Monday, June 1, 2009

Antara bidadari dan penghuni syurga.



Wahai kakakku,
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu??
asyik berteman tangis dan sendu sahaja??

Wahai adikku,
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,
tetapi disitulah wahai adikku,
kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,
menjadi izzah yang paling gah,
bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki,
kerana sendu rayunya,
Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun.
Duhai adikku,
lembut wanita itu bukan lemah,
tetapi senjata..

Namun wahai kakakku,
Wanita itu fitnah dunia..

Pernahkah adikku dengar,pesanan ilahi pada hambanya??
"Wahai lelaki yang beriman,
tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu",??

Cuba adik nilai,
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya??
Pada hamba yang bergelar ar-rijal,
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,
maka tidak mungkin terlihat wanita yang menjdai fitnah pada dirinya.

Dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,
agar memelihara auratnya,
kerana disitulah kehormatannya.

Bukan fitnah semata-mata jika ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!!
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh.

Tapi kakakku,
kenapa wanita itu menjadi peragaan??
Tidakkah mereka merasa malu??

Wahai adikku sayang,
Al-Haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan,
wujudnya seiring dengan nafas insani,
dan al-haya' itulah pakaian iman,
pada diri wanita itu indah al-haya' sebagai pembenteng diri.

Namun,
bila mana al-haya' itu lebur, imannya runtuh..
Kenapa mereka merelakan diri jadi peragaan??
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
merasakan diri belum cukup menarik,
mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku,
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan muarahan itu.

Wahai adikku,
1001 kaedah penciptaan wanita,
pandai-pandailah dikau menilai,
antara permata dan debu-debu kilauan pasir,

Wahai adikku, janganlah adik gusar, tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu, dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu,menggugurkan diri menymbah tanah,sedangkan sebenarnya engkau telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..

1 comment:

~nawanihamra'~ said...

komen baek2 ye?siap bg 'warning' lg tu..ihi~

erm..posting kali ni menampakkan ketertarikan yg amat tuk melodi ni..=D

apepun,moge kita sama2 apat ihtimam dr ape yg baek2 ini kan?barakaLlahu fik!~