Assalamualaikumwarahmatullah..
Berjaga-jaga dalam memilih buku.
2 kitab diatas ini adalah contoh muka depan kitab as-siraatul mustaqim.
Antara isi kandungan yang telah diterjemah ke bahasa melayu :
HAK ALLAH YANG PALING AGUNG KEATAS HAMBANYA
Ketahuilah hak Allah yang paling agung keatas hamba-hambanya ialah mentauhidkan Allah Taala dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Sesungguhnya mensyirikkan Allah itu dosa yang paling besar yang dilakukan oleh hamba dan adalah ia dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Dan Dia mengampunkan segala dosa yang selain daripadanya. Firman Allah Taala: 43 surah An Nisaa.
Syarah:Mengenal Allah Taala dengan mentauhidkanNya dalam beribadat ialah tunduk sehabis tunduk adalah hak Allah yang paling agung keatas hamba-hambanya dan dosa yang paling besar yang dilakukan oleh hamba ialah kafir yang tergolong dalam dua golongan iaitu kafir syirik dan kafir tidak syirik kerana semua yang melakukan syirik tu adalah kafir dan bukan semua yang kafir itu syirik. Oleh itu hak Allah yang paling agung keatas hambanya ialah mereka menyembahnya tanpa mensyirikkanNya dengan sesuatu.
Dan kafir itu kezaliman yang paling besar seperti Firman Allah Taala (Wal Kaafiruun humul dhoolimuun ayat 453, yaitu orang kafir itu melakukan kezaliman yamg paling besar keatas dirinya lebih dari pada membunuh orang muslimin beribu ribu orang dari orang muslimin yang tiada dihalalkan untuk dibunuh.
Dan telah Allah mengkhabarkan sesungguhnya Dia mengampunkan segala dosa-dosa daripada hamba-hambanNya yang muslimin yang menjauhi kekafiran yang dua jenis ini; Syirik yaitu yang menyembah selain daripadaNya dan yang tidak syirik iaitu mendustakan rasul, meremeh temehkan / meringankan dengan Allah dan RasulNya dalam mentauhidkan dan mensucikanNya. Dan Sabda Rasulullah saw juga menunjukkan dalil yang sebegitu juga. ( Sesungguhnya Allah memaafkan hambaNya yang tiada hijab/sekatan. Bertanya sahabat, apa yang di maksudkan dengan yang ada hijab/sekatan itu ya Rasulullah. Jawabnya, manusia yang mati dan mereka itu musyrik, diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Hiban mensohihkannya.
ustaz 1
Saya dah tengok kitab tu dalamnya terdapat pengiktirafan rasmi oleh Al-Azhar Mesir dan para ulama dan Tuan-guru2 di Universiti Al-Azhar yang mana mereka memegang jawatan utama bahagian Usul dan Aqidah di Jamiah Al-Azhar memuji dan memberi taqriz ( Kata Pujian ) pada isi dan kitab itu.
kitab ini juga terdapat di maktabah UIAM
ustaz 2
baca lah kitab ni, cuba cari di sana tentu ada. sebagai penambah pengetahuan.ustaz 3
Maaf, kitab siratul mustaqim tidak ada, kerana ia adalah kitah al-ahbasy,, dan tiada dalam pasaran.buku aqidah wal firaq aku.
Al-Ahbasy diasaskan oleh Abdullah Al-Harary Al-Habsyi : nama sebenar Abdullah Abdullah bin Muhammad Asy-Syaibi Al-Abdari, dinisbahkan Al-Harary dengan nama Harara di habsyah. Beliau mempelajari bahsa arab dan fiqh syafie dengan Syeikh Saeid bin Abd Rahman dan Syeikh Muhammad YUnus.. Kemudian beliau pergi ke Jummah, dan disana bermula pelencongan.
Kesalahan dalam Aqidah
- Mengaku ikut mazhab Syafie tetapi pegangan mereka jauh terpesong dari mazhab Syafie
- Quran ialah kalam Jibril dan bukan kalam Allah, kerana Jibril yang melafazkan ayat quran, dan bukan Allah..
- Berpegangan seperti aqidah murjiah, mendahulukan iman dari amal. Seseorang itu tetap beriman jika meninggalkan solat.
- banyak lagi, malas nak tulis.. (sebetulnya belum baca, tak masuk exam khamis ni, hehe baca sebab exam)
lalu???
lalu.. lagi mahu tanya.. aku sekeh kang.. kitab depan mata, taknak guna.. ustaz2 depan mata, taknak tanya..
kena cari juga di maktabah kalau ada, terjemah bahasa melayunya ada, nak cari kitab arab susah pula..
~ exam aqidah dulu, khamis ni.. banyak tu.. wala2.. terima kasih adam, sudi mengajar kelas tajuk khawarij td..
No comments:
Post a Comment