Wednesday, July 15, 2009

Kempen!!!!

Kempen.. Kempen.. Kempen...

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikumwarahmatullah!!

3 hari saja lagi sebelum Mesyuarat Agung PERMAI, anda sudah punyai calon pilihan hati untuk diundi?? Sudah tentu jawapannya "Ya", bukan?? Masakan tidak, inikan untuk pemimpin persatuan kita, memilih pemimpin yang berkepimpinan juga dapat menjalankan tanggungjawab mengikut acuan al-Qauran dan as-Sunnah bukan mudah. Setiap undian kita akan dipersoalkan kelak.. Moga2 diberi petunjuk dari Allah!!

Create your own banner at mybannermaker.com!


Entri kali ini pasal apa pula ya?? Disaat manusia lain berkempen untuk menaikkan orang ini MT, menaikan orang ini Ketua Helwi, itu dan ini, saya pula berkempen untuk 'jangan naikkan orang ini MT'.. hmm ayat serupa hendak mencari gaduh pula ya?? adakah saya sudah menjadi gila?? saya cemburu tidak tercalon nama untuk saf pimpinan akan datang?? saya dengki dengan kehebatan sahabat lain?? saya cemburu dengan kempen2 yang kalian hebah2kan?? adakah??

Siapakah orang yang saya maksudkan itu?? Orang itu adalah Arikah bt Sadon, mahasiswi tahun 3, jabatan fiqh wa usuluhu.. Nama ini tidak asing bukan bagi anda?? Berkebolehan dalam memimpin, kepetahan berbicara, muamalat terjaga..

Jadi, mengapa saya berkempen untuk 'jangan undi calon ini??'.. begini... yang pertama, sebelum pemilihan calon untuk saf pimpinan PERMAI lagi, kami sudah punyai rancangan untuk meletakkan Arikah sebagai Timbalan Presiden MMY (Majlis Mahasiswa Yarmouk), malah dipersetujui oleh Arikah sendiri, serta kakak2 senior sebelum mereka pulang ke Malaysia, dan kami tidak menyangka nama Arikah tercalon lagi untuk pimpinan PERMAI 09/10 kerana dia pernah menarik diri dari pencalonan pada tahun lepas. Ternyata anda juga tidak berputus asa untuk meletakkan dia di dalam PERMAI. Jika dia menolak pencalonan itu sekali lagi, ternyata itu tidak patut, seolah lari dari tanggungjawab sedang orang lain meletakkan kepercayaan yang tinggi pada dia, benar?? dan kami memandang hanya satu jalan untuk anda tidak mengundi dia, dengan memberitahu keadaan sebenar mengapa kami meminta dengan sangat untuk anda jangan undi dia.

Ya, jika anda bukan ahli MMY, anda akan fikir, Arikah bagus, jadi letakkan la dia dalam PERMAI, jika tak undi dia, PERMAI kan rugi besar!!! benar!!! Jadi, saya minta anda cuba berada dalam keadaan anda adalah ahli MMY, lihat pengurusan MMY kini, dari segi pentadbiran bagaimana, dakwah bagaimana, persatuan itu sendiri bagaimana.. MMY bukan sahaja perlu uruskan urusan2 jamiah, malah dakwah juga!! dan itu perlu diperkuatkan!! Lihat sahaja kata2 orang yang saya kira memperlekeh perjuangan kami, "Apa budak2 Yarmouk buat untuk budak2 JUST??", "Budak Yarmouk tak macam ustaz2 dulu", "Budak Yarmouk serupa ja dengan orang yang tidak punya aliran agama".. Jadi untuk buktikan semua itu, MMY sendiri perlu kuat!!

Benar, mahasiswi yarmouk bukan hanya Arikah, tapi kami serupa kalian juga. Kalian menaikkan nama dia, kerana nampak dia berkebolehan untuk PERMAI, dan kami melihat dia berkebolehan dalam MMY!! Dan bnar juga, adik2 lain perlu diajar dan dijadikan pelapis, untuk kebaikan MMY akan datang, tapi namanya juga perlu diajar, takkan diajar itu duduknya diatas. ya, bukan??

Mungkin antara sebab kalian mahukan Arikah mendapat jawatan tinggi dalam PERMAI kerana sudah punya pengalaman menjadi AME dalam pentadbiran 07/08, tapi kalian tidak nampak apa yang Arikah lakukan untuk MMY, dan jika kalian tidak tahu, ambilah tahu bahawa MMY itu sangat penting dan peranannya juga sangat besar. Ia cabangan dari PERMAI.. Jika MMY itu kuat, nama yang bersama dengannya adalah PERMAI, PERMAI juga akan kuat..

Perkara ini bukan hanya pada pendapat saya saja.. Kalian juga boleh menghubungi sesiapa saja di kalangan kami (Bayt Insyirah+nailah+sume2 la). Jika kami saja (budak yarmouk) yang hanya tidak mengundi Arikah, itu tidak cukup untuk tidak menaikkan Arikah.. yarmouk saja 136, sedang ahli permai 457, baki 321 itu adalah pelajar JUST, dan mengharap sangat pelajar JUST ini faham!! dan turut sama membantu kami..

Calon lain untuk memegang MT dalam PERMAI di kalangan mahasiswi Yarmouk adalah :
Nor Azimah Nordin..
-Timbalan presiden 2 MMY 08/09
-Timbalan biro akademik MMY 07/08
-Terlalu banyak berjawatankan timbalan persegaran untuk program2.
-Berkebolehan memimpin
-Scorer adab, mendapat anugerah kecemerlangan 2 tahun berturut2!!

Tidak perlu rasanya jika saya buat juga JFC - Jimah Fan Club!! =), cuma mengharap dengan sangat anda faham keadaan kami, dan memikirkan dengan lebih panjang tentang masa depan MMY.. Harap pnulisan saya yang selekeh ini dapat memberikan pada anda penjelasan yang lebih ya!!

KEMPEN2!!!
Presiden - Muhammad Naqeb
Timbalan presiden - Ahmad Amirul Amin
Naib presiden (MMY) - Zaid
Naib presiden (JUST) - Afiq Muiz
Setiausaha - Arif Hakimi
Bendahari - Ikhwan

Ketua Helwi - Fathiyah
Timbalan ketua helwi - Mariah
Setiausaha - Husna Madiha
Bendahari - Nor Azimah

* Jika tidak faham, saya boleh mengeluarkan penulisan yang lain pula.. Ini antara usaha saya, jika memang ditetapkan oleh Allah yang Arikah itu duduknya di PERMAI, harus terima saja, mungkin itu yang terbaik..

14 comments:

syphoon said...

Afiq Hakimi tiada dalam senarai ye...

Ariff Hakimi mungkin ada...

cik santun said...

ya, orang itulah yang sebenarnya saya maksudkan.. dah diperbetul, syukran!!

Anonymous said...

afiq hakimi tu kawan saya...die skrg blaja di morocco..bdak jais sme batch ngan saya...
skrg ni die menjawat jawatan presiden MPPMM....untk Morocco nye...hmmm

cik santun said...

owh wujud juga orang namanya afiq hakimi.. presiden morocco ya, mantap2!! afiq dan ariff, lebih kurang la namanya tu..

n0m0s said...

sy rsa sy x paham ap yg anda tulis,mungkin anda boleh keluarkn penulisan yg lain??
haha..main2 je la..

kte baca entri akak ni dengan nada debat..hehe..

mcm ku knl sje anonymous itu..afiq hakimi tu pon kte knl..mse kt PKG dlu..wow!!mantap la dia..dh jd pres morocco..

k.arikah mmg diperlukn dlm MMY,jd sy pon merayu la sgt2 jgn undi dia dlm PERMAI..

KEMPEN!!KEMPEN!!KEMPEN!!
(nk ad blog gak boleh??)

n0mos said...

*tambahan..
sbrang pertanyaan pasal kak arikah boleh dirujuk kpd kami yer(dak2 nailah)
-sbb nama umah ktorg masuk entry ni..haha-

nk gak akk buat entry khas psl kte gak..kak zimah ngn kak arikah jer ke??
JFC!!JFC!!JFC!!

cik santun said...

n0m0s aka wani,

ngade lak die ye??
mahu baca dengan nada debat, bukan disini laa.. ni nada santun2 serta ayu2 gitu... ahakss..

sape anonymous tu?? owh org yang bernama itu same pkg ngn awk jugak.. dahlah, jgn disebut lagi nama org tu, bukan kenal pn, akk pn tak sengaja..

awk pn kn mantap jugak, tmbalan ekonomi bkasj, meningkatkan ekonomi dengan jualan roti gorengnya, keh3..

ya, jom kita berkempen, jgn undi arikah, kerana arikah tidak bagus dan tidak layak menjawat jawatan dalam PERMAI, wakakaka..(mati la akk kalau arikah tau).. hihi bukan, kerana halawiyat nya, ooopss sori, aulawiyatnya, arikah harus berada di MMY, sebagai timbalan presiden..

yeah!!
ok, sapa2 yg mahukan penjelasan lagi, silalah call wani ya,kui3..

Sahabat2 dan adik2, kita doa saja ya, moga2 Allah memberikan kita pemimpin yang terbaik.. Jika arikah pegang MT permai juga takpe, wani kn ada untuk MMY, =P..

- "Kami yang semakin ketakutan dan kerisauan"

faiQ nabiL said...

salam..maaf kalau celahan ini terkeluar tajuk
:D
cuma pada pendapat akak
seharusnya ke atau tidak sekiranya saudara amin ini dilantik utk menjadi YDP BKASJ??

kerana usaha yang dilakukan dalam BKASJ yang saya nampak sangat bersungguh2..
sehinggakan ke sesi akan datang pun dia masih ada matlamat utk meletakkan BKASJ ke tahap yg terbaik..

rugi jugak sekiranya dia dilantik menjd timb pres permai..

dan naqeb sebagai presiden memang tidak perlu dipersoalkan lagi..
:D..insyaAllah saya setuju..

cik santun said...

wsalam..

ni baru betul bicara budak debat..
izin laluan terkeluar tajuk!! sila duduk!

saya lebih2 lagi berpandangan supaya ada dak syariah dalam MT.. GAndingan Amin dan zimah dalam MT, rasanya memang cukup mantap!!
Bila bicara soal fiqh dan hukum2, mualamat dan sebagainya.. mana tau, ustaz yg akn selalu bg tafaqquh tahun depan pulak ialah ustaz amin..

Amin memang lebih nampak kebolehan memimpin dia dalam BKASJ, tapi bila cakap soal kepimpinan, BKSJ atau PERMAI, dua2 sama ja bab kepimpinan.. cuma tak terus dia naik presiden PERMAI sudah, dh tentu dia belum memahami selok belok PERMAI..

dan soal kesian kat BKASJ, amin dh di'curi' PERMAI, inilah politik.. Calon yang terbaik, jgn dilepaskan, jika tidak, persatuan kita yang rugi!!! hihi, =P(dgn kejamnya)

Tapi, lain ya dengan bab Arikah, Arika itu matlamatnya untuk PERMAI juga!!! sedar dan ingat, MMY tetap bawah PERMAI..

Pencalonan BKASJ pun belum lagi, kn?? calonkan lah yang terbaik.. jika kamu tercalon, akk kempenkan undi awk!!
(teragak2 dan berkira2 membalas pertanyaan dak debat!!)

faiQ nabiL said...

(bgn kembali)
aduh akk..
ke situ pulak..
debat2 nih..tak derlah sehebat bakal presiden yg tercalon..
masih bnyk lg perlu dipelajari..

betul jugak cakap akk..
sekiranya hanya memikirkan kepentingan BKASJ..
tanpa melihat kepentingan PERMAI sendiri..
org akan kata yg amin tidak harus diundi.. :D
tp..
saya rasa sememangnya..
abg amin perlu ada di kerusi tertinggi PERMAI..
walaupun ramai dari BKASJ dah di'curi' PERMAI..
zaid daud, afiq mu'iz dan afifuddin
kerana PERMAi mampu melahirkan pemimpin yg hebat juga..
:D
insyaAllah..
saya juga rasa dgn kehadiran kak azimah dan abg amin akan juga terus menaikkan thaqafah dlm kalangan ahli PERMAI utk sesi seterusnya..
dan juga menaikkan bahawa YARMOUK juga mampu utk mengendalikan program besar lebih hebat..

saya budak baru belajar..
terima kasih..
PERMAI di hati!~

suara hati said...

ciksantun,

dengan nama-nama kitorang sekali cik angkut untuk kempen ya!

nah, baca nih untuk kuatkan kempen ciksantun.. http://tanpatubuh.blogspot.com/2009/07/mari-berkempen-2.html

n0m0s said...

izin laluan....

alaa kak nadia,ap salahnyer kak shafiqah angkut nama akak2 skali..

akak,klu kita yg naik MMY,makaaaaaaaa..
pikir la sendiri yer..kte x mampu la..kn dah gtau ari tu,kte nak naik MPPM..hahaha..

selamat mengundi ye warga PERMAI..mge anda semua mengundi calon yang layak dan mampu utk membawa PERMAI kearah yg lebih baik..

puan yg dah tua,izinkan sy utk mengundur diri dan berharap moga usul ini diterima..(huahuahua)

cik santun said...

faiq nabil,

doa2 semoga begitulah!! pemimpin2 inilah yang kita pilih.. moga2 mereka lah orang2nya yang mampu memimpin tangan kita menuju redha.. insyaallah..


kak nadia,

apa salahnya, walau berjauhan namun tetap di hati, acewah.. kak nadia, terime kasih, sgt2 perlukan akk!!


n0m0s aka wani,

haha memilih!! MMY tknk, MPPM nk.. aish budak niii!! wani, MMY 100 lebih je, MPPM akan dtg 1000.. tanggung la!! jika dihempap batu 1000 gram, lg kusanggup dr naik MPPM tu,=P.. haha.

ya, seruan adikku yg berkaliber kepada seluruh warga PERMAI, undilah dgn bijak!!

silakan undur diri, baik2, jgn langar org..

Anonymous said...

perlu memeriksa:)