Thursday, August 6, 2009

betul ke ni?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

"Assalamualaikum syeih!! ana ni risau ni, dah nak habis mengaji dah, tapi yang dua2 tu tak ketemui lagi, camne ni syeikh??!"

"Owh, yg tuu.. takpe2, jgn risau, sok ana bagi calon untuk enta, jangan risau!

"Tapi ana malulah"

"Wahai sahabt, memang disinilah tempat sesuai enta mencari, di Jordan ini, kita duduk dalam keadaan permai dan harmoni, dan sahabiah2 kita juga elok2 perangainya.. Jadi, tiada salah dan jangan malu ya! Tidak salah menjadikan waktu ini sebagai platform enta mencari jodoh! Jika pulang Malaysia, tidak tahu bagaimana pula sahabiah yang enta temui"

esok petang....

"Ana dah dapat calon sesuai untuk enta, ukht tu pun duduk di Banting sama dengan enta, anak imam masjid, tapi dia ambil jurusan medik, tidak mengapa??"

"Owh, jurusan itu tiada masalah bagi ana, tapi siapa nama ukht tu?"

"Fulanah!!"

"Owh Fulanah itu ana kenal!, dia sama2 datang dengan ana dulu, tajaan JAIS juga ya?! Tapi, apa benar dia belum berpunya?!"

"hmm nampaknya begitulah, bagaimana?"

"Ana setuju saja, tapi tanyalah tuan punya badan"

"Hmm tu ana dan zaujah ana setelkan, minggu depan kita bawak rombongan pergi ke rumah dia ya? Banyak2 la berdoa pada Allah, moga2 dipermudahkan segala urusan, dan jangan lupa istikharah ya.. Serahkan sepenuh pengharapan pada Allah,ni bukan benda sebarangan! Enta pun mesti sudah faham, bukan??"

"Ya, syukran"

lalu minggu hadapannya, pertemuan yang dijanjikan dibuat selepas zohor di Bayt Insyirah. Pertemuan yang melibatkan 4 akhawat dan 3 syabab diatur rapi..(tiada kaitan dgn ahli rumah yaaa!! =P)

"Bismillahirrahmanirrahim, semoga liqa' kita pada hari ini diredhai dan sentiasa di bawah lembayung ilahi. Sesungguhnya rasa ingin mencintai dan dicintai itu sememangnya telah dicampakkan kepada hamba-hambaNya, cuma jalannya saja perlu diperbetul! Jadi, kehadiran kami disini pada hari ini adalah salah satu langkah bagi menjalankan serta menyelesaikan tuntutan yang satu itu! Silalah kalian untuk bertaaruf, moga2 perjumpaan ini bukan fitnah dihujungnya.." syeikh itu memulakan bicara..

" Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha penyayang itu ana mulakan. Dengan campakan sedikit rahmat dan kasih sayang itu, menjadi fitrah hamba-hambaNya untuk saling menyayangi. Ya ukht, izin ana untuk melihat wajah enti dahulu. boleh, bukan??"

lalu niqob yang menutupi 2/3 dari wajah muslimah itu dibuka dengan malu2.

"owh ok", kata lelaki itu juga dalam keadaan malu, lantas mengalihakn wajahnya melihat sahabat di sebelah.

"Sudikah enti menjadi sayap kiri perjuangan ana, bersama dalam meneruskan dakwah dan perjuangan bagi menegakkan panji islam tercinta ini?!"

(suasana menjadi sunyi seketika, masing2 dalam keadaan malu)

"Assukut alamat ar-redha, diam tanda setuju".. menyakat seorang dari kalangan sahabat disitu.

"Ana tidak punyai masalah,jika mahu, datanglah ke rumah, berhubunglah dengan keluarga ana. Berkenalanlah dengan mereka, dan terimalah juga mereka seadanya. Apa pun kata mereka, ana akur saja. Apa pun keputusan mereka, jika bersama redha mereka, insyaallah, ana tidak keberatan. Bukankah tanggungjawab perkahwinan itu bukan pada dua susuk tubuh saja, tetapi pada keluarga dua2 belah pihak juga."

Owh inilah ciri2 calon isteriku, taat ibu bapanya, insyaAllah, aku juga akan membimbingnya ke jalan mardhatillah sebagaimana ibubapanya mendidiknya,insyaallah, izinkanlah Ya Allah!! bisiknya di dalam hati..

lalu bersuara seorang sahabat, "Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Sesungguhnya perkahwinan itu suatu yang fardhu, setiap yang berpasangan itu memang diciptakan untuk saling melengkapi, jika diletak di tempat yang benar, keredhaan Allah itulah yang bersamanya.. Sebaliknya, jika diletak pada tempat yang salah, kemudharatan itu selayak baginya! Ingat ya, kalian ini belum punyai ikatan yang sah,oleh itu jagalah pergaulan juga ya.
Jadi, enta ada apa2 lagi mahu bertanya?"

"Ya"

"Silakan, sebelum kita berangkat pulang"

"Suatu perkara yang sangat menggusarkan ana, ana ini jurusannya syariah, enti pula kedoktoran. Ana sekarang punyai motor sahaja, jika enti memilih seorang doktor juga, sudah pastinya punyai kereta yang besar"

"Owh tentang itu, tidak pernah ana fikir sebelum ini. Tidak mengapa bukan, ana adalah doktor untuk penyakit luaran, tapi enta doktor dalaman.. Itu saja jawapan ana, indah bukan??"

"Owh ya, jadi begitu, tiada apa lagi yang perlu ana risau dan runsingkan. Jika begitu, kami minta diri dulu ya?"

"Ambillah bekalan ini, makanlah ketika dalam perjalan nanti ya?"

" Assalamualaikum"


p/s : Allah itu Maha Berkuasa.. Wahai Shafiqah, apa benar kamu sedang dalam keadaan waras sekarang? Sejak bila mula memikirkan tentang perkara mengarut begini, sedang dalam hangatnya musim peperiksaan ini?? Talkhis cougar adab muqaran, bermaksud buat talkhis secepat larian cougar menyerang musuh,kui3! =P..

14 comments:

Anonymous said...

gambaran penulisan yang konon biah solehah.cmtu ke jordan ni. pakai niqob tak ghupe pakai niqob.buat malu.

uranicade said...

yang mamat anonymous sengal dengki sangat kenapa plak.abih memang la kena tengok wajah dulu.apa yang tak kena nya.

cuba jangan dok busuk hati berulat sangat.orang pakai niqob dan usaha jaga diri menjadi soleh solehah dikritik.yang banyak melalak tak jaga batas couple pegang tangan sana sini kat tepi jalan tu takmau plak kritik.

syah93 said...

Hihi comelnye proses taaruf nya.. Suka kalau macam ni. Sungguh indah hidup ini jiga syara' dituruti.... Wah2 teringin nak jadi mcm ni.. Salam Taaruf k... ^_^ May ALLAH luvs U sis..

p/s - Hidup biar aman. Ukhuwah perlu dijaga. Hamba ALLAH anonymous jangan terlalu cepat menghukum seseorang. Mungkin boleh guna bahasa yang lebih lembut. Hamba ALLAH uranicade pun begitu. "Berpesan-pesan lah kamu dengan kebenaran dan kesabaran". "Wa jaadilhum billatii hia ahsan".

Maaf sekiranya ada yang terguris. Saya hanya hamba ALLAH yang suka kepada keamanan dan kelemah-lembutan. Minta maaf ya jika teguran saya membuatkan ada hati-hati yang terguris.. Saya cuma ingin melihat biah menegur kerana ALLAH yang semestinya lebih indah rupanya. Insya ALLAH. Maafkan saya sekali lagi.

Moga ALLAH sayang akak.
Moga ALLAH sayang Anonymous
Moga ALLAH sayang uranicade
Moga ALLAH sayang saya

Moga ALLAH sayang kalian ^_^

Maaf sekali lagi #

cik santun.. said...

anonymous,
jgn menhukum begitu ya! yg anda lihat cume segelintir, tapi yg anda salahkan adalah semua, itu tidak adil..

dan penulisan yg konon biah solehah itu adakah salah?


uranicade,
takpe2, tenang2 ya, tapi betul juga point tu.. hihi..


syah93,
proses taaruf nya malu2 lagi, hihi.. syukran ya nasihatnya..

salam taaruf juga dr akk, =)

penconteng crayon said...

wah wah..
makin hangat nampak..
sabar ye cik ton..

p/s-da dgr2 bunyi kompang.oppsss!! :p

cik santun.. said...

penconteng crayon,

hihi nabilah, dgr ke bunyi kompang?? tk dgr pun.. bunyi bunga api arab ni malam2 ade la.. kat lptop ko tu kot bunyi kompang tu,waah!!

sapa la yg memecah tradisi kawen merentas jamiah, yarmouk+just ni ya?? kui3..

n0m0s said...

"Ana dah dapat calon sesuai untuk enta, ukht tu pun duduk di Banting sama dengan enta, anak imam masjid, tapi dia ambil jurusan medik, tidak mengapa??"

klu tukar cikit ayat diatas tu...

"Ana dah dapat calon sesuai untuk enta, ukht tu pun duduk di Banting sama dengan enta, anak imam surau, tapi dia ambil jurusan bhsa arab, tidak mengapa??"

haha..

knp banting yer??agak musykil la....

zulai said...

salam...
ni citer betul ker atau rekaan penulis...?
saje nak tanyer...

cik santun.. said...

wani,

Daerah banting itu digunakan kerana merindui rumah nenek akk di kanchong darat sana.. nk gune kampung jawa, familiar sgt pulak!! nk gune klang, lg la familiar.. banting la best, hidup jawa!! (walaupun menggilai shahid kapoor, jawa itu tetap dihati!!)

sebab kedua ialah, saja nk buat awak perasan.. macam la dia sorg je duduk banting, hahaha..

cop2 wani, ada ke syabab sini yg duduk banting sama awak?? keh3.. anak imam surau, kurus, baik, rajin, olololo...


zul aizzat,

wsalam..ni hanya rekaan semata.. tapi kalau nak tukar skit cerita ni jadi "ana ni jurusan medik, enti pula jurusan iqtisod", sedap jugak!!

~ZuLhAiRi~ said...

salam

nak taaruf jugak2....:D...

Anonymous said...

itulah cara terbaik, da abis belajar, pas 2 mesti la cari teman hidup... xkan membujang aja

cik santun.. said...

zul wadikure2,

wsalam.. mencapap je keje dtg blog org taaruf tibe2..


anonymous,

ya, begitulah!

-pendidikhati- said...

kuang2

cik santun.. said...

pendidikhati,

kueng3...
mengapa ya??