Thursday, July 30, 2009

kempen bkasj pulak!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Pertama sekali, siapa rasa diri dia belum terjemput untuk menghadiri mesyuarat agung BKASJ pada 31 Julai, tengoklah iklan ini, dan rasalah diri anda dijemput ya??!!



Ralat : tangubngjawab - tanggungjawab .. hehe suke gelakkan orang, padahal shafiqah, kamu tu kalau buat salah lagi dahsyat dari tu!!

Katanya cabutan bertuah ada hadiah handphone.. kalau ramai juga yang tak datang, tak tahulah bagaimana nak buat lagi ya.. agaknya boleh kot diusul dalam perlembagaan 'ahli yang tidak langsung datang program boleh dilucut keahlian', acecece.. begitu bersungguh pihak penganjur nak tarik ahli datang program ya?? moga dimudahkan urusan kalian, ameen ya allah!

Pilihanraya BKASJ kali ini kurang rasa kebahangannya meski cuaca sekarang memang bahang, mungkin sedang dalam fatrah imtihan agaknya, jadi saya tidak mengikuti sangat perkembangan pilihanraya BKASJ kali ini. Namun hak saya dalam BKASJ itu alhamdulillah masih disedari..

Dan disebabkan kesedaran dengan hak itu, maka saya sedar saya punyai hak berkempen, hahaha.. Bila ditengok2 ditenung2 direnung2 semula, rupanya memang ramai AMM BKASJ yang telah dicuri permai ya.. Tidak mengapa,kalian bermula dari BKASJ, manalah tahu, nama2 yang dilantik jadi AMM BKASJ 09/10 juga yang akan naik jadi MT PERMAI 10/11 pula, kan??

Nama2 calon pilihan saya dan tiqa (bendahari bkasj 09/10), undi adalah rahsia,ni kempen je!! =)

Yang dipertua : Mohd Shukri Bin Ruslan
Timbalan yang dipertua : Basyaruddin Effendy Bin Ab Kadir
Setiausaha : Muhammad Faiq Nabil Bin Ramli
Bendahari : Abdul Rahman Bin Mohd Sha’ary

Naib yang dipertua : Norshaheera binti Mohamad Rais
Timbalan setiausaha : Shahidatunnur binti Norazmi
Timbalan bendahari : Nurul Salwani binti Mahamad Napiah


Anisatul Qalbi biarkan dia tumpu sepenuhnya kerja PERMAI.
Kak Ida Dayana lebih nampak biro dakwah..

Alhamdulillah ramai budak jais, naik lagi ke zakat tahun depan, hihi.. Sila undi Shaheera, seorang yang sangat bersungguh dalam bekerja.. kita kene berterima kasih ya pada dia, dia yang uruskan zakat tahun ni, menulis surat dan semua urusan untuk zakat kita tahun ini.Duit zakat dapat awal, bulan 5 dah dapat, naik pulak tu.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

1 comment:

Anonymous said...

belajar banyak