Friday, April 3, 2009

maarad thaqafi jamiah

Yallah nabda'.. bismillah.. (gaya doktor yahya syatnawi, doktor ulum quran yg kusayangi)

Alhamdulillah, semalam berakhirlah maarad thaqafi jamiah yarmouk yang telah berlangsung pada 30/3 sampai 2/4.. Bagi saya, ini adalah maarad yang 'boleh tahan la' sepanjang 3tahun berada disini.. Nampak dah adik2 yang mula menyinar dalam MMY ni.. Moga istiqamah.. Tahniah kepada jawatankuasa pelaksana atas usaha dan lelah anda dalam menguruskan program ini, semoga ditimbang berat dalam neraca tuhan kelak..


Malam persiapan maarad..

ini lah booth malaysia seperti permintaan pengarah. Dahsyat la ajk, balik sampai kul 1. tabik toing2 laa.. Tema tahun ni ialah kebudayaan tradisional. tu la ada wau, ada kuda kepang, congkak, batu seremban dan sebagainya..


hari pertama

hari pertama ni, ada exam ulum quran, tak sempat ambil gambar makanan banyak2 pagi tu. exam2 pun, semangat kemaaradan tetap ada.. hehe..

mknan hari pertama, dendeng daging, pulut, sate, kuah kacang, karipap dan banyak lagi.. almaklumlah rumah pun dah jadi markas maarad sepanjang maarad ni.. tak terlibat pun, pasti akan terlibat juga sedikit sebanyak walaupun hanya dengan memekak di dapur.. ish3..

ni namanya dendeng daging. macam makanan pengantin kn??

uhuk3..


kad yang dibuat oleh timbalan pengarah.. comel kad tu, ada upin inpin..


antara barangan tradisional


ini lah pengantinnya..

lepas exam ulum quran tu terus pergi maarad, tengok duta asyik makan je tak henti-henti.. suka je tengok orang makan..


Hari kedua


ni nasi kerabu.. arab takut makan ni, nasi warna biru..
menu utamanya nasi kerabu dengan bihun..
kuih pun banyak jugak..


ha yang ni, tempat yang tidak akan tak ada orang..
sentiasa penuh, booth palestin.


yg ni, eriteria..
nak cakap apa khabar.. 'kamahallaha'.. jawabnye, 'kamahallahu'..
suke dengan akak eritria yang comel tu.


yg ni pula di iraq


Hari ketiga

Hari ketiga ialah pada hari jadi saya, 1hb4.. huhu..


ni puding roti.. warne wrni.. tahun ni mmg tema mknan pun warna warni kot..


ni masakan ikan yang belum siap..
ikan goreng ni, disiramkan kuah atas die. mak aii, terliur air liur.


ni booth indonesia..



Hari keempat

ni kek strawberry. lelaki yg buat ni, teruja je rasa..



kuih sagu, nasi tomato, dengan laksam..


ni negara syeikh masyari..


arab saudi joget2..


video


akhir kata, memang best la maarad ni.. cuma satu, jangan jadikan maarad ini sebagai jalan kita boleh bergambar berdua lelaki dan perempuan.. muslimat, bergambar kalau ada syabab melayu kt situ, tknk pula.. tapi kalau bergambar dengan syabab arab, nk pulak.. kalau sendiri boleh jaga, insyaallah..

banyak lagi makanan, yang tidak diambil gambarnya.. dah habis masuk perut, tgkap gambar perut, boleh ke?? kui3.. untuk maarad JUST, bittaufiq untuk anda semua.. Semoga berjalan seperti yang dirancang.. 14hb tu exam.. kalau rajin lepas tu, nk pergi tgk ar, insyaallah..

1 comment:

lavenderpurple said...

ko mmg memekak je lebey.tp xpela plg koman pn adela tlg rap kn makanan2 tu ha ngn wt kuih sagu tu kn...huhu.time kaceh cik ton