Tuesday, July 21, 2009

merepek tgh mlm!

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Lama sungguh rasa tidak menggila2 disini, malam ni terasa pula gatal2 di tangan ini menaip di blog yang kurasakan sudah bersawang ini.. saya bukan YB, menteri pembangunan wanita juga bukan, tapi kesibukan itu saya akui mengalahkan mereka!! hihi.. saya tidak rasa penulisan mlm ini memberi manfaat, haha tapi sekiranya ada yang ingin baca, saya persilakan saja..=P

Hari ini hari paling indah sekali, tapi indahnya itu tidak la seperti semalam, kerana di dalam kelas adab muqaran semalam, saya berkesempatan duduk di sebelah seorang arab kristian,Bana namanya, dan tinggal di Ajloun.. Sudah banyak kelas kami bersama, sudah banyak kali juga berborak, tapi borak yang semalam ini, istimewa sikit dan sangat istimewa.. Tahu apa yang kami borakkan?? tentang perbandingan kristian dan islam.. Menarik, bukan??

Kami mula borak tentang pakaian, kemudian ke perkahwinan, seterusnya ibadat. Pemikiran dia sangat bagus, sangat menarik, sehingga dia boleh berkata "aku tak suka perempuan islam kat jordan ni, ramai sembahyang kat rumah ja, sedang bukankah masjid itu namanya rumah ibadat? dan semua wajib sembahyang disana, kami org masihi wajib ke gereja untuk penyembahan, lebih rasa pengabdian".. oh tidak, soalan ini yang menjerut leherku!! saya pernah jumpa soalan begini dalam satu forun yang dulu saya aktif la jugak dalam forum tu (sekarang dh tak), hehe.. Maka selepas ini, saya akan cuba juga untuk berlari berkejaran untuk sampai awal di kelas adab muqaran untuk sentiasa duduk sebelah Bana. Menarik, dan saya suke!!

Dan hari ini, saya duduk sebelah orang lain pula dan borak tentang israkmikraj!! Dia mula bercerita tentang apa yang saya telah fikirkan,apakah dia?? Palestin dan dakwah!! point yang sama saya tekankan dalam artikel di blog MMY, hehe..

Pilihanraya Permai
Alhmdulillah, selamat berlangsung mesyuarat agung kali ke7 pada sabtu lalu, dan menggantikan saf pimpinan lama kepada saf pimpinan baru.. Moga2 pimpinan pilihan rakyat sesi 09/10 ini mampu menjalankan amanah sebaik mungkin berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, insyallah.. Pimpinan 09/10 saya kira sangat kuat, orangnya hebat2.

Terima kasih pada PERMAI atas tarbiyah yang sungguh2 dapat saya rasai, PERMAI juga berubah, dan saya?? adakah masih seperti tahun 1 dulu?? adakah masih membawa cinta tahun 1 dahulu?? apakah perubahan sepanjang 3 tahun ini?? kegemukan dan kesantunan.. itukah??

Majlis Ramah Mesra Badan anak Selangor
Inilah program malam ini!! Program yang sangat best, dinner bersama delegasi selangor, Dr hassan Ali, Ustaz zaki, tidak kisahlah siapa lagi, tapi yang paling penting ialah duit zakat naik rm16000, heheheh.. Beringat untuk diri sendiri, duit naik itu, mmg harus bersyukur, tapi harus juga rasa takut. kerana makin banyak duit zakat yang suci itu pada kita, makin banyak tanggungjawab. Tidak takutkah di akhirat nanti perut kita akan menggelegak kerana menyalahgunakan wang suci itu?? Nauzubillah!! moga2 duit itu nanti digunakan kearah jalan yang benar!!

Banyak ja ucapan2 yang best2 tadi, tapi saya terlebih dahulu telah meng'ibadah sirr' kan diri, =P.. apa dia ibadah sirr?? nama pun sirr kan, biarlah ia berterusan dan kekal menjadi sirr, hehe.. mana tidaknya, makan dulu baru ucapan2 itu,oh tidaakk..

Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! Alhamdulillah!! dan malam ini, 2 orang itu juga yang dapat rm1000 kerana cemerlang pelajarannya.. Azimah dan Faiz, kamu berdua memang hantu!!!!!!

Sekian sahaja repekan kali ini, kerepek banting mmg sedap!!

2 comments:

n0m0s said...

betol..kerepek banting mmg sedap..
lg2 yg dekat kanchong darat tu..
huarghh!!!rindu bandar mahkota banting!!!

cik santun said...

n0mos aka wani,

ya, kerepek banting mmg terbaekkk!!! hihi rindu jugak, kampungku terindah!! mau pulanggggg...