Tuesday, April 27, 2010

27 hb..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, lafaz syukur kepada Allah atas limpahan nikmat kurniaannya, selawat dan salam buat junjungan agung lagi besar, Rasulullah, serta umat Islam sehingga ke hari ini..

Hari ini 27 haribulan 4, dan tinggal lagi hanya beberapa minggu diri di Jordan ini.. Jangan nangis dulu, ini bukan entri sedih versi ciksantun ya.. Ini sekadar entri suka2 di malam hari, yang sangat bosan dek 3 hari sebelum ini sibuk dengan imtihan dan bahas, dan malam ini kononnya mahu merehatkan diri, tapi ke'boring'an pula melanda diri..

Insyaallah sem ini merupakan sem terakhir bagi saya dan juga sahabat2 lain selepas 4 tahun menuntut di Universiti Yarmouk ini.. Semoga dipermudahkan.. Dan untuk menyambung master itu, semestinya telah berada di dalam perancangan sejak awal dahulu lagi.. Cuma dimana itu yang tidak pasti..

Saya sudah nekad benar, jika dapat sambung di Universiti Yarmouk lagi, memang saya akan teruskan. Pedulikan ahli PERMAI sudah menyampah dengan saya, meminta saya segera pulang atau sebagainya itu saya langsung tidak peduli. Yang pasti, saya tidak menyampah dan semakin hari semakin menyayangi doktor2 di jamiah, dan menyukai sukarnya belajar di Jordan ini, =)..

Tapi, minggu lepas kami telah berbincang suatu tajuk yang pernah dibangkitkan ketika di tahun satu dahulu di dalam liqa' mahabbah MMY, iaitu safar mar'ah.. Saya tidak layak dan tidak kuat untuk menceritakan hukum2 safar mar'ah ini, tapi bincang tentangnya membuat saya jadi tidak keruan.. Dan safar mar'ah ini dibincangkan didalam kelas fiqh wanita untuk akhawat MMY oleh doktor Safiah Syara'..

Antara isinya :-
1) Safar mar'ah tetap haram!
2) Semua hadith yang membenarkan safar mar'ah adalah maudhu'.

2 ini saja sudah cukup menerang segala..

Lalu dibalas sahabat, "Wanita yang keluar itu memang mahu menuntut ilmu, dan tidak buat apa yang melanggar syara' sepanjang berada di luar".

Jawab doktor, " Apa yang lebih penting?? Menuntut ilmu, atau mengaplikasikan ilmu?"

Bertanya lagi sahabat, "Zaman sekarang kan dah canggih, dah takde ape2 yang perlu ditakutkan".

Jawab doktor, "Zaman sekarang adalah lebih merbahaya dari zaman dulu, zaman teknologi adalah zaman bahaya"..

Bertanya lagi sahabat, "Bagaimana pula jika wanita itu keluar dengan berkelompok, bukankah ia dibenarkan?".

Jawab doktor, "Yang mana kamu rasa lebih selesa?? Berada dalam kelompok akhawat di luar negara, atau berada dalam negara bersama keluarga? Aku dahulu selepas mendapat degree di Jamiah, aku dapat sambung master di luar negara juga, Britain, tapi kerana hukum Allah, semua itu aku lepaskan.. Mahu menuntut ilmu, didalam negara lebih mudah"..

Haih~~ Berpeluh kepala sekalian muslimat yang hadir.. =)

Saya mengiakan itu semua.. memang benar!!

------- senyum ---------

Kita keluar menuntut ilmu sehingga ke Jordan ini sudah tentu punyai sebab tersendiri, benar??

Jika setiap orang yang ingin belajar di luar negara ini, WAJIB membawa sekali mak ayah atau suami atau abang kandung atau mahram lainnya ke luar negara juga, bayang saja bagaimana kos sara hidup satu keluarga.. Jika kaya, itu lain cerita.. Kos sara hidup seorang ditanggung oleh JAIS pun kadang tidak mencukupi, mahu pula berkeluarga??

Jalannya adakah dengan menolak saja tawaran2 luar negara yang datang ke rumah, dengan memberi peluang kepada para lelaki saja untuk dihantar ke luar negara sedang Jordan saja didalam istikharahnya?? Bukankah itu namanya kita sendiri yang menolak rezeki.. Adakah perlu mewajibkan pelajar2 yang bakal datang ini untuk berkahwin sebelum dihantar ke luar negara?? Pelik benar bunyinya..

Bukan saya menolak hukum Allah, nauzubillah, tapi inilah jika ada yang bertanya tentang haramnya safar mar'ah ini hukumnya qat'iyyan haramm, kita yang berada dalam haram yang disebutkan ini perlu ada pendirian sendiri, dan ada juga syeikh yang tidak langsung menerima safar mar'ah ini dibolehkan.. Untuk itu, kita haruslah menjaga dhowabit2 dalam permusafiran ini.. Menjaga diri, tuntut ilmu sebanyak mungkin, menggunakn khidmat muraqib =), sekurangnya menjadikan kita 'lebih berguna daripada jika kita berada di negara sendiri'..

Lantas saya terfikir, untuk sambung master disini, adakah perlu saya mendirikan rumahtangga balik nanti?? haha.. Ya Allah, berilah petunjukkk~

Saturday, April 24, 2010

aku ditempeleng~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan umat ikutannya sehingga ke hari qiamat..

Hari Isnin dan Rabu saya hanya punyai satu kelas sahaja, jam 2-3.30 petang, kelas fiqh ibadat.. Dengan doktor kesayangan sem ini la, doktor Ibrahim Jawarneh.. =) Dan entri ini atas sebab dah janji dengan seorang junior.. (walaupun lambat, hari tu cakap nak masuk blog je kn, tak kate bile kn?)

Dan hari Rabu lalu belajar tajuk yang seronok sekali untuk pelajar2 iqtisod, bukan saya lah, iaitu tajuk Zakat.. Sebut saja zakat, sudah terbayang dalam kepala akan emas, perak, unta, kambing, lembu dan yang paling penting duit $$$$... Walau sebenarnya bukan duit yang menjadi permasalahan saya, tetapi ANGKA (adeihhh).. Dahulu, minat juga dengan angka ini, tapi setelah lama meninggalkan kalkulator dan sempoa, jadi kekok pula, terkial2 mahu menjawab di papan putih beberapa hari lalu.. (peristiwa hitam disitu, harap rakan2 sekelas merahsiakan, =p )

Tapi..

Bukan itu yang saya mahu ceritakan disini ya, abaikan perkara di atas.. =)

Didalam kelas, doktor suruh memberi nama bulan2 dalam islam mengikut turutan, lalu saya memandang junior sebelah dengan tersengih2.. Tindakan itu saya kira diperhati doktor lalu doktor meminta saya menyebutkan.. Lalu hati menyanyi2 lagu alarm-me bulan2 islam, dan mulut mula menyebutkan bermula muharram sehingga ke akhirnya..

Kemudian, kedengaran suara2 tidak puas hati dari rakan arab sekelas.. Itu semua adakah penting untuk diingat?? Itu untuk mengajar kanak2 dan dinasyidkan untuk memudahkan mereka mengingat bulan2 islam.. Dan doktor mula menjawab dengan......................

Kita hafal tapi tak amal!!
(Ya, barulah masuk kepada tajuk sebenar selepas banyak pelencongannya, alhamdulillah jumpa pangkal jalan, =p..)

"Rukun islam ada berapa??" 6.. 5.. 7... (pelbagai jawapan didalam kelas)
"Rukun iman ada berapa?? " 5.. 6.. (pelbagai jawapan juga)
"Itu pun tak dapat ingat"

"Apa doa ketika menyarung pakaian?" .. diam
"Takkan taktahu??? Ada hadith, Rasulullah buat.." masing2 mengingat..
"Doa ketika tengok cermin?"
"Doa ketika bangun tidur? Ada 2 hadith, kedua2nya sohih"
"Doa naik kenderaan?"

"Kamu semua hafal hadith, tapi semua tak praktikkan".. pangggg, bagai ditempeleng mukaku..

Benar kata doktor..
Dahulu ketika di sekolah rendah, ustazah minta hafal doa, tasmik, dan amal. Sungguh, satu doa pun tidak tertinggal untuk diamalkan.. Doa hendak tidur, doa bangun tidur, doa memakai baju, doa mengadap cermin, doa naik kenderaan, doa belajar, doa masuk rumah, doa keluar rumah, dan pelbagai doa lagi..

Tapi kini, kadang2 bangun tidur pun terlupa mahu baca doa, sedang bangun tidur itu adalah saat untuk lebih2 lagi kita harus bersyukur pada pemilik jiwa kerana masih lagi memberikan nikmat 'hidup' di dunia ini.. "Segala puji bagi Allah, yang telah menghidupkan dan mematikan" atau sebagainya.. Hanya terbangun kerana mendapat mimpi ngeri sahaja baru mula beristighfar dan berzikir dengan banyak..

Kaf ba ra kaf alif ta nun??
Ya, keberkatan.. Jika dulu, di sekolah seringsaja ustazah mengajar agar sentiasa membiarkan diri dalam keadaan suci, wudhu' sentiasa diperbaharui, masuk tempat baik dengan kaki kanan, keluar dengan kaki kiri, itu dan ini, tapi semua itu tidak lagi dipraktik sehingga kini.. Sedang itulah ajaran Rasul, yang mana jika diamal, pahala itu sudah tentu.. Sama-sama muhasabah diri, (^_^)..

Ikut ajaran Rasul, nikah saja yang diberi perhatian, Nabi nikah kebanyakannya pada hari Khamis bulan Syawal.. Hehe..

Jadi kawan2, ayuh pilih tarikh.. Syawal tahun ini kah? Tahun depan kah?? 2 tahun depan kah?? 3 tahun depan kah?? Tidak jumpa syawal kah? Kuserah semua pada Allah, =)..

Mahu habiskan baca Nahu, saya akhiri, sekian.....

Monday, April 19, 2010

Surat utk aurat..

Surat untuk aurat.. (copy n pes tomato, =P )


ke hadapan aurat....
terima kasih kerana sudi menjadi auratku....
aku bangga punyai aurat seperti kamu....
ikal kerintingmu bikin aku bisa bermegah laksana ratu...
walaupun aku tahu....
aku bakal dipersoalkan perihal pengabaian kamu...
itu tidak menjadi gundah bagi aku...
selagi kamu diterima dan diagungi
aku tega memperagakanmu agar aku turut disanjungi....
bukan menjadi beban bagiku untuk melepaskan kamu sesuka hati....
aku rela berhabis juta juta untuk kamu jadi warna warni...
untuk kamu jadi bak pelangi....
tapi aku beragak untuk membeli kain untuk kau dilindungi....

wahai aurat...
aku sedar aku harus membatasi kebebasanmu...
aku sedar itu kehendak agamaku....
tapi aku punya alasan yang aku kira jitu untuk menyeka tuntutan itu....
untuk mengikut keliberalan duniaku....
kerana kebebasanku tak harus dibelengu....
kerana tanpa kamu aku seperti batu.....
tidak diendah setiap lakuku...
tanpa kamu aku bukan nombor satu..

duhai aurat...
adakala aku terasa mahu menutupimu....
tapi dalih bijaksana sentiasa mengikat nawaitu.....
aku tidak mahu dilihat satu hari bersamamu satu hari tanpa kamu....
pasti aku dilabel lidah bercabang seribu.....
jadi tinggal aku yang malu dengan perbuatanku....
walau aku sedar pada hari itu....
kamu akan mengkhianatiku...
mengadu pada yang Maha Satu....
perihal aku mengkhianati kamu sebagai amanahku.....
menjadi saksi pada setiap pengabaianmu....

aduhai aurat....
entah bila masanya aku akan bertaubat....
entah bila masanya nyawaku diangkat.....
tapi yang pasti kamu akan ditutup rapat....
saat aku disoal malaikat.....
sekian...

an-nur:31

April?

(entri ni ntah hape2 ntah)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah bersyukur pada Allah, selawat dan salam buat susuk agung Rasulullah, sahabat2 serta pengikut2 yang menjadikan alQuran asSunnah sebagai panduan hidup shingga ke hari ini..

APRIL??
Jika April tahun lepas, saya punya satu misi yang sememanganya misi itu dari tahun 2 lagi, tapi sehingga kini tidak tercapai.. Dan misi itu juga kononnya terkesan dari program miniklinik anjuran MMJ (majlis mahasiswa Just).. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai misi ini, kempen tak makan nasi 40 hari, kempen 'katakan tidak untuk makan malam', kempen 'cafe tarbiyah sifar', tapi kesemuanya hanya separuh jalan, nasib tidak adakan 'kempen melepaskan batuk di tangga' (erk..??)

April, bulan yang saya lahir didalamnya, tiap tahun pasti terdapat peristiwa bersejarah.. Hari ini berjalan2 dan merayau2 di blog senior2, rupanya ramai juga yang ayah atau ibu mereka lahir dalam bulan April, ataupun yang bernikah pada bulan April.. Siapa itu?? Carilah sendiri.. Istimewa bukan bulan April ini? =P.. Jangankan kata ibu ayah, bulan April sendiri catat rekod paling banyak orang lahir, itu dari sekolah lagi sudah saya perasan.. (mmg perasan, =P )

April kali ini saya belum bertemu lagi dengan apa2 peristiwa yang besar, mungkinkah April kali ini bertemu dengan orang masa depan?? Gerun juga, =P.

Minggu lepas..
Minggu lepas iaitu minggu ketiga dalam bulan April.. Mulanya SUPER 10 anjuran PERMAI, masalah sedikit dengan persegaran sehingga membuatkan (baca : memaksa) untuk menghidupkan semula blog yang sudah beberapa bulan layu dan kusam ini.. (bajet hawtt, kah??;p )

Kemudian, dalam minggu itu juga seorang junior tahun 2 dimasukkan ke hospital kerana penyakit hepatitis (harap2 ejaannya betul).. Alhamdulillah, keesokan harinya saja sudah boleh pulang dan khabarnya sekarang kembali normal dan sihat..

Kemudian, Kak Ummu pula melahirkan anak.. Alhamdulillah baby seberat 2.8 kg selamat dilahirkan.. *Kak Ummu adalah kakak senior adab kami, =P.. Semoga menjadi anak yang soleh serta berguna kepada masyarakat, seperti umi dan abinya..

Kemudian, peristiwa hitam rompakan di rumah junior tahun 2 juga.. Moga terus tabah dan sabar ya.. Allah mengambil sesuatu untuk menggantikan dengan yang lebih baik, mungkin.. Atau mungkin Allah ambil sesuatu kerana benda yang boleh mendatangkan mudarat, dan tiada manfaat.. Dan semua itu adalah bentuk ujian, bagi menguji tahap kesabaran..

Inilah peristiwa suka+duka berlaku hanya dalam 1 minggu! Semua adalah dalam rancangan Allah SWT.. Jika mahukan begitu, maka ia akan terjadi, bukan hanya dalam sekelip mata, tapi boleh jadi mata pun tidak sempat untuk berkelip..

~banyak benar cerita dalam PERMAI saja ya.. Owh semestinya, kerana saya sememang berada di dalamnya, dan lebih kurang 72 hari saja lagi untuk berada bersama PERMAI.. Pasti rindu, =(.. ~

Sunday, April 18, 2010

Patah hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Ayuh dengar lagu ini.. Hayati liriknya, seolah ada sesuatu di situ.. Ia tiada kaitan dengan saya ya, jika saya, bukan patah hati tetapi makan hati, =P..



KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN

Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Friday, April 16, 2010

pecah rumah lagi.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Solawaatu wassalamu ala rasulillah..

Sekadar berehat2 merehatkan diri dan badan dari mengadap buku ijtimak, exam esok, 17April jam 1.30pm-2.20pm.. Petang tadi, sedang mengambil mood untuk membaca buku......

Jam 2.45 petang.. Mesej berbunyi :
"Salam, rumah Faizal dipecah masuk, time jumaat, kamera dan laptop hilang".
"Ye?? Barang dia je ke? Barang lain lagi ape?? Tak kunci pintu ke, kene pecah pintu??"
"Tak tahu, baru nak pegi tengok.. Dekat dengan rumah Insyirah tu, hati2.."

Haih, orang nak mengambil semangat, lagi dapat berita yang melemahkan semangat..
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun..

Ya, bangunan yang dimaksudkan hanyalah selang beberapa bangunan saja dari rumah ini.

Pertama kali 'KAMI' melalui kes pecah rumah ini adalah rumah bawah, yang duduknya sahabat2 bertajaan 'dirahsiakan' =) sewaktu kami pergi program.. Saya tak dapat lesen lagi untuk menceritakan kisah dulu2 ni dari mereka, jadi saya biar saja.. Jika mahu tahu, duduklah bersembang bersama mereka, minum kopi dengan biskut kering petang2 dan imbas peristiwa lalu pasti menggembirakan, =P..

Cerita2 lawak di tahun 1 pasti terbayang2 di kepala setiap kali mendapat berita2 yang pernah kami alami suatu ketika dahulu.. Walaupun seperit mana berita itu di tahun 1 dulu, kini pasti tergelak jika imbas kembali..

Pernah suatu petang, kami semua sedang bersantai2 di dalam bilik, sahabat dibilik sebelah sedang solat, tiba2 masuk seorang lelaki arab yang kami tidak tahu punca dia masuk tu sebab apa.. Ketika itu sangat baru di Jordan ini, dan belum biasa untuk sentiasa kunci pintu rumah.. Saya dan sahabat sebilik sudah nampak lelaki itu, lalu dengan 'bongeks' nya, kami menutup seluruh badan dengan selimut, konon2 lelaki itu tak nampak kami.. Bongeks kan?? haha.. Mujur lelaki itu tidak melakukan apa2 dan tiada sebarang kecurian..

Puas kami merahsiakan perkara itu dari pengetahuan akak2, akhirnya mereka tahu juga, tidak tahu dari siapa.. Kemudian, bermulalah pembebelan mereka "Inilah dia budak melayu, baik sangat, husnuzzhon sangat dengan arab ni.. Dah masuk rumah, boleh takde ape2?? Tak kukuh langsung!!".. Hai, berdarah saja telinga kami kalau mereka dah mulakan ceramah menusuk jantung tu..

Kes pecah rumah di Irbid ni pernah jadi kes bermusim, yang mana, selang beberapa hari saja rumah orang ini, kemudian rumah orang itu, kemudian rumah orang yang disana.. Perompak masuk melalui bumbung la, melalui tingkap lah, dan sebagainya.. Waktu inilah kesemua ahli Permai sangat berjaga2, ma'thurat pagi petang jatuh hukum haram jika ditinggalkan, pintu setiap saat dikunci, itu dan ini bab keselamatan dan tawakal kesemua dijaga..

Tapi berbeza benar dengan kes hari ini, strategi perompak dari awal sangat licik, tahniah diucapkan, phD di Universiti Rompak dan Pecah barangkali.. Dan lebih bahagia perompak itu kerana dapat duit suci dan bersih kerana ramainya rumah yang dirompak kebanyakannya pelajar tajaan zakat.. Kurang sikit dosa mungkin fikirnya..

Langkah pencegahan saya tak pandang benda lain dengan keadaan ahli yang sudah ramai ni melainkan tawakal pada Allah.. Keluar masuk rumah jangan lupa ayat kursi, bacaan2 pendinding jangan tinggal..

Mungkin tingkap rumah kami yang terbuka luas sehingga menampakkan barang2 didalam, lalu rumah bangunan sebelah sana yang menjadi mangsa, itu kita sama ambil iktibar.. Sama2 muhasabah kembali, hikmahnya pasti ada.. Selepas ini ramai orang yang berhati2 bab keselamatan itu juga satu hikmah. Setiap ujian itu adalah kunci kepada pintu untuk kita kembali kepada Allah SWT, benar, bukan??

Jangan bersedih, kerana ada yang bersama kamoo..

Saya akhiri, sekian.. Doakan saya dan sahabat2 yang exam esok, Assalamualaikum.. =)

panjat pokok!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, wa syukur lillah, kepada Allah tempat kita panjatkan segala kesyukuran, diatas nikmat yang luas dan rezeki yang tidak putus2.. Allah maha kaya, Allah maha besar.. Selawat dan salam keatas Rasul, nabi junjungan serta ahlinya juga umat Islam selepasnya sehingga ke hari ini..

Entri ini tidak membawa tajuk yang berat, sekadar cerita tentang aktiviti semalam petang kami saja, haha.. Berminat untuk mengetahui? Teruskan membaca.. Jika tidak berminat juga tiada masalah, =)...

Lihat dulu la gambar2 ya! Ini saja yang boleh diupload, gambar lain merbahaya, boleh disaman oleh JKK Kebajikan dan Keselamatan PERMAI, =)..


Mulanya tiada.. lihat itu buah yang dibahagian bawah kesemuanya muda dan hijau lagi, masammm..


Ok, sedang naik.. jaga2, dahan kecik tu..


Landing tempat cantik punyaa!!


Ya, itu dia monyet kita curi buah belakang rumah!! haha..
Gerangan orang yang memanjat ni terpaksa dirahsiakan.. sape yng tau pun diam2 je ek?


Jangan pelik ya, pokok mana yang anda lihat didalam gambar ini.. Sememangnya rumah kami ini dihadapannya ada 'belukar' yang menanti masa bulan 6 nanti untuk ditebas menjadi taman bunga semula.. Dan dibelakang rumah pula ada kebun, haha kebun la sangat, yang ada cuma pokok escadonia.. Jangan pula dicari pokok rambutan, atau pokok mempelam, atau pokok kedondong.. =)

Selama 2 tahun kami menetap di rumah ini, melihat escadonia yang ranum kelihatannya dari dapur, jika lapar, petik saja mana yang dapat.. Tapi buah yang tak tercapai dek tangan ini, hanya melihatnya busuk dan berlubang dimakan burung.. Oh peritnyaa hati!!

Jadi semalam, saya bersama seorang lagi sahabat telah membuat satu misi 'memanjat pokok escadonia'.. Mujur saja kami ini 'orang kampung', setakat digigit nyamuk, digigit semut, tangan bercalar terkena duri itu perkara biasa, menjadi lumrah orang kata, =P..

"Orang kampung keluar bandar"..
Naik motor keliling kampung, panjat pagar pergi sekolah, panjat pokok mempelam, itu perkara biasa.. Jika orang lain teringin makan escadonia, tahan sajalah teksi ke pasar di balad, borong saja banyak2, dan makan saja puas2.. Duit itu tidak menjadi masalah..

Bayangkan saja bagaimana seorang yang duduknya di ceruk kampung, KAmpung Jawa la tu, yang duduknya di Banting, yang duduknya di Sabak Bernam belajar di negara 'orang kaya', Jordan la tu, di kawasan 'orang kaya' pula.. Rindukan motor, rindu panjat pokok, rindu panjat pagar, mandi kolam, nyorok bawah jambatan.. Akhirnya, selepas tahun 4 di Jordan baru dapat lepas gian dengan memanjat pokok.. Kasihan, bukan?? Tinggal lagi tidak panjat bangunan saja, jika tidak, memang catat rekod menjadi spiderwoman di Irbid, =)..

Selepas ini bolehlah JKK yang terlibat membuat seminar panjat pokok dan cintai alam sekitar ya.. Saya akhiri, ada perkara lebih penting saya harus lakukan.. sekian~

~cucu2ku, musim buah sudah tibaa, ate bile nak balik kampung nyee?? ~

Wednesday, April 14, 2010

nak muraqib..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Allah.. Allah.. Allah.. Peliharalah kami Ya Allah!! Ampunilah segala dosa kami yang membuatkan sahabat2 kami menerima tempias dari kejahatan kami..

raaqaba yuraaqibu muraaqib - perkataan yang sudah lama saya ketahuinya, hanya saja penggunaan istilah itu sebetul2nya saya jumpa hanyalah di Jordan..

baca ini - lutfihafifi.com (kes pukul yang tidak tahu kali keberapa berlaku di Jordan ini - peringatan keras dari Allah, supaya akhawat lebih2 lagi untuk menjaga diri)

Malam tadi jam 11, baru saja saya ingin melelapkan mata, tiba2 satu mesej masuk, mesej berbunyi "salam, sila jawab mesej ini dengan kadar yang segera, sekarang berada dimana?? didalam rumah atau di luar??".. Saya kehairanan, mesej pukul 11 tanya seperti itu, apa yang terjadi sebenarnya ni.. Lalu saya membalas mesej "wsalam.. ada di rumah, kenapa?".. Mesej berbalas lagi "oh, tidak mengapa.. saya nampak akhawat sedang berjalan ke arah duwar nasim.. Pukul 11, ada lagi akhawat yang keluar.."

(Sengaja cerita, nak kantoikan akhawat yang keluar malam itu.. Qoror keluar malam musim soifi adalah jam 10malam ya, kawan2, ingat! Penetapan itu memang tidak tertulis secara zahir didalam al-Quran, tapi maslahah yang dibuat adalah berasaskan alQuran dan asSunnah, sila rujuk informan MPPM sesi lepas, =P )

Sewaktu di tahun 1, kami pelajar akhawat yang tinggal di kawasan wara' funduq hijazi ini memang tiada masalah langsung dengan muraqib, walaupun perkataan muraqib itu adalah satu perkataan yang sangat dibenci!! kuang3.

Dengan keadaan akhawat yang sedikit, dan tinggal di kawasan syabab, agak terpelihara juga ketika itu. Sistem muraqib yang dapat dilihat ketika itu adalah syabab WAJIB menemani mana2 akhawat yang berjalan di waktu malam tidak kira secara beramai2 apatah lagi jika seorang..

Pernah suatu malam, jam 11, saya dan sahabat saya keluar mahu ke kedai fotostat (cari pasal sebenarnya, dah tau kedai tu dekat dengan rumah syabab, lagi mahu keluar malam, =p), tiba di pertengahan jalan, jumpa seorang syabab yang mukanya saya tidak kenal pasti, terus saja menutup muka dengan fail dan berpatah balik pulang ke rumah..

Tidak lama kemudian terima mesej dari seorang kakak senior, bertanya 'ada yang keluar ke malam ni?'.. Katanya dapat mesej dari seorang syabab untuk memastikan akhawat itu adakah benar yang dilihat itu melayu, jika bukan mungkin pontianak atau sebagainya yang menyerupai melayu, agaknya, dan sudah selamatkah pulang ke rumah.. Dan banyak kali juga berjalan2 di waktu malam, tahu2 saja ada syabab di belakang..

(bahagia sungguh bukan zaman dahulu, dan tidak gerun sangat untuk mencari pasal dengan keluar malam2, =p )

Pengalaman tahun 1 itu, saya dapat rasa kesannya ialah, kini saya tak biasa keluar tanpa muraqib.. (menggedik, bukan? haha..)
Muraqib sekarang saya taktahu bagaimana mahu komen, jarang menggunakan khidmat mereka, melainkan balik program sahaja. Lagipun saya makruf sahaja muraqib2 semua pasti sibuk dengan urusan belajar lagi, persatuan lagi, hak dengan kawan2 lagi..

Akhawat bukannya tidak mahu menggunakan khidmat mereka, cuma risau akan mengganggu masa mereka.. Syabab pula fikirkan perkara yang lain, yang saya tidak tahu apa yang mereka fikirkan, kerana saya bukan syabab, =p..


~entri ini adalah hasil cadangan seseorang, yang sedang menggosok baju sekarang ini.. katanya lagi, buatlah perbezaan cmne cara belajar dulu dn sekarang ke, ukhwah dulu dan sekarang ke, saya juga tidak tahu mengapa 'perbandingan' yang jadi pokoknya, mungkin hasil tindakbalas dari madah "fiqh muqaran" barangkali.. =) ~

KAWEN??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Bersyukur pada Allah diatas nikmat yang tidak putus2 dilimpahkan pada hambanya, selawat dan salam atas junjungan agung Rasulullah, para sahabat serta pengikut2 yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup..

Sepertimana tajuk nun di atas sana, pada mulanya, tidak berminat saya untuk cerita tentang apa yang dikenali sebagai KAWEN?? itu, kerana lama benar tidak dengar desas desus serta hiruk pikuk orang2 ingin melaksanakan tuntutan yang satu itu.. Tapi petang ini, merayau2 ke blog budak2 Irbid, jumpa juga satu yang cerita tentang'nya'.. Maka apa lagi, saya juga tidak mahu ketinggalan, hehe =)..

Teringat suatu program anjuran PERMAI bulan lalu, program gabungan antara MMJ (majlis mahasiswa Just) serta MMY (Majlis mahasiswa Yarmouk), salah satu program itu ada satu program ini diberi nama "Andai dia milikku".. Mujur saja program ini diasingkan antara syabab dan akhawat, jika tidak, sudah tentu ramai akhawat yang tersegan silu mahu bertanya lebih, =)..

Tiba teringat pula kisah sahabat saya, seringkali dihambur dengan persoalan 'bila mahu bernikah?'.. Nak kata sudah tua, orang yang menanya itu takut sahabat saya digelar andartu, tidak pula saya rasa umurnya layak terima gelaran itu, tapi tidak tahu mengapa seringkali orang sekeliling gemar menanyakan soalan yang bisa kadangkala merimaskan, kadangkala menambah ke'miangan', dan kadangkala malas nak layan..

Jika belum berkahwin, soalan biasa akan ditanya 'bila mahu kawen'.. Jika dah kawen, soalan 'bila nak dapat anak' pula.. Dah ada anak, 'bila nak dapat anak lagi' pula.. Memang hingga ke sudahnya, soalan2 ini yang menjadi bahan bualan masyarakat..

Tidak mahu menikah, itu menolak fitrah, benar?? Sesiapa yang punyai simptom ini, lebih baik kenal pasti segera.. Jadi jawapan apakah yang lebih sesuai melainkan jawapannya 'belum ada rezeki' ??.. Walaupun belum ketemu jodoh, serta halangan2 family dan sebagainya menjadi punca, tapi taqdir Allah itu yang lebih utama.. Bukankah jodoh kita sudah ditetapkan sejak azali lagi??

Istikharah cinta.. (huahuahua)
Kalau betul dia adalah orang masa depan kamu melalui istikharah kamu, maka jangan risau, dia tetap milik kamu, dan Allah akan simpan dia untuk kamu..

**********
(terpaksa berhenti walau isinya banyak lagi, hihi)

SEGAAARR..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Semenjak jarang menulis ini, entri2 asik cerite pasal diri saja, kata seorang sahabat.. Owh saya juga berasa amat segan.. Jadi hari ini, tidak lah saya ingin menulis sesuatu yang sangat serius, tapi lebih pada waqie', insyaallah, moga2 tidak tersasar lagi dari hadaf, =)..

PERMAI 2006/2007..
Ah haa, saya bukan orang yang sebegitu layak mahu bicara tentang persatuan terhangat di Irbid ini, tapi saya mampu mengatakan saya adalah pelajar tahun 4 dan sudah 4tahun menjadi ahli Permai yang setia, dan BELUM lagi bersekutu dengan mana2 persatuan di mantiqah lain, =P.. Dahulu ahlinya hanya 220 orang, program sangat sempoi, yang penting adalah makanan program sedap, semua orang akan pulang dengan riang ria dan gembira.. Bak kata orang dolu2, "kenyang perut suka hati".. Sehinggakan suatu masa dahulu, salah satu cara untuk mengumpan ahli untuk ke program adalah dengan makanannya (kalau orang lain tidak berasa begitu, tidak mengapalah, saya sorg saja barangkali, =p ).. Tapi saya berasa ramai yang menyokong, teringat suatu masa dahulu ketika di program API -Akses Pemikiran Islam di Farabi, ada seorang peserta ditanya "apa yang kamu dapat dari program ini?" makanannya sedap, itulah jawapan yang diberi, =)

Makanan??
Biro yang bertanggungjawab menguruskan makanan di Irbid ni lebih manja dengan panggilan 'persegaran'.. Pertama kali saya dengar perkataan ini adalah dari mulut kak Syukriah, di bilik saya, ketika di tahun 1 dan tak ingat program apa, sehingga habis dia cerita tentang sesuatu yang diberi nama persegaran itu, akhirnya saya bertanya, "persegaran itu apa??".. Berderai tawa akak2 yang ada bersama ketika itu.. Mujur isinya difahami, cuma perkataan persegaran itu membuatkan bingung sedikit.. Tanpa jawapan dari akak2, maka saya pun membuat andaian ketika itu persegaran adalah untuk orang2 yang berbadan segar, =)..

Pertama kali..
Pertama kali bayt Insyirah menerima kunjungan lamaran untuk memasak, jika tidak silap program raya, buat nasi himpit.. Banyaknya kami ini, bukan secara langsung memegang jawatan persegaran itu, tapi salah seorangnya sebagai ajk dan hanya kerana seorang ajk itu semua ahli rumah juga turut terlibat.. Berhempas pulas semua tenaga melenyekkan nasi di dalam dulang untuk memberi makan 220 orang.. Penuh di ruang tamu ketika itu dengan dulang2, bayang saja jika satu dulang itu hanya lepas untuk 10orang makan, 220 orang memerlukan 22 dulang.. Nasiblah semua orang makan nasi yang dihempap oleh kitab dan tangan2 kami, haha, =)..

Itu tidak mengapa, jumlahnya hanya 220, ya kan?? Sekarang.. 606.. bukan nasi itu lembik lagi mampu dihempap, tapi tak masak pun boleh jadi kebarangkalian..

Semua orang mahukan yang terbaik, kritikan dan komenan itu perlu, tapi andailah menjatuhkan semangat dan berazam tidak mahu masak lagi dalam apa2 program, apa semua itu?? Terjadi begitu, maka orang yang kritik itu, silalah keluarkan periuk, kawah dan apa lagi peralatan untuk masak, beli barang, fikir menu, potong sayur, dan silalah masak untuk 606 orang.. Aku yang sensitif sangat, atau mereka yang terlebih?? Kritikan membina, itu ya.. Tapi sumpah aku tidak pernah terfikir untuk balik Malaysia nanti menjadi chef wan, two atau three.. tidak pernah!! Tidak pernah juga dalam perancangan kehidupan untuk mengambil apa2 tender.. Tidak pernah!

Rindukan PERMAI yang dahulu, :'(.. Sayang sekali masa itu takkan berulang kembali.. Membetulakn kembali emosi.. Sudah tidak rindu rumah, tapi rindukan zaman lalu, owh tidak!

Sunday, April 11, 2010

TIGGER - Super '10

Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikumwarahmatullah..

Malam ini mata ini tidak tahu mengapa tidak dapat ditemukan antara 2 kelopaknya selepas mendengar jeritan2 arab di luar sana yang kegirangan barcelona menang 2-0 menentang real madrid malam ini.. Dari tadi 'ole2' bersahutan dari bangunan sana, sambung bangunan sana, ke bangunan sana.. Andailah Barcelona itu mampu menolong di akhirat sana, bersyukur lah juga.. Ya, tidak??

Semalam adalah hari sukan Permai (SUPER'10).. Dan buat kali ke berapa saya tidak pasti, saya menjadi ketua rumah sukan lagi.. Untuk sukan permai ini, sudah 2 kali.. Tahun lepas ketua rumah sukan Biru (Mighty Shark), dan tahun ini pula ketua rumah sukan Oren (TIGGER- anime harimau yg comel)..

Dan pencapaian saya untuk kali ini saya kira adalah yang tercorot berbanding dengan yang sebelumya.. Kerana kehilangan semangat selepas kalah bermain bola tampar.. Jika sebelum2 ini, saya sebagai ketua sukan, saya memilih untuk tidak bermain apa2 permainan, kecuali di final sahaja masuk sekejap, dapat merasa ketua kumpulan bermain juga orang kata.. Tapi tidak pada tahun ini..

Tahun ini, saya memilih untuk masuk acara.. Mulanya, perbarisan pada waktu pagi, alhamdulillah, walaupun baru dirancang pagi itu, gaya, nyanyian dan sebagainya, dapat juga no2 dalam perbarisan dengan lagu TIGGER versi harimau betina mahu ngorat harimau jantan, juga lagu selamat pagi pampers yang telah digubah, =P.. Kemudian acara olahraga.. 3orang atlit oren yang pitam+kejang+salah urat.. Mujur saja ketua kumpulan mereka ini dukun Irbid, sehingga mengalir air mata mereka kerana 'sedapp' diurut, =)..

Kemudian beralih ke acara di gym untuk bola tampar, bola jaring, pingpong dan badminton.. Dan disinilah saya telah kehilangan seluruh semangat, sehinggakan saya sudah tidak kisah apa yang berlaku pada kumpulan saya, menangnya atau kalahnya selepas saya kalah bermain bola tampar..

Disinilah saya membuat perbezaan, jika selalu, saya tidak mengambil acara, jadi saya mampu menaikkan semangat mereka yang kalah, dan terus menyokong mereka untuk bermain.. Tapi kini, saya yang kalah, dan saya sendiri yang kehilangan semangat dan mahu menaikkan semangat sendiri itu saya tidak mampu.. Lalu saya mengambil langkah untuk duduk saja di atas, dan buat kali pertama saya tidur di gym ketika perlawanan, dan juga buat kali pertamanya saya tidak turun bersorak menyokong ahli bermain..

Menang kalah itu saya sudah tidak ambil kira, bukan saya ambil kisah akan kekalahan, tetapi keadaan hilang semangat dan frust dengan bola tampar itu tersenyum pun tidak saya mampu..

Keadaan begitu sahaja sehinggalah di majlis penutup, salah seorang adik merangkap pemain bola jaring kump saya, aida namanya, bertanya "akak tadi tidur ye, sampai hati tk tgk aida main".. Waktu tu, saya memang sangat tidak boleh memaafkan diri.. Betapa kekecewaan saya terhadap bola tampar meranapkan perasaan anak2 buah kerana tak menyaksikan mereka bermain.. Lalu saya pun berkata "tadi akak pn takde semangat, tak boleh nk bg korang semangat, mintak maaf sangat".. Dan hakikatnya, jawapan itu sedikit pun tidak melegakan saya, =(..

Dan kami berkira2 agaknya kump kami no5 atau no6, tetapi selepas mendapat tahun no3, terus saja saya melompat gembira bukan kepalang.. Sehinggakan setiap orang yang saya jumpa saya akan berkata, rumah saya no 3!! rumah saya no 3!!.. Alhamdulillah, walaupun bukan no 1 untuk bergembira lebih itu, tapi sekurangnya ia bukan seteruk yang dijangka.. Sebab itu saya melompaatt!! ^-^ ~

Dan keputusan keseluruhan adalah :-
1) Biru
2) Coklat
3) Oren dan Ungu
4) Hijau
5) Merah

Ketua kumpulan biru itu,ketuanya satu rumah dengan saya, dan sehari sebelum sukan kami telah isytihar perang,perang manja2 orang kata.. Perang2 kami pn malam sebelum sukan, kami membuat bendera bersama,dalam bilik yang sama, gunting yang sama, benang yang sama, jarum yang sama.. Dan hari ini kami telah isytiharkan perdamaian!! alhamdulillah, =).. Tepat sangkaan saya, kump biru dapat no 1, kerana Arikah jampi2 padang dan bola, =)..

Kepada ahli2 kumpulan oren, tahniah, semua mantap2 cume tak ada rezeki utk menang.. Saya berbangga dengan ahli2 rumah Oren, tiap petang turun berlatih.. Rindunya nak berlatih bersama lagi tiap petang,=P.. Dapat menang gaya, pun jadilah.. semua kiut2 bangeettt..


ni logo kumpulan TIGGER, ya saya tahu, dia berwarna Oren...................


TApi masalahnya, mengapa super sonic Biru ini juga warna oren yaaaa??
Musykillllllllll....
Korang memang nk berganding ngn kitorg yeeee?? =)