Thursday, March 17, 2016

Ikhtiar nak senang bersalin

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat sihat dan lapang. Kali ni saya nak kongsikan ikhtiar nak senang bersalin.Ceh gaya macam senang sangat saya bersalinnya. Tidaklah, seperti entri yang lepas,saya ceritakan pengalaman bersalin saya hampir dibedah,tapi sekurangnya ada ikhtiar dan usaha sebelum tu untuk memudahkan bersalin. ya tak? hehe.

1) Perbanyakkan baca Alquran.Kalo boleh,khatam!
Masa saya mengandung 3bulan,waktu tu di bulan puasa. Jadi saya join grup tadarus sempatla khatam sebulan tu sekali.lepas raya sy buat grup lain untuk kawan2 sy yang mengandung sama siapa yang nak teruskan bacaan quran sampai khatam. 3 bulan baru dpt khatam. lps tu tk khatam2. Dah masuk kandungan 8bulan saya khususkan bacaan surah mengikut hari :

ha nampak tak?bukan sebab apa.sebab kan surah2 tu berkaitan dengan org mengandung. nak baca semua dalam sehari memang tak larat,jadi pecahkan ikut hari.
Ada juga hari yang saya miss baca,dan hari yg sy skip baca,hehe. Yang penting ikhlas,dan niatkan untuk kita dan baby dlm kandungan. 


2) Minta maaf pada suami,mak, abah,mak mertua,ayah mertua,serta org sekeliling. Solat berjemaah sama dengan suami,saling mmaafkan,biasakan diri sebelum tidur cium tangan dan bermaafam dengan suami,dan juga memaafkan orang lain. Insyaallah kita akan rasa tenang. ;)

3) Jaga pemakanan. Makan makanan berkhasiat dan ambil supplemen tambahan jika perlu. 
- Sepanjang mengandung kali ni saya amalkan esp shaklee,vitalea,vita c, bcomp dan ostematrix. Memang lain rasa mengandung kali ni. Kaki tak pernah krem waktu tidur. Hb pun ok je.
- Dah hujung2 kehamilan saya tambah lagi dengan qaseh adinda. 
- Saya juga minum raspberry leaf tea. saya beli online.Kandungan hujung 8bulan saya dah mula minum sehari sekali. Dah masuk 9 bulan minum 3kali sehari.
- Minum air kelapa. Tiap kali gi sekolah mesti singgah kedai beli air kelapa.
- Makan bendi
- Makan telur kampung separuh masak setiap pagi. Makan dengan kicap. peh.

4) Aktiviti fizikal
- Kemas rumah,dalam pantang tak boleh nak mengemas kan. Ha jadi kemas siap2 hujung2 kehamilan ni. 
- Senaman squat dan jalan itik. Ha ni buat dengan Nuha dekat rumah suka sangat dia buat sama2.
- Banyak berjalan,dan banyakkan naik turun tangga. Kalo larat tak perlu ambil cuti awal,teruskan bekerja. 

5)Air selusuh dan urutan perineum
- Air selusuh saya mula minum bila kandungan sudah 38minggu,air doa yang didoakan sendiri oleh suami.
- Perineum massage saya buat mula kandugan 7 bulan. Urut bahagian vagina kita dengan minyak kelapa dara Biorich. Masa 7bulan sy cek up sekali di Klinik Barakah Bandar Puteri. Doktor disana yang ajar buat urutan ni. Mula2 takut nk masukkn jari dalam tu. Lepas buat sekali dah tak takut dah. Hari2 buat. Minyak kelapa dara tu juga buat minum. Sehari sesudu kecil.


Inilah amalan2 yg saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan supaya senang bersalin. Kalo ada yang nak cuba buat,dipersilakan. Kita hanya ikhtiar,selebihnya doa banyak2 pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita untuk bersalin. Insyaallah. ok,keluar dulu Assalamualaikum ;)