Wednesday, May 26, 2010

rehlahhh.. AQABAH?? huu~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Malam ini dek kerana orang Arab yang sangat keriangan di luar sana, membuat sekali mata ini turut sama keriangan tidak boleh memejamkan mata.. Tidak mengapa, suatu hari nanti pasti saya rindu saat yang paling saya tak suka sekarang ini. Paling tidak pun, akan berasa sunyi tidak lagi kedengaran hon2 yang bersahutan menyambut 'Hari Kemerdekaan' mereka itu.. haha, majazi sungguh.. Saat2 dalam fatrah exam begini, saya ingin mengupdate blog, kerana gila apa ya?? haha..

Teringat ketika di tahun 1 dahulu, rehlah akhawat MMY yang hanya beberapa kerat saja, kami ke Ajloun, ketika soifi ketika itu, dan diberi nama 'santai soifi' seingat saya.. Jumlah kami yang hanya berbelas sahaja, memuatkan kami semua menempah hanya satu coaster saja, dan bayaran jd1 setiap seorang..

Setiba disana kami terus masuk ke kubu Ajloun, salah satu kubu pertahanan Solahuddin Al-Ayoubi, selain 1 lagi di Syria, dan 2 di Mesir, dan 3 darinya sudah saya jejak, Alhamdulillah, ^^..

Kemudian kami berkelah di bawah pokok, bermain permainan 'rahsia' sampai terkantoi ada sorang tu punya rahsia =), main soal2 guna pokok, kemudian borak, makan dan pulang.. Huh simple saja programnya..

ini adalah kesemua akhawat MMY ketika itu ya, tidak termasuk kakak2 perak 3 orang dan orang yang mengambil gambar (2 batch saja pun, haha).. Banding la dengan sekarang.. Satu batch saja pun adalah lebih lebih banyak dari ini...

Tahun 2 pula.. ke Aqabah.. (rehlah BKASJ)
Paling segar dalam ingatan waktu nak pergi ke Aqabah ini adalah siangnya saya exam Ulum Quran, terus malam jam 12 kami ke Aqabah, dengan berkumpul di rumah lama kami dahulu (Insyirah 1 dan 2) untuk solat musafir berjemaah..

Setiba di sana seperti biasa, bermain dalam kumpulan, main belon air, main gubah-gubah kek, kemudian penyampaian hadiah dan semua2, kemudian membeli belah..
ketika penyampaian hadiah


Cerita ngeri ketika membeli belah.
Diberi masa lebih kurang 3jam tidak silap untuk beli belah ni.. Mulanya keluar saja masjid, masih lagi dalam kelompok, ramai2 beli jus tembikai susu yang murah dan sedap dan segar, tidak terdapat di Irbid ni, hanya didapati di Aqabah sana.. Memang menerujakan!!

Kemudian masuk ke kedai2 baju, belikan baju anak-anak buah, belikan topi, belikan itu dan ini, semua untuk anak buah.. Kemudian berpecah dengan kawan2, ke kedai kacang, ke kedai coklat, kemudian tengok-tengok ikan di kedai2 tepi tu(takde keje??).. Sudah 2 jam berlalu, saya la orang terawal naik ke bas ketika itu (wallahi, betul!!), memang itu pesan mak, 'jangan jalan jauh2, pastikan ada kawan, jangan naik bas lambat, barang semua jaga, duit simpan, lagi lagi dan lagi'.. dah hafal dah..

Dah naik bas, tiba rasa lapar, kemudian turun semula bersama seorang kakak, untuk beli makanan, memandangkan masa ada lagi.. Hendak dijadikan cerita, kami turun hanya dengan bawa duit saja, henfon dan jam kesemua ditinggalkan dalam bas.. Ah ha, pergi ke tandas, pergi tengok jubah, pergi cari restoran, makanan yang nak tu habis, pergi pula restoran lain.. Akhirnya... terlihat jam di restoran, 'mak oiii, dah lambat!! lari2, cepat2, matilah.. matilah' .. Sedang berlari2, dengar ada suara syabab memanggil dari belakang dengan menjerit dari jauh katanya bas dah nak jalan, apa lagi, berlari2 ke bas tercungap2, huh~

Kemudian, dah naik bas, salah seorang akhawat dari bas saya, kena ditukar ke bas lagi satu, saya pun mengoffer diri, turun dengan lenggang kangkung, barang semua tinggal!! ok!! barang semua tinggal... =) ok... Dan barang2 saya tu saya tak dapat sampai sekarang, melainkan baju2 anak buah saya.. Tolong kirakan ya, coklat bon-bon, kacang2 setiap satu jenis kacang tu satu kilo.. huhu..

(SADIS TAK CERITA SAYA??) haha..

2 rehlah diatas itu, jika dibuat satu ayat, ia akan jadi begini "rehlah MMY di Aqabah", dan itulah program pada 4hb ini..



Bayarannya jd8, semakin saya memboikot program2 berbayar ini, semakin mahal pula bayaran untuk program ya.. Dan sudahpun dibayar dahulu oleh kawan saya.. InsyaAllah saya ganti, jangan risau (tengoklah dulu).. Persoalan yang sebenar adalah saya berat hati hendak ke Aqabah itu lagi, hahahaha.. Tolonglah...

Monday, May 24, 2010

Tag dari Syafiq

Assalamualaikum..

Ah haa, dah lama sangat tak layan tag orang, hari ini rasa ingin buat pula.. Tag kali ini adalah dari Syafiq Ridhwan..

3 Nama samaran kamu.
Sejujur saya katakan, 3 ini sangat tidak cukup!! nama samaran saya sangat banyak, haha.. Dan saya tidak kisah apa yang dipanggil, asal saya menyahut, itu saya terima la.
1) Ciksantun..
2) Pikok.. (kt Hisamuddin) -sbb saya cantik dan sombong seperti merak, fames tu, cikgu2 pun panggil dengan nama ni..
3) Shafiq @ Capik.. (dak JORDAN) -asalnya dibenarkan panggil di rumah saja, akhirnya lama2 terkeluar juga, dan terpaksa menahan malu masa mula2 ramai org dh panggil dengan nama ni..


5 tarikh penting dalam hidup kamu.
1) 5 Januari, dan sepanjang bulan Januari tahun 2010.. =)
2) 1 Jun
3) 1 April - Tarikh lahir saya.
4) 12 Sept 2006 - Tarikh jejak kaki di Jordan.
5) 7 Sept

5 Perkara yang kamu buat semalam.
1) Menghafal dalil2 dan baca buku fiqh ibadat
2) Pergi exam fiqh ibadat dengan kepala pusing2 macam gasing
3) Main mafia kat Facebook
4) Makan ubat dan tido
5) baca NAHUUU.. =)


5 Perkara akan buat anda gembira.
1) Borak dengan family
2) Baca buku dan faham
3) Dengar kawan2 nak kawen, dan borak2 dengan kawan2, dan mereka pun gembira.
4) Dapat hadiah yang besar dan mahal dan wangi, haha =)
5) Khirij sem ni!!

5 drama kegemaran. (err maafla tak minat sgt drama2 ni, haha)
1) Hindustan dulu2 macam akele hum akele tum ke, yang bukan pasal cinta2, tapi pasal family, kabhi khushi kabhi gham, mann..
2) Korea - Princess Jamyung.. Tengok di Jordan, dan tidak ada satu pun cerita bersiri yang saya tengok habis dan ikuti macam cerita ni selama kat Jordan. Siap ulang 3 kali satu hari kt Korea TV tu pun, tengok juga 3 kali.. keh3..
3) Nur kasih
4) Kontrak cinta
5) Aku juga seorang wanita
(huhu memang jarang tengok selain cerita Melayu, memang tengok semua cerita melayu je, sebab tengok tv nak rehat2, kalau tgk cite orang putih lagi tension sebab tak faham, uhuk2 )

5 hobi kamu.
1) terbaru - marah orang.. (boleh tanya ahli rumah dan orang2 rapat, tp jangan tgk kt facebook atau blog, sbb kalau bukak facebook dan blog tu maksudnya dh ok, =p. )
2) Main mafia.
3) online facebook
4) Makan, tepat pukul 'tuuuuutttt' malam.. (mesti lapar waktu ni, dan kene makan, taktau kenapa..
5) Sakat orang?? (suka dengar kawan2 jerit, hihi lagi2 nak exam ni)

5 tempat percutian.
1) New Zealand
2) Cape town
3) Taj Mahal (memang dari dulu teringin sangat)
4) Paris
5) *ni bukan percutian kot - Mekah, dan negara jiran ni, Palestin..

5 sebab kamu menjwab soalan ini.
1) sebab saya di'tag'.
2) saya taknak mengecewakan orang menge'tag'.
3) sedikit sebanyak apa dalam perasaan ni terluah dengan jawab soalan dengan begitu jujur ni.. haha
4) nak update blog
5) sebab soalannya tak berapa susah, dan lebih santai. kalau bagi soalan cam soalan fiqh ibadat semalam, memang saya taknak jawab, hihi =)..

5 orang yang hendak di tag.
ah haa, budak Jordan saya tolak dulu sebab sekarang dalam fatrah exam.. Jadi, saya tak mahu jawab yang ini, jika ada sesiapa yang berminat untuk membuat, dipersilakan saja.. Katakan tag itu bersanad saya ya.. =)

Sunday, May 23, 2010

kuasai ilmu! =)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah 2 dari 4 imtihan selesai.. Selepas ini 2 lagi imtihan menanti, nathar hadith 2 pada 30hb, serta esoknya 31hb nahu 3.. Mohon doa, ^^..

Fiqh ibadat.
Sadis benar mahu ceritakan tentang fiqh ibadat ini, bayang saja yang disangkanya soalan subjektif tapi yang keluar 31 soalan objektif, serta beberapa soalan subjektif kesemua dalil, takrif dan cara kiraan zakat.. Sudah tentulah cara pembacaan imtihan yang berbentuk subjektif dan objektif itu lain caranya..

Itu baru saja satu madah, sudah saya rasa kepala berdarah, mahu muntah, pening, kepala berputar. Lantas terngiang cadangan
Arikah Sadon (timb pres MMY) -
Bila mengenangkn persediaan ilmu sebelum balik mesia, terdetik dihati utk suarakn pd phak jami'ah utk buat imtihan syamil 4 tahun punya sbjk untuk khirijat...
Tp bila mengenangkn kudrat diri? hrm...mungkinkan?


Owh tidak, tidak, tidak!! Jika satu madah saja pun sudah membuat saya berdarah kepala, apa lagi jika wujud apa yang dinamakan imtihan syamil itu, agaknya boleh pengsan masuk mustasyfa ibnu nafis masuk air selama seminggu, =)..

Fuh 45 madah dalam satu imtihan, saya rasa belum mampu.. Jika sekarang junior2 tanya tentang pelajaran2 yang mereka ambil kini juga saya perlu membuka buku balik untuk terangkan, mahu imtihan syamil?? Benar salah diri, kuasai ilmu hanya waktu imtihan, =(..

Pernah dahulu saya diingatkan oleh sahabat yang sama dalam suatu program Liqa' Mahabbah program bulanan akhawat MMY, katanya :
ilmu yang ada kini kuasainya betul2, jangan nanti suatu hari bila ditanya jawabnya 'eh macam pernah tahu, tapi tak ingat', 'eh ntah la, tak pasti la', sedangkan perkara yang ditanya memang kita pernah tahu sebelum ini.. Jadi, waktu kita belajar ini, belajar betul2, hadam betul2, supaya satu hari nanti kita takkan menyesal.


Dan antara orang yang tidak tersenarai dalam golongan itu adalah saya sendiri.. Wujudnya perasaan takut dengan imtihan syamil itu adalah bukti, ilmu dalam satu bidang itu walaupun memang bidang kita, belum lagi kita kuasai.. Ah, apatah lagi dengan ilmu lain......

4 tahun, apa yang akan kubawa pulang?? Perasaan ingin pulang membuak, tapi.......
(lagi 2 madah selepas ini mahu betul2, yeaahhh!!) -harap tidak hot2 taik ayam saja-

Pada adik2, kuasai ilmu!! jangan jadi seperti kakakmu ini.. uhuk2..

Thursday, May 20, 2010

Nihaie

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

22 Mei - Fiqh Ibadat..
30 Mei - Nathar hadith 2..
31 Mei - Nahu 3



Bittaufiq untuk semua sahabat2 dalam menempuh imtihan nihaie ni, dan marilah bersama2 kita mengimarahkan masjid jamiah, solat hajat bersama2 selepas isyak hari ni.. ayuh! Moga2 diredhai Allah SWT..

3 madah itu pada awal2 sem hari itu, saya pernah ditanya seorang junior, 'akak, madah akak ni ade fiqh, ade hadith, ade nahu.. akak ni bidang apa sebenarnya?? Fiqh ke, usuluddin ke, adab??'.. haih, tergelak tanpa santun saya dengar junior berkata seperti itu..

Madah fiqh ibadat itu adalah kerana ambil minor syariah, dan nathar hadith itu pula, bukan hadith yang bermaksud hadith, tetapi bermaksud moden.. atau dalam bahasa melayu nya, madah ini adalah 'Prosa Moden'.. Belajar tentang drama, novel, teater, dan sebagainya.. Saya tidak begitu hebat ya, mengambil 3 bidang sekaligus degree ni, haha..

Sahabat2, mohon doa kalian.. ^^
Dipermudahkan menjawab soalan, lulus semua, dan khirij dengan riang sem ini.. ^^
Jgn rindu2, =)

Wednesday, May 19, 2010

Jaulah Mesir- last

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmtullah..

Hari ini selepas ditimbang tara, saya ingin menyudahkan entri bersiri yang terdahulu tidak terhabis. Ada 2 seingat saya, satu cinta gorilla, dan satu lagi jaulah mesir. Dan ini adalah sambungan jaulah Mesir yang bagi saya ke'panas'an bercerita tetang MEsir itu sudah tidak ada, tapi dek kerana cuaca yang agak sedap2 panas begini mengingatkan kembali saya tentang Mesir hampir setahun yang lalu..

Sehari sebelum pulang ke Jordan, kami pergi ke Fayyoum. Kami hanya berenam , menaiki kereta yang dipandu musyrif. Mulanya kami masuk ke kereta, semua diam tidak berkata kerana takut dengan musyrif, itu mukanya agak garang. Sekali kereta mula berjalan, dan kedengaran lagu Inteam, ah saya tersenyum saja, sambil berkata dalam hati, 'muka saja ganas, dalam hati ada taman!', haha =)..

Dalam perjalanan barulah musyrif kami itu mula bercerita dan rancak borak kami tentang sejarah Mesir, bagaimana terjadinya sahara, mengapa salah satu pyramid itu atasnya berbentuk lain sedikit, sejarah itu dan sejarah ini, ditambah pula dengan sejarah karut bagi menyedapkan cerita, =).

Destinasi pertama adalah tasik Qarun, hm enak sekali baunya, seperti bau ikan keli yang tidak dibasuh bersih, =).. Tapi kawasan sekelilingnya cantik sekali, seperti permandangan di Malaysia saja, ada sawah padi, ada pokok kelapa. Tidak hairanlah ada yang sanggup tinggal di Mesir itu bertahun lamanya, tidak rindu makanan segala..


Inilah tasik Qarun, jika mahu tahu sejarahnya, lebih baik bertanya pada yang lebih pakar. Cerita yang ada pada saya telah digoreng dengan dongengan dan mitos tidak bersumber.. Iyakan saja, banyak khilaf katanya, haha =)..


Yang dihujung sana, itulah istana Qarun.. Istana yang unik rupanya itu, punyai banyak bilik, dan kami hanya melihat dari jauh saja dan tidak ada hati pula untuk masuk ke istana sana. Jika itu dinamakan istana, saya boleh buat 10 lagi istana seperti itu, haha belagaknya!

Kemudian perjalanan diteruskan, destinasi kami seterusnya adalah air terjun..



Mula saya menyangka air terjun itu seperti Sungai Congkak ataupun Lata Kinjang di Malaysia sana. Syok juga dapat bermain air sedang cuaca panas begini.. Sampai disana, kawasan semuanya sahara, saya pelik, bagaimana lah rupa air terjun di tengah sahara begini ya?? Kemudian musyrif kami membawa kami ke air terjun itu dengan berjalan kaki. Setiba disana, MASYA ALLAH!!! Air terjunnnn, hahahahha..


Itulah musyrif garang kami, ^^ (tak paham sebenarnya apa simbol ni)..

Sedang bergambar sempat juga menyaksikan satu peristiwa di air terjun ni, ada orang arab yang ikut serta terjun di sini bersama dengan air yang terjun itu.. Mujur air terjun ini tidak setinggi mana, kecut perut juga melihat orang tu..

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke ladang mangga, sempat juga singgah di taman bunga matahari, kemudian melihat kincir air, kemudian singgah membeli cenderamata, kemudian ke ladang mangga, dan kemudian pulang dan berbuka di hadhramaut..





Hari terakhir di Mesir..
Flight kami jam 7malam, dan pagi itu kami membeli belah di (tak ingat nama tempat-cam balad Jordan).. Ketika pulang, sempat juga kami merasai 'berimpit2' dalam bas, dan menyaksikan cara orang hendak naik bas dengan berlari dan melompat, =).. Mujur di Jordan tidak begitu, bersyukur..

Dan peristiwa hitam di dalam bas ini, payah saya mahu cerita, cukup saja mengetahui kami berada dekat sekali dengan seorang yang tidak kami ketahui warganegara mana, matanya amat menakutkan, dan akak yang membawa kami itu berpesan, jangan pandang mata orang itu, dan baca ayat kursi banyak2..

Tiba di rumah, kepenatan dan tidur, dan yang lain membeli kangkung dan ikan keli untuk dibawa pulang ke Jordan..

Dan malam itu, kami berbuka di lapangan terbang, dan berpisah dengan Mesir secara zahirnya, tapi secara batinnya Mesir itu sentiasa dihati, hihi.. Rindunya hendak ke Mesir, =)..


ah haa, di dalam kotak yang tertulis Insyirah itu ada sayur kangkung dan belacan, ^^ (simbol apa ini? tanya lagi sekali)..


dalam kotak ini pula ada ikan keli.. Balik Jordan saja, di rumah hanya tinggal bertiga, sunyi rasanya.. Almaklum biasanya makan dengan tujuh orang, kami pergi Mesir itu sama hari dengan sahabat2 serumah yang balik ke Malaysia.. Jadi, setiap kali berbuka dan bersahur, pasti panggil adik2 Nailah Farafisyah diatas sana, balik kampung katanya dapat makan ikan keli dan kangkung masak belacan, =).. Ikan yang biasanya di laut, tapi kali ini diterbangkan di udara, hihi..


Menunggu gate yang tak bukak2.. Lapar dan lupa hendak bawa sudu.. Dengan tak senonohnya makan pakai plastik berus gigi.. hahaha.. sshh diam2, jatuh saham!! =)..


nyummy2, sedapnyaaaa!!


Jam 12.50 pagi, tiba di rumah, dan zzzzzzzzzz..

MESIR.. Daku rindu, ^^...

Saturday, May 8, 2010

Menyingkap sastera barat ke dalam sastera arab

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Baiklah, tenang semua ya, saya update, =).. blog macam hutan, ayat macam zaman purba, itu saya tolak tepi dahulu ya, yang penting sekarang hidup mesti diteruskan, yeah!!

Entri kali ini adalah edaran bahan bacaan program waca ilmiah MMY khamis lalu. Yang diminta adalah kertas kerja, tapi almaklum saja, saya tidak mahir dalam pembuatan kertas kerja, maka ia adalah edaran bahan bacaan saja.. Dek kerana waktu yang mengekang, alhamdulillah dapat juga ia disiapkan.. Mohon maaf bahasanya jika ada yang tidak berapa faham, dan sangat2 berterima kasih kepada orang yang mengedit bahasa saya iaitu Atiqah Nasir merangkap pembentang malam itu, jua 2 junior saya, Salwani dan Hamizah.. yg bawah tu, ada yang copy paste jugak, hehe..


Pengenalan Sastera dan Syair Arab di tanah arab.


Sastera adalah hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan sememangnya sastera itu tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat arab. Semenjak dari dahulu lagi, sastera itu sudah wujud dalam masyarakat arab, buktinya kewujudan syair pada zaman jahili, dimana masyarakat arab menganggap syair pada ketika itu adalah hiburan dengan tenunan bait-bait syair yang indah.

Berkata seorang orientalis : sastera sememangnya telah kuat berakar umbi dan menjadi satu cara untuk masyarakat menjayakan peperangan sesama mereka selain beradu kekuatan dan menggunakan senjata. Benarlah kata-kata itu adalah lebih tajam dari mata pedang, sehinggakan ayat suci al-Quran itu diturunkan dengan lafaz yang halus untuk melawan syair yang halus.

Sejak zaman dahulu lagi, masyarakat arab telah mempamerkan kesenian mereka dalam bentuk syair, bahkan syair-syair terdahulu adalah lebih bermutu dan berseni dengan sulaman lafaz-lafaz indah yang mampu menyentuh hati setiap yang mendengarnya.

Bermula zaman jahili, syair itu sendiri telah menjadi sumber ekonomi masyarakat arab, dengan berbalas-balas syair di pasar yang diberi nama سوق عكاظ yang mana ianya adalah sebagai salah satu cara untuk menarik pelanggan lantas melariskan perniagaann mereka. Ia juga sebagai hiburan ketika menggembala, atau bertani suatu masa dahulu.

Masyarakat arab itu terkenal dengan bangsa yang sangat kasar, mampu untuk menutur kata-kata indah di dalam bait syair mereka.Benarlah syair itu membawa maksud perasaan dan setiap orang punyai perasaan, hanya apabila perasaan itu disalurkan pada jalan yang betul, ia memberi manfaat kepada orang lain.

Tetapi dengan kewujudan syair-syair yang berbentuk hija’ atau cacian, telah menyemarakkan api peperangan di antara kabilah-kabilah arab, lebih lagi mereka ini sudah kita sedia maklum amat terkenal dengan sikap asobiyyah atau berpuak. Syair berbentuk cacian ini kemudiannya telah dilarang serta diharam oleh Rasulullah sendiri pada zaman Rasululullah kerana cacian terhadap kaum lain adalah ditegah dalam islam.


يقول الله تعالى : " يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ "


Dunia sastera adalah suatu yang kompleks. Maka ia tidak kan sempurna tanpa kritikan-kritikan dari pengkritik. Dek kerana itulah kritikan ini menjadi pelengkap syair dalam sastera itu sendiri. Pengkritik itu sendiri harus mempunyai ilmu yang mendalam terhadap syair dengan gaya bahasanya yang bertetapan. Mengkritik itu dimulakan dengan menyemak wazan dan tatabahasanya. Dan pengkritik adalah orang yang lebih penting daripada penyair dalam perkembangan sastera arab di mata dunia, kerana dengan adanya pengkritik maka kesemua syair-syair diperbetulkan dan memberi semangat kepada penyair untuk menghidangkan syair-syair yang indah tanpa kesalahan. Itulah besarnya peranan orang yang mengkritik dengan ilmu berbanding yang mengkritik dengan nafsu. Lihat, bagaimana pengkritik berjaya menghasilkan impak yang positif dalam pemikiran masyarakat arab jahili ?!

Dan para pengkritik ini tidak terikat hanya dengan mengkritik gaya bahasa dan wazan sahaja, malah realiti kehidupan pada zaman itu pun turut diberi perhatian, tentang masyarakat yang gemarkan arak serta wanita yang dijadikan pujaan mereka, diselubungi khayalan dan sebagainya. Jadi, menjadi kewajipan untuk para penyair mencipta syair yang jujur dan tidak menipu, dengan mengambil kira balaghahnya.



PERANG NAPOLEON


Pada kurun ke-17, sastera arab bertapak di Mesir. Bermulanya kemasukan sastera barat dalam sastera arab adalah pada tahun 1798, dimana Mesir ditawan dan diduduki oleh Perancis yang diketuai Napoleon .Dan saat ini, Mesir berada dalam keadaan yang sangat prihatin dengan syair-syair yang merundum serta alunan sastera yang kurang menyerlah, masyarakat arab ditindas, kurangnya pertuturan bahasa arab fushah, kitab-kitab dibakar, terputusnya hubungan persaudaraan, kerahan tenaga, dan banyak lagi kesan dari penjajahan ini. Dan dengan ini bertambah lagi semangat perkauman di antara masyarakat arab dan berpecah kepada dua kekuatan yang saling menghancurkan antara satu sama lain.

Kemudian Ali Bey Alkabir memulakan langkah dengan memajukan penanaman serta mengukuhkan sistem pertanian, membuat kapas, membuka kelas-kelas intensif, dan kemajuan ini adalah kemajuan kemasyarakatan dan bukan kemajuan sastera, dan tujuannya adalah untuk mengukuhkan sistem ketenteraan.

Inilah antara faktor-faktor dimana sastera arab menemui kerundumannya di tanah arab.


Kurun ke-19 (Perang dunia kedua)..

Perang dunia kedua yang berlaku pada tahun 1939, telah memberi kesan yang besar dalam sastera arab di timur tengah, dengan kemasukan budaya barat kedalam tanah arab dan wujudnya sekolah-sekolah Perancis serta Inggeris di tanah arab.Kesan daripada Perang Napoleon yang berlaku 2 kurun yang lalu telah menjadikan bangsa arab ‘serik’ dan dunia sudah mula bermegah dengan sudut pandang ke Barat.

Tokoh yang terkenal yang wujud pada zaman ini adalah Rifaah Tohtowi. Rifaah Tohtowi merupakan salah seorang tokoh yang berkeinginan untuk memajukan Mesir pada ketika itu. Beliau telah berhijrah ke Perancis ketika berusia 16 tahun, dan sekepulangan beliau dari sana, beliau berhajat untuk membangunkan semula Mesir. Beliau mahir berbahasa Perancis, bahasa Inggeris juga arab. Dengan kemahiran dan pengaruhnya dalam politik ketika itu membuatkan beliau berjaya menterjemah puluhan kitab bahasa arab ke dalam bahasa Perancis.

Ketika ini, banyak sekolah-sekolah dibuka, juga unsur-unsur barat yang dketengahkan, bukan kerana ingin menjadikan barat sebagai kiblat dunia sastera, tapi dek kerana percampuran dan peradukan budaya ketika itu, dan pertembungan dua budaya ini menjadi asas dalm pembentukan budaya.Antara sekolah yang wujud pada zaman ini adalah ‘MADRASAH BA’TH’, ‘MADRASAH APOLLO’, ‘MADRASAH BINYAWIYYAH’,’MADRASAH DEWAN’, ‘MADRASAH SY’RIYYAH’, juga 5 uslub yang dikenalkan ketika ini iaitu uslub ‘realiti, romansi, simbol, tragedi dan komedi’. Namun kemajuan ini tidak disenangi oleh barat, lalu barat membuat agenda untuk membentuk ideologi masyarakat Mesir ketika ini dengan acuan barat.

Atas usaha keji barat ini, telah membuatkan para pemikir serta sasterawan pada ketika itu ligat memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan ummah agar kembali mengikut sunnah. Suara-suara semangat mereka dicetuskan dalam akhbar dan majalah-majalah. Syair-syair mereka diperbanyakkan dan dihalusi agar menjadi wadah masyarakat untuk dijadikan sumber menggantikan bahan yang disajikan oleh barat.

Dengan itu, muncul pula risalah, novel, teater, drama, yang mendapat sentuhan asli para karyawan arab, untuk menolak ballet, puppet dance, mosque, magic dan sebagainya yang diketengahkan barat pada ketika itu. Namun ada juga yang diterima oleh masyarakat arab pada ketika itu iaitu OPERA.

Disini 3 madrasah yang memberi kesan mendalam dalam sastera arab :-

MADRASAH BA’TH. (menolak barat)
- Madrasah pertama pada zaman moden.
- Dipelopori oleh Mahmud Sami Al-Barudi, Ahmad Syauqi, Hafiz Ibrahim dan Mitran.


MADRASAH DIWAN. (menyokong barat)
- Madrasah yang menyeru pada pembaharuan dalam syair-syair yang baru.
- Madrasah pertama yang dikuasai oleh syair-syair barat, terdiri daripada sastera dan kritikan, bahkan kebudayaan mereka sekali.
- Madrasah ini adalah selepas madrasah ba’th yang
- Madrasah Diwan dipelopori oleh abdul Rahman Syukri, Abbas Mahmud Uqqad, dan Ibrahim Qadir Mizzani.
- Mengketengahkan uslub romansi dan klasiki.
- Dimulakan dengan 3 orang yang mahir bersyair serta menulis qasidah dan diletakkan dalam satu diwan (madrasah diwan).

(Pernah berlaku pergolakan antara 2 madrasah ini, apabila mereka saling mengkritik syair dan telah terbit 1 buku pada tahun 1915, menceritakan tentang Mizzani telah mengkritik syair Hafiz Ibrahim, keduanya dari madrasah berlainan)

MADRASAH APOLLO.
- Madrasah sastera yang baru yang telah diasaskan pada tahun 1932 oleh Doktor Ahmad Shadi
- Antara sebab madrasah ini dibuka :
1) Membantu kebangkitan seni dalam dunia syair
2) Meninggikan syair arab dan usaha dalam membimbing penyair lain
3) Meunikkan peringkat penyair dalam segala aspek
- Madrasah ini mengajar serta mengajak kepada penghayatan syair yang lembut dan unik, kesannya ramai penyair-penyair yang terikat dengan uslub romansi.

Ini adalah antara madrasah-madarasah di tanah arab pada kurun ke-19, yang terlahirnya atas sebab kemasukan budaya barat dalam sastera.



EROPAH + ARAB??

Dengan berlakunya pertembungan antara 2 budaya ini, maka tidak hairanlah disini telah berlaku pergolakan antara sastera, jadi para sasterawan tidak mensiakan peluang ini untuk membuat sesuatu yang diberi nama ‘PERBANDINGAN’.

Allah Taala telah menjadikan manusia itu berbagai kaum. Gaya bahasa, corak pemikiran, kebiasaan dan adat tentunya jauh berbeza antara satu dan yang lain. Ia membuatkan ada suatu bangsa yang diatas dan ada pula yang dibawah, sesuai dengan kelebihan dan keutamaan masing-masing yang Allah SWT kurniakan. Pada masa yang sama, Allah SWT membuka pintu untuk saling belajar dan saling tukar fikiran supaya semua mampu berusaha untuk berubah.

Perancis di abad ke-18, mendakwa bahawa merekalah pelopor dalam bidang ilmu ini dan meletakkan tiga perkara utama:
1. Perbezaan Bahasa sebagai contoh berbandingan antara sastera Arab dan sastera Inggeris.
2. Perbezaan Kesusasteraan contoh Ahmad Syauqi dan Sheakspears
3. Kesatuan sejarah atau wujudnya ta’assur dan ta’sir (mempengaruh dan terpengaruh)
Ketika perkara ‘pokok’ yang ditetapkan aliran Perancis ini menjadikan cabang ilmu perbandingan sastera ini sebagai sebuah method atau kita sebut dengan istilah manhaj. Ilmuan Amerika hadir dengan pendapat yang berbeza. Mereka malah ‘kelihatannya’ lebih licik. Ketiga-tiga perkara utama yang ditetapkan aliran Perancis dihujat. Mereka dengan menggunakan muslihat serigala berbulu domba menggunakan pendekatan ilmiah untuk mengubah manjah ini menjadi suatu strategi atau konspirasi. Mereka melontarkan pelbagai pendapat yang tidak masuk akal dan menggunakan istilah-istilah yang mengelirukan demi mencapai tujuan mereka. Malangnya saya tidak tahu apakah istilah yang tepat yang digunakan dalam bahasa Inggris dan Melayu. Menurut Dr. Muhammad Taha ‘Asr, aliran Amerika khususnya dan Barat umumnya menggunakan istilah seperti, “tahawuriyyah”, “tanashiah”, “tawazi”, “awlamah” dan yang seumpamanya.
Kelicikkan mereka, memberikan pandangan yang diputarbelitkan sehingga berhujung kepada suatu kesimpulan berbunyi, “karya itu tidak ada nilai kepemilikan!” Ya. Setiap karya yang lahir itu bukan dari individu akan tetapi ia merupakan hasil kerjasama semua pihak. Jadi mereka dengan suka hatinya menafikan usaha yang dilakukan individu. Tentunya mereka ada sasaran tertentu iaitu untuk merampas atau lebih tepatnya mencuri karya orang lain.
Perkara ini terbukti ketika kita menyelidiki apa yang terjadi kepada kisah yang dikarang oleh Ibnu Tufail. Karya unggul beliau yang bertajuk Hay Ibnu Yaqdzon (Hidup Bin Siaga) telah dicuri setelah mengalami proses-proses membaharuan, tambahan tolak dan penulisan ulang. Kisah Hay Ibnu Yaqdzon yang menceritakan tentang seorang yang dibesarkan oleh haiwan dicuri dan kemudian dikenal dengan kisah Tarzan. Mari kita tinggalkan Amerika disini.
Karya unggul lain yang turut menjadi perhatian kita yang merupakan hasil dari kaedah perbandingan sastera adalah karya Ibnu Muqaffa’ bertajuk “kalilah wa Dimnah”. Ibnu muqaffa’ melakukan menulisan ulang terhadap karya “Kalilah wa Dimnah” yang telah ditulis oleh seorang India. Sebenarnya dia hanya menterjemah, tetapi dia juga telah menambahkan beberapa bab atau sub-bab ke dalam karyanya itu. Dia juga telah menapis dan mengolah beberapa buah fikiran yang memiliki unsur-unsur ‘Hindu’ yang bertentangan dengan Islam dan menggantikannya dengan yang sesuai dengan pendiriannya sebagai seorang muslim. Namun, dia masih menjaga ciri-ciri khas karya asli tersebut. Walaupun demikian, dia masih mengaku dan menghargai karya asal dari Kesusasteraan India dan juga Parsi (Kesusasteraan Parsi turut terlibat dalam karya ini). Kejujuran dan ketulusan inilah yang perlu dicontohi oleh Barat umumnya dan khususnya Amerika. Supaya apa yang terjadi terhadap Hay Ibnu Yaqzon tidak dianggap sebagai curian. Walaupun, Tarzan tidak sama ‘bulat-bulat’ dengan apa yang ditulis oleh Ibnu Tufail tetapi mereka sepatutnya perlu akui sumber asal tersebut sepertimana yang dilakukan Ibnu Muqaffa’ pada karyanya “Kalilah wa Dimnah”. Pengakuan yang seperti yang dilakukan Ibnu Muqaffa’ sedikit pun tidak mengurai nilai karyanya. Ini terbukti, apabila karya ulang yang segar itu diterjemahkan kepada puluhan bahasa lain.
Perbincangan di dalam pelajaran ini terus mengalir hinggalah ke perbahasan berkaitan sastera lainnya seperti teater, lagu, atau buat masakini filem dan sebagainya.

TEATER/ DRAMA..

Sastera Arab moden mula merakamkan lembaran sejarah baru bilamana menemukan sebuah produk lagi dalam dunia sastera yang dikenali dengan “Masrahiyah” atau Drama. Masyarakat Mesir diiktiraf sebagai pelopor drama silam apabila sasterawan menemui lukisan-lukisan simbolik plot drama terukir di dalam tempat-tempat ibadat mereka.Epik dongeng menonjolkan variasi personaliti tuhan yang dijadikan watak-watak dan mewarnai drama zaman ini.Namun,senario kehidupan masyarakat Arab yang lebih teruja menobat produk syair sebagai lidah menyuarakan idea dan emosi mereka telah menenggelamkan sinar drama dalam pentas sastera Arab.Lantas,kewujudan drama tidak diberi nafas baru.Malah,kehidupan nomad masyarakat Arab menyukarkan perkembangan babak drama yang sememang memerlukan tapak yang stabil untuk berpijak dan berkembang.Drama ortodoks yang hanya menjadi santapan para pencinta ibadat juga merupakan faktor yang melembapkan proses perkembangan sesebuah drama.
Pembinaan sebuah drama yang lengkap bergantung kepada 4 item utama iaitu watak,konflik,plot dan dialog.Seandainya seorang sasterawan mampu memanipulasi keempat-empat item ini dengan baik,maka sebuah drama yang baik berjaya menembusi frekuensi citarasa masyarakat pada kurun ke 20.

Novel.

Jenis sastera bentuk “novel” bukanlah jenis tulisan Sastera Arab asal, mahupun juga bukannya tergolong sebagai tulisan Sastera Arab moden, sejajar dengan penjajahan. Sastera bentuk “novel” merupakan fenomena abad ke dua-puluh yang telah mengalami beberapa peringkat ciptaan. Bermula dengan penterjemahan ke atas “novel” Barat disusuli peringkat peniruan, diakhiri dengan peringkat dianggap sebahagian sastera Arab, dan justeru kini sebahagian kesusasteraan sejagat. Antara aspek penyesuaian ini adalah penterjemahan banyak karya Arab ke Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain. Sehingga tahun 2001, lebih seratus “novel” bahasa Arab sudahpun diterjemah ke bahasa Inggeris.



Rujukan :
http://fit3nan.wordpress.com/2008/01/23/drama-menelusuri-sastera-arab-moden/
http://mypembaca.blogspot.com/2009/03/kegemilangan-sastera-arab.html
http://terjunkelangit.blogspot.com/2009/10/revolusi-perancis-1789.html
http://islamlib.com/id/artikel/bapak-pembaruan-pemikiran-keagamaan-mesir/
http://mmyjordan.blogspot.com/2009/06/masyarakat-kesenian-dan-sastera.html
http://psasir.upm.edu.my/4789/1/FBMK_2008_12.pdf
كتاب النفد العربي القديم : الدكتور إحسان عباس
تشكل الموقف النقدي عند : أدونيس ونزار قباني
تاريخ الأدب عند العربية : الدكتور إحسان عباس
كتاب كليلة و دمنة : إبن مقفّع




Disediakan oleh :
Shafiqah Saharudin,
Penyelaras Qisim Adab,
Tahun 4, Jamiah Yarmouk.