Friday, April 24, 2009

Ku bakar cinta itu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Jom baca dengan mata dan hati yang terbuka.

Maksud firman Allah SWT :
" Maka mengapa mereka tidak memohon kepada Allah dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang mereka selalu kerjakan"
al-An'am : 43

Wahai QURRA' sekalian umumnya dan diri sendiri khususnya, ayat2 Allah itu tidak sekali pernah berdusta, walau setitik mahu sedetik, tidak pernah dan tidak akan ada keraguan padanya, kalau pernah kalian sekali meraguinya, maka pantaslah kalian ke nerakaNya jika tiada disusuli dengan taubat kepadaNya. Maka benar sekali jangan di ragu lagi ayat yang aku sertakan di atas itu, kamu merasa kerjamu baik, kelakuanmu santun, pekertimu indah...sangkaan mu itu disekalikan dengan hati yg keras lagi kaku, tidak mahu mendengar bicara kebenaran, mencintai kebatilan mahupun nyata...maka itu aku berani katakan yang syaitan telahpun menjadi teman rapatmu sehingga kamu lupa sahabat sebenarmu disisi.

Sesungguhnya apa yang mampu menjadikan semua ini nyata, satunya adalah CINTA, cinta yang dimanipulasi kebobrokan hati yang punah dan koyak akibat kebejatan diri mempercayai tipu daya syaitan laknatullah. Dusta itu kamu terima mentah2 kerna mengagungkan CINTA PALSU yang dilandasi nafsu menggila, membuat kamu lupa yang mana nyata yang mana dusta. Dan ingatlah wahai diri2 yang dhoif, sekali kamu terperangkap, payah sungguh mahu keluar...yang dusta itu kamu usahakan menjadi nyata, yang sebelum ini kamu mampu dengan terang melihatnya sebagai satu kesilapan, tetapi setelah kamu masuk dalam perangkap cinta yang dusta ini, matamu BUTA mengiakan DUSTA. Nah!...kamu sudah angguk pada SYAITAN dan kamu geleng pada PENCIPTA!

Apa kamu tidak menyedari, tingkah hinamu itu telah merobek kasih antaramu dengan PENCIPTA, dengan sahabat sejati, dengan rakan taulan, dengan keluarga?...apa kalian merasa CINTA DUSTA dengan si LELAKI ATAU WANITA IDAMAN itu mampu membawa kalian ke syurga?...aku mahu bicara kali ini, syurga dunia pun kalian boleh terlepas jika CINTA DUSTA itu yang kalian kejar! Perlu aku ingatkan aku bicara soal CINTA YANG DUSTA, bukan cinta yang berlandas keimanan dan ketaqwaan padaNya, itu perkara lain!

Aku mahu tanya lagi, apakah dengan tingkahmu bergayut siang malam membakar duit makanmu yang di cucuri penat lelah dan titik peluh orang tuamu yang tidak tahu bila mahu pulang kesisiNya itu, adakah itu suatu perkara mulia?...aku tanya!...adakah dengan tingkah 'MULIA' itu kamu mampu meruntun hati sang pencipta membantu hubungan CINTA DUSTAMU dengan membiarkan kamu bersatu akhirnya?...apa kamu ingat yang Maha Kuasa itu seperti kamu?...apa kamu ingat DIA senang saja mahu membiarkan begitu?...apa kamu ingat DIA redhakan saja tingkah kejimu?...apa kamu fikirkan semua ini, atau mungkinkah kamu sudah lupa adanya PENCIPTA setelah dibuai nafsu dan angan kosongmu yg dibelenggu syaitan laknatullah???

Aku mahu teruskan, sudah mahu berhenti membaca?...sudah terasa ada api yang membakar bakar hatimu marahkan bicaraku?...aku tidak peduli!...aku memangnya mahu bakar CINTA DUSTAMU dengan api panas merejam, merejam sifat angkuhmu yg menolak yang haq dan menyangjung yang batil, aku mahu bakar sifat egomu, aku mahu kamu terbakar hari ini kerana aku sayang kamu kerana Allah!...ini aku lanjutkan bertanya, pernah atau tidak kamu sedari, hati2 sahabat disisi, yang sayangnya kepadamu dengan sebenar benar cinta dan kasih...sedayanya mereka cuba membantumu, menasihatimu...tapi kamu tetap dengan nafsu gelojoh menolak saja bicara mereka, mengguris dan merobek hati2 sahabat yg selama ini siang dan malam mendoakan kesejahteraanmu...kamu lakukan ini hanya kerana SI DIA yang kamu cintai dengan diwalikan syaitan laknatullah...renungkan wahai sahabat...

Tidak terasa lagi aku mahu sejukkan keadaan, maka aku bakar lagi!...apakah kalian ingat CINTA DUSTA itu kekal abadi sehingga akhir?...apa kalian gembira sungguh setiap kali SMS dari si dia tiba?...apa kalian seronok benar setiap kali si dia menghubungi?...apa kalian suka benar menatap wajah si dia pujaan?...aku mahu igtkan...pernah kalian terfikir...suatu ketika, SMS dari si dia tidak lagi menjelma...panggilan dan suara si dia tidak lagi kalian dengari, wajah si dia jadi kenangan cuma...ini yang aku mahu igtkan, ia tidak abadi!...si dia itu pastinya tidak KEKAL ABADI! cinta DUSTA itu juga kalian jgn sangka indahnya sampai ke petang...mana kalian tahu badai dan petir melanda nanti?...ah mudah saja bagi Sang PENCIPTA...DIA sebut saja 'KUN FAYAKUN'!!...maka hancur leburlah cita dan anganmu, tidak kemana...hanya pilu menyeliputi diri...sedarlah wahai sahabat...

Aku sedih dan kecewa jika sahabat masih lg mahu terus dengan CINTA DUSTA itu, aku sedih jika kalian tidak faham bicaraku, aku tahu hidayah itu milikNya...tapi aku tetap sedih aku tidak mampu menyentuh hati sahabat...aku sayang semua kerana Allah!...aku mohon dengan sangat, tolonglah...jangan lagi menongkah kebenaran, demi Allah aku minta ini bukan untuk diriku saja, bahkan untuk diri kalian, taatlah padaNya, bercintalah kamu mengikut syariatNya, agar mudah mudahan DIA berkenan membantu CINTA kita hingga ke syurga sana...mudah mudahan sahabat...ameen ya Allah!

“ Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)"
al-Syams : 7-10

Cukuplah setakat ini hati2 kita diperdaya oleh syaitan laknatullah dengan menghiasi kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan sehingga tampaknya indah belaka, membuat kita ragu dalam menilai yang mana benar dan yang mana palsu, sungguh!...jika diselami betul2, maka pasti....biiznillah, akan terlihatlah kesesatan yang nyata itu...aku pohon sahabat, MUHASABAH kembali sebelum DIA menyungkurkan kita ke dasar!...sesal di waktu itu, hanya ratapan saja yang mampu, aku undur dulu...

Dari : Zul

7 comments:

Anonymous said...

cinta berapi.. ku bakar cinta itu..

baca saja sudah cukup terbakar, blom lagi kena dengan lidah sebenar ciksantun lagi..

Anonymous said...

baru rasa nak bercinta.. pos ni membantutkan usahaku...
hahahaha..

cik santun said...

anonymous 1,

hehe cinta berapi panggil bomba.. bomba datang berlumba2.. =P


anonymous 2,

haha silalah bercinta..

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

xda salahnya bercinta...jika sudah benar2 kuat dan bersedia...ayuh...kita bina baitulmuslim!

cik santun said...

zul,

wsalam.. ya, tak salah kalau kuat.. tapi wujudkah org yg begitu kuat?? sehingga tidak merosakkan hati mereka..

kita ambil saddu azzarai3.. berzina hatta zina hati itu haram, percintaan itu melibatkan hati.. maka, jauhkanlah..

ada satu kisah menarik tentang salah sorg sahabat saya.. seorg uustaz ni telah taqdim dia, kemudian ustaz itu smbung belajar di Mesir.. waktu ustaz itu di Mesir, langsung dia tk cntact sahabat sy sorg ni, smpai dia risau, betul ke ustaz ni nak kat dia.. sampai la 4tahun, tup2 dtg rombongan minang.. apabila ditanya, kenapa kat Mesir langsung tak cntact bertanya khabar.. dijawabnya, tak mahu merosakkan hati bakal isterinya..

umpama kisah ahli sufi, namun berlaku di zaman fitnah sekarang.. tak mustahil bukan?? sgt takjub kisah mereka..

~ZuLhAiRi~ said...

itu menunjukkan masih ada yg mampu, n kemampuan tu perlu dibina diri sendiri, mmg payah tapi bukan mustahil...

kalau sudah kuat untuk bercinta, ana sudah kata, kawen saja...kuat utk bercinta maksudnya bersedia sudah utk bina baitulmuslim...:)

cik santun said...

zul,

ya, tiada yg mustahil.. tapi kekadang memang org itu tidak mahu menjaga hatinya.. lebih senang dibuai angan yang menghanyutkan..
astaghfirullah..

hmm bina bait muslim.. silakan..
ni la cabaran remaja zaman skrg.. semoga Allah memberi kekuatan serta sentiasa redha dengan kita semua..