Saturday, April 11, 2009

ratuku

Alhamdulillah.. Bismillahi nabda'.. Assalamualaikumwarahmatullah..

Video ini ditujukan khas untuk wanita-wanita seluruh dunia.. muslimat khususnya.. terharu sangat sehingga boleh membuat anda tersedu sedan.. tidak percaya? jom tengok..



Ratuku,
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan..
Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran..
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah

Ratuku,
Kebimbanganku ini masih menebal apabila mendengar
Dengungan kumbang perosak yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu

Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi bila kumelihat bunga yang tidak segan silu
Melampiaskan kecantikannya yang sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku..
Kerana apa yang aku lihat hari ini, semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratu,
Bukan lah kuharap kau segigih siti hawa yang berlari-lari antara safa dan marwa
Bukan juga sesetia ainul mardhiah menanti kekasih di pintu syurga.

Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah siti khadijah mahupun siti fatimah
Engkau bukan Aisyah, bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa.
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga

Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku,
Esok musim bunga pasti kan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerna kau ratu idaman kalbu

Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi, bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku masih ada sinar harapan
Yang bisa membuatku tersenyum lega
Kerana akan kutemui ratu yang benar-benar ratu

Tiba-tiba merindui kat seseorang yang nama sama dengan lagu ini.. adik junior just kesayangan. Eh ye ke?? hehe semua sayang la.. semalam jumpa di hari sukan, tapi dapat borak sekejap je.. dia pun sibuk dengan rumah OREN sunkist dia.. dan saya pula dengan BIRU shark saya..

Mahu menjadi seperti ratu yang benar-benar ratu itu.. Bantulah Ya Allah..
hmm siapakah rajanya?? =P
Begitu ramai pahlawan2 handalan wanita, tetapi azumi juga yg diminati..
~ke arah taknak suka azumi lagi!!!~

4 comments:

lavenderpurple said...

mesti cik ton tujukan lagu ni wt ratu2 insyirah 3221kn.terharu2

Anonymous said...

siapakah raja nya.. baca2, yg bawah ni diquote dulu.. hehe, siapakah rajanya??

Anonymous said...

mana ainul ni??
mesti ainul tgh menangis kakak yarmouk kesayangan dia pun rindu kat dia..

cik santun.. said...

lavenderpurple,
mesti laa.. ahli insyirah 3221 semua ratu2 belaka.. ratu sental, ratu pecut, ratu masak, ratu dunia (aku la tu), dan macam2 reratu lagi.. ekeke. beruntung sebayt ngn ratu reratu ni... haha

anonymous 1,
adalah ^_^

anonymous 2,
hahaha.. ainul terharu sgt tu..