Tuesday, August 25, 2009

(tkde tajuk)

(Diberi tajuk tidak bertajuk, kerana tidak nampak tajuknya apa.)

Bismillahirrahmainrrahim..
Assalamualikumwarahmatullah..

Alhamdulillah baru pulang dari mengembara 9 hari di Mesir yang cukup menyeronokkan dan menerujakan. Tahu tidak, Mesir itu saya sangkakan lebih kurang Jordan saja, rupanya ia silap sama sekali! Mesir itu serupa Malaysia, tidak hairanlah mengapa ada yang berpendapat Mesir itu adalah Malaysia yang kedua, dari faktor ramai nya warga Malaysia di sana, kefloraannya, kesibukan bandarnya, highway yang serupa KL, perjalanan sepanjang tasik qarun serupa pergi Sabak Bernam -Perak -Kedah, punyai sawah padi.. Perjalanan ke ladang mangga serupa perjalanan di Kelantan.. Ah!!!

Pengembaraan kami 9 hari ke tempat2 bersejarah disana terfikir juga untuk dikongsi bersama, tidaklah saya hebat cerita tentang sejarah tempat2 di Mesir, cuma perkongsian dari musyrif2 kami, tapi saya masih terfikir2 bagaimana cara penulisannya. Adakah seperti diari atau berbentuk artikel atau berbentuk cerita, atau berbentuk apa2 lagi. Itu masih dalam hitungan..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Subhanallah!! Saya berkesempatan untuk menghadiri pengajian Syeikh kegemaran saya, iaitu Syeikh Nuruddin.Bolehlah selepas ini berlagak pula dengan ustaz alex. Saya katakan pada sahabat2 saya yang saya ingin menjadi isteri ketiga syeikh ini, mereka balas, "sanggupkah menjadi yang ke3? Sudahlah dimadukan, selalu ditinggal pula atas urusan dakwah". Kataku, "ah, biar itu semua. Lihat saja tegap badannya setegap dakwahnyanya. Muda mukanya semuda darah perjuanganya".. Maksud saya untuk menjadi isterinya syeikh ini hanya kiasan semata. Kata2 itu hanya semangat dan peringatan bagi saya, untuk apa? Untuk punyai suami seperti syeikh itu, haruslah menjadi seperti isteri syeikh itu. Perjuangannya hebat, dakwahnya, misinya, matlamatnya semua bagus dan benar!

Saya terlepas 2 orang syeikh yang saya minati juga, tapi hanya dikenali di web dar al-iftaa iaitu Syeikh Ali Jumuah, mufti Mesir serta Syeikh Tantawi, kerana kesempitan masa kami baru pulang dari mengembara sekitar kaherah pada hari tersebut.

Berada di Mesir adalah pengalaman yang cukup2 berharga. Mendaki sinai, fuh dahsyat.. naik metro macam fahri ayat2 cinta.. masuk pyramid, tak bernafas dn keluar dalam keadaan lencun, naik unta yang tak reti sabar.. menaiki bas dan berada di sebelah orang cina yang ingin menyalur kepukauan (sungguh!!), masuk ladang mangga, pergi tasik qarun, pergi air terjun di tengah2 padang pasir, dan banyak lagi.. Semua itu insyaalah akan dikongsikan..

Sini sahaja dahulu, balik dengan kerja bertimbun yang menanti. Almaklum saja, KU kn?? =P.. (macam takde apa ja entri ni, ish)

No comments: