Saturday, March 19, 2016

Berpantang sendiri

Bismillah,syukur dirafa'kan kepada Allah tuhan yang mencipta langit bumi serta seiisinya. Selawat dan salam buat junjungan agung Muhammad,pembawa risalah yang benar,para sahabat, serta seluruh orang beriman.

Seronok pula dah berhari-hari menulis blog. Hari2, macam ada benda nak dituliskan,tapi bila tengah tulis tiba-tiba takde pulak idea. hihi.

Ok,saya dah ceritakan pengalaman bersalin pada entri lepas, seperti tajuk di atas, kali ni saya nak cerita tentang pengalaman berpantang pulak. sape nk baca.sape nk baca. silakan. hehe.

Saya dibenarkan pulang dari hospital pada hari ke2 bersalin. Sepanjang di hospital saya hanya memakai minyak panas dan stokin tebal. Sudah di rumah baru la seronok pakai macam2,tepek macam2. Rumah pun sedap bau herba2. Saya berpantang dengan set bersalin shaklee + tradisional dan memang merancang untuk berpantang sendiri kali ni. 2minggu pertama suami buat semua kecuali masak,katanya takut termasukkan bahan yang saya tak boleh makan,haha,jd dia minta la mertua saya nasakkan hari2 huhu. Suami dapat cuti ehsan isteri brsalin seminggu,dan lagi seminggu cuti raya cina. Dah masuk minggu 3 saya dah kuat sikit baru saya bantu mana boleh. Kesian dia 100% urusan rumah dia selesaikan,jaga anak2,jaga isteri,dan urusan masuk rumah baru. Penat beganda tu. kesian.

Mak dan mertua saya pun selalu datang tengok2kan saya dan baby. Ya lah,kita dalam pantang, kadang2 takda semangat. Bila mak datang tu,baru semangat sikit. Mak abah siap tidur lagi rumah kami,lagi2 bila suami kena keluar malam pergi meeting. Mertua pun hari2 datang hantar makanan,huhu,terima kasih sangat pada semua.

Ok,saya kongsikan Jadual berpantang saya :
6.00 pagi - panaskan air untuk mandi, minum esp,perah susu.
7.00 pagi - mandi, pakai param pilis tepel,bertungku,bengkung.
8.00 pagi - sarapan biskut
8.10 pagi - mandikan baby
9.00 pagi - rehat,perah susu,masak tengahari.
10.00 pagi - makan biskut
12.00 tghari - makan nasi (mula dgn esp,makan nasi,vita. vitalea,b com)
2.00 petang - perah susu
3.00 petang - makan biskut
4.00 petang - panaskan air,mandi,param,pilis,bengkung
5.00 petang - mandikan baby
6.00 petang - makan malam
9.00 malam - tidur (ostematrix)

Ha,ni jadual saya berpantang. tapi yang masak sendiri tu 4 kali je sy masak sendiri. hehe. Yang lain itu la rutinnya sampai dah jemu. Ada tetamu pun saya buat je apa yang saya kena buat. Saya tak layan tetamu sangat. Air,biskut,kuih,sedia je dekat meja depan. Lagi2 2 minggu pertama saya baring je. Dah habis ni,rasa cepat la pulak masa berlalu. Lagi 40 hari dah kena naik sekolah. huhu.

Ok,back to nature.

Berurut
Saya mula berurut pada hari ke7 selama 3 hari berturut dengan jiran saya. Sehari cas rm80 untuk mandikan baby,urutkan baby,urut saya dan bertungku. Memang agak mahal rm80 tu tapi saya puas hati,lagipun takyah pening nak pegi keluar pergi ambil dan hantar pulang. Pagi2 jam 7pagi dia dah sampai dah. Dia juga bagi daun2 untuk dibuat mandi dan daun sireh untuk dibuat cebok. Lepas berurut ni,fuh sedapnya badan rasa ringan bagai diawangan. ceh. Perut dah tak sakit lepas disengkak. Segala urat2 yang dah bersimpul2 akibat bersalin tu semua dah elok balik.Angin2 dalam badan pun dah keluar. Paling best air susu laju macam air terjun. haha.

Berbengkung
Amalan bengkung ni boleh kempiskan balik perut yang meloyot lepas bersalin. Saya guna 3 bengkung 1 girdle. Mula2 pakai bengkung tali,takmuat, kena tambah tali tambat kambing tu. Tali nye sampai putus dah dipakai hari2. Ada 1 je susah kalo kotor,nak basuh takde bengkung lain yang nak dipakai, beli 1 lagi,bengkung tali + zip. Senang bila nak buang air,bukak zip je.Masuk hari 30,baru jumpa bengkung lilit yang panjang 20m tu,jadi pagi saya pakai bengkung tali,malam saya pakai bengkung lilit sbb malam tidur je tak banyak gerak.Girdle pulak saya pakai bila keluar.Mudah nak masuk kereta,nyusukan anak. Kalo tak,macam robot saya masuk kereta hehe.

Param,pilis,tepel.
Param untuk sapu di badan - tujuan tutup liang2 yang boleh menyebabkan angin masuk.
Pilis letak di dahi - tujuan elakkan pening dan sakit kepala selain kena ikat rambut tinggi2 dan sentiasa basahkan rambut dengan minyak.
Tepel sapu di perut sebelum pakai benkung- tujuan bantu kempiskan perut.

Ha 3 benda ni saya hanya dapat pakai 2minggu je. Sebab tiba2 bahagian yang saya letak param pilis tepel ni tumbuh biji2. Bidan kata mungkin sebab cuaca panas,benda3 tu pun panas,tu yang tumbuh biji2. Masa pantang anak pertama dulu takda pula gini,tu yang saya berani pakai,sekali lain pulak. hehe. Jadi saya pakai minyak panas je sapu satu badan.

Makan
Saya makan nasi 2 kali sehari,yang lain tu kalo lapar,makan biskut cicah dengan kokomin. Dalam pantang ni la saya jatuh ti pada kokomin. Orang bersalin ni makan kene on-time,elakkan makan makanan sejuk,bisa,masam. Makan nasi tak boleh bertambah,taktau sebab apa,tapi memang tu la mak dan mertua saya cakap. Kenalpasti apa yang anak tak boleh makan. Kalau anak boleh terima semua,tak kembung tak meragam,ha makan la semua. Anak saya 30 hari pertama tak pernah kembung. Masuk hari 31 asik kembung je rupanya tak boleh makan sayur. Makanan2 ringan mcm biskut,air,letak di tempat yang dekat dengan kita rehat,supaya kurang bergerak.

Mandi
Saya mandi dengan air panas yang direbus dengan daun pandan,serai wangi,sireh,mngkudu. Lepas mandi air daun ni badan segar je sampai petang. Mandi 2 kali sehari dengan air suam sampai habis pantang. Lepas pantang pun jangan terus mandi air sejuk. Slow2 kurangkan suam tu.

Bertungku
Tungku dengan batu sungai yang dipanaskan,kemudian lapik dengan daun menkudu dan dibalut dengan kain batik buruk. Mula dari atas peha naikkan ke perut macam nak letakkan rahim di tempat asal. Kemudian tungku di lutut,dan di tapak kaki lebih2 lagi bahagian tumit. Buat sampai tungku tu dah tak rasa panas. Nak buat sentiasa pun lagi bagus,dah suam panasan balik.suam panaskan balik

Berstokin
Stokin mesti guna yang tebal dan panjang,guna stokin bola. Bab stokin ni saya memang kena jaga. Lambat sikit je saya menggigil.Pernah satu malam saya ke bilik air,anak nangis,keluar bilik air saya terus susukan dia,sudahnya saya menggigil kesejukan. Mujur suami balik awal,terus sapukan minyak panas,pakaikan stokin,selimutkan dan suruh sy tidur. Lepas mandi pun kena cepat2 pakai stokin.

Tidur
Tidur pula jangan tidur waktu pagi dalam kul 9-12 tengahari tu,buat la apa2 asalkan tak tidur sebab tidur waktu pagi ni akan buat badan rasa lagi letih. Boleh tidur waktu petang pukul 2 sampai pukul 4. Malam pula tidur awal,kan 2 jam sekali nak kena bangun susukan anak. Jadi tidur awal supaya boleh bangun malam. Bantal mesti tinggi,kaki lurus dan jangan letak tangan atas kepala. Ahh terseksa rasa. Kadang2 saya mengiring sekejp untuk selesakan badan.kiri kanan.Lepas tu tegak balik.huhu.

Cara jalan
Hee jalan kena la macam model tu. Terkepit dan slow2. Walaupun badan dah kuat,rasa lambat je nak sampai dari dapur ke depan tu kan,tapi rahim tu belum kuat lagi untuk kita bergerak laju-laju. Tahan aje la 44 hari jd model tak bertauliah ya. hehe. Membongkok dan tunduk pun kena perlahan2. Duduk pun kepit2 mcm pengantin,keh3.

Ha.. sapa kata best dalam pantang ni. Yang best nya kita boleh ngelek anak 24 jam je. Yang lain.. hurmmm. Tiba2 rasa rindu dalam pantang. Hehe boleh manja2 dengan semua orang. ;)
Ok. Ni je la dulu. Jom kita ngelek anak. hehe.

p/s : Ni pengalaman saya je tau,lain orang lain badan.

6 comments:

Amira Zura said...

Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

Salam admin. Tumpang Iklan:-

Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
Wanita cantik bermula dari diri :)

[BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]

julia nick said...

tq info sgt berguna untk first mom to be ..minyak panas tu jenama ap yer..

Azlina Nasri said...

akak ada contact number org mengurut tu tak?

Azlina Nasri said...

akak ada lg tk contact number org mengurut tu?

Kokurikulum semeseter 2 said...

Salam, terima kasih sharing. Saya datang dari http://www.ninimuhammad.com.

Saya juga ada satu post berkait wanita. Jom masuk singgah baca. =) Salam perkenalanan dari rakan blogwalking.

Klik link ni blog saya: http://www.ninimuhammad.com/search/label/keperluan%20berpantang

Ummu ikhwan said...

Salam, terima kasih sharing. Saya datang dari http://www.ninimuhammad.com.

Saya juga ada satu post berkait wanita. Jom masuk singgah baca. =) Salam perkenalanan dari rakan blogwalking.

Klik link ni blog saya: http://www.ninimuhammad.com/search/label/keperluan%20berpantang