuk melangsaikan hutang dengan wani.. Minta dipost di yahoo group permai katanya. Tapi tidak perlulah mencari publisiti nya sehingga begitu sekali, cukuplah hanya sekadar di blog yang tidak berapa nak cun ini sahaja,=P..

Alhamdulillah, kami sudah punya struktur organisasi yang baru bagi sesi terakhir kami, insyaallah 09/10..

Ketua umum : Shafiqah
Bendahari : Sabarina
Biro disiplin : Shaheera
Biro dewan makan : Hayati
Biro musolla : Arika
Biro dakwah : Atiqah
Biro kebersihan : Azimah

Sudah saya membuat permohonan untuk menarik diri, tetapi JPR iaitu wani dan kak ifa tidak meluluskan permohonan saya, sebabnya tidak saya ketahui, mungkin kerana bagus sangat agaknya.. Jadi, saya dengan hati yang terbuka menerima sahaja taklifan ini..

Jadi segala yang melibatkan rumah kami, boleh dirujuk sahaja pada saya. sekian..

Yang Benar,

............
(Shafiqah Saharudin)
Ketua umum 09/10
Bayt Insyirah
Baytku syurgaku!!

Disahkan,

...........
(Nurul Salwani Mahamad Napiah)
Juruaudit 09/10
Bayt Insyirah
Baytmu syurgaku jua!!

Usul dan cadangan akan menyusul~~~~

~ mempamerkan kepoyooan yang tersergam indah~

Wednesday, August 12, 2009

hoho..

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

(tidak punyai manfaat langsung entri kali ini!!)

Alhamdulillah, habis sudah sem fasal soifi. Keluar exam dengan riang ria, soalan bukan setakat kacang, tapi up lagi bagi saya 'kacang goreng'. Kerana seperti kebiasaannya saja, menggoreng itu sangat serasi dengan saya untuk menjawab exam. Usaha sudah, lakukan juga sudah, berdoa saja pada tuhan yang satu itu, apa jua natijahnya, terima dengan yang hati yang terbaik.. (teori 'terbaik' , berkemungkinan gara2 kepala yang masih belum stabil setelah menjawab soalan yang terbaik itu).

Ah, andainya syair2 itu dapat kujawab menggunakan bahasa melayu!!

Mahu meneruskan cerita tentang entri yang ini, belum punyai mood pula, jadi sehingga dapat mood itu, santai2 saja dulu ya!!

Malam tadi seorang sahabat saya telah mengeluarkan kata2 terharu. Apa katanya?? "Tau tak, dalam banyak2 ukhwah aku jumpa, kat Jordan ni lah yang paling best sekali".. lalu suasana menjadi sunyi seketika, kemudian bersuara seorang lagi, "best ke kawan ngn die ni??(tangannya dituju kearah saya), dengan hibanya saya berjalan ke depan dengan corn flakes di tangan. sedih, bukan?? =P..

Dan malam tadi ingin saja ku menghabiskan masa dengan dia, tapi exam itu juga sama pentingnya!! hati ini berbisik, "sahabat ini akan kujumpa lagi, insyaallah, tapi adab muqaran ini andai tidak kubaca, owh apakah aku akan bertemunya lagi? sudah pasti tidak kusanggup.. dan berbekalkan semangat yang itu aku meneruskan! Pulang ke rumah dari exam, dia sudah tiada, hanya meninggalkan makanan di dapur, masakan terakhir sebelum 2bulan ketiadaannya!!

Semoga sahabat2 yang pulang ke Malaysia, selamat sampai, berpuasa membeli tepung pelita di bazar ramadhan itu adalah yang terbaik, dan beraya dengan gembira disamping keluarga tercinta sangat2 terbaik.. Sila jaga diri baik2, doa banyak2 moga2 dijauhkan daripada wabak yang sedang menular di Malaysia sekarang ini..

Saya, shaheera dan azimah akan membuat lawatan rasmi ke Mesir. Juga disertai hanis najwa dan nazirah.. 3 orang besar, shaheera ydpah bkasj, azimah bendahari permai, nazirah timbalan pres PPMA. lawatan rasmi, ok!!! yang tidak punyai jawatan besar itu, hanya menjadi pengiring yang tidak berapa setia, =P.. mahu melawat firaun bak kata zimah. apa yang penting, kami semua bertujuh akan naik kapal terbang, makan sedap2 di dalam kapal terbang.. itu yang pasti!!

sekian sahaja juga repekan kali ini..

Monday, August 10, 2009

Jangan beli!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

(iklan ni dh lama, peringatan jaaa!! =P.. )

peringatan utk semua..
tolong JANGAN BELI KURMA JORDAN RIVER








Kurma tersebut sebenarnya bukanlah daripada Jordan tapi daripada Israel. Zionis Israel telah merampas ladang-ladang rakyat Palestin dan memaksa tuan-tuan ladang tadi untuk menjadi pekerja buruh di ladang sendiri!

tragisnya, keuntungan hasil ladang kurma tersebut tidak dikongsi sedikitpun dikongsi dengan tuan sebenar ladang-ladang tersebut, tapi diambil oleh Zionis Israel untuk kepentingan mereka!


PERANGI ZIONIS ISRAEL! walau dengan apa cara sekali pun, termasuklah ekonomi.


Amaran ini diambil daripada YG Roq'08.. Juga telah saya keluarkan di forum rakan usrah pada tahun lepas.. mahu dikaji sendiri tidak pulalah saya mampu untuk ke tempat yang disebutkan itu dan bertanya pada pakcik ladang itu siapakah pemilik sebenar ladang tersebut.. tapi perkara begini, ambil saja yang berat itu dengan tidak membeli produk tersebut.. kak nihlah kata dia ada video, nnti try mintak..


* baru lepas telefon mak, setelkan kad bank yang hilang.
* sahabat sebilik mimpi dipatuk ular.. lebih berjaga2 untuk mengunci pintu rumah, dan tidak membiarkan payung di dalam rumah dalam keadaan terbuka..(org kata, kalau payung dibiar terbuka dalam rumah, nnti ular masuk)
* abah kasi g mesir, yahoo!! (cuti yg tidak kesunyian)
* moga2 hasrat abg hadi, sepupuku di mafraq menjadi kenyataan, keh3..
* exam sok- syiir hadith, lusa- adab muqran.. baca buku la.. ok!!