Monday, March 28, 2011

...

Bismillah..



Allah..

Tuesday, March 8, 2011

Kursus Guru PASTI

Bismillah, bismillah, bismillah..

Perjuangan kita adalah perjuangan Laa Ilaaha Illallah!!!
Alhamdulilah baru pulang menghadiri ceramah YB Zaliah, ahli parlimen Rantau Panjang Kelantan di Markaz Tarbiyah dan Dakwah, Taman Sri Andalas. Petang tadi Abg Ryne call minta layan YB untuk solat, dan sediakan apa patut saja. Sekali tiba waktu ceramah diheret sekali diri yang tak berapa nak YB (Yang Bahagiaaa, =D ) ni ke hadapan untuk mengiringi, hehe kalaulah Abg Ryne tahu kerja2 nya belum kusempurnakan. 3 minit mesyuarat PeBT tahun 2011, adoi malasnya! minit, minit, minit.. Kerja simple, apabila ditanguh2, bukan lagi minit namanya, tapi jam, jam, jam, hehe, =).

Baiklah, terus kepada tajuk. Kursus Pemantapan Guru PASTI Kawasan Kota Raja, Alhamdulillah telah diadakan pada 4 dan 5 Mac lalu. Seharusnya dan selayaknya, tidaklah diri ini turut terlibat dengan sebarang program MGP (majlis Guru PASTI), almaklumlah bukan guru PASTI lagi, tapi dek kerana jamaah itu adalah sesuatu yang menuntut ke'bersama'an, maka diriku turut tercampak kedalam program ini, oh bersyukur Alhamdulillah.

Penglibatan Nisa' Kota Raja dalam program ini seramai 6 orang termasuk saya sendiri, ditugaskan menjaga kebajikan (la sgt ) serta conduct riadhah. Petang Jumaat itu, sepulangnya daku berjalan kaki dari sekolah ke rumah jam 6 terus ke MArkaz Kaw. Kota Raja di Bukit Naga. haih~

Malam itu program bermula dengan Kuliah MAghrib yang disampaikan oleh Setiausaha Kerja PASTI Neger4i Selangor, Al-fadhil Al-ustaz Mohd Al-Hafiz. Oh tapi tak dengar sangat dek kerana ada perjumpaan urusetia malam itu. Kemudian selesai kuliah maghrib, solat isyak, seterusnya slot motivasi oleh Ust Uda Kasim.

MasyaAllah sangat menusuk isinya, dan ada juga beberapa yang saya terasa, 'jangan ada yang hanya kerja di PASTI kerana sementara mnunggu kerja lain', ah terus saja ku tersenyum tertunduk malu. Oh walaupun sudah tidak mengajar di PASTI, cintaku pada PASTI tak pernah padam, haha boleh gitu?? =p.

Menjadi seorang guru tadika memang sangat best.. Perkembangan anak2 ini tiada satu pun perkataan yang sesuai digambarkan melainkan PUAS! Datangnya tidak mengenal ABC, alif ba ta, 1 2 3, diajar, dididik, mereka dapat ikut gaya guru, nada sebutan guru mengeja, MasyaAllah jauh dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Moga bermanfaat ilmu yang dicurahkan sebagai bekal akhirat. Amin, Amin, Amin.

video slot motivasi bagi menyuntik semangat semua para guru.



Andailah bukan ada sesuatu yang me'maksa' aku keluar dari PASTI itu, mungkin sampai kini aku masih mengajar di PASTI..

Kemudian habis slot motivasi masing2 pun berehat, nisa' dengan projeknya, unit amal juga dengan projeknya (mak limah balik kampung??? erk! =p ).. Seawal jam 4, bangun mandi, qiam, solat subuh, kuliah subuh, riadhah dan bermulalah bengkel. Kemudian acara penutup oleh En Aslam Setiausaha PASTI Negeri Selangor. Sempat berborak dengan isterinya KAk Niza petang itu bercerita tentang sejak bila penglibatan mereka dalam PASTI, elaunnya, jawatan2nya, MasyaAllah, mampu tidak aku sepertinya. Baru saja memegang beberapa jawatan, meeting hari2 dengan programnya sudah rasa letih kini, mereka apalagi, satu hari hadir beberapa meeting itu sudah lali benar barangkali..

Kemudian selesai program, kemas2 dan pulang..

PASTI Kota RAja