Monday, June 15, 2009

Konvo yang menyesakkan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Tiada apa yang menarik juga ingin dikongsi, hehe, siapa yang berminat, bacalah, jika tidak minat, tidak mengapa, tiada paksaan bagimu, =P.. Saya tidak berniat untuk menulis sebagai diari, tapi rasa macam adikberadik diari juga kot. Sekadar perkongsian, jika tidak bermanfaat, tinggalkan ya.

Alhamdulillah, hari ini dapat melaksanakan harapan kak amna dan kak cu untuk kami semua beramai-ramai ke majlis konvokesyen kedua kakak kesayangan adab kami itu. Kak Amna yang sungguh beria mahukan ramai yang datang majlis tu bersungguh untuk mendapatkan tiket lebih untuk membolehkan kami seramai 13orang untuk masuk ke dalam dewan. Turun naik berjumpa Aiham, dan Marwan akhirnya dapat juga tiket lebih untuk kami sebanyak 8 untuk dikongsi 13 orang.

Pertama sekali, saya datang dengan menaiki kereta tuan rumah. Dan apabila sampai di perkarangan bab syimali itu, lihat banyak kereta, tapi bukan kereta yang banyak itu menjadi kebingungan saya, biasalah majlis2 begitu, ramai yang datang dengan keluarga. yang menjadi kebingungan ialah mengapa kereta itu tidak bersusun, asal dapat tempat ja, cukup. Kalau kereta2 itu disusun, mungkin banyak lagi kerta yang dapat parking di tempat itu. Tidak mahu menyalahkan orang yang parking kereta itu,mungkin itulah kebiasaan mereka, ah! biarkan.. apa yang kita salahkan, adalah kereta!!!! kerana kereta itu yang tidak tersusun,=P.. hihi

Kedua, setelah sampai, pintu sudah ditutup. Dan lihat ramai lagi orang yang bersama tiket dengannya masih diluar berhimpit2 untuk masuk termasuklah kami. Dengan panas menunggu di depan pintu itu dengan suasana yang sangat bising, rupanya kesemua kami ingin membuat keputusan untuk pulang saja, tapi h tidak diluahkan kepada sesiapa, kerana terfikir 'kak amna, kak cu, kak amna, kak cu'. Selepas majlis baru masing2 meluahkan "sebenarnya tadi fikir nak balik dah, tapi teringat kak amna, susah2 dia cari tiket untuk kita", yang lain juga menyahut, "ha sama.. ha sama.. ha sama". Demi memikirkan kak amna, digagahkan juga kaki, badan serta jiwa merempuh arab2 di pintu itu.. Tidak mahu sama sekali mengutuk sistem majlis konvo mereka yang langsung tidak sistematik itu, itulah cara mereka. ah, biarkan!! tapi 4 kad tambahan yang saya ambil pagi td dari aiham, ada lagi bersama saya kesemuanya dan masih elok..


Yang ketiga, sesudah lama diluar, akhirnya pintu dibuka, dan masuklah semua orang bergombol2 dan bertolak2an, rasa seperti nak menangis sahaja. Mulanya rasa seperti hendak berpatah balik untuk pulang tapi pandang belakang lihat ramai lagi orang jika mahu meredah untuk keluar dari gerombolan itu, lalu terpandangkan pada kak shaima', dan tidak tahu ketika bila, rupanya kaki ini telah melangkah ke dalam dewan itu. Dan waktu sedang bertolak2 dek arab yang besar2 itu, hanya Allah sahaja yang mengetahui kelemasan dan kerimasan yang bersama2 keduanya kerana susah sekali untuk bernafas. Sungguh kasihan dengan anak2 kecil2 yang terpaksa juga didukung dikendong oleh ayahnya. Wahai ayah kepada anak kecil itu! tidak kasihankah kamu dengan anakmu itu menangis2 kerana suasana seperti itu? Bukan ingin mengutuk, itu hak kamu, pemikiran kamu. Malah sebenarnya berasa sangat kagum melihat ibu ayah yang tidak memanjakan sangat anaknya, begitulah orang arab. Kecil2 lagi sudah diajak untuk bergaduh, =P..

Seterusnya yang keempat, sesudah itu, kebanyakan kami mengambil tempat diatas. Sungguh, saya tidak merasakan saya berada di suasana konvokesyen, sebaliknya seolah berada di suatu perlawanan bola sepak..

Mahu percaya atau tidak?? Agaknya mungkin majlis ini dibuat di Gymnasium, maka selayaknyalah majlis ini sedemikian rupa.


Itu barisan doktor2 kesayanganku. Ada doktor Musa Rubabaah, Salim Hadrusi, Majid Jaafreh, Abdul Hamid Al-Aqtash, Qasim Mumini, Ali Syara' kesayangan dan ramai lagi. Namun bengang dengan orang sekeliling yang tidak langsung menghormati doktor2 ku itu, dengan membuat bising yang amat sangat. Jika mahu kenal doktor2 adab, senang saja, yang botak depan itulah mereka.. Kerana apa, kerana mereka banyak menghafal syair2 dan sejarah, tktahulah apa kaitannya, faktanya tidak pula saya kaji tapi semua doktor adab sebegitulah.. =). Lantas terfikir, adakah saya juga akan botak sekiranya meneruskan pengajian ke tahaplebih tinggi dalam bidang ini. Ah, biarkan. Soal aurat itu jangan dibesar2kan.

Dan ini suatu benda yang saya paling tak suka dalam majlis ini adalah bunyi dari suatu bahan yang dijual, dan dengan bahan itu juga boleh mengeluarkan buih. Tidak pasti namanya dan tidak berminat untuk mengetahui namanya. Biarkan selamanya saya tidak mengenali alat bingit itu. Menyamburnya tidak kira manusia besar atau kecil, tua atau muda, yang pastinya menyakitkan mata serta hati saya.

Cubalah bayangkan yang duduk di bawah itu adalah ibubapa kamu, sanggupkah melihat mak ayah kita disembur begitu?? Saya sudah punyai rancangan pada tahun hadapan untuk mak ayah saya hadir ketika saya konvo, insyaallah tahun hadapan, moga Allah mudahkan, namun harapan itu terus lenyap dan terkubur melihatkan keadaan yang sebegini rupa. Mahu mengutuk?? tidak perlulah, mereka sememang begitu, dan menarik mengenali orang yang tidak sama fikrah dengan kita ni, ya kan?? Jika kita sebangsa dengan mereka, itu jugalah yang kita katakan terbaik, =P..

Dan inilah gambar kak amna, hehe.. Kerana Kak Amna, sanggup kami meredah orang arab diluar sana..



Dan kemudian, selesai sudah pemberian sijil kepada para graduan, dan belum sempat doktor2 itu turun dari pentas, sudah ramai berlarian2 ke bahagian tengah untuk mendapat anak2 abang2 kakak2 mereka yang telah berjaya menghabiskan pengajian denga jayanya. Berjayalah mereka sebagai orang yang sangat masyhur dengan meniru ketika exam. Tidak berniat untuk mengutuk, lantaklah mereka, mungkin bagi mereka, meniru itu sebahgian dari kejayaan, maka terpulanglah..

Begitu juga kami, seakan reda di dalam itu, kami juga turun mendapatkan kak amna dan kak cu di tangah2 ruangan itu, dan apabila kami serbu, mengalirlah air mata kak amna kerana terharu. Kak Amna adalah seorang kakak yang sangat istimewa bagi saya, dan sangat meminati ustaz amin. Dia selalu bagi tazkirah, dan kitorang selalu menyakat. "kak amna, tazkirah hari ini tajuk apa??", Pernah suatu hari dia menghabiskan satu hari di rumah kami, dan sepanjang hari itu dia hanya bertazkirah sahaja, hebat kn?? nampak saja salah sikit, terus ditazkirahnya kami. Apabila ditanya "fiyoo kak amna, mana tau??".. dijawabnya "aku kalau baik sikit tu, maksudnya baru lepas baca blog ustaz amin la tu. Aku suka baca blog dia, dia pernah pergi Palestin, cerita dia kat sana, cerita pasal Palestin, dia suka cerita pasal sejarah, aku suka la".. hehe.. Ustaz Amin juga pilihan kak amna ya!!! Tidak mengapalah, semoga terus thabat wahai kakakku!!

Insyaallah kak amna dan kak cu akan pulang ke Malaysia pada 30hb6 ini, semoga segalanya berjalan dengan baik, pulang dengan selamat. Ya Allah, slamatkanlah perjalanan mereka Ya Allah, dan jadikanlah mereka bintang2 yang menyinar di muka bumimu untuk anak2 islam, dan juga menjadi orang2 yang Kau redhai didunia dan juga di akhirat.. Ameen ya Rabb!!

7 comments:

Anonymous said...

yeke ade dr.musa rubabaah?mne dela.pdela cik kak...

cik santun.. said...

laa, tu pn nak jadi isu ke?? mmg la dr musa dh takde, tapi segar je dalam hati (ayat tak mengaku kalah)..

zulai said...
This comment has been removed by the author.
zulai said...

arab mmg camtu....pegi konvo cam g tgk bola...JUST pn same jer...nak wat cam ner ..dah budaya dieorg cam tu...haih..

cahayabintang said...

ha ah la..mcm dekat stadium je...budaya diorg mmg cma tu ye?? emm...br tau...

cik santun.. said...

zul aizzat..

owh ye?? JUST pn?? memang budaya diorang kan, nk buat camne, terime la.. best gak tengok, meriah je..


cahaya bintang..

hihi dekat gymnasium.. meriah, cuma agak pening la.. betul2 kenal, baru tau menariknya kat mana.. tapi tuan rumah yang arab pn tak suke arab.. hihi..

NuRuL SoLeHa said...

gitu gaya konvo dorang..wat-wat terkezut padahal dah tahu gak sblm nih..hihi..kalau akak,mau pengsan dulu sblm menyelit2 di balik arabs sekalian..