Thursday, March 25, 2010

Syair jahili- ku rindu..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahamtullah..

Kali ini saya tidak mahu menyebut blog ini sudah bersawang atau bertikus atau berlipas atau apa2 lagi 'ber' yang seumpama dengannya, kerana saya sudah lali dengan perkataan itu setiap kali mahu menulis di blog ini.. Punca yang menyebabkan saya sudah tidak punya perasaan meng'update' juga saya tidak pasti.. Mungkinkah sudah punya pengganti tempat merepek selain di blog?? Atau mungkin sudah punya 'benda' lain yang lebih menarik selain mengupdate blog?? Biarkan ia tanpa jawapan pasti.. Suatu yang saya gilai suatu masa dahulu, sekarang ini saya sendiri ketepikan.. Benarlah cinta itu milik tuhan... (ade kene mengena ke?? =P )

Hari ini saya telah menghadiri (baca : menyibuk) kelas tusyen syair jahili bagi pelajar baru tahun 1 yang sedang mengambil madah ini.. Ustazah yang mengajarnya, ustazah Hamizah, junior tahun 2, jurusan bahasa arab di Yarmouk. Apa yang saya mahu ceritakan sebenarnya, saya sedang dilanda kerinduan yang teramat sangat bercampur dengan terkilan bercampur dengan risau bercampur dengan 1001 rasa lagi yang sedang berlegar2 di ruang hati..

Kerinduan teramat sangat kerana apa?? Kerana telah membuat saya rindu untuk menjadi tahun 1 semula, belajar syair jahili, iaitu syair pembuka kepada semua syair, syair pertama dalam mengenali syair.. Teringat suatu ketika dahulu, ketika saya menghafal syair Muthaqqab Abdi, saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menghafal syair. Lalu, saya menghafal syair seperti menghafal ayat2 al-Quran, ulang banyak2 kali sehingga betul melekat dalam kepala, dan ulang, ulang dan ulang.. Selesai imtihan awwal, ada seseorang menegur, "ko hafal syair macam hafal Quran nape?? ko ingat dapat pahala?? Syair bukan Quran la".. Saya tersentak seketika, tidak mengajar cara bagaimana hendak menghafal syair, terus saja menembak sebegitu rupa.. Akhirnya dengan sikap 'termakan kata' orang, semenjak itu, saya akan menghafal syair setakat terlekat di kepala untuk tulis masa exam saja.. Dan syair pertama yang saya belajar masa syair jahili dahulu, masih tersemat di dalam ingatan sehingga kini..=)

Yang kedua, saya terkilan.. teramat sangat.. Mengapa?? Kerana saya punyai rasa cemburu melihat junior2 tahun ini yang ramai, yang boleh berkongsi pendapat dan pengetahuan, belajar bersama.. Cemburu teramat sangat!! Jika dahulu, kami akahwat seramai 6 orang bersama seorang syabab, membuat kelas tambahan, ditentang hebat.. Kini mereka, 12orang syabab, 19orang akahawat, bukan meminta untuk membuat kelas, tapi diminta untuk hadir ke kelas.. Saya amat cemburu dengan itu!!

Seterusnya risau.. Kerana apa?? Kerana saya telah diminta untuk membuat kelas tusyen syair jahili untuk mengajar adik2 cara menjawab soalan, bincangkan apa yang penting di dalam syair dan apa2 yang berkaitan.. Namun saya risau sejauh mana kemampuan kami(tenaga pengajar) untuk memahamkan adik2 akan syair itu. Sedang hukum fiqh juga punyai khilaf yang sangat banyak, apatah lagi syair, yang cuma syair itu adalah luahan perasaan seseorang yang asalnya pada zaman dahulu dilagukan di pasar2 sebagai muzik penghibur dan menarik minat saja.. "korang faham tak? korang jelas tak? korang faham tak?? ada sapa2 lagi punya nota tertinggal?? sapa lagi nak tambah??" itu saja yang meniti di bibir saya sejak mula kelas sehingga tamat kelas..

Perasaan yang seterusnya, sudahlah saya mahu tidur.. Malam ini, boleh dikatakan malam melayan perasaan.. Terharu punyai junior2 serta senior2 seperti yang ada sekarang ini.. Ada yang mahu tolong carikan tiket, ada juga yang tidak balik kerana mahu menghadiri konvo kakak kesayangannya ini,katanya, =).. Sahabat2, nanti kitorang balik, jangan sedih2.. Tak payah kat airport, saya tidak membenarkan, cukuplah wida' di depan Bayt Insyirah saja, =P.. Moga2 ikatan2 ini dipelihara Allah selamanya.. Ameen Ya Rabb~

Saya akhiri.. Sekian..