Friday, March 18, 2016

Cuti Sekolah

Bismillah. Syukur kepada Allah,atas nikmat iman dan islam. Selawat dan salam penuh kerinduan buat junjungan Rasulullah,serta pengikutnya yang beriman sehingga ke hari ini.

Pejam celik,pejam celik, cuti sekolah dah nak habis,cepat sungguh masa berlalu.Walaupun saya masih bercuti,saya pun terasa juga sebab dah kena mulakan balik rutin anakku bersekolah,ceh,baru sorang yang sekolah nye pun gaya macam 10 orang yang sekolah.hehe. Cuti kali ini kami tidak rancang pun nak berjalan. Cuma hari akhir sekolah tu Nuha cuti sebab ikut abi hantar guru-guru PASTI yang menyertai tamrin guru Pasti Malaysia di Jitra. Dapat la juga dia berjalan,duduk rumah pakcik di sana,bermain dengan makcik2 yang sebaya dia. hehe. Saya dan Faqih tinggal habiskan baki-baki berpantang lagi beberapa hari. Lagipun saya belum bersemangat nak keluar berjalan.

Hari2 lainnya hanya duduk di kampung Klang Jaya(family belah saya) dan kampung Andalas (family belah suami). Untung kampung dekat2,hehe. Kebetulan pula,cuti kali ni biras saya di Johor balik bercuti di Klang,jadi dapat la kami berkumpul semua.
Ni ragam anak11 di rumah mertua. 11 cucu semuanya. sorang lagi on the way. 8 perempuan,3 lelaki.

main keretapi ke apa ni,taktau la.

haa..gini lah bila perempuan ramai.
 siap bertampal notis kat bilik belakang, 
(budak2 perempuan bergosip agaknya,hehe.)

main..main jugak.
masuk waktu,solat berjemaah ye.

punyalah susah nak bergambar sekali ramai2.
sana dah ok,sini tak ok. sini ok,sana tak ok.


bye2 paklong,maklong sekeluarga. Nanti jumpa lagi, ;)

Kalo dah pergi rumah wan,jumpa sepupu2 memang taknak balik rumah. Kesian juga dia lambat dapat adik,takde kawan bermain. huhu. Tunggu adik Faqih besar ya kakak.. 

1 comment:

Anonymous said...

babai sayang2 semua..jumpe lg lain kli..very da sawiittt moment..muah10x millenia